MAK REDHA

Amira seorang gadis lulusan sebuah kolej swasta di ibu kota. Kini bekerja di sebuah syarikat penerbitan buku. Dan hari ini pula adalah hari terakhir dia bekerja di syarikat itu.

Keputusan telah diambil. Dia akan pulang ke kampung untuk menemani ibunya yang sedang sakit.

Rumah baru ibunya adalah rumah teres kos rendah. Rumah kampung telah dijual bersama sebidang tanah kerana kos merawat sakitnya memerlukan duit yang banyak.

“Mak jaga diri ya? Esok Amira sampai akan terus ke rumah baru mak.”

“Ya, mak. Amira balik dengan Ameer. Gilir-gilir drive. Mak rehatlah dulu,”

Seusai meletakan gagang telefon di pejabat, Amira terus bersiap untuk balik. Di dalam otak fikirannya cuma terbayangkan mak di kampung.

Dipendekan cerita, saat yang dinantikan oleh Amira telah tiba. Kereta dipandu oleh Ameer bakal suaminya. Perjalanan yang bakal memakan masa lebih 3 jam, mereka berpakat untuk bergilir-gilir memandu.

“You, i nak singgah toilet boleh?”

Ameer mengangguk. Lalu memandu memasuki R & R. Amira pun melangkah keluar dari perut kereta.

Di luar cuaca mulai terasa dingin. Awan mendung mulai menutupi cahaya yang terang. Dalam hati Ameer risau jika hujan turun sebelum mereka sampai ke kampung Amira.

15 minit kemudian.

Amira memasuki kereta dengan terkocoh-kocoh. Wajahnya sedikit pucat. Handphone yang terselit di tepi lubang aircond dicapainya lalu dimatikan sambil memalingkan mukanya keluar.

“You ni kenapa? Nampak hantu ke?” soal Ameer.

Amira cuma membalas soalan itu dengan elengan kepala.

“I rasa hujan nak turun ni. You restlah. Biar i drive sampai rumah mak you,”

Amira mengangguk lembut. Memang sejak dulu Amira tak akan drive ketika hujan. Matanya tidak fokus. Ameer tahu kelemahan bakal isterinya.

Baru 10 minit kereta mereka membelah lebuhraya, hujan pun turun dengan lebat. Ameer memandu perlahan dan hati-hati. Manakala Amira melentokkan kepalanya sambil memejamkan mata.

Handphone Ameer berdering. Amira membuka matanya lalu mencapai handphone Ameer di dalam dashboard. Dia merenung seketika nama di atas skrin.

Mata bundarnya mengerling seketika seketika wajah Ameer. Suasana hening seketika.

“Siapa? Kenapa tak jawab?”

“Entah. Terputus sendiri,”

Jawaban Amira ringkas. Ameer tidak mencurigai apa-apa. Pemanduannya sedikit terganggu kerana dirasakan kereta itu seperti terhuyung hayang gagal dikawal dengan baik.

“Kenapa kereta you ni? Bukan dah servis ke?” Ameer menoleh seketika ke wajah kekasih hatinya.

“Entahlah. I dah servis,”

Keadaan hujan yang makin lebat dan menghalang penglihatan Ameer, lalu Ameer mengambil keputusan untuk berhenti di R & R yang terdekat.

“Mana handphone i?” aju Ameer.

“Hati-hatilah drive,”

Handphone Ameer dipegang kemas. Masih lagi memandang ke luar. Tidak lama kemudian mereka sampai di sebuah R & R. Lega rasanya di hati Ameer kerana risau perkara yang tidak baik akan berlaku.

“I pergi toilet,”

Belum sempat Ameer bersuara, Amira telah melangkah laju keluar dari perut kereta. Hujan lebat tetap diredahnya tanpa memalingkan muka ke arah Ameer.

Sambil mencari siaran di radio, Ameer terpandang handphone dia dan Amira tersorok di bawah kotak tisu di tempat duduk Amira.

Baru dia terfikir untuk memeriksa siapakah yang buat panggilan tadi. Ameer mula mengamati satu persatu. Rupa-rupanya handphone Ameer telah ditutup data.

Setelah dibuka, banyak panggilan masuk dari nombor yang tidak dikenali. Semuanya bermula dengan 07 di hadapan.

Mak Amira? Nombor telefon rumah mak Amira mungkin…. Atau pun nombor public phone? Hatinya mula meneka. Ibu jari Ameer laju menekan nombor tersebut.

“Helo, Ameer. You dah sampai mana? Kenapa you tinggalkan i?” suara Amira meraung di hujung talian.

“I tinggalkan you? Mana ada? You….you kan ikut sama lepas pergi toilet,”

Pucat wajah Ameer waktu itu.

“I belum naik you dah gerak! Sekarang i dah dekat dengan bandar. Sebelah hospital,”

“Allahuakhbar. You naik apa cepat sangat you sampai?” seperti mimpi mendengar kata-kata Amira yang bersilih ganti dengan tangisan.

