Mata Tak Berhijab 2 #PenulisSebenar

Asalamulaikum semua! maaf la ye sebab coretan lama sedikit bagi korang. Biasalah menaip dekat hp sahaja sebelum ni. Lagi pun niat aku untuk mencari hamba Allah yang sama dengan kelebihan aku.

Untuk pengetahuan korang semua buat masa sekarang aku memang tak jumpa lagi siapa hamba Allah SWT yang diberi anugerah seperti ini. Jika ada pun dia tidak tahu tentang kelebihan aku dan aku pulak tahu kelebihan dia. Ada juga nak kias-kias yang aku pun mata macam dia tapi nampak macam yang ada dekat dia adalah pendamping jadi aku diamkan sahajalah. Macam mana rupa pendamping?

Pendamping ni nak decribe dia, macam penjaga kita 24 hours. Kalau dia rasa tuan dia atau sahabat dia terancam dia akan datang macam ni “shussss” bunyi angin tu. Jangan tak percaya pula dia datang macam tu. Rupa pendamping ni nak inform korang. Dia tak sama pada setiap orang yang ada pendamping berbeza- beza. contoh dia, ada yang 100 tahun umur dia, tua berserban, ada muda, ada yang muka dia kita dapat terima, ada juga yang wow scarynya.

Yang ni muka dia hitam, gigi macam pirana, kulit macam sisik ikan. Yang macam ni selalunya yang membela la macam amalan syirik atau ritual-ritual. Ada juga pedamping dia berubah, perempuan dan berubah jadi harimau, buaya dan ular (yang macam ni saka). Pendamping ni dia ada baik dan jahat. Ikot pada penjaga dia nak atau tak nak. Kadang dia yang aniaya kita dalam mimpi untuk dapat penjaga dia. Atas diri kita. Kadang dia datang sendiri. Kadang dia menyerupai kita juga tapi orang lain yang perasan. Untuk aku mata tanpa hijab ini, inilah pengalaman aku tentang pendamping.

Kisah pendamping (keluarga terdekat). Kisah ini Baru berlaku dekat aku masa aku balik kampung baru ni, raya ni la senang cerita. Aku ziarah kampung aku tapi aku tak berhenti, aku tengok sebijik macam arwah tok aku. Aku ignore kan, tak terfikir pun apa-apa cuma aku fikir mungkin aku rindu sahaja dan malam tu mula la sesi sambutan raya dia. pusing sana pusing sini, nak terkencing la apalah semua ada la! tepat jam 3.33 a.m aku tersedar sbb kaki aku rasa kebas, aku pusing semua tak kena. Masa ni aku dah fikir semua benda apa yang aku nampak dan lalui hari ni. Nope memang nampak tp suam-suam kuku sahaja. lepas berfikir and baju basah dengan peluh dengar suara ketawa kecil macam malu-malu “hihi” selang 2 saat “hihi”.

Hujung penjuru bilik kot korang dia “hihi” dengan rambut berjurai-jurai pakai kebaya dan part paling aku takut dia “hihi” tak tunjuk muka, muka paling ke dinding membelakangkan aku. ALLAH !!! kali ni memang aku dah kecut perut. Tak tahu apa, tiba-tiba dia hilang dan tidur sebelah aku. Alamak !!! kenapa jadi macam ni. At last aku gagahkan diri tanya, “kenapa dan nak apa? ” dia balas “saja nak tengok anak cucu sihat ke idok” sambil senyum hihi dia. Jantung memang laju tambah dengan peluh mencurah-curah. Aku dengan takutnya “saya tak kenal nek, nek boleh pergi rasanya”. Dan ada la beberapa p****g ayat al-quran yang aku hafal dan usatza bagi untuk aku baca. Sebelum dia pergi di berpaling, rupa dia sepi-sepi macam arwah.

Time ni kena kuat takut termakan dengan hasutan kalau-kalau pendamping mencari penganti lama. Walahualam samaada ia pendamping atau saka atau qarin. 3 Kategori ini adalah berbeza. Nak tahu pun susah sebab benda kita nampak orang tak nampak kot. Nak cari dalam buku bukannya ada pon. Apa-apa pun kita kena kuat tentang agama sebabnya syaitan atau iblis sentiasa ingin sesatkan kita! kata-kata ni memang kena ingat la.

