Menyeru Pocong

Hai. Aku memang suka follow post FS ni. Bagi aku page ni menarik even ada jugak cerita dia yang tak masuk akal dan susah nak percaya selagi tak berada kat tempat dia. Semua orang ada kisah seram tersendiri dan macam tu jugak aku.

Sebenarnya banyak kisah aku alami dari kecil tapi kisah ni antara yang paling melekat dalam otak lah.
Orang tua tua kata, nak buat sesuatu kena fikir dulu, kang dah jadi baru menyesal. Hm macam kena je dengan kisahaku ni huhu.

Nak dijadikan cerita, aku menuntut di salah satu IPTA di melaka dan tinggal di hostel. Blok hostel aku pulak belakangnya hutan kelapa sawit. Memang agak scary bila malam malam dan banyak kisah di sebalik kelapa sawit tu tapi harini aku taknak cerita pasal kelapa sawit atau kelapa dara atau sebarang jenis kelapa. Aku nak cerita tentang si “gula gula”.

Ala yang berbungkus ikat atas kepala macam sup bunjut tu.
Kisahnya macam ni, masa tahun kedua aku di IPTA, aku terpilih menyertai tarian untuk persembahan blok. Jadi kami pilih untuk berzapin. Jadi setiap malam gigih lah kami berkampung di lobi blok dan menari hampir pukul 3 pagi.

Masa tu mata memang bila bangun tidur dah tak boleh beza mana satu panda mana satu aku. Sama sama lebam. Tapi sebab nak menang punya pasal aku gigihkan diri turun berlatih. Tepat jam 11 malam je dah terpacak kat lobi blok.

satu hari, aku tiba awal dari biasa. Disebabkan nak tunggu ketua tarian, aku pun duduk melepak kat lobi dengan kawan aku. Dan aku curi curi tengok hutan sawit tu. Kawan aku tegur dah jangan tengok, nanti nampak yang bukan bukan.

Tapi aku degil jugak nak tengok. Entah kenapa malam tu jadi berani sangat. Siap seru dalam hati memanggil benda tu datang. Seru punya seru, dalam seminit aku dah nampak sesuatu kat salah satu pokok. Jarak dengan aku tak jauh pun, dalam 80 meter, dan aku bukan spesies rabun walaupun tak suka makan sayur jadi aku boleh nampak dengan jelas apa benda yang ada dekat pokok tu.
Tinggi, mata tajam merenung aku.

Ya! Cik pocong sedang bermain mata dengan saya. Yang peliknya aku pun steady renung dia balik. Muka dia hitam, nampak mata je tapi tak ingat warna apa, sama ada merah atau kuning. Kain dia bukan warna putih bersih yang macam pocong dalam movie tu, kain dia warna coklat lusuh, macam dah lama diperap dengan tanah kubur. Buruk dan nampak lama. Tinggi jugak tapi aku tak boleh anggarkn tinggi dia berapa kaki. Sampai satu tahap aku rasa macam meremang, macam darah aku kering, rasa tersentak dan kawan aku tanya, kau nampak apa?

Aku diamkan aje. Aku cuma bagi isyarat yang aku nampak sesuatu. Esoknya baru aku cerita hal sebenar. Padan muka aku, nak sangat tengok kan. Hambik free show depan depan ahaha. Mujur malam tu tak diganggu. Tapi muka pocong tu sampai sekarang aku ingat.Harap tu bukan petanda jodoh.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *