#MAROO – GANGGUAN DAN TEGURAN
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum kepada rakan-rakan FS sekalian. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin FS yang sudi publish story aku #MAROO- PERMULAAN yg lepas.
Sebelum tu, terima kasih juga kepada rakan-rakan FS yang sudi baca dan sudi bagi comment-comment yang membina.
KISAH kali ni ketika aku di sebuah IPTS. Peraturan di sini, pelajar baru akan menginap di apartment yang menempatkan 7 orang didalamnya. Apartment tersebut mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, dapur dan ruang tamu. Bilik 1, aku dan Zan. Bilik 2, Yat, Wan dan Bil. Bilik 3, Qil dan Fat.
Waktu sesi suaikenal dengan senior memang membosankan aku. Faham sangat time ni mestinya ada yang tergedik-gedik nak kenal-kenalan dengan senior. Paling aku rasa menyampah bila masing-masing kenalkan diri, dekat hujung ayat mesti cakap, βsaya single, but not availableβ. Automatik kening kanan aku terangkat dan hati aku berbisik, “motif?”.
Tamat minggu yang memenatkan, dalam hati terdetik niat nak ponteng kuliah esok hari. Badan dah letih, otak dah tak boleh hadam dengan keadaan sekeliling. Laju je kaki aku berjalan kearah lif.
“My Godβ¦ ramainya yang nak naik lif.”
Mata aku melirik ke arah jam di tangan.Β “Eh, dah 11 lebih? Patutlah mengantuk gila!”
Aku dah berkira-kira nak tunggu lif atau nak naik tangga. Kalau naik lif, mahu dua atau tiga trip aku kena tunggu. Kalau naik tangga, mak aihh… tingkat 8 kot!
Ting… bushhhh… semua orang berpusu-pusu masuk. Macam ikan dalam tin sardin. Aku nampak roommate aku, Zan dah masuk dalam tu. Zan angkat tangan dan senyum dekat aku. Aku hanya mengangguk.Β Sumpah time ni aku dah tak larat nak tunggu lif. Bila-bila masa je aku boleh berkuak lentang dekat simen ni. Aku paksa diri aku naik tangga. Sambil pejam mata tahan mengantuk, tangan aku paut pada besi tangga dan mula melangkah. Sampai tingkat 4 aku dah semput. Aku bukak pintu kecemasan dan tengok ke arah lif. Sekali lagi aku menyumpah bila melihat nombor merah yang tertera di atas lif. “TakΒ guna! Lif tu baru je naik tingkat lima.”
Aku tak ada pilihan lain, selain paksa kaki melangkah. Yakin yang aku dah sampai di tangga yang terakhir, aku cepat-cepat bukak pintu βExitβ dan berjalan ke arah apartment aku yang bersebelahan dengan lif. Kunci aku masukkan ke dalam lubangnya dan aku pusingkan tombol pintu.
“Alah, kenapa pulak tak boleh bukak ni? Orang dahlah penat gila ni!”
Pintu aku ketuk, “assalammualaikum. Zan, tolong buka pintu ni…”
Tiada jawapan. Mulut aku mengomel sendirian. Takkanlah tak ada orang? Ke, Zan dan tidur? Aduh. YangΒ lain pun takkan dah terus tidur?
KLUCK!Β Bunyi tombol pintu dibuka.
“Kau apasal lambat sangat buka pin…” aku mematikan pergerakan mulutku.Β Otak aku ligat memikir. Siapa pulak kat depan aku ni? Tingginya… roommate and housemate aku semuanya rendah-rendah. Ada yang tinggi pun, tapi tak adalah tinggi sangat.
“Bilik awak kan dekat atas? Ni tingkat tujuh,β balasnya sambil jari telunjuknya menunjuk ke atas.
Allah… apa salah aku? Time-time inilah tersilap. Dah tak larat gila ni.
Lepas aku ucap maaf, aku terus berlari-lari anak kearah tangga. Mata aku tertancap pada dinding di hadapan tangga. Ada nombor 7 tertampal pada dinding itu.
“Itulah kau… buat malu je salah bilik,” kutukku dalam hati.Β Perasaan penat tu buat aku rasa nak tidur dekat tangga. Tapi aku gagahkan juga dan aku pastikan kali ini betul-betul terpampang nombor lapan di hadapanku.
Aku pulas tombol pintu rumah dan masuk. Aku nampak Qil dah terlentang dekat kerusi depan. Dengan rakusnya aku buka tombol pintu dan segera bergerak ke hadapan.
“BAMMM!” dahi aku terhantuk. Apa pulak lagi ni?
