Memori hidup

Assalamualaikum,admin Fs dan peminat page Fs…thanks admin sbb approve citer aku..aku bru jer jgk follow page ni tp byk kisah2 seram kat sni memg best..so,aku nk share jgk kisah seram aku.
Waktu ni aku bru umur 7 tahun dan family kitorg baru jer berpindah ke satu daerah di pahang coz ayah aku polis.

Kuarters polis tmpt kami tinggal ni memang dah lama.Dengar kata pernah jadi kawasan tentera jepun menyeksa penduduk melayu.Kuarters kami berhadapan dengan rumah setinggan lama dan ada pokok yang sangat besar.Pokok ni katanya tempat tinggal cik lang dengan saudara seangkatannya.

Pernah beberapa kali cubaan nak tumbangkan pokok ni tapi tak berjaya.coz bila diorang panjat pokok ni..terus jadi hilang arah,pandangan kosong dan hilang ingatan sekejap.Ada yang jatuh dari pokok tu.Tapa nasib baik belum ada yang meninggal.Tapi aku bukan nak citer pasal pokok ni.ni kisah yang terjadi kat dalam rumah aku tu..

Waktu tu aku nak solat asar.Aku brau umur 8 tahun time ni. Aku pun bentang sejadah sebelah almari pakaian. Almari ni jenis yg ada lubang2,so boleh nmpak la barang2 yang ada kat dalam tu.rakaat 1 & 2 still kusyuk lg..Masuk jer rakaat ke 3,aku dah rasa lain mcm. Rasa macm ada yan memerhati, padahal aku sorang jer dalam blik tu. Time tu mata aku gatal nak jeling dalam almari tu..Sekali aku nmpak benda tu tengah duduk mencangkung duk perhatikan aku. Dalam hati aku dah berdebar dah. Nak solat smpai habis ke nak lari.

Aku kuatkan hati gak solat smpai habis.Aku perasan yang benda tu duk perhati jer aku. Aku pun dalam takut2 tu jeling2 gak bnd ni. Yang aku perasan benda ni macam nenek tua. Rambt putih, muka cengkung dan bengis sgt. Time aku bagi salam tu memang clear nmpak muka dia. Macam dekat sangat dengan muka aku. Tak sempat salam ke2, aku dah lari keluar..huhu… Lepas beberapa hari kemudian baru aku citer benda ni kat ayah aku. Ayah aku pun cakapla, bnda tu saje jer nak kacau. Nak sesatkan umat nabi. Aku pun iyekan jela. Sebab lepas pada tu benda tu dah tak kacau lagi dah..tp smpai skrg aku ingt rupa benda tu..

Next story,waktu aku form 2. Disebabkan sekolah menengah aku ni jauh ckit dari rumah, jadi aku decide nak duk asrama jelah sbb ayah aku pun kdg2 xsempat nak hantar aku pergi sekolah. Sekolah ni baru lagi dibuka jadi time tu xde lagi bas sekolah yang lalu kawasn sekolah tu..  Masa form 1 pun aku tumpang jiran jer sebelum jiran ni berpindah..Sekolah ni atas bukit,asrama pun baru buka. Aku ngan geng2 aku antara 1st bacth y rasmikan asrama tu..hihi..Xramai student lg la dlm asrama tu..peraturan pun longgar lg..

Bila dah ada geng ni memang lupa diri la cikitkan..duk buat perangai yang xsemegah mane ni..Solat pun main2..Malam2 jer aku xpernah tdur dalam dorm aku..Aku terus stay dorm kawan aku..Dua org kawan aku dapat sama dorm..Katil pulak sebelah2 jer..Katil kawan aku ni menghadap tingkap dan balkoni..So boleh nampak la tingkat atas..Kitorang duduk tingkat 2..Semuanya ada 3 tingkat..

