MAKCIK DAN SIHIR

Hi admin FS dan pembaca tegar FS. Cerita yang bakal aku ceritakan ni berkaitan dengan family tunang aku. Aku sesungguhnya taknak bukak aib family dia tapi ini untuk pengajaran semua tentang sihir. So, aku kenalkan la nama awek aku Mary (bukan nama sebenar).

Aku dah kenal Mary ni almost 3 years la. Dia ni seorang yang sangat sangat tak percayakan sihir dan hantu. Sepanjang aku kenal dia memang langsung tak percaya benda benda ni. Even aku bawak dia tengok cerita Munafik pon dia boleh cakap, “ada ke orang zaman sekarang yang buat benda benda macam tu”.

Cerita dia bermula bila ayah dia meninggal dan Mary ni aku boleh katakan anak orang kaya juga la. Bapak dia ada tinggalkan harta untuk dorang adik beradik. Ikut faraid. Tapi before ayah dia meninggal ayah dia dah tukar tanah yang patutnya ayah dorang dapat dengan tuan tanah yang lagi satu. So, Mary ni tak tahu pon pasal pertukaran ni. Tuan tanah tu atok sedara dia. Kalau korang tak faham faraid mungkin susah sikit nak faham kot.

Faraid tanah tu macam ni. Atok dia meninggal. So, ayah dia ada dpt 1/2 daripada tanah tu. Kiranya dalam tanah tu sekarang ada nama adik beradik ayah dia dengan adik beradik atok Mary ni. Satu hari Mary ni kena desak dengan makcik sedara dia iaitu kakak kepada ayah Mary. Dorang mintak Mary serahkan tanah tu sebab dorang nak jual. Lagi satu makcik Mary ni dah ambil sebahagian tanah tu iaitu penama mak Mary tanpa bagi sikit pon royalti kat mak dia. Mary kiranya berkeras la tak mau bagi tanah tu dekat makcik dia.

Mary ni seorang perantau boleh katakan. Mary kerja dekat Cyberjaya dan dia tinggal dekat Dengkil. Apartment yang Mary duduk scary juga la sebab macam kena masuk estate then baru ada apartment dia. Tapi macam aku kata tadi Mary ni hati keras langsung tak takut dan dia sewa sorang dia je kat situ sebab dia tak suka sangat bergaul. So, Mary duduk tingkat atas sekali.

Start kes tu Mary susah sangat nak balik kampung sebab Mary marah dan tak suka makcik makcik dia ugut dia. Seminggu lebih berlalu lah kisah Mary ni sangkal permintaan makcik dia nak jual tanah tu. So, malam first yang jadi tu. Mary balik kerja then dia masak. Dapur dia macam kebanyakan low cost apartment yang mana dia ad grill tapi tanpa sebarang cermin pon ada. Scary juga tapi tu apartment baru. Lepas dia masak dia pon makan la dekat meja makan iaitu di main hall rumah dia. Tiba tiba pintu dapur dia tertutup (kena hempas). Mary ada kucing nama Aiko. Masa tu Aiko macam duduk je dekat kabinet TV and pandang dekat pintu tu tanpa gerak. Mary pelik la then Mary pegang dia. Aiko diam lagi so dia angkat Aiko pegi bilik Aiko. Bilik Aiko ni cermin dia tembus nampak dapur. So, Mary basuh tangan apa semua balik kat Aiko. Aiko pandang je cermin tu then Mary dah start pelik.

Masa Mary dalam bilik Aiko, tanpa angin atau lubang angin dekat bilik Mary tiba-2 cermin muka yang ada dalam bilik Mary jatuh. Berderai. Mary punya la terkejut time tu dia pon masuk bilik tengok cermin tu dah berkecai. Angin menderu masa Mary cuci cermin jatuh tu. Disebabkan Mary terkejut sangat malam tu Aiko teman dia tido dalam bilik. Tepat 3 pagi Mary dengar ada cakar dekat siling rumah dia. Dia mula pikir orang atas tapi dia terlupa yang sebenarnya dia duduk rumah paling atas. So, Mary pon macam pelik and bukak Surah Yassin. Masa tu cakaran tu makin kuat makin kuat dan hilang.

