#Max- Kau Hodoh

Kau Hodoh
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan admin-admin FS. Terima kasih admin telah publishkan 2 siri yang terdahulu ‘Tetamu Tidak Diundang’ dan ‘Kau Main Pintu Pulak’. Ini merupakan sambungan untuk cerita yang lepas. Mohon maaf bagi siri yang lepas, aku tiada banyak masa hendak menulis kerana sibuk dengan bulan akademik di sekolah. Kali ini, cerita aku lebih panjang dan diharapkan menepati citarasa pembaca. Nama aku Max, dari Sarawak.

Hari itu hari pertama aku bekerja di negeri orang. Aku berasa sedikit kekok namun selesa setelah diajar oleh Jendul dan Black tentang beberapa perkara asas sebelum bekerja. Pelanggan hari itu sangat ramai, seperti pelancaran Iphone baru lagaknya. Baru aku faham, kenapa mak cik aku sangat memerlukan khidmat aku pada saat itu. Pelanggan yang ramai tiada masalah bagi aku, namun agak mengelirukan kerana terdapat segelintir pelanggan yang agak cerewet ketika memesan burger. “Hakak taknak timun ye dik, sos kurang, sayur goreng pastu mayonis lebih.” Aku mengiyakan sahaja walaupun aku tahu, aku tak akan ingat.

1.00pagi. Pelanggan sudah beransur reda. Aku membancuh air milo peng segelas dan duduk di meja kosong. Hanya tinggal satu meja sahaja lagi yang diduduki pelanggan. Aku termenung memikirkan kejadian siang tadi. “Tahan kah sik aku tok 2 minggu duduk rumah ya”, aku bermonolog sendirian. Lamunan aku tersentak apabila Black dan Jendul menghentak air masing-masing ke meja.

Black: Kau monong apo tu. Dari tadi lagi den tengok. Ado masalah ko?
Jendul: Iyolah Max. Ingat awek ko?
Aku: Haishh.. tak de apa2 lah. Aku mana ada awek.

Aku menjawab selamba sambil menyedut milo peng yang telah mencair aisnya.

Black: Eh x mungkin. Mesti ado yang tak kono ni. Ko ceghito jo lah dongan kami duo ni. Mano tau boleh tolong sikit ko.
Aku: Sebenarnya kan, ………………..

Segala peristiwa yang berlaku, aku ceritakan kepada mereka. Mereka mendengar penuh khusyuk sambil menyedut air masing-masing. Ekspresi wajah mereka lantas berubah.

Jendul: Aku pocayo cakap ekau. Dulu pon aku dongan si Black ni pornah kono kacau kek rumah tu.
Aku: Ye ke?
Jendul: Apo ekau ingat muko den ni muko ponipu ko?

Jendul mencebik dan menampakkan dahinya yang jendul sambil menyedut airnya. Jendul memulakan ceritanya. Sekali sekala kedengaran Black menyampuk cerita si Jendul. Barangkali tidak puas hati.

Cerita Jendul:

Lebih kurang 2 tahun yang lepas, aku baru lepas SPM. Seperti budak-budak yang lain, aku pun mula sibuk mencari kerja untuk mengisi masa cuti sementara menunggu keputusan SPM. Aku ditawarkan bekerja di sebuah stall burger oleh kawan baik mak aku, Kak Julia. Dia seorang yang baik dan sporting. Pada detik itulah aku kenal dengan Black yang pada mulanya aku ingatkan seorang warga asing. Kebetulan, Kak Julia memerlukan pekerja waktu itu kerana hanya ada seorang pekerja sahaja yang bekerja. Aku namakan dia mangkuk, sebab perangai dia serupa mangkuk jamban. 5 bulan aku bekerja, hari yang ditunggu-tunggu tiba. Oleh sebab keputusan SPM aku yang agak teruk, aku ambil keputusan untuk terus bekerja dengan Kak Julia. Gaji lumayan, waktu bekerja juga singkat. Lazimnya, setiap hari Jumaat, stall akan bercuti. Seperti biasa, Kak Julia akan keluar ke Melaka dengan si Mangkuk dan kawan-kawannya. Malam itu, aku dan Black tidak ikut serta kerana ingin bermalas-malasan sahaja. Jadi, Kak Julia meminta aku dan Black tidur di rumah pada malam itu kerana dia mungkin akan pulang pagi esok. Aku dan Black terus bersetuju.

