Assalamualaikum warga Fs sekalian. Terima kasih juga kepada Fs publishkan cerita ni. Dah lama aku tak menaip cerita seram aku. Hari ni tergerak nak berkongsi sikit cerita seram yang terjadi pada aku dan sepupu aku dijohor. Nama aku mal pernah share story aku #mal melaka-kelantan. Aku akan padatkan cerita ni. Bagi korang hadam seram cerita ni.
Kisah 1 – kegelapan
Cerita ni berlaku sekitar 2009, jam menunjukkan sekitar pukul 10 malam, masa tu aku berada diluar rumah makcik aku. Berseorangan ditemani malap2 cahaya lampu jalan warna oren. Sesekali ada juga motor lalu di hadapan rumah makcik aku. Aku ketika tu nak calling-calling my love masa tu, yelah masing-masing jauh, sorang kelantan sorang dekat johor. Kisah seram aku bermula pada sekitar 12.30 malam, tengah rancak berborak sampai kering idea nak borak apa masa tu. Tiba-tiba Kedengaran sesuatu seperti orang tengah berjalan.
“Mungkin oranglah tu kot” getus hati kecilku. Sambil memerhatikan keadaan sekeliling aku yang agak gelap dan jantung aku mula berdebar laju. Ditenung dalam gelap dengan fokus yang agak samar-samar aku ternampak seakan satu kelibat hitam tengah datang menghampiri aku dalam keadaan merangkak. Makin dekat dengan tempat aku duduk. Lalu ternampaklah seekor anjing hitam. Bersepah aku lari tinggal selipar dekat situ. “Binawe punya anjing, terkejut abang” berdialog aku seorang diri sambil mengah dah la lama aku tak berlari.
Last berlari masa kena denda dekat sekolah dulu. Lepas je mengintai dari balik lori yang ada dekat rumah tu. Aku pergi ambik selipar aku dan duduk ditempat cerah sikit sambil sambung bergayut. Lepas sejam bergayut, aku dah mula rasa tak sedap hati tapi aku cuba kuatkan diri. Sesekali pandang ke tempat gelap dan pokok besar dibelakang rumah makcik. Orang cerita pokok tu tempat bunian. Ada perkampungan dia dekat situ, masa nak buat rumah makcik tu, makcik aku ada la mimpi sorang perempuan datang nak cakap tu tempat dia. Belakang rumah pulak memang kawasan laluan geng-geng hantu ni.
Berbalik pada cerita aku, masa tengah pandang pokok besar tu, tiba-tiba ada satu jeritan perempuan yang sangat kuat. Berderau d***h aku naik tapi aku buat rilek dulu. “Suara bangla memekak la kot” getus hati kecil sambil berdiri bulu roma dan cuba meninjau rumah bangla. “Aik gelap pulak rumah diorang ni biase tak tidur lagi, hah sudah” bermonolog aku sambil menjawap persoalan. Aku dah mula cuak tahap dewa 19. Masa tu jugak suara perempuan tu menjerit lagi. Kali ni bunyi dia sangat kuat. Macam betul-betul nak kena b***h.”arghhhhhhhh” lebih kurang kasar bunyinya. Aku apa lagi, buka langkah kekuda sambil mulut terkumat kamit membaca surah aku ingat masuk dalam rumah. “Tau goyang kau mal” padan muka dengan aku.
Dua kali aku kena dengan Suara tu, masa tu aku dengan sepupu aku pukul 3 pagi melepak tengok cerita, rumah tengah renovate bagi besar jadi tempat yang renovate tu tutup pakai kain je. Bergema suara perempuan tu jerit. Aku dengan sepupu aku cari. Tau pun diam. Misi membalas dendam tercapai. Sampai kesudah aku tak tahu apa binatang yang jerit tu. Siapa yang pernah kena boleh komen bagitahu apa ke benda tu.
Kisah 2 – Tingkap
Kisah berlaku pada 2012 macam tu, macam aku cerita tadi belakang rumah makcik memang kawasan laluan binatang tu. Masa ni aku dengan sepupu-sepupu aku main game PS2 memang meriah la bilik tu dengan makian dan juga caci mencaci. Biasalah budak apa tahu. Budak ke? Dalam rancak tengah main game bergelak ketawa tiba-tiba pintu bilik kena ketuk. “Tup tup tup” sangat laju. Tapi aku dah perhati bawah pintu takde bayang kaki.
Jai : woi sape ketuk pintu pukul 2pagi ni
Aku : entahlah maybe adik kau kot takut bising sangat
Jai : cuba kau pergi check
Aku : okay, ” kalau adik dia mesti pintu bilik adik dia dengar tutup pintu” aku bermonolog sorang diri.