Pagi tu Mary pergi kerja. Tetiba masa dia dah kat bawah dia nampak Aiko dekat cermin rumah dia yang terbukak. Aiko pandang je dia pergi kerja. Korang tau la kucing mana takut duduk tepi tingkap even tinggi nak mampos. Mary makin pelik tapi tak ambil port langsung. Aku tak tahu kenapa tunang aku seberani ni. Hahaha aku pon pelik. Mary siap mintak tolong jawatankuasa apartment dia check bumbung dia takut ada binatang ke apa dok cakar pukul 3am. Tapi bila bomba check apa pon tade. Mary teruskan keras hati dia. Makin banyak benda aneh jadi contoh macam ada abu dalam bilik air dia setiap pagi, ada d***h depan pintu dan ada orang ketuk pintu rumah dia, bila tengok ikut lubang pintu tade sape.

Nak pendekkan cerita semua benda ni jadi dia langsung tak ambil peduli. Teruskan hidup macam biasa. Hujung bulan yang sama benda ni jadi. Dia demam teruk lepas dia datang jumpa aku dekat Melaka. So, sebagai tunang yang concerned aku pon datang rumah dia malam tu. Terkejutnya aku masa aku naik lift ada sorang perempuan tua nama Kak Siti aku tak tahu dia manusia ke apa. Dia cakap aku, “baik baik Mary dalam bahaya. Bawak dia berubat.” Aku masa tu macam blur aku cakap “Aah dia tengah demam bahaya juga takut denggi”. Aku taw macam bodoh juga tapi akak tu diam je.

Masuk rumah aku tengok Mary tak macam Mary yang aku kenal. Mungkin sebab dia tak pakai makeup kot. Tapi kali ni memang teruk gila cengkung dia. Aku pulak takut dengan tunang sendiri hahaha. Malam tu aku tidur dekat ruang tamu. Dia dalam bilik. Aiko dengan aku so dia sorang la. Tiba-2 dalam pukul 2am gitu aku dengar pintu bilik dia terbukak tapi aku still lagi buat-2 pejam. Sebenarnya aku malas nak layan lapar dia malam malam. Aku nampak dia masuk dapur tapi macam bercakap. Aku steady lagi aku ingat ada laki lain sebab suara tu macam laki cuma x jelas sangat la apa dorang sembang. Pastu dia keluar dengan isi ayam yang fresh lagi. Time ni aku dah pelik. Aku ingat nak bagi Aiko sekali dia cangkung dia makan. Lagi tidak la aku nak gerak do. Scary gila!

Aku biar biar then dia dah habis makan dia masuk bilik. Tepat 3.30am gitu dia keluar lagi tapi ni Mary betul aku rasa. Dia kejut aku then awal aku takut juga tapi aku acah gentle ak bangun. Alhamdulillah manusia weh. Dia cakap aku dia dengar cakar cakar tu lagi and dia mintak aku tidur dengan dia. Aku ikut tapi aku sumpah tade apa benda bukan bukan aku buat. Mula aku takut la. Tetiba aku pon dengar cakar tu. Aku pasang ayat Yassin tetiba Mary cakap, “tutup la bie. Nanti dia diam”. Aku ikut dan terus tidur ja.

Dia cuti masa tu sebab demam. Kami balik Penang rumah Mary. Sepanjang jalan dia tido bangun tido bangun. Time tidur merengek je. Sampai je rumah ustaz dah ada kat rumah mak dia. Aku dah cerita kat mak dia. Sebelum masuk dia cakap kat aku, “sampai hati buat macam ni kat I”. Then aku cakap, “I sayang u sebab tu I buat ni”. Nak pendek lagi. Dia masuk rumah ustaz ni cekak bahu dia terus gelupur. Time ni keluar muntah paku dari mulut dia. D***h d***h dia. Lepas selesai ustaz tu cakap kat kitorang tunggu dia bangun. Yang aku tak suka bangun je dia cari Aiko bukan nak cari aku hahaha. Ustaz tu cerita kat dia apa semua. Dia terkejut sebab dia nampak paku yang dia muntah tadi. Start ni baru dia percaya benda tu semua. Ustaz tu tanya dia orang yang buat ni tak puas hati dengan dia and dia pakai bomoh siam tapi yang boleh jaga dia sampai tahap dia tak kena rasuk royan sebab dia ada yang jaga.

Ustaz ni cakap orang yang buat tu orang pertama yang terlintas kat otak dia. Ustaz suruh diam je kalau tahu. Start tu dia jadi penakut dan insecure teruk. Lepas sebulan aku tanya balik siapa yang buat, dia jawab, “MAKCIK I”. Wallahualam. Sekian.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

2 thoughts on “MAKCIK DAN SIHIR”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.