11.00malam, Aku dan Black meniarap di ruang tamu bertemankan astro. Black pula sibuk melayan aweknya di telefon. Aku terhidu satu bau seperti bau colok yang dibakar. Aku anggap ada jiran-jiran berdekatan yang membakarnya kerana kawasan perumahan ini banyak diduduki oleh kaum cina dan india. Aku kembali melayan TV. Tiba-tiba terdengar bunyi orang menangis dari dalam bilik Kak Julia. Aku pasti kerana kedudukan aku yang betul-betul berhadapan dengan bilik itu. Aku perlahankan suara TV. Ya! Memang jelas sekali suara perempuan sedang menangis. Aku lihat Black segera menghentikan perbualan dengan aweknya.

Aku: Black, ekau donga tak?
Black: Den donga. Jom poie tengok.
Aku: kau tengok la. Tak borani den!

Oleh kerana Black sedikit berani dari aku, dia pun mula mengintai dari celah pintu kak Julia yang entah bila terbuka. Kosong! Tiada sesiapa pun. Tetapi bunyi tangisan masih kedengaran. Sayu sekali, seperti wanita yang kematian suami bunyinya. Aku dan Black kembali duduk di depan tv. Dengan segera aku menukar siaran ke TV Alhijrah. Rancangan orang mengaji. Aku sedikit lega kerana bunyi tangisan semakin perlahan dan hilang.

12.00pagi, aku lihat Black sudah terlena. Tiba-tiba mata aku menangkap suatu susuk tubuh di luar rumah. Aku nampak kerana pintu utama rumah jenis sliding door dan tidak berlangsir. Pada mulanya aku ingatkan guni yang disidaikan di pagar rumah. Aku tidak mengendahkan perkara itu sehinggalah aku berpaling semula ke arah pintu tersebut. Benda itu bergerak laju melintasi pintu utama. Aku beristighfar dan segera mengejutkan Black yang sudah lama dibuai mimpi.

Aku: Black, bangun. Cuba kau tengok kek luar tu. Den ado nampak bondo molintas kek pintu tu!
Black: takdo apo lah. Ekau mengigau tu.

Serentak dengan itu, tangisan di dalam bilik kak Julia kedengaran semula. Suara orang mengaji di tv semakin perlahan dan akhirnya senyap sama sekali. Kali ini tangisan itu lebih kuat dari tadi. Black bingkas bangun dan merenung ke luar rumah. Seperti yang ku agak, Black sudah terlihat apa yang aku lihat sebentar tadi. Perempuan berbaju putih sedang bertenggek di pagar rumah.

Black: Astaghfirullahal’azim! Hodoh bonar rupo eh!
Aku: Ekau poie tegur tu buek apo!

‘pappp’ Satu tamparan singgah di pipi Black. Mulut lancang mengalahkan mak mak. Black tarik tangan aku ke dapur untuk keluar dari rumah. Tetapi setibanya di dapur, makhluk tadi bertenggek atas peti ais pula. Kedengaran pintu bilik kak Julia dihempas kuat. Marah benar bunyinya. Aku sudah terketar-ketar ketika itu. Kakiku terasa berat hendak melangkah. Pergerakanku terkunci! Aku hanya merenung makhluk itu. Mata bertentang mata. Mukanya hitam seperti terbakar, matanya hanya berwarna putih. D***h dan nanah meliar di sekitar dagu dan pipinya. Rambut pula panjang sehingga mencecah lantai. Bau busuk menerjah ke hidung. ‘Benda’ itu menguntumkan satu senyuman yang luar biasa lebarnya. Aku terpaku.

Aku menyumpah diri aku pada ketika itu kerana segala bacaan ayat Al-Quran langsung tidak dapat aku ingat. Benda itu mengilai di hadapan kami. Lampu di dalam rumah tiba-tiba terpadam dengan sendiri. Air mata jantanku mengalir semahunya. Satu tenungan daripada makhluk itu sudah cukup menggoyahkan imanku yang senipis kertas.

Black: Allahuakbar!!!

Aku bagaikan mendapat kekuatan yang entah dari mana datangnya. Dalam kegelapan aku capai tangan Black dan berlari keluar melalui pintu utama. Oleh kerana takut yang amat, aku panjat pagar rumah tanpa memandang ke belakang. Aku hanya ingin lari sejauh yang mungkin dari rumah itu. Keadaan di luar rumah sangat sunyi. Masakan jiran-jiran tidak terjaga mendengar bunyi hilaian makhluk hodoh itu!

Aku berlari sepantas mungkin diiringi oleh Black sehingga tiba di Shell yang terletak tidak jauh dari rumah kak Julia. Aku harap makhluk itu tidak mengejar kami.

