Memancing Di Tasik

Assalammualaikum. Terlebih dahulu aku nak perkenalkan diri aku, nama aku Nabila (bukan nama sebenar). Okay. Lets begin, sewaktu aku berumur 17 tahun aku gemar mengikuti nenek aku pergi memancing (nenek aku ni seorang yg suka memancing, sebut je tempat, start motor lah dia). Satu hari tu aku ikut nenek aku pergi memancing dekat sebuah tasik, dalam sebuah ladang kelapa sawit ni. Pepandailah korang imagine okay. Kitaorang pergi dalam pukul 5 lebih camtu. Bawak segala mata kail yang ada dan sedikit bekalan nenek aku pun start lah motor dia.

Dalam berapa minit lepas tu sampai lah kitaorang kat tasik tu. Aku pun ambik posisi then campak lah kail aku ke dalam tasik. Nenek aku masa tu dah pergi jauh sikit dari tempat aku. Tak syok katanya mancing dekat dekat. Lepas beberapa jam tunggu mata kail aku tak mengena langsung. Padahal banyaknya ikan menangkap nangkap masa tu. Takpelah aku pun tak kisah sangat. Sekadar nak teman nenek aku je. Lepas beberapa lama aku layan perasaan aku dengan mata kail yg tak mengena, tambah pulak result spm aku lagi seminggu nak keluar hahaha.

Then aku nampak nenek aku punya mata kail mengena. Besar sungguh ikan yang dia dapat. Aku pun pergi kat nenek aku. Aku tengok ikan yang nenek aku dapat ada sisik sisik. Aku ada jugak tanya nenek aku, ” ikan ape tu nek?”. Tapi nenek aku sendiri tak tahu ikan apa yang mengena kat mata kail dia. Tapi takpe.¬†Aku cukup gembira lah. Takdalah aku dengan nenek balik dengan tangan kosong. Buat malu kena sakat dek aki aku nanti hehe. Dekat nak maghrib tu barulah kitaorang balik. Hehe. Nenek aku punya pasal lah. Aku layan kan je. Cucu yg baik kan hehehe.

Masa otw balik tu aku rasa lain macam. Rasa macam berat je motor ni. Lepas tu tu nenek aku cakap, “aku dengan cucu aku nak balik ni. Jangan kacau aku”. Barulah motor tu terasa ringan sikit. Aku dah start meremang dah bila dengar nenek aku cakap macam tu. Mujur lah bukan aku yg bawak motor kalau tak arwah dah aku. Ketar punya pasal hehe. Lepas beberapa minit sampailah kat rumah. Aku pun bawak naik ikan yang nenek dapat tadi dengan penuh bangga tunjuk kat mak. Hehe. Then aku naik atas rumah siap siap nak maghrib. Lepas aku siap solat aku turun ke dapur & aku tengok mak aku tengah siang ikan yang nenek aku pancing tadi.

Aku tanya, “nak masak apa ikan tu mak ?”. Then mak aku cakap nak goreng garing dengan sisik sisik je. Aku pun dah kecur air liur masa tu. Almaklumlah dah lapar hehe. Aku pun tolong lah apa yang patut kat dapur tu. Sedang aku dengan mak aku kat dapur, tiba tiba aku dengar suara adik aku meracau macam kena rasuk gitu. Aku dengan mak aku pun naik lah kat rumah atas (lupa nak cakap, masa ni yang ada kat rumah cuma aku, adik aku, nenek aku dengan mak aku, aki dengan ayah aku tak balik lagi dari masjid). Masa tu aku tengok adik aku dah lain macam. Then aku dengar adik aku cakap macam ni, “pulangkan apa yang kau ambik kat tasik, kalau tak satu nyawa dalam keluarga ni diambil, nyawa mesti dibalas nyawa”. Suara yang cakap tu bukan suara adik aku. Kasar gila. Aku dah cuak. Mak aku dah start nangis dah. Nenek aku rilex lagi.

Aku dah ketar lutut. Tiba tiba mak aku pengsan. Aku masa tu dah panik dah. Tak tahu nak buat apa dah. Then nenek aku jerit kat aku suruh pergi panggil aki aku kat masjid. Aku pun cepat cepat sauk tudung pergi masjid panggil aki aku. Dalam 5 minit camtu tu aku balik dengan aki aku and ayah aku. Aku citer semua yg terjadi daripada A-Z kat aki dengan ayah aku. Aku tengok mak aku dah sedar tapi dia nangis mendayu dayu sedih camtu then dia buat muka marah sambil pandang tajam kat nenek aku. Selang seli pastu dia nangis balik. Pastu ulang balik , renung tajam kat nenek aku.

Aki aku pun pergi kat dapur ambik ikan yang telah disiang mak aku tu dan ajak aku tunjukkan kat mana tempat aku pergi memancing dengan nenek tadi. Dalam beberapa minit kitaorang sampai. Then aki ambik ikan tadi dan letakkan dalam tasik. Aku nampak ikan tu hidup balik & berenang ke dasar dan terus hilang dari pandangan. Korang rasa boleh imagine tak, ikan tu dah kena siang buang perut semua, siap dah letak kunyit dengan garam boleh hidup balik? Gila kau. Lepas tu kitaorang balik dan mak serta adik aku dah kembali macam biasa. Alhamdulillah. Lepas daripada kejadian tu aku dah serik. Tanak dah pergi memancing waktu senja.

Sekian. Maaflah jika ada kurang dalam penulisan aku, Yelah aku baru belajar mengarang. Hehehe. Terima kasih korang sudi membaca. Nanti kalau ada sambutan aku sambung lagi hahaha.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Memancing Di Tasik”

  1. Syioknyeeee ade nenek kaki mancing…
    Mesti ko dh kempunan kan td dh kecur liur bygkan ikan grg kunyit, tup2 kena lepas smle…
    Huhuhuhuuu…
    Mesti aki ko pastu dok perli2 nenek kan sbb terpancing ikan siluman…
    Heheheheheh…

    Reply
  2. kalau bgtau nama sebenar pun ktorg tetap xkenal ko..jgn risau…tp cerita best! tp tgh syok tbe2 dh nk abis dh..huhu

    Reply
  3. Hahahaha sempoi gile si nenek..tp aki plak yg kene getah..xpasal2 turun tasik memalam anto ikan..kompom sumpah seranah kat nenek ekekekekee

    Reply
  4. Lg pelik kalau dah goreng, pastu gi pulangkan kat tasik then hidup balik. Btw nice wey nenek kaki menackle der. Hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.