MEMBELASAH JIN PENDAMPING

Hujung-hujung minggu, kami (Aku & Syariman) selalu pi ziarah rumah Pak Teh. Lepak-lepak kat rumah dia sambil dok bersembang. Kalau ada pesakit mai rumah Pak Teh, boleh kami tolong-tolong (buat praktikal). Suatu hari, Pak Teh telefon member aku panggil mai rumah dia. Katanya ada pesakit nak mai berubat (kes berat katanya).

Petang tu, sebelum maghrib kami pun bertolak ke sana. Dalam 1 jam lebih jugak baru sampai rumah Pak Teh. Kami selalunya singgah sembahyang maghrib dekat R&R Gurun. Makan malam dulu siap-siap, baru pi rumah Pak Teh.

Dah sampai rumah (Pak Teh), dia pun bagitau la ada orang kena SANTAU nak mai berubat malam ni. Asal cerita, Mamat ni pikat sorang awek (tunang orang) pakai minyak pengasih & berkesan. Dah dapat awek tu, dia pun kahwin buat bini. Bila dah kahwin, bekas tunang awek ni tak puas hati, jumpa Tok Bomoh, SANTAU terus mamat ni biaq sampai m**i.

Mamat ni dah mai jumpa Pak Teh sebelum ni, tapi tak boleh nak buat rawatan lagi sebab dia tak bawa mai barang-barang untuk rawatan SANTAU.

Setengah jam selepas kami sampai rumah Pak Teh, mamat (Pesakit) tu pun sampai la dengan kawan dia (lelaki). Pak Teh pun suruh aku start dulu Ruqyah mamat tu. Aku pulak pas kat member aku ni biaq dia buat dulu. (Aku dok stand by ja kat belakang). Kawan aku ni pun mulakanlah rawatan dengan cara dia. Lepas beberapa minit, aku tengok mamat tu dah jadi semacam. Tiba-tiba dia kerasukan. Mula-mula aku biaq ja kawan aku ni setel sorang-sorang. Bila tengok mamat tu dah semakin agresif, aku & pak teh pun masuk tolong pegang mamat tu. Pak Teh pegang bahagian atas (tangan) & aku pulak pegang bahagian bawah (kaki), sambil kawan aku ni meneruskan rawatan. Sambil-sambil tu, aku pun cuba jugak ikat kaki mamat tu secara batin tapi tak menjadi. Terpaksalah aku minta kat mak teh bok mai perca kain untuk dijadikan sebagai tali untuk ikat kaki, tangan & badan mamat (pesakit) tu.

Mamat tu semakin agresif mengamuk. (Dia ingat dia sorang ja reti mengamuk, aku pun reti jugak mengamuk). Aku pun terus bagi buah GUSTI WWF (THE ROCK) kat dia. Aku kilas & kunci kaki dia (KILAS SAWA BERENDAM). Pastu aku ambik besi copstik & aku kepit kat celah jari kaki dia. Terus dia menjerit, ADOOOOOIIIII !!! SAKIT LA WOOOIII !!!.

(Ambik hang, rasakan HIKMAT KEPITAN COPSTIK aku. Hantu RAYA yang kuat tu pun surrender dengan HIKMAT KEPITAN COPSTIK aku ni. Inikan pula Jin Cap Ayam macam hang).

Selepas beberapa minit, Pak Teh pun suruh aku STOP kepit kaki mamat tu. (Pak Teh kesian kat dia kot). Aku pun lepaskan. Kawan aku ni teruskan lagi rawatan. Sambil-sambil dia dok rawat tu, aku selok poket, ada minyak KASTURI HITAM pulak dalam poket aku. (CANTIK…)

Aku pun ambik minyak tu, sapu kat hidung mamat tu. Apa lagi. Jin dalam badan mamat tu terus menjerit, ”BUSUK…!!! BUSUK…!!! Menatang apa hampa boh kat hidung aku ni”.

Aku : ”Baik hang keluaq kaih. Satgi aku titik minyak ni masuk lubang hidung hang lagi teruk.” (Mamat tu (JIN) USHA ja aku tak puas hati)

Aku pun sapu lagi minyak kasturi tu kat hidung dia. Terus dia kelupoq & terlepas. Kami pun cepat-cepat pelekoh dia balik. Masa tengah dok pelekoh tu tiba-tiba mamat tu baca MENTERA. ”**** ** ******* *** ***** ***** ******* ****** **** ******* *** ………………”

Pak Teh : ”Hang cakap bahasa apa ni?”

Aku : ”Macam ***** ja.” (Aku pun tak hafal ***** ni, tapi aku pernah baca dalam buku ***** ******)

Mamat tu pun teruskan lagi bacaan ***** tu sampai habis.

(Oooo…. Ini ka amalan hang selama ni.)

