Melisa -Termasuk Habuk

Assalammualaikum wbt. Mel dah lama tak tulis. Kali ni terdetik nak hantar kat FS. Sama ada yang terakhir atau tak, biarlah Allah yang tentukan. Mel bahasakan diri ‘aku’ untuk memudahkan bacaan.

Selamat membaca.

***

Cuma luahan hati. Setiap manusia ada cara tersendiri untuk memulihkan semangat, menenangkan jiwa. Jadi ini cara aku. Aku pilih tulis di sini, sebab aku puas dapat meluah apa yang terpendam dalam hati, meskipun ia sekadar satu coretan. Aku tak pandai berinteraksi secara berhadapan sebab tu penulisan menjadi medan aku bercerita.

Sebulan yang lepas, seingat aku kedua-dua belah tapak kaki pada mulanya menjadi kebas. Macam semut hurung. Pada tanggapan aku, ‘aku ni nak m**i dah ke?’. Sebab terikut-ikut dengan pengetahuan tentang tanda 100 hari sebelum roh dicabut. Tak lama lepas tu, kaki aku rasa tercucuk-cucuk. Macam kau jalan atas batu-batu treatment melancarkan peredaran d***h yang dekat taman rekreasi tu. 2 minggu kalau tak silap benda ni berlarutan. Tapi aku tak ambil endah sangat. Tak ade apa lah ni. Biasa kot. Husnodzon (sangka baik) selalu. Sebab tak terlintas langsung ada ‘benda’ lain.

Lepas dari tu, badan aku mula rasa ditusuk-tusuk. Seluruh belakang badan macam dihakis. Tapi dari dalam. Menyucuk sangat. Sakit ya Allah.. kau tahu aku kata apa? ‘Takde apa ni. Silap tidur. Tu badan sakit-sakit. Dengan tilam camni.. biasa la tu’. Ye aku husnodzon lagi. Logik jugak la kan sebab tilam aku ni pon bukan branded. Berlapis-lapis. Student.

Tak lama lepas tu.. setiap kali nak jalan turun dari katil, kedua-dua betis aku pula sakit. Setiap kesakitan yang jadi ni berturut-turut. Seolah-olah dicengkam rapat dan erat. Macam digenggam. Kejang sangat. Urat2 saraf kat betis terasa cekang. ‘Faktor usia kot.. awat sakit sungguh ni.. tangkap mengkarung ka.. sebab cuaca malam sejuk’. Sambil aku urut-urut betis. Ye, aku dengan perasaan sangka baik tak habis-habis.

Sehinggalah kesakitan yang aku rasa memuncak ke dada dan leher. Terasa ditekan-tekan dada aku sehingga tak boleh bernafas. Jam 2/3 pagi selalu menjadi waktu utama aku terjaga dan mengurut urut dada yang lemas. Aku sapu jelah minyak panas dengan harapan lega sikit sakit ni. Normal la kan. Sejuk. Tak boleh nafas. Tidur tiba-tiba tersedak tu biasa lah. Aku sejuk. Housemate sampai pelik. Cuaca panas. Tapi aku cakap sejuk. Kipas aku tutup. Aku selubung satu badan dengan lihaf (selimut tebal khas musim sejuk).

Satu hari aku terjaga dan batuk. Banyak kali dah terjaga dan batuk. Tapi kemuncak hari tu, aku rasa macam ada serdak atau serpihan-serpihan tersekat kat tekak. Aku pergi tandas untuk luah kahak. Berlendir d***h. Aku ludah lagi.. masih sama. Cuma warna light je. Terasa sesuatu sangkut kat tekak. Tapi tak boleh keluar. Bila bagitahu kawan, diorang cakap mungkin sebab faktor cuaca kering, panas dan dah nak tukar musim.

Satu hari ni aku whatsapp Damia. Aku takde niat nak cerita dekat Damia pasal kahak aku lendir berdarah. Tapi terlepas cakap. Damia risau. Dia bagitahu abah aku. Serentak esoknya aku dapat meseg dari Qilah dan abah.

“Kak. Hang ok ka?” -Qilah.

