Salam.. Hi! Kak Run kembali lagi. Sebelum ni Kak Run ada cerita pasal Penunggu Sekolah yang tak suka muzik / tangisan malam – that is my first story published in FS. Kali ni, Kak Run nak cerita tentang suatu insan istimewa ni yang Kak Run sayang. Nama dia Maryam Jamilah.
What can I say is, she’s a very talented and a beautiful little girl, secantik namanya. In Arabic, Jamilah means beautiful. So she is.
Masa Maryam ni kecil, dia macam gifted tau. Boleh nampak benda-benda yang orang dewasa takleh nampak senang-senang. Semuanya bermula di rumah itu. Villa N. Bukan Villa Nabila ye. Villa N ni kat Kedah je.. kat SP.. hehe..
Villa N terletak di sebuah kampung dan kawasannya agak luas. Banyak pokok-pokok hijau, dan bunga harum malam yang kaler putih tu di kawasan villa. Bila malam je, semerbak bau harum bunga. Ala-ala cerita Pontianak Harum Sundal Malam yang Maya Karin berlakon tu. hehe.. Ok, let’s get back on the track.
Since it’s the grandparents’ house, memang selalu la Maryam ni datang lepak-lepak, main-main dengan aku dan mak-mak saudara (her aunts) dia yang still single mingle and cun. Ehem.
So, one evening, aku ajak si Maryam ni main kat luar Villa N. Maksud luar di sini ialah main kat dalam kawasan rumah la. Ada satu buaian besi terletak di luar berdekatan tingkap ruang tamu villa. Buaian pun diayun perlahan, sambil kami menikmati indahnya panorama di luar villa. Tiba-tiba kedengaran bunyi seekor burung yang bunyinya seperti memanggil-manggil kekawanan burung yang lain.. “UUUuuu UUuuu!”
Seraya terdengarkan bunyi itu, aku terus mengusik Maryam “Ha, Maryam! Tu bunyi burung tu panggil Maryam! UuuuUUuuuu!” ajukku dengan buruk.
“Mana ada! Dia tak panggil Maryam la.. Uuu Uuuu,” ternyata Maryam juga terpengaruh dengan ajukkan aku. Hehehe..
Sedang kami saling meniru bunyi burung yang tidak nampak kelibatnya itu, tiba-tiba Maryam terpandang suatu sudut di bahagian belakang buaian.. tempat aku duduk. Terus dia tunduk ke bawah dan memelukku dengan erat. Aku terpana sebentar. Kaget. Lalu aku cuba mengangkat wajah Maryam yang kelihatan pucat dan gusar. Dia tetap tertunduk dan kadang-kadang mengangkat sedikit wajahnya sambil melihat ke arah yang sama – ke arah kawasan belakang buaian, tempatku duduk!
Aku mula cuak, sambil menoleh ke belakang dan memandang sekeliling. Tiada apa yang aku nampak. Hati mula berbisik “Takkan ada apa-apa kot! Petang ni, baru pukul 5!”
Aku mula bangun dari tempat duduk, sambil mengangkat Maryam yang ketika itu masih tertunduk takut. Ku pujuk Maryam, cuba meyakinkan anak kecil itu bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan. “Dah, dah.. takda apa lah Maryam.. ni Maknjang kan ada ni.. jom!” ajakku.
“Taknak, taknak.. tu! Tu! Orang jahat!” jerit Maryam sambil menuding jari ke kawasan berhampiran buaian.
Aku tanpa membuang masa, terus mendukung Maryam sambil dia cuba menyembunyikan wajahnya di bahu aku sebab tak mahu terlihat ‘benda’ yang dimaksudkan itu. Dalam hati aku “Ahh.. sudah… benda apa pula yang dia nampak ni? Dia ni boleh nampak hantu ke? Orang jahat ?? Mesti muka buruk kalau orang jahat bg pandangan budak-budak!” Apabila kata-kata itu menerjah fikiran, aku berasa tidak senang duduk lagi. Terus cepat-cepat aku dukung si Maryam ke pintu depan rumah dan mengetuk-ngetuk pintu supaya cepat dibuka. Pintu tu berkunci dari dalam.
“Tok, tok tok!” ketukku dengan cemas. Aku tak pasti aku ni cemas sebab taknak Maryam nampak lagi ‘benda’ itu, atau aku cemas sebab aku takut! Yang pasti, aku nak cepat masuk ke dalam rumah.
Pintu dibuka, dan kelihatan ibu Maryam yang membukanya. Aku terus menceritakan kepada Kak Wani tentang kejadian yang baru berlaku tadi “Maryam ni.. nampak apa ntah sampai dia tak berani angkat kepala. Dia cakap ada orang jahat..” ceritaku. Kak Wani lalu mengambil Maryam dari aku dan dia juga memujuk si Maryam.. “dah, dah takda apa dah.. dah hilang dah..” katanya.