Aku pun dengan tak herannya, terus sambung pelekoh mamat ni. Member aku pun terus lanjutkan lagi rawatan dengan semangat yang berkobar-kobar. Dalam-dalam dok pegang Mamat tu, aku selok pulak poket seluaq aku ambik Spray Aroma Terapi Rukyah yang aku buat sendiri. (Campuran Air Mawar, Zaqfaran, Pati Bunga Aromaterapi & dijampi dengan bacaan ayat-ayat Rukyah). Aku spray muka mamat tu. Sekali lagi dia kelupoq & menjerit kata BUSUUUUKK!!!!.

Pastu dia terlepas & bangkit berdiri sambil dok USHA Aku tak puas hati dengan matanya yang merah menyala. Dia ingat aku nak takut kot. Aku pun bangkit berdiri jugak kat depan dia & bersedia nak buka TOMOI.

Aku : ”Kalau hang berani mai la!. Hang ingat aku takut ka!.”

(Kalau dia terkam aku masa tu, memang dia nanti makan BUAH TOMOI PAK AWIE lah)

Pak Teh pun terus jerekah (tempik) mamat tu suruh duduk. Mamat tu pun duduk balik. Kami pun cepat-cepat terkam & pegang balik Mamat tu. Tiba-tiba terlintas dalam hati aku untuk guna kaedah ”Tarik Ilmu Salah (Batil)” yang Ustaz Syakirin (RIDAM) ajaq masa Kursus hari tu.

Aku pun sentuh dada mamat tu (dengan tangan) & bacakan Ayat Kursi diikuti dengan sepotong ayat dari surah Al-Kahfi (baca berulang kali sambil doa minta Allah tarik segala ilmu salah yang ada pada mamat tu), pastu aku buat isyarat tarik (Tarik dengan sepenuh hati & buang). Lepas habis aku tarik, mamat tu pun terus tersedar dari kerasukan JIN.

Pak Teh : ”Hang bok keluaq sat, benda apa yang hang simpan dalam poket seluaq belakang hang tu.” (Pak Teh ni jenis mata boleh X-Ray)

Mamat tu pun buka Wallet dari poket seluaq belakang dia.

Pak Teh : ”Ada benda dalam kopek duit hang tu. Bok keluaq mai tunjuk kat aku.”

Mamat tu pun buka. Ada sekeping kertas yang dilipat-lipat. Bila dibuka kertas tu, Sah memang ada tulisan ayat ***** (ditulis dalam tulisan RUMI).

Pak Teh : ”Hang ambik mana ayat ni?”.

Mamat (Pesakit) : ”Mak saya bagi, suruh buat amalan lepas sembahyang. Dah 3 tahun saya dok amal ayat ni.”

Aku : ”Abang tau dak ayat apa yang Abang dok amal tu.”

Mamat (Pesakit) : ”Tak tau. Saya baca ja setiap kali lepas sembahyang. Mula-mula amal dulu tu memang la malas, tapi lama-lama dah jadi syok pulak & tak boleh nak tinggal. Kalau saya tertinggal 1 hari, memang saya akan jadi tak tentu arah hari tu & kepala otak jadi tak berapa nak betoi. Ada saja yang tak kena hari tu.”

Aku : ”Tu la ayat *****. Ayat ni kalau nak amal kena belajaq dari Guru & kena ambik ijazah dulu, baru boleh amal. Bukan boleh amal ikut suka ja. Nanti silap hari bulan, boleh jadi GILA ISIM.”

Aku : ”Saya nasihatkan Abang, tinggalkan sajalah beramal dengan ayat ni. Abang amal ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding diri kan lagi baik. Dah confirm dapat pahala. Setiap 1 huruf dari ayat Al-Quran yang abang baca, Allah bagi 10 Pahala. Ayat yang abang dok amal ni agak-agak dapat pahala dak bila abang baca?”

Mamat (Pesakit) : (Tak kata apa.)

Aku : ”Tapi kalau abang nak amal jugak, saya nasihatkan abang belajaq dari Guru yang berkelayakan untuk mengajaq ilmu ni & ada sanad amalan dari guru-guru yang terdahulu. Satu lagi, sesetengah perkataan dalam bahasa lain (terutamanya bahasa Arab), kalau kita tulis dalam tulisan RUMI, bila orang lain baca, sebutan untuk perkataan tu dah tak sama sebab ada huruf-huruf Arab yang bila ditulis dalam tulisan rumi, sebutannya dah jadi lain. Bila sebutan tak sama, maknanya pun dah berubah. Abang reti baca Quran dak?”

Mamat (Pesakit) : ”Boleh la sikit-sikit, tapi merangkak la.”

Aku : ”Quran ni kita kena baca selalu. Lama-lama lancar la bacaannya.”

(Banyak lagi la yang aku sembang dengan Mamat tu, tapi malas dah aku nak tulis. Habis aku dok berletiaq kat mamat tu, aku pun serah balik dia kat Pak Teh untuk sambung lagi Rawatan SANTAU yang dia kena tu.)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.