“Assalamualaikum anak abah yang jauh tapi paling dekat.. abah harap apa yang berlaku kat kakak ni sebagai pengajaran untuk lebih waspada.. dia bagitau kat abah dia dah peringat kakak tapi kakak tak dengaq pesanan dia… tapi takpa.. yang keluaq tu semua cuci apa yang dah termasuk ja.. cuba baca ” syifa um bima fissudur ( sot )… baca 7 kali tiup dalam bekas air dan minum.. lepas tu setiap kali nak makan dan minum baca dan isyaratkan ditiup ke arah makanan dan minuman tu sebelum jamah… insyaallah malam nanti abah bantu..”. -abah.

(Oh ye, ‘dia’ disitu biarlah rahsia. Tak perlu aku terangkan atas faktor tak semua orang mencapai tahap untuk tahu. Yang pasti, bukan khadam, bukan saka, bukan pendamping dan bukan apa-apa perkara yang melibatkan jin atau perbuatan syirik).

Tersentak hati. Allah. Nak percaya ke tak? Betul ke jadi dekat aku ni?? Aku sakit ka?? Orang nak buat kat famili tak lepas, tapi kena kat aku??. Macam-macam aku fikir. Antara percaya atau tak. Susah nak pastikan.

Adik aku cakap, benda dah sebulan dalam badan aku. Benda ni kuat. Sebab tu adik dan abah aku dapat detect. Link antara orang yang berkecimpung dalam ilmu perubatan ni boleh sampai. Hari yang sama, abah aku terus bawa famili balik kampung. Mungkin abah aku nak bertanya sesuatu dekat tokwan. Tokwan aku orang alim. Aku taknak ibu tahu. Tapi firasat ibu, kita tak boleh tipu. Dia tahu ada yang tak kena.

“Assalam, anak ibu buat apa sihat ka?  Hati-hati sayang ibu. Makan nasi banyak-banyak. Jangan tak makan. Ibu tengok dah kurus sangat tu”. – ibu.

Anak mana tak sedih? Tapi kena senyum. Kena nampak hepi. Taknak ibu risau sebab jarak kami jauh beribu batu demi mencari ilmu agama Allah.

Pada masa yang sama, Qilah bantu aku dari segi ikhtiar air penawar. Sementara petang dan malamnya, abah aku merawat dari jauh. Qilah ajar aku kaedah perubatan Islam. (Maaf aku tak kongsi atas faktor tak sesuai disebar umum). Qilah suruh aku sentiasa berwudhuk dan setiap kali aku nak berubat pastikan pakaian lengkap tutup aurat. (Adik aku Qilah ni belajar diploma tahfiz qiraat. Allah dah janji, orang yang sentiasa berdamping dengan Al-quran malah menghafal dan melaziminya akan dapat kelebihan yang orang lain takda). Lepas settle aku buat ruqyah, dalam keadaan aku bertudung, aku baring jap. Dah solat zohor tadi. Dalam terlelap aku bermimpi.

Ada seekor ular. Membelit tangan kiri aku. Terus menjalar ke bahu. Sejuk. Ye aku rasa real. Tekstur bawah ular yang lembut, licin macam berlendir tapi tak berlendir pon (orang penah pegang ular mesti tahu) sejuk sangat. Geli???!! Allah je yang tahu. Aku pantang dengan ular ni. Tengok dari jauh pon aku tak mahu!! Ular tu menjalar naik dan menggigit leher kawasan urat nadi. Badan aku menggelupur. Terangkat-angkat macam hilang nyawa. Seolah-olah jantung dipaksa mengepam d***h untuk membekalkan oksigen. Tersekat-sekat nafas seakan menghampiri saat kematian. Mata aku terbungkang sambil tangan terdepa menggeletar atas katil. Tapi aku kuatkan hati, tangan kanan aku gerakkan dengan payah untuk genggam kepala ular tu. Hitam berkilat warna dia. Ada jalur kuning keemasan di bahagian bawah. Sejenis ular tedung. Aku ulang baca ayat kursi. Tiga kali. Lalu aku hembus pada ular tersebut. Aku tak peduli dah geli tu sebab perasaan sakit lebih mengatasi. Hilang. Ghaib ular tu.