Ya! Syaitan atau iblis sentiasa plan cara nak sesatkan kita. Pengalaman aku la masa dapat anugerah ni, ada la dengar bisikan dari seekor makhluk Allah ni. Aku namakan dia leon. Leon ni kafir sebabnya setiap kali dia tegur aku dia tak penah beri salam macam jin budak yang tak reti balik tu. Apa yang dia bagi tahu aku semua betul. Serius! Memang nak ja percaya kat dia. Aku bagi contoh la kan, kot-kot korang tak faham.

Antara perkara yang dia roger aku ” oit,kot nak tahu tak? budak bilik sebelah kau tengah kutuk kau” , “oit,kau nak tak aku tolong kau exam” time ni la kan, tentula nak. hahaha menipu sangat kalau nak ignore kan. Exam esok malam ni baru kau nak study. Kau rasa?? hehe. Dalam exam soalan yang leon roger serius sama. Memang nak percaya la kat dia. Lepas habis exam dan kebetulan exam tu adalah exam ustaz yang aku roger tentang mata aku ni. Ustaz tu tegur dia cakap jangan percaya kata-kata jin tu. Benda lama-lama kita hilang percaya pada kuasa ALLAH SWT. Kita percaya makhluk ni lebih-lebih boleh kacau bilau hidup kita usatz cakap.

Dan ustaz kata “Rasanya saya tak perlu mark paper awak,sebab saya tahu awak guna khidmat kawan awak tu jadi saya beri awak gred B+” . huhu hastag sentap kejap. korang rasa tak apa aku rasa? Bersungguh ingat bab tu then usatz kata gred B+ haha. Tapi Tak apa asal LULUS betul tak korang? Lulus dah ok dari repeat. Tapi itulah salah aku pun salah juga tak perasan dengan mainan jin ini. Bila dah mata macam ni memang betul kena hati-hati. Macam-macam perlu aku jaga. Nak duduk kena tengok, nak pergi kedai makan tengok ada tak pelaris (yang ini next time la aku cerita,yang untuk korang suka makan kt nasi kandaq tu hati-hati, R&R bukit merah macam-macam lah) sambung balik, nak kencing nak mandi pon kena tengok line clear ka tak.

Bayangkan la time sedap-sedap aku memerut boleh tegur “ish, nampak macam sakit sangat kau membuang” ohmai… rasa nak lempang lelaju ja. Privasi mana privasi. Kadang dengar suara sahaja. Aku pun tak pasti la mata aku ni. Kadang 360 kadang tak nampak. Tapi kalau bab sihir aku akan nampak dan kena sembang-sembang sikit baru aku dapat detect sihir yang diberi. Kisah sihir ni kalau nak cerita pon banyak juga. Untuk pengetahuan korang aku adalah usahawan, aku dalam bidang tawarkan servis dan orang yang aku jumpa ni adalah golongan VVIP kalau aku sebut ni kang kena saman mampus hehe. Tapi kita diamkan nama VVIP tu jelah.

Yang nak cerita disini adalah cara sihir yang dihantar kat VVIP ni. Sihir pemisah suami isteri uolls. Yang hantar tu aku beri gelaran sha jelah kt dia. sha tu dah kaya gila, skandal penuh dan dia ahli politaik la… alamak salah taip, maaf politik. Ya, kau rasa belah mana parti tu tentu la belah kak marrrr yeah ee yeah ee yeahh. Eh salah lagi. “ini cerita rozita che wan tu kan” ni tentu aku tertengok iklan dulu ni. Alah korang tentu dapat tau kan. parti mana. Dia ni pakai susuk pada bahagian buah dada dan cik bunganya. Bukan lagu cik bunga ditaman tu ok. (Maaf golongan hawa bukan niat nak sentuh sensitiviti anda) tapi nak roger korang yang aku tengok gambar dia dalam paper dan tv memang nampak jelas ada kilauan mas disitu dan khadam-khadam kecik yang bekerja untuk naikan seri wajah atau menarik minat seseorang pada dia.sha ni dia dah la pakai susuk , hantar pulak sihir pada customer den ni ha.. setiap kali aku pergi rumah customer tu ada mahkluk selak langsir dari bilik utama.

