Mental Tak Stabil

Thanks FS sebab sudi post cerita aku ni.Cerita aku takde la seram sangat kalau korang tak pernah rasa. Hope enjoy baca ye. Okay cerita dia bermula masa aku baru start naik sekolah menengah.Kiranya form1 la kan.Kena pulak duduk asrama.Time ni takde la kawan ramai sangat boleh bilang dengan jari je.Macam biasa solat mesti brjemaah kat surau.

Satu hari aku dengan kawan aku,Ayu ni ‘cuti’. Asrama kitaorg kalau pelajar yg cuti boleh balik ke bilik time org lain solat isyak. Nak jadikan cerita aku dgn Ayu pon balik ke bilik.Time tu hanya kitaorg brdua saja yg ada kat blok B (ada 2 blok je) then aku bagi tau la kawan aku yg aku nak pergi tandas.Aku pulak jenis yg tak reti nak ajak org teman.Aku masuk la tandas aras bawah yg terletak di hujung blok,sebelahnya pulak ada ampaian dan kawasan tu gelap sikit.Time tu aku tak terfikir apa-apa pon just buat kerja aku.

Sebelum aku keluar tu aku tarik la yg flush jamban tp belum sempat aku buka pintu aku dengar mcm ada suara org menjerit betul-betul tepi telinga aku. Nyaring plak tu. terkejut jugak la aku tapi aku try la buat muka slambe badak padahal jantung aku tunggu nak jalan ja ni. Sebab org ckap klu kena ‘cakcak’ mcm tu cuba kawal emosi tu dlu. Means bg stabil lah tak rasa takut sgt dgn tak terlebih brani sgt. Senang ckp buat2 bodoh je depan si dia tu. Pastu ak kluar xpndang kiri kanan dah terus laju je msuk bilik. Sambil2 tu smpat lg aku doa jgn bg ada bnda ikut aku wlaupun msa tu aku pun tak pasti tntang jeritan tu. Sampai je depan Ayu aku terus tanya dia dengar ke tidak bunyi org menjerit. Terus dia geleng dgn muka yg sah2 dy mmg tak dengar pape.Aku terus senyap. Aku pujuk diri aku yg tadi aku dgr tu cuma khayalan aku je. Pujukan berhasil. Hehe. Aku tak fikir apa dah lpas tu.

Malangnya, sejak kes aku ‘terdengar’ tu, aku mula dpt tahu ada mcm2 cerita drpd beberapa plajar yg kononnya diaorg terjumpa dan terdengar benda2 tak sepatutnya. Mentalku kembali koyak. 99.9% suara hatiku menyatakan apa yg aku dengar malam tu mcm iye je. Jemmm! Aku dengar je crita diaorg satu persatu. Sampai la aku alaminya sendiri.Time ni aku pergi tandas yg sama jugak.Tengah khusyuk mlepaskan hajat,aku terperasan ada satu bayang melintas atas kepala tapi utk sedapkn hati aku anggap la mcm ada kumbang ke lipas ke terbang.Tengah cuba blagak cool tu tetiba je tengkuk aku rasa meremang semacam.Rasa seram sejuk je then sebelah kanan aku tu aku perasan ada satu juntaian rambut yg kusut masai mcm cerita kak limah tu tersidai kat belakang aku ni haa.

Nak fikirkn balik rambut aku ni paras bahu je.Sekali aku pusing ni haa ambik kau,rupa dia segak nak mampoihh kata org kedah dgn rambutnya yg beruban kusut masai, muka yg mcm lecur brulat tu sambil mata dia dok main eye contact dgn aku. Matilanak!! Terus aku pusing depan. Perasaan aku time tu tak payah ckp la,dengan air paip tak tahu aku tutup ke tidak. Rasa nak keluar cepat2 je. Tangan terketar2 buka selak kunci pintu tu rasa mcm slow motion weh. Tunggu tak terajang je pintu tu sbab nak kluar cpat2. Yg pasti aku lari tak ingat dunia dah masuk bilik.Hahaha kalau ingat balik muka aku time tu memang tak boleh blah.Tp alhamdulillah la tak jd apa-apa pon.Tapi aku dapat satu pengajaran la kalau nak pergi tandas tu ajaklah peneman terutamanya perempuan sbb gegel ni byk yg. lemah semangat (aku la tuu).

Sejak aku bersua muka dgn si dia tu, aku trserempak juga bbrapa kali dgn kelibat2 yg xbrapa nak lawa sgt. Tapi just pandang skali imbas je. Dah tak berani nak tatap wajah dia.Gila ka nk tgk betoi2. Tp kalau aku rsa takut sgt aku akan bgitau kt kwn sbelah aku. Biar dy rasa takut skali dgn aku. Baru namanya kwn susah senang. Hihi.

Ok, next story ni masa aku nak balik dr prep waktu ptg. Dlm 6.30 camtu. Pelajar lain ramai dah balik asrama tinggal bbrapa org je yg nak balik asrama jugak time tu. Aku kena lalu blok form 1 utk balik ke asrama. Kelas aku yg paling hujung skali.masa tu tgh pemes dgn prmainan susun2 cup tu. Ramai la budak2 yg rajin main bnda tu dlm kelas. Masa aku tengah jalan tu aku terdengar bunyi org main cup tu. Yelah dah ptg kot jadi suasana sunyi je. Mmg kalau org jalan pn akan dengar bunyi tapak kasut. Jadi mati2 aku ingat ada kgkwn aku yg blum balik asrama dan diaorg tgh main susun cup tu. Aku pun terlajak ‘lurus’ p intai2 kot tingkap kelas yg aku sangka ada kwn aku tu. Gangggg! Lagi sikit rahang aku nak terjatuh dekat situ. Weh ada budak lebih kurang darjah 1 tgh syok je main susun2 cup tu. Mcm budak normal je kalau tgk tp muka dy pucat sgt dan mata dy warna merah! Aku pandang banyak kali tp yg last tu terus budak tu hilang. Apa lagi, terus buat pecutan balik ke asrama, ni usain bolt tgk pun bleh tabik hormat.

Tapi aku tak crita kat sape2 sampailah satu hari tu ada ustaz sek aku ni buka crita psl budak kecik dgn mak dy tinggal kt pokok mempelam sebelah blok Form 1. Ada la bbrapa siri bercakap antara ustaz dengan ‘budak’ tu. Tp yg aku ingat ustaz tu ada ckp yg mak budak tu dah tak de kat kwasan tu sebab xsilap kena panah petir kot. Mungkin juga mak dy dah pndah ke tmpat lain sbab pokok yg dy tinggal tu dah hangus. Mungkin la. Harap2 ustaz aku tu tak klentong la. Tp yg pasti budak tu mmg ada je kat situ sbab bukan ak sorg je yg pnah nampak dy.

Mcm2 pengalaman jgak aku penah rasa masa tinggal dekat asrama. Satu bnda yg plg aku blajar drpd apa yg tlah aku tempuhi ni ialah soal kebersihan diri dan amal ibadat kita. Nak pula dok asrama ramai2 lagi lah kebersihan tu kena jaga betul2. Benda2 tak baik ni slalunya akan bertenggek dgn org yg slalu abaikan kbersihan diri. Lagi satu,jgn lupa Tuhan. Apa pun yg kita buat dan berlaku, letakkan agama di hadapan. Perasan tak gangguan2 mcm ni seolah2 nak kita jauh daripada rasa takut kpd yg selayak-layakNya. Apa pun maaf kalau ada yg terkasar bahasa or isi pnceritaan tak sampai kpd anda. Harap part last tu bleh bg sdikit peringatan scara bersama. Salam.

-missA-

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *