Melaka ouh Melaka

Salam semua. Aku nak cerita dua tahun lepas aku ada join satu program dekat melaka dan dekat Melaka lah benda tu dah mula tunjuk belang, mungkin jugak sebab faktor sekeliling. Melaka kan tempat bersejarah banyak misteri yang belum terungkai, dah la paling tak boleh tahan sebelah kedai makan hanya dipisahkan oleh kayu adalah kubur ok kubur. Kalau jalan pun boleh nampak kubur merata. Tapi tak sangkalah aku akan jadi orang istimewa yang diusik manja kali ni auchhh!

Selama dua bulan aku dekat Melaka, aku & para peserta ditempatkan di satu hotel tapi ala-ala flat entah aku nak cakap pun tak reti, ada swimming pool semua tapi biasa je rumahnya flat kondo nya dekat sekitar bandar hilir. Walaupun serumah dengan kawan-kawan baru yang tak dikenali semuanya okay je. Aku duduk sebilik dengan W. Dalam rumah tu aku yang selalunya akan tidur paling lewat dan aku lah manusia yang akan bangun paling awal untuk kejutkan housemate yang lain.

Mula-mula masuk pun aku dah rasa semacam tapi aku tak layan sangat perasaan sebab aku ni boleh dikatakan antara manusia yang berani. Kalau bunyi bunyian tu tak payah cakaplah macam-macam bunyi dah dengar, kadang-kadang sampai naik bulu roma. Part yang paling aku takkan lupakan, akhirnya program pun hampir nak berakhir, dalam minggu akhir tu macam-macam planning lah budak-budak group buat. Oh aku lupa nak bagitahu, dalam kursus tu para peserta dipecahkan dalam 5 kumpulan so dalam rumah aku pun campur2 lah group kitorang ada yang tak sama.

Budak group aku pun planning nak main bowling untuk minggu akhir. Aku ON je asalkan ada orang yang sudi ambil sebab dah last kan nak la spend masa dengan dorang, nasibla ada groupmate lelaki ambik so satu kereta kitorang naik 4 orang. Separuh daripada ahli group join malam tu, lepas main bowling makan semua dalam pukul 1.00 pagi barulah sampai kondo.

Lagi dua orang groupmate aku tu bilik dorang dekat level 2 aku pulak level 4. Dorang naik tangga je sebab 1 level je daripada nak tunggu lif yang asyik rosak tu je. Ok lupa nak citer lif kondo ala flat kitorang ni memang semacam. Ada 2 lif 1 tu asyik rosak satu lagi lembab, jadi 2 orang groupmate aku pun naik dulu tangga, tinggallah aku menunggu lif. Lif dah sampai lega aku. Terus je masuk lif dan tiba-tiba bau semacam tapi aku fikir maybe tadi ada orang buang sampai kot naik lif ni. Ishh lambat pulak pintu lif ni nak tutup bila aku nak tekan closed button dah tertutup aku biarkan je lah. Sampai level 2 lif tu berhenti sendiri padahal takde orang pun yang tunggu lif. Aku dah mula cuak alamakk pasaipaa pulak ni, nasib lepas tu pintu tertutup, level 3 lif tu berhenti lagi!!!

Dan kali ni memang seriau dahla level 3 tu gelap dan tiba-tiba lampu lif terpadam. Aku masa tu memang dah berpeluh dah. Aku ada dua pilihan sama ada lari keluar naik tangga atau pengsan dekat situ. Aku nak lari naik tangga tapi bila fikir laluan tangga tu pun belum tentu selamat aku jadi teragak-agak serius nak menangis rasa. Elok je aku nak keluar, pintu lif tertutup lagi dan lampu lif terpasang balik. Aku ingatkan semuanya dah selamat. Lif dah sampai level 4 tapi pintu lif tak bukak-bukak memang masa tu mulut aku dah terkumat kamit baca semua apa yang patut. Walaupun beberapa saat aku rasa macam setahun lamanya. Aku tak tahan sangat sampai aku cakap, “tolonglah jangan kacau, aku takde niat nak ganggu sesiapa pun, aku cuma nak balik bilik je, tolonglah”.

Dan dengan automatiknya pintu lif terbukak, aku apalagi memang pecut habis-habisan dah la bilik kondo aku tu paling hujung sunyi aishhh. Sampai depan pintu alamak kunci pulak. Masa tu aku nak bukak pintu pun gigil-gigil sambil baca apa yang patut, berpeluh-peluh jangan cakapla. Nasiblah terbukak jugak pintu, masa bukak pintu memang dah sunyi sepi mesti semua housemate dah tidur.
Yelha dah pukul 1 lebih masa tu esok pulak ada training lagi, aku pretend okay je terus letak barang dalam bilik and pergi toilet nak buang air kecik tak tahan haha dengan basuh muka semua, roommate aku pun dah tidur. Masa tu aku rasa tak sedap hati tapi kalau aku tak pergi toilet kang terkencing pulak atas tilam parahlah.

