Mengenali Hantu

Assalamualaikum w.b.t,sekadar ingin berkongsi.saya lihat ramai yang menyukai fiksyen syasha niew ada beberapa dari nya pengalaman sendiri ada dari kalangan saudara mara dan ada dari pengalaman sahabat sahabat.

Semoga setiap penceritaan itu mampu membawa perubahan kepada setiap pembaca nya supaya lebih beriman kepada perkara yang ghaib ( Allah,Malaikat,Syurga & Neraka dan hari Akhirat dan sbgainya )

tetapi saya ingin cuba mengubah persepsi orang melayu terutamanya yang terlampau takut pada HANTU . Kenali apa itu hantu,apa kejadiannya apa usulnya apa tujuannya.Insha Allah mungkin itu dapat membantu pembaca mengurangkan atau menghilangkan perasaan takut pada hantu.

Saya cuba bercerita sedikit secara tak langsung mengenai hantu hantu tu, kalau korang perasan mengapa hantu hantu itu tidak sama.mengapa hantu di Malaysia lain,di Indonesia lain,di china lain di Negara negara barat lain. Ada yang memanggil pocong,hantu raya,penanggal ,vampire,pontianak dan sebagainya.

Asal usul hantu itu adalah JIN,hantu yang sebenarnya adalah JIN. Jadi untuk mengenali hantu itu kenali lah apa itu jin. JIN itu sama seperti manusia iatu dari golongan Mukallaf ( iatu golongan yang mempunyai dosa dan pahala dan mempunyai hitungan bagi setiap  amalan di akhirat kelak ).Jin itu tercipta dari api  manakala manusia pula daripada tanah. Ada dalil dalilnya. Bole rujuk pada Al Quran dan hadis.

Bagi yang tidak mempercayai tentang kewujudan jin boleh rujuk pada Al quran kerana ada satu surah di dalam Al Quran dinamakan surah Al-Jinn dan kalau boleh baca tafsirnya sekali. Itulah dalil tentang kewujudan jin dan ada beberapa hadis sahih yang turut menceritakan tentang kewujudan jin ( pembaca boleh cari sendiri hadis2 ).

Jadi hantu dan jin itu adalah Sama,hatta iblis itu sendiri adalah dari kalangan jin.Nama sebenar iblis adalah Azazil sebelum ditukar kepada Iblis setelah enggan menurut perintah Allah supaya tunduk kepada Nabi Adam. Golongan jin ini pelbagai jenis dan pelbagai bentuk dan BOLEH BERUPA.

saya perasan ramai dari kalangan kita cuba mencari hantu atau entiti entiti ghaib ini.Diharap tujuan tujuan itu atas niat yang baik dan mampu meningkatkan keimanan dan bukan pula memesongkan akidah seseorang itu dengan berlakunya syirik. Jikalau boleh tidak perlu mencari perkara yang tidak perlu. Kerana jin itu jugak terdiri daripada iblis dan syaitan yang penuh dengan tipu daya. Kerana itu lah yang diminta iblis semasa perjanjian dengan Allah.Antara permintaannya ialah hidup sehingga kiamat dan menyesatkan umat manusia.

Bagi individu individu yang pernah berhadapan dengan gangguan gangguan jin tu sehingga menganggu urusan seharian, cubalah berikhtiar untuk mengubati diri samaada mengubati sendiri atau berjumpa dengan orang yang mahir dan jangan tersilap memilih orang yang mengubati kalau boleh carilah yang  menggunakan ayat ayat Al Quran. Dan ber SABAR lah dalam menghadapi ujian hidup.  Kedudukan sabar itu tinggi disisi Allah.didalam Al quran menyebutkan sifat sabar lebih dari tujuh puluh tempat di antaranya surah Al -Anfal ayat 46 bermaksud “hendaklah kamu bersabar,sesungguhnya Allah itu bersama orang orang yang sabar “.

Penulis sendiri ada beberapa pengalaman berinteraksi dengan beberapa jin hatta jin Islam mahupun jin kafir. Ada dikalangan mereka berniat baik dan ada jugak berniat sebaliknya. Bagi sesiapa yang mencari entiti entiti tu tanpa tujuan bahkan ada yang meminta berjumpa dengan hantu atau jin,penulis merasakan perkara itu sangat tidak sesuai.Biarlah mereka dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita.Kenali diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum mengenali dari kalangan mereka.sesungguhnya rahsia mengenali diri sendiri lebih besar dari mengenali jin.
Antara satu pesanan yang penulis pernah dapat bila berinteraksi dengan salah satu jin Islam.

“Menangislah diatas dunia,jangan menangis di alam kubur.kerana orang yang tidak dapat menitiskan air mata kerana Allah tanda hati keras”

Semoga sedikit perkongsian ini mampu menambah ilmu pengetahuan buat pembaca pembacanya.Assalamualaikum w.b.t…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Mengenali Hantu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.