Mata Tanpa Hijab

Asalamulaikum semua! Harap sangat admin post cerita aku ni. Sebabnya nak juga tahu ada tak orang yang mata dia macam aku. Aku juga tercari-cari persamaan aku dengan penulis-penulis dalam fiksyen shasha ni. Buat masa ini tak ada yang sama dan kebanyakan mereka nampak makhluk halus kerana kemurungan.

Untuk intro, baca tajuk rasanya sudah tahu apa yang ingin aku ceritakan. Mata tanpa hijab atau kasyaf atau six sense ini bahasa mudah faham mata aku nampak kewujudan makhluk alam ghaib tak kira bunian, jin, syaitan, iblis dan tak kurang juga alam roh. Untuk alam roh ini rumit untuk aku ceritakan tapi insyaAllah akan aku ceritakan satu hari nanti. Itu pun jika cerita aku dipublish la. huhu. Stop intro sampai situ.

Yang ingin aku kongsikan di sini adalah bagaimana aku mendapat anugerah seperti ini? Jangan tanya aku sebabnya aku pun tak tahu mana aku dapat benda ini. Dalam kajian aku, hanya orang tertentu sahaja yang berkebolehan seperti aku. Untuk dapat sixth sense ni selalunya hijab terbuka sejak lahir, orang yang sakit teruk tiba-tiba sembuh (selalunya kena sihir) dan cari penyakit sendiri (minta dibuka hijabnya). Dan aku tidak tergolong dari 3 di atas. Aku mula nampak sejak aku pergi suatu perkampungan di hilir Perak.

Kisah dia bermula apabila jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Biasa la, student universiti ni. Asal ada tempat best tak kisah jam berapa kan. Sambung balik. Aku jadi driver bersama 4 rakan aku yang lain. Kami bersembang seperti biasa tiba-tiba aku dan semua dalam kereta nampak pokok besar yang sangat mencurigakan. Dan aku ni tegur, “weh, korang nampak tak ada orang bawah pokok besar tu? Siap bertelekung lagi”, sambil gelak-gelak. Tiba-tiba dalam kereta semua diam. Sesampainya di destinasi semua diam dan menyoal kembali apa yang aku nampak?

Aku pon ceritakan apa yang aku nampak. Dan cerita habis setakat itu. Untuk keesokan harinya kami sambung berjalan ke destinasi seterusnya iaitu peneng… masih sama aku menjadi driver. Tiba-tiba bunyi berdentum dibumbung kereta dan dia buat cak-cak kat cermin kereta, aku pula tergamang! Nasib aku tak gelabah brek kereta atau apa-apa. Masa tu aku dah mula cuak, aku tanya kawan aku, “dengar? nampak?” dan mereka cakap tak!! Aku teruskan drive, sehingga destinasi dan aku mula nampak seramai-ramai orang sehingga tak dikenalpasti manusia atau makhluk lain. Confuse!

Aku baca ayatul kursi. Hilang dan muncul lagi dan muncul lagi. Dan tiba-tiba ada seorang mamat ni tegur, sambil lambai-lambai pada mata aku. Aku cakap, “ya bang ada masalah?”. Tau dia balas apa? “masalahnya kau nampak aku” sambil buat muka tak bersalah. Aku balas balik “dah ada mata aku nampak la”. At last seorang lagak gayanya seperti ustaz datang… dan cakap dengan aku baca 7 ayatul kursi berzikirlah dengan tenang hati nescaya engkau dapat mebezakan mereka. Dan aku pun buat apa yang diminta. Alahmdullah sekelip mata hilang. Namun sekejap sahaja, sehinggalah aku berjumpa pensyarah aku. Dan aku pangil dia ustaz sebab dia ajar subjek fiqh muamalat. Soal punya soal, ustaz cakap mata awak dah tak ada hijab. Ada cara nak tutup tapi tak perlu. Nanti la aku cerita kenapa tak perlu.

Sejak dari hari tu bermacam-macamlah rupanya alam sana yang bertegur sapa yang tiba-tiba bawak aku entah ke mana. Tambahan pula uni aku dekat hujung dunia atau dalam hutan dengan ada pelajar b***h diri. So, pelbagai ragam alam sana yang aku nampak. Ada tu kes histeria kat block aku, kes kena histeria sebab pelajar tu buat projek dekat parking kereta yang sunyi. Tempat tu jin islam punya. Dia tak suka jadi dia rasuk budak tu untuk bagi amaran. Katanya, “ini tempat aku, tempat suci tapi kau mencemarkanya”. Masa ni aku buat-buat turun block jin tu tahu aku nampak dia. “Aku menyoal dia dan aku cakap tak apa, nanti kita akan nasihat budak ini jangan ganggu tempat engaku.” Jin itu pun keluar. Mudah la dia keluar sebab kita dah janji dgn dia. Untuk pengetahuan korang, jin berpegang pada janji. Lepas aku janji untuk nasihat budak tu, jin tu pun keluar dari badan dan senyum pada aku. Mungkin jin ni level dia biasa-biasa sahaja sebab kalau yang kuat dia susah sikit ajak bincang.

Ok korang, Kalau nak cerita ni tak cukup rasanya nak tulis. Ada jumpa di hospital, perkuburan, rumah, sekolah… ada juga jin kecil yang ikot tiba-tiba nagis sebab tak tahu nak balik. Sehal pula aku kena hantar. Apa-apa pun thank korang sudi baca cerita yang panjang lebar ni. Kalau ada siapa yang mata macam ni boleh la roger aku sebab nak juga tahu mata aku ni betul ke idok.

#kasyaf

Ira Idrus

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

17 thoughts on “Mata Tanpa Hijab”

  1. Tuan boleh search #carlitorocker dlm FS ni.. Beliau pun mata mcm tuan jgk.. Banyak dah dia cerita detail pasal alam sana kat FS ni.. Atau boleh search carlito rocker kat facebook.. Terus kontek dia

    Reply
    • Anyway, teruskn post pengalaman tuan kat sini.. Kalau dpt kupas satu2 makhluk yg tuan nampak tu lg best.. Dlm byk2 cerita dlm FS ni, cerita org yg kasyaf la plg best baca.. Letak #nama kat tajuk supaya senang sket nak cari.. Hehe

      Reply
  2. bestla!!!tp kan..tk silap arwah dr.Harun Din pnah ckp..kalau kte boleh nmpk bnde 2ghaib tu tandanya kite tgh sakit gangguan…

    Reply
  3. Setakat yang sy pernah alami, klu tidak dibuka hijab dari kecil, pasti diekori atau didampingi. Sbb ada ustaz ckp, kita boleh lihat alam lain tu melalui mata benda yg ada dengan kita.bukan dengan mata kita. Sbb hal ni berlaku pada sy dan kakak sy.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.