Mimpi aku agak panjang. Seolah-olah aku tersedar dari mimpi tapi masih di dalam mimpi (Fahamkan jela ye). Lalu dalam sebuah kereta, aku bergerak pergi berubat dengan abah dan abang aku. Tapi perjalanan kami berliku. Ada saja kemalangan yang hampir membawa maut. Aku dah tak tahan. Sampai duduk terjelepuk, aku menangis.

Tup! Aku tersedar. Rupa-rupanya belum asar pon. Aku lelap zohor tadi. Tapi rasa lama. Penat, dada terumbang ambing, kepala berdenyut nak pecah.. aku pegang bahagian kiri leher.. terasa gigitan ular tadi dan cengkaman belitan ular di lengan kiri. Sakit tak tergambar. Allah..

“Semalam dan magrib tadi abah dah buat.. insyaallah abah teruskan sampai clear.. buang rasa takut atau was-was  kerana yang paling kuat ganggu kakak sekarang ni was-was tu lah… antara yakin dan tidak..” -abah.

Masa ni aku teringat filem munafik 1. Dialog nabila huda yang dia kata dia suka manusia yang dalam diri dia ada was-was.

Ye. Aku masih ragu dan tak percaya. Aku rasa main-main. Tapi ini hakikat yang aku kena terima. Aku disantau. Siapa? Wallahualam. Benda ni makan dalam. Ibu aku menangis. Dia ada chat aku tiba-tiba. Banyak kali sebenarnya. Firasat seorang ibu. Tak boleh disanggah.

Ibu aku menangis-nangis sampai pujuk abah aku datang mesir semata-mata nak ambil anak dia balik berubat.

Hari ni pon, ibu aku pujuk abah aku, ambil aku balik Malaysia. Abah aku puas tenangkan ibu.
Hati aku terpempan. Ye Mel, ini bukan main-main. Kau memang sakit. Kau kena yakin dengan Allah. Tiada daya melainkan semuanya dengan izin Allah. Tanam dalam hati sambil tu takdak apa melainkan hak Allah seluruh tubuh zahir dan batin.. takkan binasa sesuatu tanpa izin Allah.. takkan lut apa-apa pun yang jahat kerana dijaga oleh Allah.

Aku cerita dekat kawan terdekat tapi orang taknak percaya. Orang masih anggap ini faktor kesihatan semata-mata. Sebelum korang bersangka baik dan tak habis-habis kaitkan dengan sains, aku dah terdahulu buat benda yang sama. Hati aku berulang kali bisik takda apa.

Aku tak tahan. Aku tak kuat tanggung. Orang tak beri semangat dekat aku. Aku cerita dekat roomate. Dia diam. Dia sedih. Dia tak tahu nak buat apa. Berulang kali dia tanya aku. Apa patut dia buat? Dia berjaga malam untuk pastikan aku ok weyh.

Dia sanggup taknak kejutkan aku pergi kelas atas alasan aku baru tidur lepas semalaman aku tak tidur. Dia taknak ganggu. Sedangkan waktu tidur aku sendiri pon terganggu dengan benda macam ni. Dia nak aku rehat.

“Kak Nia teringat arwah umi. Arwah umi meninggal kena santau. Luar dia tak pernah nampak sakit. Ok, sehat. Tahu-tahu meninggal. Benda tu makan dalam. Ye tahu, ajal maut di tangan tuhan. Dah takdir berakhir macam tu. Tapi bila teringat, sedih sangat. Kak Nia nak buat apa ni?”.

Panjang lebar roomate aku luah kesedihan. Aku? Macam ni lah. Masih cuba kuat. Zikir Allah Allah sentiasa. Bukan di mulut tapi di hati… Sampai rasa ada ruang cahaya dalam dada terpancar dari kalimah tu.. semua orang boleh dapat kalau istiqomah. Walaupun tiada yang beri aku semangat. Aku tahu, abah aku berpenat lelah membentengi kami dari gangguan syaitanirrajim akibat perbuatan manusia. Walaupun aku terasa sendiri di sini melawan kesakitan. Badan aku semakin hari semakin lemah. Mungkin sebab aku sendiri pon tak yakin sewaktu aku ikhtiar buat air penawar. Benda tak nampak, tapi dirasai tak sama dengan nampak dan merasai.

Orang alim guna istilah “termasuk habuk”. Tak terlihat diri ‘diuji’. Tapi sedar sedang menghadapi ujian.

Bila ia akan berakhir?

-3 oktober 2017.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Melisa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

62 thoughts on “Melisa -Termasuk Habuk”

  1. Ermm.
    Tak tau nak kata apa..
    Yela orang alim kan.

    Bagi aku kau Cite kawan kau dah ambil berat jaga kau. Kau masih mengeluh ckp tak ada org bg semangat.

    Kau dah Cite abah dan mak kau risau kan kau. Adik kau pun sama
    .tp dua kali kau sebut tak ada org bg semangat..

    Aku tak tahu la nak kata apa.
    Anggap la ni ujian Allah utk kau rendahkan hati kau dulu…mengeluh sana sini.

    Setiap manusia diuji.ujian berbeza beza atas upaya masing-masing.

    Apa pun aku harap kau insaf dgn kesilapan diri. Mesti ada khilaf kau at mana mana. Budak alim lagi tinggi ilmu pengajian.

    Wasalam

    Reply
    • Tq untuk nasihat. Orang yang penah rase je boleh cakap macam ni. Mesti penah rase bahkan lagi teruk kan?? Hehe.

      Mel pon bukan budak alim. Budak terkial kial je nak belajar ilmu Allah.. maaf la klu nmpk Mel mengeluh ye. Mel tak bermaksud. Orang terkejut beruk gamaknye eh tetibe aku kene kannn..

      Bila diri dikawal perasaan negatif, smua dia nampak buruk.

      Tapi betul pon keadaan disitu, Mel terganggu antara positif dan negatif.

      Reply
      • Asslmmkm Mel,
        Smoga Mel cepat sembuh,
        Pikir&ckp benda yang baik,
        Insya’Allah,yg datang pun baik jugak(aura yer)…
        Cuma x suka gambau ulau hitam tu,
        Aisshh, mremang…

        Reply
        • Inshaallah Nor. Mel ingat nsihat semua ye. Jadi positif! Tulha.. tgok gmbr dah meremang.. mel dy gigit kat tengkok siap menjalar kat tangan. Nauzubillah sgt

          Reply
          • Kann,
            Bak kata pakcik kita,
            Ulau ada aura yg kalo kita ngok,
            Mremang gitu…
            Mntk djauhkan kalo tserempak gan Cik melingkau nie,
            X cukup tanah, nak lari…
            Seram…
            Nnti sambung lagi k,
            Tringat kat Arwah 2pupu dlu sakit kena santau angin,
            Allahu, dia tabah
            hadapi dugaan smpai akhir hayat,
            Kita ngok, x sampai hati rsa yer…
            Tp dalaman yer kuat,
            X penah lupa mngingati Allah Taala,
            snantiasa…
            Tu lah aura positif yg kita bik sebagai semangat…
            Wlpn kazen 2pupu kita da xde

  2. Hi mel.

    Bila kita dalam keadaan sedih/sakit/susah memang kita rasa takde sesiapa yg simpati atau nak bg kata2 semangat. Tapi kalo kita pndang suduh positif, kadang2 org yg dekat dgn kita sendiri pun tak tahu apa perlu buat. Mcm kwn mel tanya “apa perlu dia buat?” Sebab dia sendiri buntu, apa perlu dia tolong utk pulihkan semangat mel dan mel sendiri. Kadang org sekeliling ni tak biasa dgn perkara2 sebegitu, so dia tak tahu nak buat mcm mana. Nak2 plak di perantauan. Mel ada kawan disisi yg mengambil berat, malah menurut cerita mel, family pun cuba bantu sedaya updaya dorang. Dlm keadaan kita lemah, memang kita mengharapkan penuh perhatian.

    Reply
    • Ye betul. Itulah point Mel. Hakikat Mel ketawa ja. Mel anggap takde pape. Mel tak caye pon Mel sakit. Tapi pada masa yang sama dalaman Mel teruk.

      Jadi Mel tersilap kat situ. Mel tak positif. Mel sedar, tapi Mel lebih ditarik ke negatif. Haaa camne ntah nk cakap.

      Gitula..

      Reply
  3. Please stop your negativity. Rasa takde semangat lah bersendirian berjuang lah. Tapi cakap family awak risau, roommate awak jaga awak.takkan sebab dua tiga orang sains tak percayakan awak,awak down? Sekalipun takde sorang manusia yg kasi semangat & support,awak kena ingat awak ada tuhan.. Okeyy? Try to have positive mindset. Meiyo tak suka negative vibes walaupun cerita awak ni okay not bad,jadi dua bintang je.. Stay strong melisa,get well soon! Muahh

    Reply
    • Ye betul El. Memang lepas Mel tulis pon abah tegur dah Mel. Mel terlalu sedih. Orang tak penah dan tak sangka kene kan…

      Memang terkejut beruk sikit. Haha.

      Inshaallah. Takde ujian melainkan untuk menjadikan kita hamba yang berada di jalan yang betul.

      Sedangkan orang yang ilmu melangit pon Allah uji dengan isteri guna ilmu penunduk. Mel lagi la manusia biasa xde ape. Haha

      Reply
      • Makcik paham..makcik pun mgkin mcm mel jugak klu diuji gitu..pecaya ada benda ghaib, tp xpecaya kena kt diri..sgt paham sbb mkcik bygkn masa baca cite mel ni, diri sdiri terkena..mesti makcik dlm keadaan in denial or husnudzon mmnjgkn..ye la, klu ada pgalaman dulu time muda2 pun ms 1blok dgr cite kena usik, bilik mkcik kbetulnnya tselamat..jd hidup mcm antara betul ke tak betul cite depa.. sbb xpnh nmpk,xpnh rasa,xpnh kena..tiba2 jadi gitu..paham mel..paham..

        Reply
  4. Point Mel kat sini, bila kita jatuh, bila Allah takdirkan kau diuji tapi kau tak tahu, bila penuh was-was dalam diri, di situlah ‘termasuk habuk’. Di mana kau akan terhijab dari melihat yang baik2. Pada masa yang sama, kau tahu ada yang akan sentiasa bersama kau. Kau berlawan antara betul dan salah. Percaya dan tidak.

    Ada yang Allah hantar membantu kau. Tapi kau akan meragui segala hal. Disitu Allah uji hal keimanan hamba. Setiap orang lain ujian dia.

    Once bila terkena, asbab dari perkara tu berbeza2. Hehe btw tq lah yang sudi komen. Mel tak cakap Mel tak nampak diorang yang bertungkus lumus, Mel cuma dipengaruhi pada masa tu.

    Orang sakit kan. Haha

    Reply
  5. #mel semoga kuat hadap semua ni..
    insyaallah mel akan dilindungi..
    semua ni dugaan.. wlau jauh ai doakan sis mel..
    smiley!!
    p/s amalkan apa yg en.l nasihat tu.. kuatkan iman..

    Reply
    • Tq missmanaged. Terharu Mel. Mel faham, semua marah sebab Mel negatif. Mel faham sebenarnya point baik diorang nak Mel kuat. Terima kasih sangat2 semua.!!

      Mel hargai semua. Inshaallah dalam fasa pemulihan..

      Reply
  6. Salam mel nama sy siti sy pun tidak la handal dlm perubatan islam tp apa ygdiajar jua oleh sahabat n ustaz n Ustazah kalau blh awak jgn tnggl maksurat bacaan pg dan ptg dan kalau blh amal kan tabur garam di keliling rumah setiap penjuru rumah. Setiap penjuru bilik dengan garam kasar dan lada hitam.. Azan setiap penjuru bilik bila rasa mcm x thn sgt dgn gangguan. Kalau blh psg 24 jam ayat Quran dekat bilik atau rumah.. Dan memang btol semangat dalaman kita kena kuat lawan.. Sy fhm sbb ada kwn2 yg kena mcm awk ni.. Ustazh ckp rajin berzikir dan kena kuat semangat.. Kalau x mmpu sgt amalkan ayat qursi setiap masa oun xpe.. Walaupun dalam keadaan x blh solat.. Lepastu bila. Kita ada gangguan ni kan salah satu jgk memng krna jge kebersihan diri.. Selalu mandi dan jge kebersihan rumah.. Ni di antara serba sedikit yg blh mel amalkan.. Dan jgn tinggal sblom tdo bce surah al mulk.. Dan sblom mkn cuba baca بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
    Bacaan ni ada dlm maksurat
    Harap mel. Tabah n terima n hati terbuka di atas setiap apa yg uji.ujian ini mungkin ada seribu hukmah untuk mel kuat.. Jgn pnh putus asa..

