Masum di UMP

Cerita yang aku nak sampaikan ni takde lah seram mana. Sebab ni memang kejadian yang betul2 berlaku masa aku mewakili Universiti dalam karnival masum dekat UMP pahang.

Start.

“Ahh, baru pukul 7.30 malam jauh lagi nak sampai”. Rungut hati aku sambil melihat jam di tangan aku. Aku fikir perjalanan kami masih jauh, sebab bas kitorang baru lepas sempadan perak. Aku tak selesa dalam bas tu, sebab selalu sangat berhenti. Perjalanan yang sepatutnya 5-6 jam boleh cecah sehingga 10 jam.

Fikiran aku celaru, sebab dah hampir sebulan aku dilanda personal problem yang teruk (tak perlu aku ceritakan). Aku fikir mcm mana aku nak masuk court nanti dengan keadaan yang celaru, fikiran entah kemana. Sepanjang masalah ini aku cuma dapat tidur 2 jam sehari. Untuk melegakan hati aku yang gundah tu, aku pun call mak aku. Hampir 2 minit aku bercakap dengan mak aku, aku pun letak telefon dan rasa reda sikit.

Tiba2 aku rasa badanku digoncang. “Min, bangun min. Dah sampai ni”. Kata salah seorang teammates ku, zaid sambil menolak nolak bahuku.

“Aish, bila pulak aku tidur ni”. Dalam hati aku. Tengok jam dekat tangan dah pukul 11.30. Rupanya lepas cakap telefon dgn mak aku, aku terus terlelap sampai ke kuantan.

Dalam samar2 mata aku, dapat juga menjeling dekat signboard yang ada kat situ. “Kompleks XXXXX XXXXX XXXXX”. Maknanya kitorang semua dah sampai tempat penginapan yang disediakan. Aku pun bingkas bangun, sambil aku jalan menuju turun bas aku dengar coach kitorang cakap “Bawa semua barang, bola untuk training esok. Simpan bilik siap2, esok kita naik bas lain”.

Aku pun ambil 2-3 biji bola untuk disimpan kat bilik aku. Masa otw nak ke bilik coach ada cakap “15 minit kumpul semua dekat bas, kita pergi cari makan dulu. Tak payah mandi. Siap2 terus”.

Aku dalam hati rasa macam malas nak keluar, tapi fikir kan perut ni pun dah lapar. Aku pun akur je.

Sampai je dorm tu, aku terus pilih katil paling hujung sebelah tingkap, dan katil aku betul2 menghadap pintu. Diorang pun tak berani nak berebut dengan aku, sebab aku paling senior dalam team.

Dalam 15 minit kitorang letak semua barang, betulkan cadar katil. Sempat juga tengok toiletnya. Boleh tahan bersih juga la. Memang ada orang yang jaga rajin cuci.

Bila sampai dekat bas, coach dgn teammate aku dari bilik lain dah tunggu. “Amboi, bukan main lagi lewat, dah mcm perempuan.” kata fezul salah sorang teammate kitorang.

Tanpa berlengah, kami semua pergi seberang jalan kempleks sukan tu, cari2 kedai makan. Then kami lepak kat satu kedai ni, aku order Nasi lemak dengan teh tarik. Nak dekat sejam setengah kitorang kat kedai tu. Geng2 aku yang lain semua buat havoc, gelak2. Aku je yang senyap sebab still melayan feeling lagi dan tambah rasa mengantuk yang amat sangat.

Kami semua pun balik ke dorm masing2. Aku masa tu memang rasa tak selesa, dengan tak mandi dari pagi. Walaupun cuma duduk dalam bas, tapi aku jenis cepat rasa rimas.

Then aku pun pergi mandi sambil layan perasaan, nak dekat 10 minit jugak la. Lepas aku mandi tu, lagi 2 orang kawan aku zaid dan din pulak mandi. Aku masuk ke dalam dorm, cuma aku sorang je yang ada dalam tu. Yang kawan aku lagi 2 orang tu tengah mandi sambil nyanyi kuat2 sampai dengar kat dorm kitorang.

“Mana pulak sejadah ni “. Sambil aku mencari cari cari dalam locker dorm tu. Memang niat aku nak jamak solat isyak dgn maghrib terus.

Aku terus membatalkan niat aku nak solat dekat dalam dorm, aku terus menuju ke surau dalam kawasan kempleks sukan tu lebih kurang 10 meter dari dorm kitorang.

Bila aku masuk dalam surau tu, perkara pertama yang aku fikir surau ni dah lama tak digunakan. Sebab sejadah banyak berhabuk. Aku pun on semua kipas dan lampu dalam surau tu.

Masa aku ambil wuduk, tiba2 rasa macam diperhatikan. Aku rasa dah tak sedap hati, tapi aku tetap nak teruskan solat dalam surau tu.

Lepas aku takbir je, aku rasa macam ada 2-3 orang yang ikut aku solat, rasa ada something kat belakang aku. Tapi aku buat relax lagi, sebab aku fikir tengah solat kan. Mana ada benda nak kacau. Paling tidak pun ‘dia’ cuma nak join solat sekali je. Tapi jangkaan aku meleset, masa aku dah rakaat terakhir, aku nampak kain yang bezakan tempat solat lelaki dengan perempuan diselak!. Macam ada orang masuk ke tempat solat perempuan tu. Serentak dengan tu, bulu roma aku semua naik dan tengkuk aku jadi panas. Habis tak khusyuk solat aku.

