horror_background_feast_of_flesh-other

Makhluk Yang Menyukai Bayi

Assalammualaikum. Hai fs reader. First at all, aku nak ucapkan terima kasih pada fs kerana sudi menyiarkan kisah aku. Actually, terlalu banyak kisah mistik yang berlaku dalam life family aku dan aku sendiri pun tidak tahu mengapa…

Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah mengenai kakak aku yang ketika itu baru sahaja melahirkan anak sulungnya dan pulang kerumah ibu mertuanya untuk berpantang. Rumah ibu mertua kakak aku agak terpencil daerahnya. Malam pertama di rumah ibu mertuanya, anak kakak aku yang baru berusia dua hari tidak berhenti menangis.

Diberi susu tidak mahu, lampinnya masih kering. Diletak minyak angin perutnya kerana mungkin kembung perut, tapi tetap menangis. Dari tengah malam hingga ke subuh, ianya berlarutan hampir seminggu. Pada mulanya kakak aku menyangka kemungkinan anaknya itu mungkin keliru masa tidur kerana malam anaknya menangis dan bila siang anaknya tidur lena.

Kemudian kakak aku terpaksa pulang ke rumah ibu ku. Ibu mertuanya terpaksa keluar daerah selama tiga hari kerana ada hal yang perlu diuruskan. Sepanjang duduk di rumah ibuku, anaknya langsung tidak menangis, apabila malam anaknya tidur begitu lena. Kakak aku merasa agak pelik tapi cuba untuk tidak memikirkannya. Apabila ibu mertuanya pulang, kakak aku kembali duduk dengan ibu mertuanya.

Perkara itu berlaku lagi , tapi kali ini agak merisaukan kakak aku kerana anaknya menangis sehingga tiada suara dan mata anaknya memandang ke atas. Setiap malam begitu, kakak aku langsung tidak cukup tidur , kakak aku memangku anaknya sepanjang malam. Pernah satu malam anaknya menangis sampai biru mukanya dan kakak aku segera membawanya ke hospital. Apabila sampai di wad kecemasan anaknya terus berhenti menangis, apabila diperiksa doktor , doktor memberitahu anaknya sihat.

Kakak aku mula curiga, dia merasakan ada sesuatu yand tidak kena dirumah ibu mertuanya. Kakak aku ada mengajukan pertanyaan mengenai perkara itu pada ibu mertuanya. Akan tetapi, ibunya seakan mencuba untuk menyembunyikan sesuatu perkara. Sehinggalah pada suatu hari, pada tengah malam, seperti biasa kakakku memujuk anaknya yang sedang menangis. Setelah puas memujuk akhirnya anaknya tidur, dia pun meletakkan anaknya diatas tilam. Ketika itu suaminya yang baru pulang dari outstation sedang tidur di sebelah kiri, anaknya di tengah manakala kakakku di sebelah kanan.

Sedang kakak aku melelapkan mata tiba-tiba dalam keadaan mamai dia terlihat ada tiga kepala disebelahnya lalu berfikir anaknya satu kepala, suaminya satu kepala tapi siapakah satu kepala lagi??
Dia terus membuka matanya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat makhluk yang hodoh sekali sedang mengagah anak dia. Makhluk itu sangat hodoh, dan mengerikan seperti keadaan mangsa kemalangan yang mukanya menyeret kejalan tar.

Lalu kakak aku cuba untuk memeluk anaknya tetapi badannya kaku, langsung tidak boleh bergerak. Kakak aku cuba untuk membaca surah-surah tetapi makhluk itu terus memandang kakak aku dengan pandangan yang tajam, kakak aku terus tidak sedarkan diri.

Apabila hari sudah pagi, dia pun tersedar. Lalu dia menceritakan hal itu kepada suami dan ibu mertuanya. Pada masa itu barulah ibu mertuanya memberitahu perkara yang sebenar bahawa rumah yang mereka duduki ini adalah laluan ‘makhluk’ tersebut. Terus kakak aku membuat keputusan untuk berpantang dirumahnya sendiri. Alhamdulillah anaknya kini tidak menangis lagi pada waktu malam, hanya menangis jika mahukan susu atau lampin sudah penuh.

Sampai sini sajalah salah satu kisah dalam life family aku dan kisah ni panjang sebenarnya tapi aku pendekkan, dan masih banyak lagi yang aku mahu kongsikan, in sha allah jika ada peluang akan aku ceritakan lagi. Assalammualaikum….

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *