Memori bersama Moyangku

Terima kasih admin FS approve cerita saya.
Kisah ini berlaku berlaku beberapa tahun yang lalu. Kisah antara aku dan arwah moyangku yang kupanggil sebagai tok wan.

Arwah moyangku berumur hampir 90 tahun dan sudah nyanyuk (pelupa). Moyangku tinggal bersama nenekku iaitu bersebelahan rumahku. Disebabkan sifat pelupanya, tok wan sering lupa apa yang telah dia lakukan dan kadangkala bertanya benda yang sama berulang-ulang. Ada jua dia lupa yang dia sudah makan tetapi memberitahu bahawa tiada orang memberinya makan. Kadangkala, tok wan sering juga menjerit tanpa sebab. Mungkin dia merasakan tiada orang menyayanginya lagi.

Suatu malam,jam menunjukkan hampir ke angka 12 tengah malam. Pintu bilikku diketuk oleh abangku. Dia menyuruh aku pergi ke rumah nenekku untuk menemani nenekku dan moyangku tidur. Dengan mata yang berpisat dan separuh terbuka aku menuruni anak tangga dan menuju ke rumah nenekku di sebelah.

Kami bertiga tidur di ruang tamu. Sewaktu aku hampir terlelap, aku terdengar goncangan yang kuat dari pintu rumah. Terus mataku terbuka luas. Memandangkan aku tidur di tengah, mula-mula aku memandang kearah nenekku. Nenekku suruh aku tidur sahaja. Aku tidak dapat lelapkan mata lalu aku memandang pula kearah moyangku.

Moyangku hilang. Terus aku bangun. Rupa-rupanya moyangku yang menggoncang pintu tadi. Kumelihat kearah pintu yang digoncang kuat itu. Kunci selak tercabut. Ya Allah! Jerit hatiku. Kuatnya moyangku.

Nenekku suruh aku tidur sahaja. Tetapi, melihat moyangku sudah keluar rumah aku juga terus meluru keluar. Aku panggilnya. “Tok wan nak pergi mana?” Dia berpaling kearahku sambil mengangis persis anak kecil.
“Tok wan nak pergi dah. Anak cucu tok wan semua tak sayang tok wan dah.”Katanya sambil menjerit kuat. Segera aku menarik tangan tok wan sambil memeluknya. “Tak… semua sayang tok wan. Jom masuk.” pujukku sambil menariknya masuk semula kedalam rumah.

Setelah aku menyelimutinya aku segera merebahkan kepalaku keatas bantal. Belum sempat aku melelapkan mata tok wan mengejutku. Dia mahu ke tandas. Aku memapahnya ke bilik air dalam bilik mak cik ku.

Bilik mak cikku kosong sahaja. Aku menunggunya dengan mata kuyu. Baru aku perasan, moyangku sudah tidak boleh berjalan. Macamana dia berjalan kearah pintu dan menggoncang pintu dengan kuatnya sedangkan sewaktu hari biasa dia hanya duduk di tempat tidurnya sambil membaca kitabnya sahaja.

Daripada manakah tenaga yang dia dapat pada malam itu? Selesai menggunakan tandas, tok wan mengensot keluar. Segera aku memapahnya keluar daripada bilik menuju ke ruang tamu. Selang sepuluh minit kemudian dia ingin ke tandas lagi. Tetapi kali ini dia berjalan dengan sendirinya. Aku hanya mengikuti dari belakang.

Hampir lima kali jugak tok wan ulang alik ke tandas. Rehat lima minit, ajakku ke tandas semula. Aku hanya menurutnya. Sampailah kali ke enam, aku ingat tok wan ingin ke tandas, tetapi dia meluru ke dapur. Sebelah dapur juga ada bilik ibu saudaraku. Bilik itu juga kosong dan sudah lama tidak digunakan. Tok wan masuk ke bilik itu. Katanya mahu tidur disitu.
Aku segera keluar lalu mengambil tilam dan bantal untuk dibawa kebilik itu. Setelah membentang tilam aku menyuruhnya tidur. Pintu bilik aku buka luas. Kami tidur menghala kearah pintu. Tiba-tiba tok wan bangun kembali. Dia memandang kearah pintu lalu dengan marahnya dia berkata “Tuh! Kenapa gelak-gelak kat depan pintu? Apalah budak-budak ni tak nak tidur lagi.

Dengan buat muka buruk macamtu. Mentang-mentang kita ni orang tua.” Marahnya. Dia mengadu kepadaku. segera aku memalingkan kepadaku ke depan pintu. Tiada seorang pun kat depan pintu. Budak-budak? Tak ada pun. Meremang bulu romaku. Segera aku beritahunya. “Tak ada orang pun kat depan tu tok wan. Dah la… jom tidur. Dah nak pukul 3 pagi dah ni.” ajakku. Aku memberanikan diri menuju kearah pintu lalu menutup pintu serapatnya.

Setelah menutup pintu, aku kembali ke sisi moyangku. Kusangkakan dia mahu tidur, tetapi dia asyik bercerita tentang kenangan masa kecilnya. Macam-macam yang diceritakan kepadaku. Aku tidak dapat menangkap sangat butir perbualannya memandangkan aku sangat-sangat mengantuk.

Aku menganggukkan juga kepala kononnya paham apa yang tok wan cerita. Sampailah dia bertanya kepadaku “sape yang panggil tu? Tangan macam melambai-lambai kat atas syiling?” ujarnya. Terus aku memandang syiling. “ohh… tu sarang sarang labah-labah” jawabku.

Sebenarnya aku sekadar ingin menyedapkan hati. Tiba-tiba aku terdengar ketukan kuat dari pintu bilik. Aku terus bukak dan melihat abangku. Dia bertanya kenapa tidak tidur lagi? Aku cakap sekejap lagi.

Lepas itu dia berlalu begitu sahaja tanpa menutup pintu. Moyangku yang melihat pintu terbuka terus melulu keluar. “eh… tok wan nak pergi mana?” tanyaku sambil mengikutnya. Katanya mahu ambil beg baju nya yang berwarna hitam.

Katanya ada kitab-kitabnya dalam tu. Aku turutkan jua. Beberapa bilik jua kami jelajah semata-mata mahu mencari begnya. Akhirnya jumpa juga. Aku melihat dia membawa sebuah beg hitam yang sarat dengan kitab-kitab. Aku membantunya mengangkat beg itu. Ya Allah, beratnya. Pelik betul aku. Macamna dia boleh bawak beg seberat itu daripada ruang tamu ke bilik sebelah dapur ni?

Setelah itu, tok wan membuka kitabnya. Aku hanya mendengar sahaja dia membaca. Kadang-kadang dia bertanya aku sebab matanya kurang Nampak. Aku membaca sekadar termampu. Tulisan jawi lama tak salah aku. Lagipun tulisannya tidak beberapa jelas. Aku hampir-hampir sahaja tertidur dan sekali lagi aku melihat tok wan sudah mengemas tempat tidurnya. Eh, dah subuh ke? Bisikku.

Aku melihat jam hampir pukul 5 pagi. Dia bangun dan bergerak ke bilik depan dekat dengan ruang tamu. Aku hanya menurutinya sambil membawa sekali tilam ke bilik depan. Alhamdulillah, akhirnya dia terlelap juga. Setengah jam kemudian azan subuh berkumandang. Tok wan ku bangun untuk mengerjakan solat subuh. Akhirnya sampai ke subuh aku tidak tidur. Segera aku bergerak ke rumahku dan setelah solat subuh aku terus tidur tak ingat dunia.

Aku menceritakan peristiwa itu kepada ibu dan nenekku. Nenekku memberitahu sebelum ini pernah juga terjadi iaitu tok wan tidak mahu tidur. Nenekku juga menceritakan satu hari, tok wan terjaga pada waktu malam dan bercakap berseorangan.

Pernah juga dia bersalam dengan ‘benda’ tu dan selalu cakap dekat ruang tamu sebelah sana terdapat seorng perempuan berambut panjang bermata merah asyik memandangnya. Tetapi semua itu aku tahu. Hanya khayalannya. Mungkin juga dia sudah tua dan sentiasa bercakap merapu. Dia sudah berada di alam lain dan tidak sama dengan kita sehingga akhir hayatnya.

Sekurang-kurangnya aku mempunyai memori bersama arwah moyangku walaupun ianya agak menyeramkanku. Kenangan ini tidak dapat aku lupakan sampai bila2. Mungkin yang tidak merasa tidak akan percaya. Aku yang menghadapi pun kadang-kadang sukar untuk mempercayai aku dapat melaluinya. Apa-apa pun, al fatihah untuk arwah moyangku. Semoga tok wan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Miss S

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.1]

9 thoughts on “Memori bersama Moyangku”

  1. arwah tok kakak opah aku pn nyayuk n pekak bile kite ckp slow tak dngar bile terkuat skit dy kate kite tengking dy. dulu..pg2 mak aku bagun bau hancing depn peti ais..rupe Nye tok ak kencing depan peti ais sbb dy ingat tandas asal bukak pintu ade lampu.setiap kali org dtg melawat dy or tnye dah mkn dy kate belom hahahahah padahal bg je mkn biase la nyayuk..

    Reply
  2. Arwah nenek masa di hujung umurnya sudah agak nyanyuk..pernah dia bercerita dengan beria memarahi ‘Berahin’ sebab membiarkan anak anaknya tak berjaga..Saya ceritakan pada Arwah MakNgah..Rupanya Berahim yang di maksudkan itu kambingnya😅..
    Tapi awak memang cucu yang baik, melayani setiap kehendak arwah walau letih dan mengantuk..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.