Rupanya pintu bilik aku berkunci. Tadi aku cepat-cepat nak masuk bilik, sebabkan aku ingat pintu tak berkunci. Perasaan marah, bengang, penat semua ada. Rasa nak menjerit. “Dah kenapa roommate aku ni nak kunci pintu? Dah tahu aku nak naik bilik, yang pergi kunci pintu tu dah kenapa?” omel aku dalam hati.
Aku buka kunci pintu dengan kasar sehingga daun pintu menghempas ke dinding.
“BAMM!” Aku agak, bunyi pintu ni pasti akan mengejutkan Zan yang tengah tidur.Β Gelap dan panas. Bilik aku gelap dan tiada bunyi kipas.
“Dia ni… kalau ya pun penat sangat, tak boleh nak on kipas dulu ke?”Β Sejurus aku petik suis lampu dan kipas serentak. Aku segera menoleh ke arah katil Zan. Katilnya kosong. Hanya ada bantal dan selimut.Β Malas nak fikir, aku segera membersihkan diri dan menunaikan solat isyak. Entah berapa kali aku baca al-fatihah berulang-ulang dan tersengguk-sengguk sebab mengantuk ya amat.
Pagi tu aku cerita dekat classmate aku tentang kejadian aku tersalah rumah semalam. Dia punya gelak memang tak boleh nak cover langsung.
“Hahaha! Macam manalah kau boleh tersalah rumah? Kau pergi rumah siapa semalam?”
“Aku penat sangat semalam. Tak perasan dah salah rumah. Entahlah, aku tak kenal. Tapi dia macam kenal aku, sebab lepas dia bukak pintu tu, dia terus cakap yang rumah aku dekat atas.β
“Eleh, nak kata kau famouslah tu. Tingkat berapa yang kau tersalah naik semalam? apartment aku dekat tingkat 8.”
“Ya, aku tahulah kau dekat tingkat 8. Kan dah banyak kali aku teman hantar kau pergi bilik kau lepas ambil air kat tingkat 1. Aku tersalah rumah yang sebelah rumah kau. Kalau keluar lif, rumah kau kan sebelah kiri? Rumah dia sebelah kanan,” panjang lebar aku terangkan.
βHahaha.. kau jangan buat lawaklah Maroo, mana ada orang dekat sebelah apartment aku. Sejak masuk sini, memang rumah tu kosong sebab under maintenance. Pihak kediaman pindahkan diorang sebab rumah tu bocor teruk. Tak tahu bila nak elok.”
Bagaikan dipanah petir, aku terdiam. Aku flashback semula apa yang berlaku semalam. Jelas lagi rupanya, suaranya, tangannya, badannya, kakinya⦠haa⦠kaki⦠aku tak tengok kaki dia semalam. Orang kata, kalau tak nampak kaki, dia bukan manusia. Tapi aku tak terfikir nak tengok kaki dia semalam. Tak semena-mena bulu roma aku semuanya berdiri dan berbaris beramai-ramai.
βKau okay tak ni, Maroo?β
βHa? Aku okay je. Aku rasa aku tersalah rumah kot. Haha,” gelakku hambar. Memang gilalah kalau aku cerita yang sebenarnya dekat kawan aku ni. Dahlah penakut sangat… aku taknaklah jadi bodyguard yang tak bergaji nak kena teman dia balik hari hari. Peristiwa semalam aku diamkan. Puas aku berdoa moga dijauhkan dari benda yang bukan-bukan.
Ketika dalam perjalanan balik dari kuliah, mata aku menangkap sosok tubuh yang aku kenal. Zan, roommate aku. Last aku nampak dia dalam lif semalam sambil angkat tangan dekat aku.
“Assalammualaikum, Zan,” sapaku
“Eh, Maroo. Wa’alaikumsalam,” dia menjabat tanganku.
“Ni nak pergi mana ni? Dengan beg baju ni?β mulutku ikut muncung kearah beg yang berada di sebelah Zan.
“Tak ada pergi mana pun. Aku baru balik ni dari rumah makcik aku sebab ambil barang-barang kolej aku ni ha.. esok aku dh start kelas, ada lagi barang yang belum setel. Aku lupa nak text kau semalam. sebab aku penat sangat semalam.Kau pun tau kan, semalam baru je habis sesi suaikenal.β
βtakpe je.. aku faham. Aku pun tak sempat nak tegur kau dekat lif time habis program semalam. Nasib kau angkat tangan tegur aku dulu.β
βEh, bila masa pulak kau ni? Lepas je keluar dewan semalam, aku terus balik. Aku tak sempat nak naik bilik pun sebab semalam dah lewat sangat kalau aku tak terus gerak pergi rumah makcik aku.β
βKau biar betul? Memang aku nampak kau semalam. kau angkat tangan dekat aku. Siap senyum lagi,” beria-ia aku terangkan dekat Zan.