Mulanya aku diamkan apa yang aku nampak. Tapi maybe datin ni pon ada six senth kot tak pon naluri dia kuat dia tanya ada apa-apa ka. Aku start cerita apa yang aku nampak. Dia pon minta aku berubat. Maaf aku ni nampak dan tahu asal usul makhluk tu aku juga boleh berkomunikasi dengan mereka tapi aku tak nak berubat. Berubat ni susah nanti badan-badan sakit SUSAH. Ada juga jin-jin islam offer cara perubatan tapi buat masa sekarang no!! Buat korang aku juga pandai mengurut dengan syarat pengerasnya adalah Al-fatihah atas nama aku.

Macam tu juga jika ada kawan-kawan yang nak aku tengok-tengok sesuatu. Kelebihan lain juga, kalau aku terdengar berita kematian, kisah kematian aku nampak bagaimana perkara itu terjadi contoh kes dalam FS ni hari tu aku ada la selidik gambar dia yang “pelajar tahfiz m**i d*****h” aku nampak la memang dia d*****h. Dia ketakutan meraung. Tapi aku tak nak la cerita kat korang takut jin-jin ni yang buat wayang kt mata aku then korang cakap aku reka cerita. korang ambil la mata aku ni kalau tak percaya. Aku pun tak nak tapi entah la dari mana datang nya. Berbalik pada Datin tadi, setelah aku buka cerita ada lembaga di kamar utama dia pun mula membuka bicara. Sebelum dia cerita lebih lanjut aku senarikan apa yang dirasakan :

a) 3.00-4.00 am (terjaga dari tidur)
b) 6.00-7.00 am (mengantok teramat)
c) 10.00-12.00 (resah,sunyi)
d) 13.00-15.00 (mengantuk)
e) waktu asar ke magrib (tak senang gelisah, panas, nak jerit menagis)

Dan datin tu cakap semua betul. Sha tu nak buat mereka bercerai dengan cara halus. Mula hantar sihir bagi datin ni rasa diri tak hargai. Hubungan kelamin pon pasang surut katanya. Cepat marah pada suami secara tiba-tiba. Suaminya pula memang tak suka pada sha tu tapi komitmen kerja kena juga jumpa. Dan setiap kali jumpa akan ada la kes yang jadi. Laki dia tak balik laki dia lupa diri sampai si datin kena cari ustaz minta suami balik. Disini juga sha tu letakkan something dalam rahim. Untuk vvip ni tak ada zuriat lagi. Datin ini pula sampai sekarang tak berubat sebab dia percaya Allah ada. Hakikat bagi pandangan aku “memang Allah tu ada tapi jika memudaratkan Allah minta umat dia berusaha memulihkan diri dan aku agak benda ni bagi dia tak nak berubat” itu sahaj bab datin ni. Datin ni ada juga minta ustaz datang rumah tapi usatz tu pun memakai juga… huhu. Ok next! nak cerita!

Awal tahun ni, aku adalah buat rawatan resedung dekat rawatan shifa. Dia tengok aku resah tak senang duduk macam tu. Dia tanya “pedih ke dik?” aku jawab “Tak! cuma panas” terus diam. masa tu segala mak nenek tok nenek hat jahat-jahat ni dah senyum ada yang tengah ketawa ada yang benci gila tengok aku. Then pekerja tu umpan aku “pedih lagi? pelik asam ni tak sentuh langsung mata kamu”. Aku dah mula nebes dah ni, sebab aku memang tak suka orang tau aku ni hijab terbuka. Bukan apa kalau orang tahu banyak pulak aku nampaknya. Aku balas “saya panas! panas sangat” . Pekerja tu pula balas sambil urut-urut dahi aku yang dongoi orang kedah kata “banyak ka?”.
Aku balas “banyak juga”

Pekerja tu senyum sambil menyoal “baik ke jahat”
Aku balas “masing-masing ada, sakit pula mata”
Pekerja tu senyum dan balas “ada orang urutkan dahi ni sampai boleh terbuka”
Aku dalam hati “suspen, sapa pula yang rajin-rajin urut kepala aku ni”.

