Menyerupai

Assalamulaikum Fs nama aku Lam. Terima kasih kepada admin sebab sudi kongsi kisah aku yang masih menjadi tanda tanya dalam diri aku ini. Cerita ni tak la berapa scary. Tapi cukup mengingatkan aku bahawa kita bukan bersendirian .

Aku baru saja follow page ni . Dan aku tertarik membaca semua kisah2 yang diceritakan kat dalam ni .
So aku pun teringin nak kongsi satu kisah yg penah terjadi dekat diri aku sendiri .

Aku dilahirkan normal sama macam manusia lain malahan takdak lansung kebolehan sixsense macam orang yang terpilih .

Cerita dia masa tahun 2014 masa tu umur aku 20 tahun . Aku ni selalu la balik lewat malam. Kekadang sebab kerja or kekadang sebab lepak.

Masa aku balik lewat malam tu. Keadaan kat flet aku gelap. Mungkin ada masalah mentenen kot tapi xpa la. Dah siap parking moto. Jalan la nak p kat lif. Tengah dok tunggu lif. Adik perempuan aku Ana dia pun balik kerja jugak. So tunggu la kami dua beradik depan lif nak naik atas .

Lif flet ni memag selalu rosak. So masa malam tu 1 lif ja la boleh guna .

Aku pun tnya la kat adik aku .

“Lewat hang balik.”

Dia cakap nak kena kemas2 file tu yang lewat sikit. Pastu lif sampai aku pun masuk la. Adik aku Ana dia follow belakang aku masuk lif sekali. Aku pun masa kat dalam lif memang berdiri dekat dengan butang2 lif tu la. Memang aku perasasan lah sikilas aku kalih nak tekan butang tingkat 6 adik aku masuk sekali dalam lif. Tapi dia dok kat belakang aku. Aku xkalih pon tgok dia. Kami senyap ja la x sembang apa pun masa dalam lif .

Dah sampai tingkat umah aku. Aku kluaq dlu la sebab aku dok depan kan. Umah aku kalau lepas kluaq lif kena belok ke kiri. Tapi masa aku belok ke kiri, aku kalih belakang tegok adik aku, Ana ni belok ke kanan. Aku pon memang geram la kan. Dah nak sampai umah boleh plk hang belok p belah sana..

Aku pun pangil adik aku sampai nak pecah anak tekak.

“Woi Ana!!  Woii…. Hang nak p mana tu sambil aku follow dia”.

Tapi dia lansung x kalih dia jalan buat dek je. Nampak dia jalan macam pelan. Tapi aku lari2 anak tetap xdapat nak ligan dia. Dah tu bila sampai ke hujung koridor kena belok kanan lagi sekali. Hah.. masa belok kanan lagi sekali tu ,terus aku xnampak adik.

Aku pun pusing2 la cari. Sampai kat bilik kabel denngan bilik paip air dekat dengan tangga, aku dengar bunyi macam orang ketuk2 pintu bilik kabel tu beberapa kali.

Aku agak adik aku sembunyi dari aku kat dalam tu. Maybe dia nak jmpa sapa2 la tu.

Aku p kat pintu bilik kabel tu Aku nak rentap buka ..

Gedenganggg. Pintu tersekat tarik xboleh. Aku suluh lampu hanset tengok ada mangga kat pintu tu. Mana mungkin adik aku masuk dalam ni kan. Aku dah mula rasa sikit pelik campoq seram.

Aku ambik keputusan nak balik rumah ja. So sampai aku kat umah. Aku cerita kat mak aku yang Ana p block C bila pangil x menyahut. Mak aku marah aku balik dia cakap” hang gila ka apa. Adik hang ada dalam bilik tu. Dia baru ja sampai kat umah. Dah tu tadi hang menjerit pangil sapa kat luaq. Terkejut mak dalam umah. Bila mak keluaq umah tgok hang p block C. Dok menjerit. Mak pun pelik la..

Aku pangil adik aku. Aku tanya dia. Tadi aku dok tunggu lif dengan hang kan. Lepas tu hang ikut masuk sekali dengan aku kan ..

Adik aku cakap memang dia tunggu lif dengan aku
Tapi masa lif sampai, dia x ikut naik pon. Dia teringat sweater dia tertinggai dalam raga. And masa tu dia cakap aku naik lif sorang2 ja. Xdak sapa pun naik dengan aku..

Aduh nak gugur jantung aku bila terkena macam tu. Aku jadi keliru dengan benda ni semua. Memang sah tu adik aku. Cara jalan. Bentuk badan. Pakaian. Semua sebijik macam adik aku. Tapi benda apa yang naik lif dengan aku sekali .

Maaflah kalau kisah ni panjang sangat. Harap korang dapat imagine macam mana keadaan aku masa tu. Maaf sekali lagi kalau x seram. Tapi benda ni cukup lah membuatkan aku x tidur semalaman…
Sekiann~

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

3 thoughts on “Menyerupai”

  1. Aku banyak kali dengar/baca pasal menyerupai nie
    Mintak jauh la
    Taknak aku
    Takut
    Hahahahahaha…..

    Best citer ko nie
    Share lagi apa yg ada eh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.