Satu malam tu,kitorang baru lepas exam..Rasa free la konon2nya, xpayah study..kitorang pun rapatkan katil,siap ada jajan sgala bagai..Duk bercerita,bergelak ketawa sampai xfikir dah budak2 lain yg sebilik ngn kami..Tgh gelak2 tu,akak senior tegur suruh diam cikit..So,kitorang pun diam la dan pura2 tidur..Xsmpai 15 minit, kitorang start bising blik. Xsure time tu pukul berapa..Dalam duk gelak2 sakan tu..Disebabkan aku duduk menghadap tigkap, aku perasan macam ada something kat tingkat 3.. So,aku perhatilah. Xlama lepas tu terus benda ni muncul sambil senyum2 pandang aku..Then hilang..aku terkejut dan suruh kawan2 aku diam..Aku pandang lagi ke atas dan nampak benda tu melintas sambil pandang aku. Aku apa lg terus suruh kawan2 aku tidur..

Gangguan xberakhir kat stu jer,xlama aku tidur tu. Aku terjaga sebab rasa macam ada ssuatu kat bawah kaki aku..Rasa sejuk. Aku pandang bawah dan terus aku peluk kawan aku bila aku nampk benda tu betul2 bawah aku tengah perhatikan aku sambil tersenyum sinis. Xtahu la aku berapa lama dia ada kat bawah tu coz aku memg xberani nak pandang..Kawan aku sedar aku peluk dia..Dia tanya kenapa,…Aku bisik kat dia pasal benda tu..Terus dia diam..Selang beberapa minit kawan aku yang sorang lagi ni pulak sedar bila dia dengar katil dia berbunyi macam ada something tengah putarkan skru katil tu..Aku dah xmampu nak bersuara..Takut sangat dah time tu..Xlama benda tu gegarkan katil kawan aku..Kitorang apa lagi terus tarik selimut dan cuba tidur..Esoknya, masing2 dah xberani dah nak tidur lewat lg..Xde dah nak bergalak2 time malam..huhu..Actually bend yang aku nampak ni pkai baju putih mcm bertudung tp muka dia nauzubillah min zalik..Aku xblh nk citer..serammmmmm..

Waktu aku 20 thun,aku lanjutkan pngajian kat sbuah ipta..belah utara..hostel aku dudk ni antara hostel y plg lama kat ctu..mcm rumh setinggan ye jgk..bgnn hostel ni ada bbrp portion..aku dudk di portion b..bilik tgh2..tgkp hadap hutan..huhu..mlm2 sejuk..tenang jer..tp biasalah p la mne2 hostel pun mst ada kisah mistiknya. Macam tu lah jugak kat hostel aku ni..Macam2 kisah tapi aku buat xpeduli jelah lagipun dudak jauh ngan family..Pandai2 la bawak diri..Aku time ni memang jenis yang agak berani jugkla..kadang2 pukul 3 or 4 pg aku boleh keluar sorang2 p tandas..Sebab aku dapat roomate pun jenis yang kuat semangat jugak..So, macam dah berjangkitlah..Hehe..

Tapi langit xselalaunya cerah. Mujur la dahla sem waktu ni. Biasanya klu dah dekat nak exam akan ada la study week. So,student semua akan amik peluang untuk blaik kg..Tp sebab sem last aku malas la nak balik kg.. Tggal la aku sorang2 dalam bilik tu coz roomate aku balik kg. Memg sunyi la hostel time tu sebab ramai student yang balik. Malam ke3 aku tidur sorg2, aku decide nak berjaga sampai pukul 3 pagi sebab nak study sambil2 layan citer running man.. Tengah aku ralik siapkan nota tiba2 jer bunyi pintu tandas tertutup..Sangat2 kuat..Pintu tands ni memang xpernah tutup pun..Sentiasa terbuka..Xlama lepas tu bunyi angin..Kuat. Memang kuat macm ribut pun ada.

Bila dah dengar bunyi angin tu, so aku fikir pintu tandas tertutup sebab angin jelah..Aku sambug balik buat nota.. Xlama kemudian bnyi lagi maybe aras lain.. Macam bersambung2.. Dari aras bawah naik ke atas..aku duduk aras 2..Time tu dah mula rasa xsedap hati. Aku pun perlahan2 tutup buku, simpan alat tulis, tutup laptop. Aku biasa tidur tutup lampu tapi malam tu aku buka lampu meja nak bagi cerah cikit..Aku naik ke katil, tarik selimut, baca doa n surah2 lazim sebabnya aku dah rasa xsedp hati sangat2 dah..Lagi2 bila dengar bunyi angin yang mengila, pintu xhenti2 berdentum(kna tolak angin)..

Paling aku risau kalau angin tu tolak pntu blik aku. Dahla aku sorang2. Bilik aku pulak dibahagian tengah sebelah tangga…Aku dah berdebar2..Ambik bantal tutup muka..Aku sempat jeling jam kat laptop waktu aku tengah kemas2 tu..Time tu dah pkul 2.30 pagi ..Xlama kemdian aku tertidur, tapi sekejap jer tapi tersedar balik coz dengar bunyi something. Aku pasang telinga jer..Waktu tu bunyi angin dah slow ckit, xde dah bnyi dentuman pintu.Aku teliti bnyi yang aku dgr. Bunyi nya mcm pokok yang ditebang dalam proses nk jatuh(rsanya korg blh imagine bnyi tu) dan xlama kemudian memang sah ada pokok yang tumbang coz bunyi pokok tu jatuh sangat kuat..Macam betul2 kat belakang bilik aku ni jer.. Terdetik dalam hati aku mesti pokok besar yan tumbang tu.. Xlam lepas pokok tu tumbang bunyi angin mkin kuat blik diikuti dgn bnyi dentuman pintu.. “dh start blik dh”..Aku pksa gak diri aku utk tdo..last2 lena jgk..

Keesokkannya,dalam group fb hostel ni terkeluarla citer sal pokok tumbg ni..Aku bangun subuh tu, aku intai2 jgk kat tingkap bilik nak tengok betul ke ada pokok yang tumbang sebab dengar macam dekat sangat dengan bilik aku tapi aku tengok xde apa2 kesan pun..Kalau korang nak thu rupanya satu bagunan ni dengar bunyi pokok tumbang tu dan lagi serammm rupanya lepas jer dorg dengar pokok tumbang, tiba2 jer ada suara kak ponti mengilai2 luar bilik..

Allahuakbar,alhamdulillah aku xdengar part kak ponti ni mengilai..Kalau x, xtahula mana aku nak lari..Dua org kawn aku kena..Waktu tu diorg sorang2 gak dalam bilik..Kawan si Z ni pun xtdo lagi..Dia dengar bunyi kak ponti ni betul2 kat luar tgkap blik dia..Berlari dia naik katil..Bila dia baca ayat kursi, benda tu stop..tapi bila dia stop baca ayat kursi, kak ponti ni sambung mengilai blaik..Smpai la dia kol roomate dia suh balik bilik diorang..Nasib baik roomate dia ni berani..Gangguan kak ponti ni berlarutan smpai la azan subuh..huhu..Hostel lelaki pun kna kacau jugak tau. Dgr2 citer pokok yang tumbang tu rumah kak ponti ni, dia mengamuk sebab rumah dia musnah..Betul ke x, aku pun xtahu la..wallahualam..Mugkin ada kebarangkalian kan..korang plak rasa mcm mne?

Itu jelah citer aku buat masa ni..harap2 suka lah membaca nyer..ingat nnt aku nak smbg lg..y ni waktu aku dah kerja..pnjg sgt dh aku menaip..brp kali asyik hilg jer..kna taip blik..huhu..jenuh..apa pun thanks admin sbb bg ruang kongsi kisah2 seram ni..k,bye

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

5 comments

  1. aku bc smpi die tulis umur 8tahun die solat nmpk hntu dlm almari.budak klo umur mcm tu xde nk solat lg trus lari.pk logik la gampang pnye org nk menipu je..aku xbc lgsg dh tau tipu.

    lg skali ko pon cite tipu.aku banned ko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *