Mak Cik Tiri “Membela”

Salam wbt semua. Terlebih dahulu terima kasih bebanyak kat admin sebab siarkan kisah yang aku nak ceritakan ni. Benda nie jadi tahun 2009 lepas aku habes study so ayah aku ajak aku tinggal dengan dia n MAK TIRI aku 2. Memandangkan aku xde tempat utk dituju lps 2 aku iyakn je la. Ayah aku nie tinggal area perumahan di IPOH. Kira ayah aku pencen then ada bisnes sendiri la. Mak tiri aku plak yg aku panggil MAKCIK nie keje as a NURSE dkt hospital area sana la.

Aku 4 bradik yg tinggal rumah tu aku, ayah, makcik & adik aku form 4. Ops sorry2 before nie we ols ddok area KAMPAR lepas arwah mak aku meninggal we ols da buat hal sendiri umah kat kampar 2 pun ayah aku da sewakan dekat orang.  Okey cite die bila 1st nite aku abes solat, bila telekung aku macam ada orang main tarik2 aku buat xtau. Then maybe sakit ati, si pengacau nie tolak kepala aku time aku tgh berdoa der.

Okey da stat main kasar aku bangun tengok belakang rase macam ada angin panas yg buat segala bulu aku meremang der x tau nk gambarkan macam mana. Settle semua aku ingat nak g lepak depan la memandangkn MAK TIRI aku 2 keje shif malam kn, aku batalkan niat & terus baring ready nk tido. Time main2 message fb semua then terlelap n tertidur.

Tibe2 rase macam ada orang main2 rambut aku tarik2 rambut aku. Tu still okey lagi sebsb malas nak layan maybe “orang” nie nk manja2 sebab bilik 2 da lama tak de org dok. Lagipun ayah se family aku nie suke berjalan so kerap la rumah 2 di tinggalkan. Aku pun bangun then pasang lampu kuatkan kipas then tertidor balik. Pastu korang tau x terase macam kene hempap dgn benda besar berat giler mase tu. Mulut nie plak memang x boleh nak bergerak nak baca surah qursi pun tak boleh. Allah je mampu keluar huaaa..

Dalam 15 minit macam tu benda tu hilang. Try baring mengiring, tiba2 bunyi macam laki besar tengah berdehem “ERMMMM”. Kuat sangat aku plak boleh rse macam nak nanges dan nak kluar bagitau ayah aku jam da dekat 2 lebih pagi. Nanges2 then tertido sampai pagi esoknye. Selesai subuh gajah aku nampak MAK TIRI aku tgh basuh daging banyak giler (okey aku n MAK TIRI aku mmg x bertegur ea sebab die gedik kawen dengan ayah aku).

Tak tanya pun asal daging banyak giler dalam sinki tu. Daging tu kira2 dalam 6-7kg macam tu. Korang fikir logik nak makan untuk 4 org perlu ke daging byk tu? Daging tu pulak d***h die pelik mcm MAK CIK tu g sembelih lembu tu sendiri haha.

Then bff aku sampai untuk amek aku (tengok movie). Then, sempat la aku cakap MAK CIK kt belakang tengah OTW cuci daging yang berkilo2. dia yang beradab g dapur salam MAK CIK tu. Then korang tau x bff aku cakap apa MAK CIK tengah rebus daging tu tapi x la byk macam aku cakap. Serius aku g dapo & tngok daging yang dia basuh tadi ada la tinggal  3 genggam lelaki dewasa (untuk pengetahuan korang family jenis nak masak beli, masak bagi abes no simpan2 means dalam peti memang xde apa2 melainkan nugget fries etc). Mana pergi daging banyak2 tadi?

Okey musykil, kami keluar & sampai rumah malamnye lepak2 kat luar dulu yela bff kn da lama x jumpa mesti banyak cite la kan. Then, bff aku ckp weiii MAK CIK bukan shif malam ke awat die macam duduk atas katil macam tengah lipat baju? (okey dr luar paking mmg akan nmpk bilik kelamin ayah aku 2 sebab umah ayah aku nie depan die full kaca cermin macam tu la so boleh nampak bayang2 dari dalam).

Memang die xde, kereta die pun tak ada dekat paking. Tu yg bff aku seram terus balik umah huhuh takut die cakap lain mcm seramnye. Aku msuk then bagi salam tegur adek aku MAK CIK mane? Selamba je adek aku ckp KEJE! okeyy fine.

Esoknye, adek aku cite asal nampak macam ada org ke dlm bilik dorg? Aku sentapp! Aku cakap ko pernah nampak ke? Die ckp selalu…huaaa korang rse? (okey ayah aku malam2 die akan ke masjid then mengopi then akan balik dalam kul 10 11 malam macam tu). Adek aku bukak cite kekadang die tinggal sorang bunyi macam2 dalam rumah tu kadang2 nampak MAK CIK kt dapur, sidai kain kat luar x pun menyanyi dalam bilik, walhal die g KEJE okeyy!

Pernah sekali die tunggu kawan2 datang untuk lepak, bunyi macam kayu (keranda kate adek aku) dok diseret dekat tepi rumah. Pernah jugak adek aku nampak ada benda menempek ats bumbung umah & atas bumbung kete MAKCIK 2, Bunyi MAK CIK pggil nama die huhuhu.

Petangnye aku kol akak aku cakap benda nie, die cakap nak cri ustaz la utk tengok2kan umah ke MAK CIK ke sebab kami2 tak boleh kumpul sama. Adik-beradik mesti akan panas tengok muka masing2 rase macam nak bertumbuk huhhh. Dan ayah aku pulak kerap sakit kerap keluar masuk hospital. Akak aku kol then bagitau esok die balik dari KL bawak ustaz kawan abang ipar aku tu.

Guest what ustaz tu sampai2 da geleng kepala & pesan siap2 jangan makan makanan MAK CIK bila die hidangkan!!! AKU? Aku memang x makan die masak memang sejak azali, sejak die gedik kawen dengan bapak aku haha. Aku rela makan biskut x pun aku masak sendiri. Adek aku pulak memang x dapat nak tolong la die memang tinggal kt situ kan. Okey ustaz tu cakap ada dua benda dalam umah, iaitu HANTU BERAYA & JEMBALANG apa yang jadi CCTV untuk kami adik-beradik & ayah aku.

Yess ayah aku da kene something dari MAK CIK pasal tu die akur je MAK CIK cakap apa suruh die buat apa semua la. Ustaz cakap jugak die tanam banyak benda untuk umah tangga die huhuhu. Asal la die macam tu. Yess jugak MAK CIK tu membela benda2 gitu. Satu pantang larang MAK CIK tu kalau akak aku datang umah, ayah aku x boleh makan makanan dari luar & kalau bawak buah sekalipun die akan hidangkan balik makanan tu kat kami2 nie(kira makanan luar x boleh bawak masuk umah). Okey modus MAK CIK nie x nak kami anak-beranak baik2 dengan ayah, kire die nak makan n manja sorang la + bolot harta ayah aku.

Sekarang da 2016 aku da kawen & jarang2 balik IPOH da. Kalau rindu dekat ayah pun kami2 akan bawak ayah kluar. Dan sampai sekarang jugak la ayah aku sakit2 & MAK CIK 2 da meninggal korang pun tau kalau membela nie die akan meninggal macam mana!!! Seminggu die meninggal macam2 jadi. Nanti ada masa aku sambung.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

15 thoughts on “Mak Cik Tiri “Membela””

  1. Salam. Maaf kepada penulis. Sedikit terganggu dengan penggunaan ‘2’ yang berulang-ulang. Cuba gunakan perkataan yang lengkap dan tidak memeningkan pembaca. Apa pun, cerita memang sangat menarik dan jangan lupa sambung ya 🙂

    #jangankecam

    Reply
  2. Cerita menarik, tapi malangnya kurang penggunaan tanda bacaan. Kalau di olah sikit, mungkin lebih menarik dan senang untuk pemahaman. Maaf ya.

    Reply
  3. aaku risau kita terbuka aib orang ja dalam kita tak sedar kita bercerita.

    #jangankecam

    ya tahu penulis tak guna nama sebenar ke apa.

    semoga Allah ampuni dosa2 arwah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.