Dan pekerja tu nasihatkan aku berubatlah sebabnya akan susahkan kehidupan seharian. Bukan aku tak nak berubat cuma dah pergi tapi terbuka. Makin aku pergi makin banyak pula yang datang. Okeh aku stop sampai sini dulu boleh tak korang?? kang pendek pula katanya. Next time korang bagi tahu korang nak tahu tentang apa. Aku tengok komen aku selit, selitkan la pengalaman aku. Macam ada 1 komen dia dia cakap susah nampak makhluk ni kan. Ya betul yang marah kita tak tegur yang roh tak tenteram. Roh ni pun aku ada cerita juga. aku sambung sikit lagi la.. nanti korang keshem (kecam haha) aku pulak sekerat-sekerat.

Untuk korang kan, aku dulu masa dapat anugerah ni ada juga roh orang m**i datang. Walahualam, sebabnya ustaz dalam tv cakap roh orang m**i tak akan datang ke alam kita tapi ini la yang aku nampak. Roh ni aku namakan mak cik rozi, dia ni aku tak tahu tak kenal. Tengah malam masa aku lepak kat bilik seorang dia datang ketuk bilik aku buka pintu tak ada buka ointu tak ada sekali muncul bawah kaki aku. Aduh time ni takut tengok keadaan dia. Cerita ni dosa juga kalau aku cerita sb aib dia tapi dia dah izinkan supaya tak jadi macam dia.

Keadaan fizikal dia Allahu, serius macam orang excident. Dia cakap dulu dia melawan mak dia. Dia ni anak derhaka kiranya. Dia diseksa dan anak dia tak doakan untuk dia. Lepas dari malam tu, aku doakan kesejateraan dia. Setiap malam dia akan datang dalam mimpi dengan keadaan fizikal yang beransur pulih. Korang semua aku nak nasihatkan mana yang ada mak,ibu,mama, apa semua hargai mereka begitu juga ayah.

Aku nak cakap lebih-lebih aku pon tak sempurna. Nasihat bersama la ye. Dont keshem huhu. ok tamat… kalau ada pemintaan aku sambung la ye… dan ini ada beberapa information untuk korang la yang minat mistik.

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Waktu aktif makhluk alam ghaib
(sekitar jam 3-4)
Waktu ni waktu bomoh-bomoh hantar sihir, orang yang disihir akan terjaga, waktu hijab langit dibuka. Sebab tu la Nabi kata kalau nak minta apa-apa dengan tahjud (macam tu la lebih kurang, maaf aku jahil sikit agama)

Ok lah korang, komen murni-murni ja. Aku cerita berdasarkan mata aku nampak. Walahualam la kalau six senth lain tu nampak macam mana kan.

#kasyaf

Kasyaf

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

26 thoughts on “Mata Tak Berhijab 2 #PenulisSebenar”

  1. Cerita berbelit. Bahasa tah pape. Lain kali lepas tulis cerita, baca balik. Jgn terus submit. Mungkin anda faham, tapi readers tak.

    Reply
  2. Betul..cerita best.tapi huru hara sikit.berbelit juga otak akak nak link sane sini nk bg faham. Lpsni tulis lg.tapi baca dulu baru submit.tulis dlm keadaan tenang..n sampaikan point dengan jelas n sampai akhir.xyah skip2..cerita mmg best.thnks bg tips tu.?

    Reply
    • haah saya pun nak buat camtu kalu awak (pencerita) boleh tgk dr gamba jer.. nak tahu dia ada ke tak pendamping… or ada tak apa2 yang ganggu diri dia… mohon sgt bg feedback yea…

      Reply
  3. cerita menarik. tapi bab buat kelakar tu rasa macam was2 macam nak percaya betul ke tak betul ni. memang seram jugak yea kalau hijab mata terbuka ni.

    saya pun tak terkecuali dgn para pengomen kat atas. nak mintak tolong tengok je. tapi macam mana cara tu… sini semua samaran.

