MELISSA

“Ampunkan abang Lisa, tolonglah, abang insaf, abang mengaku abang salah, lepaskan abang Lisa! “rayu suamiku.

Aku menyeringai mempamerkan baris baris gigiku yang putih. Seronok aku melihat tahap ketakutannya. Eh, mana perginya suamiku yang gagah, yang setiap masa menyepak terajangku tanpa belas kasihan?

Puas hati melihat dia merangkak sambil menyembahku. Bermacam pujuk rayu diluahkan agar aku tidak mengapa apakannya. Mana perginya ego dia ya?

Aku ketawa nyaring, bangga melihat dia takut padaku. Terasa satu kepuasan menjalar dalam diri ini. Sengaja aku memicitkan pipinya untuk menambahkan lagi ketakutannya.

Alaaa, baru pegang pipi, sudah terkencing pula jantan ni, haish! Lantak engkaulah, nanti pandai pandai la engkau bersihkan rumah.

Oh ya, namaku Melissa binti Murad. Suamiku Johan. Johan merupakan majikan ayahku. Keluargaku miskin, ayahku sering ditindas oleh Johan. Johan merupakan pemilik kilang kayu di kampungku.

Suatu hari, aku berkejar ke tempat kerja ayah kerana ibu tiba tiba pengsan. Tanpa aku sedar, saat aku menyampaikan khabar tentang ibu pada ayah, Johan sedang meneliti setiap inci tubuhku.

Ayah meminta izin untuk pulang. Entah angin apa, hari itu ayah mendapat pelepasan untuk pulang awal, jika tidak, usah bermimpilah.

Kami menuju ke hospital. Pemergian kami dihantar oleh Johan. Sepanjang jalan, ayah kelihatan resah, pastinya ayah sedang risaukan ibu.Menurut doktor, jantung ibu perlu dibedah.

Ayah tunduk, airmatanya bercucuran. Betapa, sayangnya ayah pada ibu. Ayah sedih kerana tidak punya duit untuk kos pembedahan ibu.

Johan tiba tiba menyampuk, dia sanggup biayai kos perubatan ibu. Namun, ayah tetap bersedih, demi menyelamatkan ibu, aku menjadi mangsa.

Ya, Johan mahukan aku sebagai tukar ganti. Aku terpaksa rela, demi nyawa ibu dan demi tidak menyusahkan ayah. Jauh di sudut hati, aku agak terkilan.

Ada satu nama yang terpahat di hatiku, Azhar! Dia cinta pertamaku. Aku kikis nama itu dan kubuang jauh dari ruang hatiku, meski hati ini amat terluka. Maafkan aku Azhar.

Mungkin ini adalah kifarah buatku, aku sakiti hati Azhar, dan balasannya, aku tersakiti dek perbuatan suamiku. Sejak hari pertama perkahwinanku, aku dilayan buruk oleh Johan.

Hanya sekali Johan menyentuhku. Selebihnya, Johan menghidangkan tubuhku pada jantan jantan yang tidak aku kenali .Bangsat! Johan melacurkan aku. Maruahku diinjak.

Aku tidak berani mengadu pada ibu dan ayah. Aku bimbang mereka mendapat susah.Johan yang berharta mampu buat apa saja, yang tidak bersalah boleh disumbat ke dalam penjara.

Tiap malam, Johan akan membawa teman wanitanya pulang, bukan seorang, tiap malam silih berganti. Aku? Johan jijik denganku yang telah ditiduri oleh bermacam lelaki. Apakah itu kemahuanku? Tidak, tiada wanita yang berkahwin mahu hidup menderita.

Suatu pagi, aku muntah muntah, lemah longlai tubuhku. Aku merayu agar Johan membawaku ke klinik,permintaanku hanya dipandang sepi olehnya. Johan keluar selepas marah marah, dia pulang semula 30 minit kemudian. Kotak Pregnancy kit dicampak ke mukaku.

Aku membawa alat itu masuk ke tandas. Dua garis! Aku takut, pasti Johan akan mengamuk. Johan menendang pintu tandas kerana aku berkurung terlalu lama. Terketar ketar tanganku menghulur alat itu kepadanya.

“B4ng4ng! “tengkingnya.

Dicampak alat itu ke mukaku. Aku diam tidak berkutik. Airmata bercucuran menahan pedih hati diherdik maki. Apakah itu kemahuanku? Sedap mengaut untung hasil menjual tubuhku, kini aku dimaki dihina.

“Gugurkan! “tengking dia lagi.

Saat aku dibawa ke klinik untuk menggugurkan kandungan, kakitanganku serasa sejuk akibat takut. Aku yang terlalu takut melarikan diri. Bodohnya aku, sejauh jauh aku berlari, akhirnya aku pulang jua ke rumah Johan. Akibat degil, aku disepak terajang hingga pengsan.

Sesuatu yang terjadi itu atas kehendaknya, meski teruk dibelasah, janin itu masih kekal menghuni di rahimku. Lebih celak4, meski aku berbadan dua, aku masih dipaksa melacur.

Hinggalah kandunganku berusia 4 bulan, tiada yang sudi melanggan aku. Johan begitu berang. Katanya aku menjadi beban, hancur hati bila dia mengatakan menyimpan aku ibarat menggalas biawak hidup.

Malam itu, kami bertengkar hebat. Johan menghentak kepalaku dengan lampu tidur. Aku diseret ke belakang rumah, aku ditanam hidup hidup.

Hari ini, aku amat berterima kasih pada Azhar. Dia tetap setia menyintaiku. Dia, sanggup lakukan apa saja demiku. Dalam hujan renyai renyai, Azhar memanjat tembok belakang rumahku. Digalinya tanah yang menimbus tubuhku.

Dengan susah payah Azhar mendukungku lalu dibawa pulang ke rumahnya.Di rumahnya, Azhar dengan penuh kasih sayang membersihkan tubuhku yang disaluti tanah serta lumpur. Pakaianku digantikan.

Rupanya Azhar masih menyimpan kebaya merah yang dibelinya untukku. Kebaya itu untukku pakai semasa kami bertunang nanti. Tercapai jua hasratnya melihat kebaya merah itu tersarung di tubuhku meski kini roh dan jasadku sudah terpisah.

Dia benar benar mengotakan janjinya padaku, janji untuk menjagaku serta membela diriku tak kira apa berlaku. Aku diletakkan di bilik khas.

Malam ke 2 aku berada di rumahnya, Azhar melakukan ritual untuk menghidupkan aku. Aku dimandikan dengan d***h anjing hitam bersama bacaan mantera di saat bulan mengambang penuh.

Tiap malam, Azhar menitiskan d***h dari jari manisnya ke bibirku. Genapi satu minggu, aku sudah sedar sepenuhnya. Ya, aku kembali!

Aku yang dulu bukan lagi yang sekarang. Dulu ditendang, kini nyawamu yang bakal melayang. Dan hari ini, aku akan membuat jantan keparat bernama Johan tersiksa.

Dia, yang dulu menjadikan aku patung di rumahnya, tiada gunanya aku di matanya. Kini aku berterima kasih kepada Azhar kerana menjadikan aku Annabela.

Sekarang, jantan keparat yang satu ketika dulu begitu angkuh membelasahku, kini merangkak bagai anjing menyembah kakiku.

Aku julang tinggi jantan yang memusnahkan hidupku lalu aku banting tubuhnya ke dinding. Bedebuk dia jatuh ke lantai. Ah! Sikit sangat, aku mahukan lebih dari itu.

Oh ya, hari ke 4 aku berkahwin dengannya, dahiku berdarah kerana jantan ini menghentak kepalaku ke dinding. Dengan kuasa ku, almari berhampiran aku terbalikkan lalu menghempap perutnya. Muntah d***h jantan ini akibat tersepit. Aku mengilai kesukaan.

Aku mahu cepat habiskan riwayatnya, tapi, aku mahu hakku dikembalikan. Ya, jari manisku yang d******g sebelum aku ditanam hidup hidup. Hanya kerana cincin kahwin yang tersarung di jari, Johan telah memotong jari manisku.

Aku sedar, cincin itu mahal, namun jariku adalah milikku, aku mahukannya semula. Johan telah membuang jariku entah ke mana. Tiada guna aku bertekak, orang sebegini biar m**i saja.

Zasss, aku mencakar lehernya, terkoyak kulitnya sehingga menampakkan isi. Zasss, isi perutnya ku robek.

Selamat tinggal Johan!Terima kasih Azhar! Aku kini selamat disemadikan dengan sempurna atas bantuan orang ramai. Mayatku dan Johan ditemui oleh bibik, bibiklah yang memanggil orang kampung. Terbalas sudah dendamku atas jasa Azhar.

TAMMAT

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 3.9]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.