    Reply
  7. Assalamualaikum mel..
    Alhamdulillah, mel terpilih utk lalui ujian yg berat ni..biasanya, ikut pengalaman dan pemerhatian ummi, org yg disihir ni, bkn setakat sakit fizikal, tapi emosi juga terlibat sama sakit..contohnya, moody, panas baran, sedih x tentu pasal, lalai, pelupa, was2 dan ada juga yg perangai jadi x senonoh, durhaka dgn makbapak, suami, malas ibadat dan segala mcm sifat negatif..
    tapi alhamdulillah, mel masih lg diatas landasan..mungkin disebabkan keteguhan iman, ibadat dan syariat yg sentiasa dijaga sblm ni..
    xpe mel, tabah yer..kadang2 ujian ni pada mulanya akan melemahkan kita, tapi semakin kita harungi dari hari ke hari dgn sabar, dgn segala usaha disamping pergantungan 100% kepada Allah SWT..maka ia akan jadi kekuatan dlm pengembaraan hidup kita ni..insyaAllah..ummi doakan mel cepat sembuh..

    Reply
    • Allah2.. terima kasih umi doakan mel. Mel tak nafi. Memang Mel tetiba nak marah.. tetibe nanges.. banyak termenung. Apa yang umi cakap tu serba sedikit Mel alami.

      Inshaallah Mel akan lebih beringat utk masa akan datang. Terima kasih ?

      Reply
  8. Semoga Mel sentiasa tabah & sabar dalam menempuhi dugaan yang dhadapi.. & semoga Mel sentiasa didalam lindungan-Nya,aamiinnn

    Reply
  9. Slalu buat solat tahajud dik,kuatkan semangat.Jangan rasa down sangat sebb tu akan lg menguatkan “bnda” tu.semoga adik baik2 ajer kt sana

    Reply
  10. Mcm tu la kita mnusia ni mel..ada masanya semangat kita lemah..sbb tu mdh kna serang dgn bnda2 halus..byk2 kan sabar..ujian tu mel..klau xslp sy la kan,utk penawar dan pendinding sihir ni surah as soffat ayat 1-10..ulang2kan jgn jemu..pastikan ketepatan makhraj dgn tajwid..pastu doa yg jibril ajar pd rasulullah masa jin ifrit kejar baginda dlm peristiwa besar isra’ mi’raj..klau dihayati makna doa tu kita akan dapati pendindingnya stiap penjuru..أعوذ بكلمات الله التامات التى لا يجاوزهن بر….إلى
    ءاخر…mknanya jika kita mohon betul2 pd Allah,kita akan dilindungi Allah dari segala kejahatan sama ada dari langit atau bumi,dari segala arah..dan lg satu amalan bismillah 6 pendinding dan penawar sihir dgn izin Allah dan pling ringkas bcaan pendinding sihir
    بسم الله الذى لا يضر….إلى ءاخر
    Smua bcaan ni amat kuat auranya..klau diamalkan betul2 kita akan saksikan betapa maha hebatnya kuasa Allah yg xakan dpt dikalahkan olh sesuatu apa pn…tipudaya syaitan itu sgt lemah…tu je dpt sy kongsikan..sy pn xpndai sbnrnya..sy kongsi dari org lain jgk..semoga brmnfaat utk smua..mngkin mel dh sdia maklum bcaan2 ni psl mel bljr agama dan mngkin tahu lbh byk lg..xpe la bg sesape yg belum tau blh je amalkan utk pendinding..dpt pahala plak tu klau amal..mengukuhkan lg aqidah kita sbb kita dlm keadaan sentiasa mngharapkan perlindungan dari Allah krn xde kuasa yg blh bg perlindungan melainkan kuasa mutlak hanya pd Allah..sy rs la kn kita blh pggl ustzh mel psl bnyi ayu je pggl camtu..hehe..tp klau melisa ni bnyi mcm mat saleh skit..klau humaira’ ke khaleesa ke ada bnyi arab skit..haha..mel jgn mrh tau..gurau je tu..usik2 mesra gitu..hehe