Maryam terus mengangkat muka dan melihat keadaan sekeliling. Aku tutup pintu depan untuk mengelakkan dia menjenguk semula ke luar villa. Selepas kejadian pada petang itu, aku mengesyaki sesuatu pada Maryam Jamilah. Aku syak si Maryam ni matanya tembus. Maksudnya, dia boleh melihat sesuatu yang kita tidak nampak.
Since that evening, banyak peristiwa yang meyakinkan aku bahawa si Maryam cantik ni memang boleh nampak sesuatu yang ghaib. Salah satu peristiwa terjadi pada suatu malam.
Malam itu, aku, dan adikku Ayu sedang menonton T.V di villa. Si Maryam sedang bermain bola di ruang yang sama, Cuma berdekatan dengan bilik yang hujung, dekat dengan sliding door beranda rumah. Her parents went to TESCO to buy things and asked us to look after her. Sedang kami berdua asyik menonton TV, Maryam yang sedang membaling bola tiba-tiba berlari ke arah aku dan Ayu. Kami kaget dan hairan dengan tindak tanduk Maryam.
Tadi dia sedang riang bermain bola, tiba-tiba sahaja berlari mendapatkan kami sambil berkata “Takmau, takmau! Orang Jahat, orang jahat!”
“MANA? Siapa?” tanyaku pada Maryam. Lalu, dia menuding jari, menunjuk ke arah bilik hujung itu yang tidak terpasang lampu. “Tu, tu! Orang Jahat!” katanya. Aku dengan Ayu sudah berasa lain macam.
Kami mula memasang ayat Ruqyah di TV melalui USB device yang sedia tercucuk di TV. Sambil-sambil itu, aku cuba meyakinkan Maryam yang ‘orang jahat’ itu sudah tiada dan aku mahu membelasah ‘orang jahat’ itu jika dia masih ada. Dengan sisa keberanian yang ada, aku berjalan laju menuju ke bilik hujung itu sambil memegang penumbuk, seraya berkata “ Mana! Amboi! Nak kena ni! Maknjang tumbuk orang jahat tu!” sambil menepuk tangan dengan kuat beberapa kali (konon-konon menggertak) dan membuka lampu bilik.
Maryam cuma memandang dari jauh. Aku meremang. Terasa kot. Bulu-bulu roma naik mencanak… tapi buat-buat berani. Aku kata “Pi sana! Toksah dok kacau sini!” jeritku tapi tiada pada siapa-siapa. Tiada kelibat apa pun di situ. Cuma perasaan meremang sahaja. Lampu bilik ku biarkan terpasang.
Aku kembali semula kepada Maryam. “Ha.. dah takdak. Maknjang dah halau..” kataku selamba.
Ayat-ayat Ruqyah masih bermain di TV and Ayu juga terpinga-pinga sambil cuba menenangkan Maryam juga. Anehnya, sewaktu ayat-ayat Ruqyah dimainkan, Maryam seakan tidak mahu mendengar.
Dia jadi takut sambil berkata “Takmau..takmau..”dan terus terlelap sendiri. Aku berpandangan denagn Ayu. Peliknya. Dari cerdas bermain, tiba-tiba terlena bila didengarkan ayat Ruqyah.
Setelah pulangnya abah dan mama Maryam, aku menceritakan peristiwa itu kepada mereka. Kemudian, Maryam tiba-tiba terjaga semula dari tidur, dan dia seperti tidak ingat apa yang baru saja berlaku. Sangat misteri.
Itu adalah salah satu peristiwa yang terjadi. Ada juga pernah diceritakan adikku, Yeyah, ketika dia sedang bermain dengan Maryam di ruang tamu villa. Sedang bermain, tiba-tiba Maryam menunjukkan ke arah satu sudut. “Kaki siapa tu?”tanya Maryam kepada Yeyah. Mendengarkan pertanyaan pelik sedemikian rupa, Yeyah terus mengajak Maryam beredar dari ruang tamu, ke ruang tengah. Muka Yeyah sudah cuak, takut.
Itulah serba sedikit tentang empunya nama si Maryam Jamilah. Alhamdulillah.. semua tu terjadi semasa dia berumur 2-3 tahun sahaja. Selepas berumur 4 tahun, Maryam tidak lagi berkelakuan pelik atau nampak sesuatu yang tidak boleh ditembusi mata kasar manusia normal. Aku bersyukur sambil berasa kagum dengan apa yang berlaku. Mudah mudahan, kita tidak ambil ringan apabila ada anak-anak kecil yang mengadu mereka nampak sesuatu yang kita tak nampak. Aku sendiri pernah nampak sesuatu yang aku pun tak boleh nak kaitkan dengan logic. Misteri, bukan?
Sekian cerita kedua dari Kak Run. Harap-harap, pembaca terhibur. Thanks FS sebab sudi publishkan cerita-cerita Kak Run.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
tak best la cerita campur bahasa melayu inggeris ni…
Tulisla sendiri kalau rasa xbest. Best je cerita ni.
