Melawat Hospital

Assalamualaikum, Admin And Pembaca FS. Harap Admin Dapat Merahsiakan Nama Fb Saya.

Ok Cerita Ni Masa Saya Di Hospital HUKM  Masa tu umur saya 10 tahun. Ok Saya Start Cerita saya. Saya nak melawat pakcik saya sebab dia sakit masa tu, saya melawat dia dalam tengah malam lah juga. Saya pergi dengan mak dan abang sepupu saya. Masa tu kami semua duduk je kat kerusi, lepas tu saya ajak abang sepupu saya pergi satu kedai 24 jam ni. Saya pergi dan saya cakap dengan abang sepupu yang saya nak pergi ke tandas. Dia ok kan je lah. Saya beredar dari situ dan pergilah tandas. Lepas dah habis keluar tandas tu, saya terkejut sebab tengok2 abang sepupu saya tetiba berdiri dekat depan pintu dan hanya tunduk ke bawah. Muka dia sangat pucat, terus bulu roma naik lah masa tu. Ok lah, saya tanya kat dia, tak beli apa2 ke? Dia kata tak dan kitaorang pun pergi dari situ.

 

Perjalanan agak jauh lah sikit masa tu sebab kedai tu jauh di luar. Kami asyik pusing dekat beberapa kali dah ditempat yang sama. Tetiba abang sepupu saya berhenti, dan saya pun berhenti lah juga. Terus saya tanya, kenapa berhentia? Dia kata jom masuk kat bilik sana menunjukkan ke arah Bilik Pembedahan. Saya pun kata taknaklah, tapi dia beriya nak pergi juga. Akhirnya saya kata kat dia okay, tapi kejap je tau. Dia tak cakap apa2 dan terus masuk. Dekat beberapa minit dah menunggu dia, saya pun intai lah kat tingkp nak tengok apa yang dia buat sebab lama sangat dah rasa. Masa tu saya ternampak ada “bnda tu” faham2 ne lahh…  Apa lagi terus cabut larilah. Saya lari sampai lah bertembung dengan abang sepupu saya tu dan terhantuk sampai dia jatuh lah. Saya pun tanya, “kau bukan kat sana ke tadi??” saya cakap dengan tergagap 2. Abang sepupu saya kata “Sana apa..? Aku cari kaulah..”, saya terus rasa takut dan panik tapi saya tak cakap apa2. Terus jalan dengan abang sepupu sampailah nak dekat dengan tempat duduk mak saya.

 

Tetiba ada sorang makcik cleaner ni datang dan tanya kitaorang nak ke mana. Kitaorang jawablah nk ke tempat duduk kat hujung sana tu. Dia kata okay, biar makcik temankan. Masa tu tetiba juga ada sorang pakcik cleaner ni dia pandang je kitaorang dengan satu pandangan mata yang tajam. Kitaorang diam je lah sebab rasa takut. Dah sampai kat tempat duduk sana kitaorang terus lari. Terlupa nak cakap terima kasih sebab dia tertinggal jauh kat belakang, tapi bila nak pusing ucap terima kasih tu tengok-tengok tak ada dah. Kitaorang pun pelik, tapi ok je.

 

Sampai lah waktunya untuk melawat, ada sorang doktor ni suka lah bersembang dengan kitorang semua. Masa tu kitaorang ada tanya dia pasal kejadian yang kitorang alami tu. Doktor tu buka cerita yang kat situ dulu ada pasangan makcik dan pakcik ni, diorang mati dalam satu kemalangan. Kitaorang dah cuak masa tu. Tapi takde lah nak cakap apa2. Kitaorang pun ucap lah trima kasih sebab sudi buka cerita kan. Lepas tu terus kitaorang pergi dari situ, dan serentak saya dengan abang sepupu saya tanya, ‘ KITA IKUT SIAPA ??’ Sekian dan Sorry Lah Kalau Cerita Ini Tak Bberapa Seram..Bagi saya Ia seram…Ok Thx…

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

One thought on “Melawat Hospital

  1. Saya ingat lagi waktu arwah atok masuk hukm due to cancer quite some time ago.. Masa tu hukm pun baru2 sangat bukak.. That hospital does give me the creeps, mana dengan pintu dia boleh bukak sendiri lah, tambah pulak dengan keadaan sunyi & memang xramai orang waktu tu.. At one point rasa macam ada orang perhati kita.. Padahal xde orang lain pun.. Sampai sekarang kalau terfikir balik, tetiba je bulu roma pun meremang.. Huhu.. One of the reasons kenapa saya paling xsuka pergi hospital.. 😥

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *