Masuk Kuarters Baru semasa Sarat Mengandung

Asslamualaikum dan hai… Saya salah seorang pembaca setia FS. Di sini saya nak kongsikan pengalaman saya tapi rasanya tak lah seram manapun. Selamat membaca.

Tahun 2013 saya baru berkahwin dan sementara nak dapat kuarters saya menumpang rumah keluarga saya. Sebab suami tak nak masuk duduk kuarters lama jadi kami kena tunggu blok kuarters baru yang akan di buka.

Bulan 8 baru lah saya dapat masuk blok baru. Masa tu saya tengah mengandung jadi suami la pergi bersihkan dulu pasang surah kira lepas beberapa mingu baru la saya pindah masuk.
Mula tu mama saya teman la sebab rumah baru kan. Nasib la dapat tingkat 4 kalau ikutkan suami nak ja duduk tingkat tinggi-tinggi.

Jadi masa saya baru pindah sini rumah memang banyak la kosong dan musim pindah memang ramai la orang masuk. So aku la org yg pertama dok kat rumah ni. Masa mula pindah aku tengah pregy nasib la tak kena kacau mcm dlm cerita sebelum ni.. Risau aku..

Tapi masa baru pindah mmg la rumah ats ni siang malam pindah.. Lepas tu rajin sunguh masak tumbuk sambal tak berhenti.
Mula2 tu ok la boleh tahan lama kelamaan rasa bengang juga la…
Suatu malam, Suami call orang rumah atas tu tanya anak hang ni ramai sangat ka or hang memang dok rumah tu ramai? tarik kerusi meja boleh tak senyap sikit anak aku nk tidur kononya alasan suami padahal anak dalam perut lg heheh.. Lepas tu tau jawapan orang tu apa.. Kami tingal berdua ja bang dan lagi 1 kami tak dak kat rumah la ni kat luar.. Hangpa rasa hahaha.. Lepas dari tu kami dah tak hirau dah bunyi tu lantak la nk buat apa pun jangan kacau kami sudah.

Tp lepas anak aku lahir ank aku menangis tak berhenti rupanya ada nenek tua dok mai jengok dia.. Tapi suami aku selalu marah dan cabar makhluk tu kalau berani hang keluar sebab dia tak tahan anak aku dok menangis. Alhamdulillah la makhluk tu tak pernah tunjukan dirinya risau aku sebab takut tak tunjuk kat suami aku tapi tunjuk kat aku huaarggghh..

Cerita ni masa aku baru pindah la. Tapi sekarang ada lagi cuma tak selalu. Tapi semalam tetiba rancak punya dok mengemas rumah macam baru pindah agaknya ada makhluk baru pindah kot siap dengan ketuk mengetuk.
Dari aku masuk rumah ni sampai sekarang aku tak boleh nk tidur dalam bilik seorang aku rasa entah la. Kalau suami aku balik lambat aku lebih rela terlelap kat ruang tamu walaupun bunyi lagi kuat kat ruang tamu tapi aku tak rasa seram macam kat dalam bilik.

Lagi buat aku lega nasib la anak aku ni tak pernah tunjuk apa-apa kat aku. Macam anak kawan aku siap boleh tunjuk kat ibu dia seram wei dah la kita tak nampak. Tu kisah aku sendiri.

Ni kisah kawan aku pula masa baru pindah dia dapat tingkat paling atas tingkat 16. Pendekan cerita masa dia pindah dia siap kemas pasang yasin tetiba malam dia tidur cawan kat dapur jatuh pecah berderai. Lepas tu cawan yang dia bawa banyak pecah tapi pecah kat ruang tamu. Padahal cawan tu bukan kat ruang tamu.

Kat blok aku ni selalu juga ada ganguan air untuk yang dok tingkat atas sebab pam air tak boleh nak pam naik sampai atas jadi hanya orang dok bawah ni ja yang ada air. Nak di jadikan cerita kawan aku yg dok tingkat 16 tu turun mandi kat rumah kawan aku tingkat sama aku ni. Tengah depa dok lepak tetiba dengar suara budak panggil mummy sayup ja gitu sebiji macam dalam cerita hantu tu depa pun saling pandang berpandangan la. Nasib ramai tak la rasa seram sangat. Tuan rumah tu kata biasa la kak buat tak tau ja lah..

Kisah kawan aku yang lain dia balik kerja lewat dari luar dia dengar budak menangis cepat-cepat dia masuk melulu ke bilik tengok kalau-kalau anak dia menangis tapi tak tiba-tiba dia dengar lagi kat ruang tamu dia keluar tengok ada seorang budak laki dok menangis atas sofa dia baca ayat qursi budak tu pun hilang.

Blok aku ni memang ada group what app so ada 1 malam tu orang rakam voice mesej orang dok drill bunyi sayup ja jam 2 ke 3 pagi macam tu la. Dia tanya sapa yg drill tengah pagi buta ni. Tapi tak dak pun mengaku.

Pendek kata masa baru pindah macam-macam kami dengar bunyi guli la orang tumbuk sambal la tapi lama ke lamaan jadi biasa and biaq pi la kat hang jangan kacau kami sudah.. Bukan kat rumah aku ja semua rumah dengar macam-macam.

Ok setakat ni sahaja cerita yang aku nk kongsikan terima kasih kerana sudi membaca. Maaf kalau ayat tungang langang. Akhir kata jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri…hahaaha ??

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Lia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4]

16 thoughts on “Masuk Kuarters Baru semasa Sarat Mengandung”

  1. Lain kali, kalau ada lagilah niat nak mencetuskan apa-apa idea, tolonglah GUNAKAN TANDA BACAAN, TERUTAMANYA TANDA KOMA “,” <<. Di atas keyboard, tanda koma berada di barisan kedua terbawah. Kedudukannya selepas huruf "M". Silalah gunakan tanda tersebut pada kedudukan ayat yang betul atau sepatutnya diletakkan. Tanda tersebut adalah PERCUMA, tiada apa-apa bayaran dikenakan. Sekian terima kasih.

    Reply
  2. Yang part dialog, tolong letak tanda baca (” “) eh. Sebab agak terabur.Tapi story bestttt. Keep it uppppp. 8/10 for you🌟

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.