Dah buang air aku terus pegi sinki depan toilet cuci muka boleh pulak masa ni aku terfikir-fikir scene dalam filem hantu yang masa bilas muka akan ada hantu dekat dalam cermin or belakang haha, adoii cuaknya aku masa tu, tapi bila aku nak bilas muka dan pandang cermin bapak terkejut aku kena cuit memang kuat gila aku jerit ‘makkkkkkkkk’ haha rupanya housemate aku nak pergi toilet perghh sakit jantung aku, habislah aku kene sound dengan W, “Kenapa?! Orang nak masuk toilet je”. Aku cakap sorryy adoii ingatkan apa tadi, aku masuklah bilik dulu sementara tunggu housemate aku dekat toilet sebalnya aku rasa, masa tu memang rasa aish awat lama pulak housemate aku nak masuk bilik ni. Berpeluh dingin aku.

Housemate aku masuk teruslah aku baring tapi tak boleh pulak nak tidur pusing sana sini, sayup-sayup aku dengar suara orang menangis. Adoi aku serius rasa nak amik earphone dalam beg nak pakai supaya tak dengar suara tu tapi satuhal lah pulak nak bangun sekali ada pulak benda tu depan aku. Dan untuk pengetahuan korang kadang-kadang subuh-subuh kalau aku bangun awal mesti akan terdengar suara perempuan menjerit atau mendayu-dayu housemate aku yang lain pun ada jugak dengar tapi kita orang ignore sebab tak sure suara apa daripada mana.

Tapi seriuslah suara tu makin jelas pulak malam tu dan aku tak sanggup nak bukak mata sampailah aku terlelap. Ingatkan semuanya dah berakhir rupanya belum lagi aku kena tindih aku tak sedar pukul berapa tapi aku memang tak boleh nak bergerak nak baca ayat kursi pun tak lepas. Penatnya aku rasa separuh nyawa tapi aku tak adalah terkejut sangat pasal kena tindih tu sebab before ni masa study aku pernah jugak kena tindih dekat kolej.

Lepas dah okay aku dah boleh gerak mungkin benda tu pun dah pergi jam loceng aku bunyik aku tahulah masa tu dah pukul 5.00 pagi dan pagi tu aku nekad tak nak bangun awal biarlah housemate yang lain bangun dulu yelha aku tak nak ditimpa apa-apa lag perasaan takut masih menyelubungi aku. Tapi aku bersyukur sebab at least aku takde lah nampak penampakan apa-apa sebab aku memang selalu cakap bunyi ke rasa ke apa takpe asalkan jangan menjelmakan diri. Pengajaran untuk aku dekat tempat orang janganlah balik lewat sangat and paling penting jangan jalan sorang-sorang. Nasiblah aku kena kacau dengan hantu daripada kena kacau dengan manusia tu lagi menakutkan 10 kali ganda.

Hari-hari selepas tu Alhamdulillah takde apa-apa yang menggangu sebab aku tak tahulah sama ada betul ke tak cara aku ni, tapi dulu masa peristiwa aku kena tindih dekat kolej. After sembahyang aku akan baca smua doa dan aku akn sertakan doa ni ‘ Ya Allah kau ampunilah roh-roh mereka yang dulunya tempat mereka disini kau tenangkanlah mereka agar mereke tenang dan tidak menggangu hambaMu ini lagi’ lepas tu terus takde gangguan and yes aku baca doa tu jugak dekat Melaka ni.

Sebenarnya hidup aku dan misteri memang tak dapat dipisahkan. Nanti aku ada masa aku ceritakan lagi kisah yang lagi menakutkan daripada ni, ni baru mukadimah kot. Till then.

CeriteraKa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Melaka ouh Melaka”

  1. Hashtag #simelaka …

    Serem kooottt naik lift sensorg pepagi buta tu…
    Dlu mse study kdg abis group discussion kol 2-4pagi…
    Itu jam Nk kuor msk lift Allah je yg tau betapa berdebornye weeiii…
    Tp ngenangkan dr tgkt 2 nk ke tgkt 9 tu bkn kepalang jaraknye, tangga bkn cara yg terbaik wpon hakikatnye lift pn xdelah sebaik mane…
    Huwaaa…

    Reply
  2. After sembahyang aku akan baca smua doa dan aku akn sertakan doa ni ‘ Ya Allah kau ampunilah roh-roh mereka yang dulunya tempat mereka disini kau tenangkanlah mereka agar mereke tenang dan tidak menggangu hambaMu ini lagi’

    Salah tu..roh2 tak mengganggu manusia..yg ganggu tu syaitan&jin

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.