βDemi Allah aku tak naik bilik semalam. kau silap tengok ni. Kan semalam kau penat sangat. Dah.. jangan fikir.. jom makan, makcik aku bekalkan makanan ni ha.”
Sepanjang jalan puas aku fikir, apa yg aku nampak semalam, dengan siapa yang aku angguk, dengan siapa yang aku tegur.
βYa Allah.. lindungilah aku daripada permainan makhluk halus ,ya Allahβ. Bisik hati kecilku.
Cukup dengan kejadian sehari buat aku bingung plus bengong berhari-hari.
Keesokkan harinya, aku ajak Zan teman aku pergi aras bawah apartment aku. Usai baca ummul kitab, ayat kursi dan beberapa surah pendek, kami lalu di hadapan apartment yang aku tersalah rumah tempoh hari. Ada satu ruang tingkap yang pecah, kami intai keadaan dalam dari luar. Dan.. ya. Memang tak berpenghuni dan kelihatan air mengalir dibawah pintu. Berbeza dengan keadaan yang aku pergi tempoh hari. Aku bukan berani sangat nak duduk situ lama-lama. Pertanyaan Zan yang menanyakan mengapa aku mengajaknya kesitu tidak aku jawab.
Semester ni mencabar bagi aku. Dan mungkin ini juga ujian Tuhan buat aku supaya selalu beringat.
Last aku demam kaw-kaw umur 14 ketika gangguan pertama di kampung opah. Tak sangka, di sini juga aku bakal mengalami peristiwa sebegitu diakhir-akhir minggu kuliah sebelum final apabila aku dikejar oleh makhluk yang busuk dan hodoh nak mam**s. inshaAllah kalau sempat, aku akan send next story di FS. Terima kasih pada yang sudi membaca. Saja nak bagitahu, perasaan 100% seram takkan dapat dirasai melainkan yang pernah mengalami. Peace yo. ο ο ο
Wallahua’lam.
βDan Ingatlah, Allah sebaik-baik PELINDUNGβ βsurah al-Imran.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Uno!
Citer best maroo..tapi mcm ada yg salah?ke aku yg tak paham..sepatutnye kat tingkat tujuh kan kejadian tu..kawan maroo pon kt tingkat 7 ye tak?yg teman gi amik air tu?mungkin tertypo..hehe
ye, sptutnya tgkt 7. tersilap type tu.. rasanya dh check byk kali before send. mybe terlepas pandang :”)
Apak ahh . Best doo cter ko . Aku bg 5bintang . 3rd komen ^,^
thanks doo zalikha.. yuhuu π
Bole tahan…ada typo tingkt 7 ngn 8..
ye.. tersilap type rasanya.. terlepas pandang.. π
Betullah ada typo kat situ.. dia kat tingkat 8 & kawan dia kat tingkat 7 tp typo tulis kawan dia tingkat 8
yup.. typo sikit.
Nombor tujuh kan sebelah lapan,
Mungkin saya yang salah tekan. π
???
thank you uknown~_~
Jelas.senang dihadam.xmeleret2.
Best!
Akak da kait 5????? di langit
Tulis lg keh!!
pagi-pagi makan bisk ut,
terima kasih akak ki ut π π
Citer best but satu je yang menganggu tahap keseraman..jadi tahap cute mute…muke profile mintak peluk!
Best cite Maroo
baik lah mooro…cite simple je …. sheram nih
thanks bro.. jgn lupa bca next story gua π
bereh
Ola maroo.. Cβest parfait..
ola mayaaa π π
tak semua hantu tak ada kaki Maroo.
boleh buang konsep tu dah.
btw not bad.
6/10
thanks juri π
BEST!
thank you nadya π
nice story maroo ..
thanks kranberi π
Best!
thank you ratna π
.
thank you manchego π
Sib baik benda tu ckp bilik kt tingkat atas…kalo dia menyerupai n ckp masuk lah…..seramnyerr …
hahaa.. kalau ajak masuk, tak masuk kut.. sebab penat sgt time tu. hahaha .:3
Maroo Zain kenal Maher Zain ke? Ataupun Anuar Zain or Ziana Zain?
Tanya jer~
kenal .. ketiga-tiganya merupakan kembar..
dalam bidang nyanyian. >_<
adakah anda adik mereka bertiga? hahahaha
hari sabtu pergi batang kali,
bukan adik beradik sama sekali . π
hahahahaha jujur sangat ko ni. Tak dapat nak bergurau sikit~ hahaha
Kawdu
lg seram kalau masa tu dia menjelma as housemate ko, lepas tu ko masuk rumah, bangun2 esoknya tgk dkt rumah kosong tu. hihihi.
cuaknya lahai sape plk dlm lif.. siap lambai.. pahtu salah rumah tu cuak gak mcm tau2 n kenal plk maroo n bgtau salah rumah bagai hihi