MAKCIK DEWAN MAKAN

MAKCIK DEWAN MAKAN.
====================

Jari jemari aku menari-nari di halaman seram ini. Memang halaman FIKSYEN SHASHA (FS) ini banyak kisah-kisah yang seram dapat dibaca. Satu persatu aku memilih tajuk untuk dibaca. Tapi tidak tahu kenapa, tengah mencari tajuk cerita untuk dibaca. Tiba-tiba aku teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh adik aku. Memang dapat rasa meremangnya bulu roma.

Kisah ini sebenarnya diceritakan oleh adik aku. Berlaku pada seorang kawannya. Waktu itu adik aku masih belajar di sebuah Universiti yang terletak jauh nun hujung di sebelah utara. Universiti ini memang terkenal dengan gangguan makhluk halus dan penampakan yang menyeramkan. Tentang gangguan di dalam bilik, di dalam asrama, di dalam bilik bacaan juga didalam bilik menonton televisyen.

Ada juga yang terkena gangguan di dalam bilik air hingga demam berminggu-minggu. Ada sesetengah pelajar suka mereka-reka cerita untuk mengusik dan menyakat kawan-kawan yang penakut. Buat patung pocong letak di atas tangga. Letak di dalam tandas. Sudah berkali-kali pihak Universiti memberi amaran, namun degilnya pelajar-pelajar ini tidak dapat dibendung lagi. Makin melampau kenakalan mereka. Salah seorang pelajar nakal itu ialah Badrul. Ini kisah Badrul yang adik aku ceritakan.

Badrul memang nakal sangat-sangat. Menyakat kawan-kawan memang sudah menjadi hobi. Sudah berkali-kali dinasihati tapi perangainya semakin melampau. Badrul macam tidak kisah dengan nasihat kawan-kawan rapat. Badrul memang suka bersarapan di dewan makan. Tiap-tiap pagi waktu sarapan pasti Badrul lah pelajar yang pertama sampai bersarapan di dewan makan. Tiap-tiap malam memang di bilik Badrul menjadi tempat kawan-kawan rapat duduk bersembang sampai ke pagi. Ada yang sampai terlena sampai pagi. Kadang-kadang masak mi segera sama-sama. Makan riuh rendah.

Tapi di malam kejadian. Di bilik Badrul seperti biasa ramai bersembang-sembang. Makan mi segera. Tapi yang peliknya Badrul tidur awal. Pukul 9 malam Badrul sudah berdengkur. Selalunya Badrul akan mengajak 2 atau 3 orang lagi untuk menemaninya menjalankan projek menyakat. Tidak tahu kenapa malam itu seorang kawan dari bilik lain datang mengajak kawan-kawan Badrul pergi ke biliknya untuk makan sate. Dia beli banyak. 2, 3 orang terus goyang-goyang Badrul yang sedang berdengkur untuk mengajak sekali pergi makan sate. Tapi Badrul tidak terjaga. Badrul terus nyenyak tidur.

Tidur Badrul berdengkur seorang di dalam biliknya. Kawan-kawan lain sedap menjamu selera, maklum lah sate. Makan-makan, sembang-sembang, ada juga yang menonton filem aksi di komputer riba. Pada waktu itu tidak seorang pun ambil tahu pasal Badrul. Semua seronok melayan perasaan masing-masing. Tiba-tiba salah seorang menegur. “Dah pukul 5.30 pagi ni. Jom bangunkan Bad”. Seorang lagi bersuara, “tak pe. Bad selalu bangun awal. Dia kan King Of Dewan Makan”. Satu bilik riuh dengan ketawa.

Tepat pukul 7 pagi masing-masing turun ke dewan makan. Tapi yang peliknya Badrul tidak ada. Semua kawan mencari Badrul. Masing-masing membuat andaian yang Badrul merajuk sebab tinggalkan dia seorang diri di bilik. Puas mencari Badrul tapi tidak jumpa. Tanya pada makcik-makcik dewan makan pun mereka bagitahu memang pagi ini tidak nampak Badrul datang ke dewan makan. Semua kawan bersepakat naik ke bilik.

Memang benar, Badrul masih terbaring di atas katil sambil berselimut. Semua kawan menjadi pelik dengan perangai Badrul pagi itu. Macam-macam soalan ditanya pada Badrul. Tapi Badrul terus membisu. Badrul nampak sedikit pucat masa itu, macam orang demam. Kemudian kata putus dibuat. Kepada pihak Universiti diberitahu. Badrul seminggu ditahan di wad. Seminggu kemudian baharulah kisah sebenar yang menimpa Badrul dapat diketahui. Puas juga memujuk Badrul untuk menceritakannya.

Di malam kejadian Badrul tidak tahu pukul berapa. Dia terjaga sebab bunyi bising sangat-sangat di dewan makan. Bila bangun tengok seorang pun tidak ada. Badrul fikir semua sudah turun ke dewan makan. Badrul rasa marah sebab kena tinggal. Badrul fikir semua kawan sengaja hendak tinggal dia seorang diri. Badrul dengan rasa tidak puas hati bangun terus ke tingkap. Memang tingkap bilik Badrul menghadap betul-betul depan dewan makan. Bila dia keluar kepala dari tingkap memang dewan makan sudah terang benderang. Badrul yakin semua kawan sudah berada di dewan makan. Bunyi bising makcik dewan makan memasak pagi itu memang lain macam.

Badrul dengan pantas berpusing kedalam ambil baju. Tetapi, mata Badrul terpandang jam dinding. Pukul 3.15 pagi. Dia berlari ke tingkap. Tengok dewan makan dah gelap. Tapi bunyi bising periuk belanga dan orang menggoreng masih kedengaran. Suara memang sama macam suara makcik dewan makan. Dari cahaya lampu tiang yang terletak di hujung dewan makan, Badrul dapat lihat benda bergerak dan bising di atas bumbung dewan makan. Badrul nampak makcik dewan makan 4,5,6 orang bising memasak atas bumbung. Badrul tengok jam dinding sekali lagi. Pukul 3.25 pagi. Badrul menenyeh matanya berkali-kali. Bila buka semula dan melihat ke atas bumbung, bunyi bising terdiam. Tapi keenam enam serupa makcik dewan makan itu, serentak memandang kepada Badrul.

#penatarihitam

TAMAT.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1.5]

11 thoughts on “MAKCIK DEWAN MAKAN”

  1. Hashtag #penatarihitam …

    Citer ko mmg very straight forward…
    Siap emergency brake kooo…
    Seb bek akk bwk slow ala2 depan kwsn sekolah…
    Sgt sesuai utk org yg suke kondem citer meleret2 tu…

    Bagus btol geng2 si badrol tu…
    Pepagi buta dh bgn standby nk bekpes…
    Murah rezeki x tdo lps subuh…
    Tp amendelah si badrol tu…
    Ingtkan bujang bebenor…
    Nmpk makcik dewan makan trs demam msk hosp bagai…
    Baru tau takoottt yer…

    Reply
  2. nmpk beno tokok tmbh ceta ni…. ceta dpt dr adik dpt dr kwn die tp cukup detail penceritaannya sampai mentioned jam pukol brpa…. ko tipu eh?!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.