Aku buka pintu toleh kanan toleh kiri takda apa-apa. Gelap je. Aku masuk balik bilik.
Aku : woi jai takde sape pun, semua tidur kot
Jai : yeke, ikutlah. Mari sambung main game kita ni.
Aku : yelah takkan aku nak tipu.
Dalam tengah sibuk melunaskan hutang game yang aku je kalah. Tiba- tiba rasa nak buang air kecik pula. Bingkas aku bangun terus ke tandas. Dalam perjalanan nak ke tandas tu ruang dapur memang gelap cuma ada cahaya bulan je dekat tingkap. Aku pergi la ke jamban sambil on suis lampu jamban. Nak tahu apa aku nampak. Takde apa-apa jadi aku meneruskan hajat. Sambil membuang sambil aku perhati tingkap kecil dekat atas tu, sebab sepupu aku pernah kena ada kepala jengah dekat tingkap tu. Selamat masa aku tu takde. “Fuhh lega” getus hatiku.
Lepas je selesai menunaikan hajat. Aku keluar jamban, depan jamban ada tingkap, dan belakang tu memang kawasan lalu lalang puak-puak ghaib ni. Jadi aku kuatkan diri. Masa tengah jalan dalam gelap tu betul-betul depan tingkap tu tiba-tiba tingkap diketuk “tap tap tap, mah mah mah” suara tu sebijik macam arwah pakcik aku. Nama makcik aku timah bukan nama penuh la. Meremang bulu aku masa tu. Aku kuatkan diri terus jalan slow-slow masuk bilik. Dengan d***h dah takde.
Jai : ko pehal muka macam nampak hantu
Aku : esok aku cerita dekat kau * sambil tangan pegang remote ps2.
Jai : orait. Moh ler sambung main bolooo.
Lepas seminggu baru aku cerita. Nampak janji melayu. Terkejut la sepupu sepapat aku semua. Maka terjadilah satu teori mungkin pokok kelapa la tu. “Pokok kelapa boleh pulak keluar suara” membalas teori albert sepupu aku. Sampai ke hari ni aku ingat suara tu. Sangat lembut je bunyinya.
Cerita akhir sekali tingkap bilik sepupu aku, kisah bermula pada pukul 12 malam, seingat aku masa tu ada 4 orang dalam bilik tu melepak sambil membakar rokok, adik-adik yang baca ingat jangan hisap rokok okay. Masa tu tingkap bilik terbuka satu. Yela hisap rokok tak bukak tingkap mahu tak berkabus. Dalam tengah rancak berborak tentang masa depan.
Masa tu aku la yang duduk dekat tingkap sambil memetik habuk rokok. Sesekali terpandang la belakang, kot-kot habuk jatuh dalam balik ke. Kisah seram bermula. Yang ni aku taip pun teringat benda tu. Dalam tengah memetik sambil menoleh kebelakang, tiba-tiba aku ternampak abang gula-gula dekat belakang tingkap. Ya Allah buruknya tahap sampah pun lawa. Mata merah, muka berkedut, kain kotor betul-betul tengah pandang aku. Aku dengan saki baki kekuatan tenaga zahir dan batin tarik tingkap tu perlahan – lahan, tutup langsir maka sepupu aku terus bertanya.
Ris : asal tutup tingkap bro?
Jai : a’ah apesal dude?
Aku : abang gula dekat belakang tu hah
Jai : owhh, sambung borak pasal masa depan.
Padan muka gula kami tak layan. Apa motif dia agaknya datang muncul belakang tingkap. Nak rokok cakap la. Aku hulur sebatang ini tak kerja menangis je. Korang tahu la kenapa aku dah terbiasa dengan hantu ni. Asyik kena kacau je sampai bosan dah. Ada sekali kak ponti mengilai depan rumah kitorang cari dan kejar menatang tu. Tapi sayang tak jumpa. Dia punya mengilai tak tahu la apa yang lawak.
Atuk lagi rare, dengan batang penyapu dia kejar hantu ape entah yang lidah panjang. Tahu goyang hahh. Sekarang pokok tu dah kena tebang. Tak tahu apa kename pokok tu yang dahan dia berakar tu. Memang femes pokok tu kalau bab kak ponti melepak.
Okay la, setakat ni je la aku nak cerita untuk korang semua, kalau ada lagi kisah seram lagi misteri aku share lagi kisah seram aku. Nama aku mal datang dari kelantan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih sudi membaca harap tak di reject lagi dah.
-Mal-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
kemen ke cite doh
mcm sk lok hk ?
maaf ler kalau cerita tak scary macam orang lain, nak berkongsi je okay.
maaf, saya tak faham soalan.
Hahaha..aku pun jenuh meneka apa dia nk tanya
haha, cerite awak ni buat sy gelak je. tak seram lgsg. hehe