“I tumpang abang polis tadi. You cepatlah datang, i sejuk ni!”

Ahh! Siapa yang naik tadi? Kulit muka Ameer mula ketat. D***h menyirap hingga ke telinga. Amira yang bersikap aneh tadi bukan Amira???

Bingung seketika.

Tidak menunggu lama. Ameer menekan pedal minyak lalu menyusur keluar dari R & R tersebut. Dia bimbang jika ‘Amira’ tadi masuk ke kereta dan……

“Gila lah! Aku bawa hantu rupanya!”

Hujan mulai reda. Namun tidak meredakan hati Ameer langsung. Debaran yang tak pernah dirasai sebelum ini mengganggu fokusnya.

Sejam kemudian Ameer semakin memghampiri destinasi. Dan perjalanan di atas lebuhraya bakal tamat. Hatinya sedikit lega.

Tidak disangka perjalanan hampir dua jam tadi dia ditemani makhluk menyerupai Amira. Berkali-kali dia menepuk dahinya.

Baru dia teringat handphone Amira. Perlahan-lahan dia menekan butang untuk menghidupkan handphone itu.

Setelah dihidupkan beberapa saat, panggilan terus masuk. Ameer memandang ke arah tol. Syukur rasanya sebab dia telah melepasi lebuhraya. Sebentar lagi dia akan tiba di pusat bandar.

Amira menunggu dia di sebelah hospital. Katanya di situ ada foodcourt.

“Siapa pula call ni?”

Nada dering lagu LET IT GO memecah kesunyian. Sekaligus menambah denaran di dada Ameer.

Nombor peribadi? Ameer buntu.

“You!! Mana you ni?”

“Sabarlah sayang. I nak dah sampai depan hospital. Cari foodcourt.”

“What? I tunggu you lama ni. Dekat R & R XXXX. Nasib baik ada kakak cleaner ni temankan i,”

Ameer terpempan. Pandangan matanya kosong. Bulu tengkuknya berdiri tak semena-mena.

Kereta semakin menghampiri foodcourt yang ‘Amira’ maksudkan. Ameer menggosok mukanya. Bingung bercampur takut.

Bingung dengan apa yang dia dengar. Takut dengan apa yang telah dilaluinya. Bertambah takut pula untuk menunggu apakah yang akan berlaku.

Bola matanya mula meliar mencari kelibat Amira.

Mana yang betul?

Yang membuat panggilan mengatakan dia berada di foodcourt sebelah hospital atau yang kini ditemani cleaner di R & R pertama?

Kakinya mula menggigil setelah gagal melawan perasaan takutnya.

Bam!! Bunyi pintu kereta bahagian belakang dihempas.

Ameer menoleh ke belakang. Amira duduk dengan wajahnya menahan marah. Laju dia mengurut dada.

Nasib baiklah dia tidak patah balik menjemput ‘Amira’ di R & R pertama mereka singgah.

“Maaflah. Esok i belikan you Mc Flurry Oreo, ok?” cuba memujuk kekasih hati.

“Ok,” ringkas jawabannya dengan nada merajuk.

****************

“Sepasang kekasih ditemui m**i di tempat berasing. Ahmad Ameer bin Latif, 27 tahun ditemui m**i di tempat kejadian setelah keretanya dirempuh sebuah ambulans berhampiran hospital.

Manakala Nur Amira binti Kasim, 24 tahun ditemui m**i di dalam tandas awam di R & R XXXX. Mayatnya dijumpai seorang pembersih tandas di dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah kubikel……..”

Mak Amira mengulangi video di laman web beberapa kali. Masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak dan bakal menantunya telah pergi buat selamanya.

Sebelum menerima berita kematian Amira dan Ameer dari pihak polis, mak Amira telah dikunjungi mereka berdua.

“Mak, Amira datang dengan Ameer. Kami nak mak sihat. Maafkan kami tak dapat jaga mak selalu,”

“Mak faham kamu berdua bekerja. Jangan risaukan mak. Adik kamu Munirah dengan Hashim boleh jaga mak. Jangan risau, nak.”

“Malam ni Amira nak tidur dengan mak. Lepas ni tak dapat jaga mak lagi. Maafkan anak mak.”

Airmata Amira tidak lagi tertahan. Tubuh si ibu dipeluk dengan kejap. Tidak sanggup melepaskan kehangatan pelukan itu.

Sedarlah kini, rupa-rupanya Amira dan Ameer telah tiada di dunia ini. Masih hangat pelukan anak yang dirinduinya selama mereka berpisah.

“Mak redha. Mak ikhlaskan kamu pergi, nak.”

Sekian. Sebuah cerita seram berairmata dari Cik Panda

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 3.5]

2 thoughts on “MAK REDHA”

  1. Cerita rekaan tapi x faham cerita, apa punca jadi macam ni, siapa yg b***h, mana satu amira yg betul. Next buat cerita nama xpayah dekat2 sama, confuse pembaca nak bezakan watak

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.