Black: Kau call bapak den suruh ambik.

Arah Black sambil tercungap-cungap. Aku rasakan seperti darahku berhenti mengalir.

Aku: kau lah. Handphone den tortinggal kek rumah tu tadi. Den terbawak remote astro ni. Puii

Black tergelak kecil melihat aku yang menggelabah seperti orang hilang pedoman. Black menelefon rumahnya namun tiada siapa yang menjawab. Kami ambil keputusan untuk tidur di rumah Black sahaja kerana rumahnya lebih dekat berbanding rumah aku. Maka berjalanlah kami berdua ditemani lampu jalan yang hidup segan m**i tak mau gayanya. Malam itu merupakan kali yang terakhir aku menjejakkan kaki ke rumah itu. Melihat dari jauh juga sudah cukup meremangkan bulu roma. Aku trauma.

Keesokannya, kak Julia menelefon Black dengan nada yang sedikit marah. Masakan tidak, pintu rumah dibiarkan terbuka sepanjang malam. Pinggan mangkuk juga berselerakan di dapur. Tidak cukup dengan itu, sampah di dapur juga diselerakkan di seluruh rumah. Black menceritakan apa yang berlaku, tetapi kak Julia tidak percaya dan mengatakan Black hanya mencari alasan. Aku demam seminggu dan terpaksa bercuti. Melihat keadaan aku, kak Julia mula percaya perkara yang berlaku namun tidak berbuat apa-apa. Mungkin makhluk itu tidak pernah mengganggunya walaupun tinggal sendirian.

.......

Aku mendengar penuh minat. Tanpa ku sedar, milo peng telah habis ku sedut.

Jendul: Aku nasihatkan ekau lah, rajin-rajin baca Quran kek rumah tu. Amalkan doa-doa pendinding. Mak cik ekau tu belum kono lagi boleh lah dio buek bodo jo.

Aku mengangguk perlahan.

Aku: Jendul, korang dua temankan aku 2 minggu ni kat situ. Aku takut lah. Kalau ada korang dua mungkin kurang sikit rasa takut tu.

Aku memujuk. Pada awalnya mereka keberatan namun akhirnya bersetuju setelah didesak, dengan alasan ‘lagi ramai lagi meriah’ . Pelanggan yang terakhir berlalu pergi. Kami bertiga mula mengemas apa yang patut sementara menunggu mak cik aku datang menjemput.

3.30pagi. Black dan Jendul datang ke rumah dengan beg pakaian masing-masing. Sebelum masuk, aku lihat mulut Jendul terkumat-kamit membaca sesuatu. Aku mempelawa mereka untuk tidur di bilik aku. Maka berhimpitlah tiga orang dalam satu bilik. Malam itu sungguh tenang sekali. Sekali sekala terhidu bau colok yang dibakar. Mungkinkah dia sedang memerhati?

-Max-

Max

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

15 thoughts on “#Max- Kau Hodoh”

  1. “Hakak taknak timun ye dik, sos kurang, sayur goreng pastu mayonis lebih.” Aku mengiyakan sahaja walaupun aku tahu, aku tak akan ingat…

    Klu akk yg order msti ekau buek bodooo yo kan…
    Buekkan akk beger benjo double satu…
    Sos kurang…tolor kuning bg pocah yoo…
    Hahahahah…

    Bab remote astro tu mmg bergegar umah tetbe akk gelak besor dik…
    Hahahahahah…
    Udahlar takot, kono golak plak tu laie ngan Black Bukan Hanifah tu…

    Akk x pueh hati apsal x detailkan kesah Si Mangkuk Jamban tu…
    Ape sobab eii diorg bg namo cmtu kek dio…??
    Psl umah tu an, ke makcik ekau tu ado monyimpan sesuatu rahsio yg buek dio selamber yoo…

    Reply
  2. hahaha.. seram dan lawak! nanti sambung lagi.. hah mangkuk jamban dengan makcik kau mesti ada kisah diorang sendiri kan?? nanti cite tau.. haha.. eh milo peng tu milo ais kan? aku selalu sebut milo beng.. bukan peng.. ke peng tu loghat kau??

    Reply
  3. Punya lah sembunyi2 baca fiksyen shasha kat pejabat, tp terlepas juga gelak bila baca bab remote astro.. haha.. mmg tak leh tahan dah..

    Reply
  4. aku dari dulu lg musykil..apesal makcik dio xponah kna kacau walau sekali pon ke? mcm rilex je dia..padahal, dia dh lame menghuni umh tu…apekeheiii..sesuatu ni makcik dio tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.