    Reply
  4. hmm..bagus nya awak hijab terbuka,, saya dah bnyk kali mintak dan cari maklumat dlm google dan buat tapi hijab masih tertutup,, nak buka hijab utk nmpk bnda halus utk dekat kan diri saya kpda tuhan kerana diri ini terasa terlalu jahil dgn ilmu agama…huhuhu

    Reply
    • Apehal pulak nk bukak hijab semata2 nk dktkn dri kt Tuhan? Boleh je buat ibadah dgn hijab tertutup. Mata klau x berhijab ni bnyk risikonya . Hanya org tertentu je yg kuat hadapinya. Sbb tu Allah pilih penulis ni sbb dia mampu

      Reply
  5. Kasyaf mata terbuka dapat lihat dunia ghaib nie, banyak rahsia dunia saudara boleh cungkil. Tambahan lagi lapis kasyaf saudara yang terbuka nie luas… Tapi satu pesan saya, jangan terpedaya tipu daya kaum alam ghaib nie. Licik dan halus cara mereka… Walaupun apa yang disampaikan mereka itu benar, harus beringat, asbab dengan kita percaya cakap mereka, mereka boleh cuba putar belitkan keadaan supaya berpihak kepada mereka.. Fitnah dari kaum ghaib ni dahsyat, walaupun tak semua dari mereka begitu… Saya sarankan saudara berguru dengan yang arif, melalui kelebihan yang dikurniakan Allah kepada saudara, tak susah mana rasanya nak cari guru yang benar jalannya..

    Cuma saya nak bertanya, apa yang terjadi kalau pengeras tak diberi?

    Reply
  6. mmbr saya pon pmpuan smpanan pakai kt cik bunga dgn d***h ibu jari bg mkn .. wallahhuallam ustaz yg tenggokkan tp semua cakap yg sama.. x larat nk ubatkan.. nk kata x pandai.. mmber yg kne ni pon hijab blh tahan terbuka .. yg bersepah2 tepi jln semua nmpk .. pernah kena santau angin pulih kan diri sendiri.. tp pelik knapa bila bab perempuan ni buat kat dia tak boleh tahu pulak.. dan tak percaya boleh sesapa tolong jawap…

    Reply
  7. cerita best.. wlaupun kne repeat sebab nak faham.. saya ada soalan pernah tak tengok setan yang memberatkan jodoh orang???

    Reply
  8. Hi ..biasa Sr dalam ni…nk minta tlg scan boleh..sbb my family suami isteri ni sejarah keluarga ada benda2 ghaib..harap2 xde la..

    Reply
  9. hai salam,

    saya sebenarnya saya tak tau lah saya kategori apa, yang saya tahu, ada masa benda -benda ni tak suka saya. tapi bila dah makin tua, dan makin lagha-saya kerap kena kacau, nak nak pulak saya tinggal di sebelah kuil kecil india, sesekali saya nampak. atau kalau masa belajar saya tolong pelajar histeria, pastilah saya keadaan h**d dan malamnya selalu la “kakti” dan pakcik bungkus datang . Marah marah.
    saya jadi berubah sikap , jadi murung, selalu bersendiri. masa belajar di IPTA pulak, kerap didatangi makhluk hitam yang popular, sampai naik keatas badan ketika separa sedar.
    lama saya terganggu, saya kurang fokus, cepat letih, emo dan susah nak tidur, solat pun semakin liat.
    banyak lagi perkara sebenarnya. tapi entahlah.

    saya ada berubat beberapa tempat, banyak mengecewakan. sekali sahaja saya dirawat, saya okay sikit. terasa badan ini , cuma kepunyaan saya sahaja. Tapi sekarang, sudah lama tidak berubat dan saya tak tahu apa yang sebenarnya menggangu saya, saya rasa semak, terganggu . dan saya sudah mencecah 30 an. saya susah hendak suka dengan lelaki, apatah lagi perkahwinan.

    saya harap awak dapat tolong saya, saya sendiri keliru dengan keadaan saya.

    Reply
  10. Cerita yang sangat menarik.. Kalau saya nak mintak tolong boleh tgkkan tak samaada saya diganggu atau tak.. bekas suami macam mana.. Masa kami masih bersama saya yang kerap kena ganggu wallahualam tapi bekas suami tidak. Even masa cerai pun, saya dan anak diganggu tp bukan org lain.. saya nak tahu samaada benar atau, hanya fikiran saya yang fikir saya diganggu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.