    Reply
          • Mmg la..tp mn blh pggil ust..gelaran ust tggi sgt la ustzh mel..apa la yg ada pd nelayan mcm sy ni..klau kt mesir gelaran ust dh tahap profesor..kan?ustzh mel kn kt mesir layak la dipggil ustzh..sat gi blk malaysia org pggil ustzh jgk..kt sy pggil nama la cpt mesra..ada2 je la ustzh sorg ni..klau pggil ust lg sy dtg cari ustzh kt mesir dgn bot nelayan sy ni..ok la sy nk repair enjin bot jap..dh lwt nk kelaut ni

  11. Semoga Melisa sentiasa tabah dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang ditempuhi.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya 🙂 In Shaa Allah. Sabar ya Mel.Semoga Mel sentiasa di dalam lindungan Yang Maha Esa 😀

    Reply
  12. Assalamualaikum ustzh mel..dh sehat blom?sy sntiasa doakan ustzh dlm keaadan baik,benteng yg kuat dari Allah..semangat kna kuat nk lawan setan tuan..qasadkan dlm hati hnya Allah yg Maha Memiliki Segala Kehebatan..setan ni dia tau sape kuat sape lemah sape jahil..dia pling takut org yg tggi ilmu agamanya..setan awl2 lg dia tau profile org yg dia nk kacau..kdg2 sbb org ni hebat ilmu agamanya,setan awal2 surrender xbrani msuk dekat langsung..semoga mel smbuh seperti sediakala

    Reply
    • Waalaikumussalam.. alhamdulillah yang sebelum ni dah nak pulih tapi biasala. Benda tak mau kalah send lagi yg tinggi sikit. Hehe terima kaseh doakan Mel

      Reply
      • Try mel bc
        أعوذ بكلمات الله التامات…إلىءاخر 7كالي
        أذان 7كالي dgn nada biasa
        الفاتحة سكالي
        الإخلاص سكالي
        الفلق سكالي
        الناس سكالي
        الكرسى سكالى
        الصفات ءاية 1-10 سكالي
        لو أنزلنا…إلى ءاخر سكالي
        سورة الطارق سكالي

        Dh abis smua kt atas tu disebut satu round ruqyah…buat sggh2 tau skurang2nya 3round..klau nk pwr lg mel ulangkan akhir ayat kursi tu 70x…ala kejap je xlama pn..pastu ulang2kan plak ayat 7 surah as soffat tu..ms ruqyah diri tgn ltk atas kepala..bkn atas kelapa africa..sblm buat tu mohon betul2 prlidungan Allah dan mohon jgk bcaan2 trsebut sbg penyembuh dan rejaman bg setan2 tu..insyaallah sy yakin mel blh

        Reply
          • bkn ilmu mel..pengalaman..sy pn penah kna mel..skrg sy kna kongsikan pd sesiapa yg perlukan..sy paham bila kna kacau camni mmg serabut..otak byk nk pikir negatif je..mdhn2 apa yg ust sy ajar dpt jgk saham kt dia..lps sy amalkan wirid dan bcaan2 yg ust sy ajar tu sy rs ada ketenangan dari Allah..masa tu sy dpt kesan kehadiran makhluk halus wlpn sy kt dlm rumah bnda kt luar sy tetap dpt kesan setan2 tu..skrg sy dh jrg amal wirid dan bcaan..ssh nk nmpk setan dh skrg kecuali santan je yg nmpk ??

  13. sebab dh ada rate ne aku komen lh & bagi mel 5bintang ??????????

    -semoga mel tabah menghadapi ujian & dugaan yg datang..semoga mel akan sentiasa positive & sentiasa didalam lindunganNya selalu..aamiiinn

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.