“Mak Lang Kenapa?”

#orkedbiru

Assalamualaikum..

Ini tulisan pertama aku untuk Fiksyen Shasha. Sejak dua menjak ni, FS dah umpama dadah pada aku. Pantang ada masa terluang, mesti akan aku baca kisah-kisah di sini. Dan kali ini, ingin aku ceritakan kisah sendiri.

Aku seorang gadis lewat 20-an. Belum berkahwin. Aku bukanlah insan yang dianugerahkan Allah dengan hijab terbuka atau perkara yang berkait dengan dunia ghaib. Tapi apa yang aku lalui cukup untuk buat aku percaya adanya dunia lain selain dunia nyata manusia. Juga mungkin agak membuat aku mula mempersoal kewarasan diri, adakah aku benar-benar mengalami semua ini atau aku hanya ‘mental’?

———————————————-

Antara kisah yang aku ingat, waktu usia aku 9 atau 10 tahun. Masa tu hampir masuk ke bulan Ramadhan. Seorang ibu saudara aku ajak pulang ke kampung. Katanya boleh la merasa sambut puasa dan raya di sana. Keluarga aku memang dah bertahun tak balik raya kat kampung belah mak ni. Sebab atuk dan nenek dah takde. So, disebabkan macam syok je ajakan Mak Lang aku tu, ditambah pulak memang tengah cuti sekolah, aku on je. Mak ayah aku pun takde hal bagi aku ikut. Maka, berangkatlah aku dengan Mak Lang aku ni balik kampung yang aku rasa last sekali aku balik masa Mak Su aku kahwin, umur aku dalam 6 tahun.

Rumah kat kampung ni sebenarnya rumah Mak Lang. Mak Lang ni orang berniaga, jadi boleh tahan la harta dia ni. Dia berdagang jenis berjalan dan merantau. Di mana ada peluang, di situlah dia pergi. Zaman muda dia ligat dalam dunia bisnes ni. Sampai dah tua ni pun, skill dia dalam tawar menawar harga masih mantop. So memang best kalau pegi shopping dengan dia. Haha. Tapi dah tua ni Mak Lang tak berniaga dah. Duk rumah tambah amal ibadat je. Rajin pergi pengajian.

Okay, balik pada kisah rumah Mak Lang kat kampung. Suami dan anak-anak Mak Lang dah lama meninggal jadi rumah tu arwah nenek dengan Mak Su yang duduk. Kiranya Mak Su penjaga rumah dah harta Mak Lang kalau Mak Lang pergi berniaga luar. Bila arwah nenek meninggal, Mak Su kahwin, Mak Su tetap tinggal kat rumah tu dengan suami dan anak-anaknya. Jadi, masa aku balik kampung dengan Mak Lang tu, aku disambut oleh Mak Su sekeluarga. Aku dengan Mak Lang tidur sebilik. Rumah tu besar tapi ada dua bilik je. Tapi dia punya ruang tamu luas empat kali ganda saiz bilik tidur. Dan ada satu ruang santai keluarga untuk tengok tv.

Terus kepada peristiwa yang menimpa aku di sana.

Disebabkan aku ni dah lama benor tak balik kampung, rajin lah makcik-makcik aku ni bawak jalan. Ziarah sedara sana sini. Makan sana sini. Kalau makcik-makcik aku ada hal, sepupu-sepupu aku yang lagi tua pulak bawak aku merata. So far so good. Seronok. Yelah budak-budak dibawak berjalan, dibagi itu ini, mana tak happy ye dak? Haha. Sampailah satu malam tu…

Aku tidur sebelah Mak Lang macam biasa. Entah pukul berapa waktu tu aku tak ingat tapi tengah malam. Aku dengar Mak Lang bunyi masa tidur. Macam berdengkur tapi bukan berdengkur. Bunyi dia hiiiikkk hiiiiikkk~ Aku bukak mata pandang Mak Lang belah kanan aku. Mak Lang lena. Tapi bibir dia gerak-gerak pastu gigi berlaga. Masa tu Mak Lang tidur muka menghadap ke atas. Aku ingat Mak Lang tengah mimpi seram, so aku cuba kejutkan dia. “Mak Lang… Mak Lang….” sambil aku cuit bahu dia.

Tengah aku fokus nak kejut, tetiba CAKKKK! Mak Lang berpaling ke kiri pandang tepat ke muka aku!! Muka Mak Lang je yang berpaling. Badan Mak Lang tak gerak pun. Aku tanya, “Mak Lang kenapa?”. Boleh pulak Mak Lang aku tu dengan mata jegilnya duk sengih kat aku. Sengih tau. Bukan senyum manis ayu tu. Hahh melompat terus aku dari katil. Terus aku lari ke pintu, dok pusing tombol. Aku cuba tarik pintu sekuat tenaga aku. Nak dijadikan situasi lebih best, pintu tak boleh bukak pulakkkkkkkk. Aduhh.

Masa ni perasaan aku dah bercampur baur dah antara risaukan Mak Lang aku dengan takutkan dia. Tombol tu tak berkunci pun sebenarnya tapi pintu tak mau terkuak.

Aku pusing pandang Mak Lang. Mak Lang masih pandang aku sambil sengih. Aku pun apa lagi jerit la, “Tolong tolongggg~” dengan harapan Mak Su dengar. Tapi hampa. Seolah-olah dalam rumah tu tinggal aku dengan Mak Lang je. Senyap sunyi. Aku nak nangis dah masa tu. Tapi air mata tak mau pulak keluar. Aku pun baca apa yang aku tahu. Baru 9 – 10 tahun, apa sangat aku tau melainkan ayat Kursi. Aku ingat ustazah aku pernah cakap, kalau kita dalam kesusahan, dan kita jadi blank tak tau nak baca apa, sebut je nama Allah dan tawakal yang Allah akan bantu. Aku dah tak berani pandang Mak Lang. Tangan aku tak berhenti gerak cuba bukak pintu. Alhamdulillah akhirnya terbukak jugak pintu tu dengan izin Allah.

Aku terus lari keluar nak cari Mak Su. Bilik Mak Su kat sebelah bilik Mak Lang je. Tapi elok je kaki aku melangkah keluar dari bilik tu, aku dengar bunyi tv. Riuh. Aku dengar orang bergelak ketawa. Aku jenguk ruang tv yang tak sampai sepuluh langkah pun dari bilik Mak Lang. Aku tengok Pak Su dengan dua pupu aku tengah layan bola. Apakah??? Ada je manusia dalam rumah ni. Apasal aku jerit mintak tolong tadi senyap sunyi takde siapa dengar? Fuhh.

Pak Su nampak aku dan tanya kenapa. Aku hanya mampu pandang Pak Su dari luar bilik tanpa mampu nak cerita apa-apa. Aku masih mamai dan aku takut tadi tu semua mimpi je. Malu la kalau aku galak cerita kat Pak Su tapi last-last rupanya mimpi je. Jadi aku fikir aku nak tengok keadaan Mak Lang dulu. Kalau Mak Lang masih dalam keadaan menyeramkan tu, aku takkan teragak-agak nak lari cerita pada Pak Lang.

Aku pun selak langsir pintu. Ehh elok je Mak Lang tengah tidur nyenyak. Posisi dia masih sama macam sebelum dia jegilkan mata kat aku tu. Dan takde bunyi-bunyi pun yang keluar dari mulut Mak Lang yang menyebabkan aku terjaga dari tidur tadi. Ahh sudahhh. Betul ke aku mimpi je ni? Ke Mak Lang nak gurau manja seram dengan aku? Aku pandang Pak Lang balik dan aku nekad tak nak cerita. Aku terus masuk bilik dan sambung tidur sebelah Mak Lang sampai esok pagi. Haha.

Esoknya aku tanya Mak Lang ada mimpi ke ngigau ke. Mak Lang kata takde pun. Tenang je dia tidur. Aku takde cakap apa-apa dah lepas tu. Kisah ni aku baru ceritakan balik pada Mak Lang beberapa tahun lepas. Mak Lang tanya asal masa tu aku tak kejutkan dia sampai bangun. Aku cakaplah nak kejutkan apa mata dah terjegil tengok aku macam tu. Haha!

———————————————–

Buat masa ni, tu je aku mampu ceritakan sebab dah panjang sangat pun. Ada banyak lagi kisah lain tapi nanti lah aku ceritakan lagi dengan hashtag #orkedbiru ya. Antaranya, kisah ‘Buah tangan dari kampung’ dan ‘Kasihan Mak Su’.

Dan sebelum kalian nak membuat spekulasi mengenai Mak Lang aku kot dia ada membela ke apa. Nope, Mak Lang aku masih waras untuk tidak mengamalkan benda-benda yang syirik dan khurafat. Dan kejadian malam tu pun masih menjadi tanda tanya pada kami semua apa sebenarnya ‘benda’ tu. Wallahualam. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

Ada rezeki, aku cerita lagi ya. Jaga diri semua. Assalamualaikum.

Orked Biru

Leave a Reply

6 Comments on "“Mak Lang Kenapa?”"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
tok njang

anak mak lang semua meninggal ke? maksudnya dia x dak anak la ye.. misteri betul mak lang tu

Rumorsss

Tak kawen la kot. Dah kenapa plak nak meninggal bagai😂😂😂

Kak Yulie

“Suami dan anak-anak Mak Lang dah lama meninggal jadi rumah tu arwah nenek dengan Mak Su yang duduk…”

Kaannn…
Akk pon dok curious part tu…
Eksiden ke semua skali meninggal dah…??

TokSah pikir

Nasib baik dia sengih jee, kalau dia amik pakej mengilai skali… Tu lah bende ni aku mase kecik2 dulu pon selalu kene.. Paling seriau time dia ketuk pintu macam nak pecah!!

cik effy

Ke Mak Lang nak gurau manja seram dengan aku? Aku pandang Pak Lang balik dan aku nekad tak nak cerita. Aku terus masuk bilik dan sambung tidur sebelah Mak Lang sampai esok pagi. Haha.
” ni pak su ke nie… confius pulak…..

Denasor

Paksu kot. Tsilap taip

wpDiscuz