Aku tak fikir panjang, lepas bagi salam tak baca doa apa, terus tutup semua lampu balik dorm terus. Cepat2 aku keluar surau tu, sempat juga aku jeling kat memang takde selipar atau kasut orang lain. Memang sah aku sorang je dalam surau tadi!

Masuk je dorm aku nampak coach aku ada sekali dalam tu. Cerita pasal undian team apa kitorang lawan. Aku sempat la dengar dalam 10 minit macam tu. Lepas tu aku ckp nak tido sebab mata memang dah ngantuk gila.

Masa aku tido tu, ada la dengar kawan aku 2 orang tu zaid dgn din sembang2 gelak2, dengan ada juga kadang2 sedar diorang tengah hisap rokok.

Tiba2 dalam keadaan separuh sedar tidur2 ayam aku tu, suasana jadi sangat gelap, tapi bunyi riuh. Badan aku mcm kena kunci, tak boleh bergerak. Dari keadaan riuh tu, aku dengar samar2 “he he he he he he” suara perempuan. Makin lama suara tu makin jelas.

Sampai semua bunyi bising tu hilang dan cuma suara perempuan tu je ketawa, jelas sangat. “he he he he he ha ha ha” makin nyaring suranya. Badan aku masih kaku, dan mataku terbuka dpt tengok dorm aku yang kosong dan gelap. (aku taip cerita ni pun meremang bulu roma bila teringat balik).

Aku pun baca ayat kursi. Suara perempuan tu makin kuat mengilai. Bila dah sampai ayat terakhir, telinga aku berdesing gila, aku dapat rasa ada rambut panjang kat celah2 jari kaki aku seperti ditarik perlahan. Aku memang terus pejam mata, sebab risau ada nampak entiti yang hodoh.

“Bam! “. Bunyi seperti pintu dihempas. Aku terus tersedar, dan pintu dorm terbuka. Mataku terbuka terus terpandang ke arah surau yang terang benderang. Tak sampai 7 saat aku perhatikan surau tu. Dengan sekelip mata lampu surau tu tertutup. Aku lihat semua katil kosong.

Bulu roma aku tegak berdiri. Aku baca ayat kursi dan ludah ke sebelah kiri aku sebanyak 3 kali. Tapi still tak dpt nak reda kan perasaan dan bulu roma aku yang tegak berdiri.

Aku pun terus keluar diri dekat kaki lima nak tunggu kawan dorm aku balik. Tak sampai 2 minit diorang sampai.

“Bila kau bangun?, cuak la tu duduk sorang. Hahaha”. Usik din padaku.( Diorang pergi keluar 7E pergi beli topup, sebab data si zaid ni habis) Aku pun senyum jela. Cakap nak hisap rokok kejap. Aku malas nak buka cerita, takut nanti di besar besarkan.

Dan malam tu pun kitorang tidur macam biasa.

Esok nya, kitorang pun pergi test court, makan2.

(Aku pendekkan cerita)

Masa balik dari UMP tu diorang nak jalan2 dekat mall dlu sebelum balik ke dorm. Tapi masa tu aku rasa takde feel nak ke mall, dengan badan berpeluh, pakai seluar track. Aku pun ckp dekat coach, nak balik ke dorm terus. So coach pun mcm tak kisah.

Maghrib tu pun aku balik dorm sorang2, mandi solat. Lepas maghrib tu, aku baring2 la atas katil. Aku pun tertidur.

Masa ni pun aku kena kacau, masa aku tidur tu, kena tindih lagi, kali ni aku dengar suara budak kecik tengah main2 gelak2. Lama jugak aku dengar, lepas tu dengar pulak plastic renyuk2.

Aku baca ayat kursi, badan aku tak boleh nak gerak. Bunyi plastic tu still ada lagi.

“Tok Tok Tok Tok “. Bunyi botol kosong diketuk kat lantai. Lama bunyi tu. Sepanjang aku kena tindih bunyi tu paling jelas. Dalam 3-4 minit kena tindih. Aku tersedar.

Aku terus tengok kat bawah katil din, memang ada botol 100plus kosong. Dan yang buat aku terkejut nya, botol tu tengah berpusing!

“Gila benda ni”. Bisik hati aku. Aku tak berlengah lagi. Terus tukar seluar, tanya diorang kat mana.

Lepas kejadian tu, aku terus tak berani duduk dorm tu sorang selama 4hari aku kat sana. Alhamdulillah takde kacau bila aku ramai2 dgn kawan aku.

Cuma lepas balik dari pahang tu, aku jadi cepat panas. Bila waktu nak masuk maghrib tengkuk aku rasa panas. Dan selalu jugak bila aku tido bangun pagi badan aku jadi penat sangat mcm baru lepas main gym.

Bila aku beritahu mak aku, dia suruh aku berubat cara kampung. Dan bila aku pergi berubat, Tok yang ubat aku tu cakap, ada yang berkenan dengan aku. Ikut dari Pahang. Aku pun cerita apa yang jadi dekat Tok tu. Dia senyum je. Dia ckp jgn risau. Dia dah ‘balik’.

Sampai sekarang alhamdulillah aku dah takde gangguan mcm tu lagi.

Tamat.

John

Leave a Reply

2 Comments on "Masum di UMP"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Aty Umr

putus cinta ye .. hehe

Zik

Seram. Kalau kena sakat je pon dah seram. Ni kan pula boleh mampak.

“Rasa ada rambut kat kaki.” Serius seram gile. Kalau aku mungkin dah pengsan. Haha….

wpDiscuz