Tq Mia.. kakrun akan cuba perbaiki
Mohon rajinkan diri bukak kamus tuh..duh..
baru nk bukak kamus mak sedara dlm bahasa omputeh ape die hah…….nasib baik sipenulis ni bagi terjemahan………..”mak-mak saudara (her aunts)”. terima kasih kerana menjadikan FS sebagai bahan rujukan saya untuk belajar bahasa Inggeris.
x best jugak.. boleh x guna bahasa betul2.. and x ada apa yang seram pon?
Aku rasa bahasa yang dia guna tu betul je..there’s no flaws in her grammar..rileks la
grammer english dia ok la. grammer bahasa malaysia dia lu ade check Munirah?FYI.. ni ruangan penulisan bahasa malaysia. sebab tu nama dia FIKSYENshasha bukan FICTIONshasha.
Nak menagajar bahasa gi sekolah la..bukan kt sini..kah kah
Citer tu best leh tahan laa.. tp cmpur2 bahase ni jd kan aku xbrape nk kusyuk tgok cter ni… dan aku yakin msty der yg same mcm aku an an an???.. hahahaha maklum laaa.. xbace kamus sgt
Cerita ok. Cuma mcm org yg komen kt atas ni jgk, x syok baca bila ada campur2 bahasa. Bkn x faham apa yg dia tulis. Cuma perlu ke guna bahasa inggeris? Mcm bbnu je
Maaf la jika tak suka cerita campur BM and English.. sebagai graduan major dalam linguistics english, kak run agak kekok untuk guna bahasa melayu for full story. Kadang2 nak sampaikan maksud sesuatu ayat tu tak berapa sampai kalau kak run guna bahasa melayu. And kak run lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris diselang selikan dgn BM. Maaf la kalau rasa annoying. Tp cuma satu nak pesan : tolong jgn phobia sgt dgn English boleh? Anggap ja la cerita2 kakrun ni sebagai platform korang nk improve bahasa.. and memang la nama website ni FIKSYEN SHASHA, bukan Fiction Shasha, sebab kalau tukar ke Bahasa Inggeris akan jadi Shasha’s Fiction. Admin FS pun approve cter ni so, kakrun rasa xdak masalah dgn cerita cmpur. Harap2 boleh la berlapang dada.. orang yang terbuka fikiran ja boleh terima nasihat kakrun ni.. 🙂
Thanks again ya sebab sudi baca. Kak own terima teguran anda with love.
Kepada yang suka, terima kasih sesangat.. kakrun cuba improve my writing styles and techniques, ok? Love you.
Yup ..i totally agreed with you kak run..boleh la jugak improve our english kan. Kalau straight jer penulisan guna bahasa baku, xrasa macam penceritaan pulak..klu macam ni baru rasa spt kita tgh converse dgn pembaca..betul tak?
Tq sensei.. betui tu.. kakrun cuba nak tulis as friendly as i can dgn pembaca.. tak sangka ada yang anggap kakrun berlagak dan sebagainya.. hurm.. takpalah.. kak run akan perbaiki lagi.. thanks a lot! Appreciate it so much
Haters gonna hate! Wel dan (well done), #kakrun.
Tq so much.. kakrun cuba perbaiki lagi ya
Bagi saya okay je… Best je baca cerita kakrun
Thanks.. kak run cuba improve lagi 🙂
Sy sokong kak run..yg jd kan isu2 xleh selit2 kan English tu : xpaham English,malas bukak kamus,atau jenis dengki/anti tgok org melayu kita speaking English..baca sudah laa xpayah nk komen itu ini..penat penulis menaip tau x?
Tq mateja.. kakrun cuba perbaiki ya. 🙂
Setuju dgn wak mat..ok..x sampai…nextttt….
Aku pembaca setia kat fs ni.tak pernah comment tak best.. Tapi ni aku comment tak best.. Penulis ni macam mengangkat diri pun ada jugak.
Sesungguhnya cerita ini sangat tak best.penulis macam berlagak pun ada jugak.
Cter kalau tak best xpe, boleh improve inshaAllah.. kalau mentaliti buruk, memang susah nk perbaiki dik.hewhewhew
Rilek kak run..rambut sama hitam….anyway good job….
Tq kak Gee! I will try my best to improve my writing.
Dah agak dah akan ada yg mengecam kakrun bila baca entry kakrun. Its okay kak run. Ok je cite kakrun. Normal la bila mixed kan bm bi. #kipidap #dontgiveup
Ehh elok je aku faham apa yg kak run tulis. Bukan nya dia guna english yg susah pun…kita kalau ckp perbualan biasa pun campur2 gak BM ngan BI. lekk ahhh…haaapppaa lah hampa ni..
alar ok je kalau english pun…blh belajarkan…x paham rujuk kamus. baik english or bahasa kat dlm fiksyenshasha ni x berapa betul…bkn big problem…xde markah pun atau undang2 dr halaman ni kata kene tulis dlm grammar yg btl,yg penting pembaca faham apa yg nk disampaikan… cerita x mengarut..bkn bahasa budak wechat