“Merahnya mata dia, panjangnya gigi dia”

Ingatkan Kawan Baru Si Ayen
#Jaroh
Assalamualaikum semua aku baru je mula baca Fiksyen Shasha ni,tapi hati aku rasa nak jugak lah kongsi cerita aku ni dan berharap sangat lah kalau admin post cerita ni.Ni pun dah kali kedua hantar. Ceritanya pasal rumah sewa yang adik aku duduk.

Nama aku Jaroh dan adik aku orang panggil dia Mia.Aku dengan Mia ni dah berkeluarga.Sewa rumah dalam taman yang sama cuma berselang sebuah rumah je antara rumah kita orang.Mak ayah pun duduk dekat je tapi dalam kawasan kampung.

Adik aku ni memang jenis penakut gilalah. Suami aku dengan suami Mia masing-masing kerja jauh.Suami aku kerja dekat Terengganu dan suami Mia kerja dekat Melaka.Aku ada anak lelaki sorang umur dalam 1 tahun (Fizi) dan Mia ada 2 orang anak sepasang umur 1 tahun (Fika) dengan 3 tahun (Ayen).

Aku memang duduk berdua je dengan anak aku dekat rumah tu, setiap malam pun tidur berdua je.Aku ni jenis perangai 50-50 antara takut dengan berani sama banyak.Lain pulak dengan Mia ni jangan harap dia nk tidur rumah dia bertiga dengan anak dia, si Mia ni akan ajak adik bongsu atau mak aku setiap malam untuk tido rumah dia kecuali bila suami dia ada balik cuti.

Suami dia aku namakan Ejo.Rumah sewa Mia ni siap renovated bilik jadi empat,dapur dah sambung ke belakang siap ada kabinet tapi sewanya lagi murah pada rumah aku yang kosong tak ada apa.Mula-mula duduk rumah tu tak ada apa yang ganggu cuma Mia ni pelik anak dia yang umur tiga tahun iaitu Ayen suka sangat pergi main dekat bilik yang ketiga. Bilik tu ada katil bujang dengan tv untuk main game dengan barang-barang mainan si Ayen ni.

Kalau nak ke dapur memang kena lalu tepi bilik ketiga tu dulu sebab rumah ni jenis memanjang. Suatu hari masa dekat rumah tu Ayen pergi main dalam bilik tu, puas Mia panggil suruh Ayen main kat ruang tamu tapi Ayen cakap “kawan Ayen tak nak,kawan Ayen nak main dalam bilik je”. Mia pun mesej lah aku suruh datang rumah dia.Tak sampai 10 langkah pun rumah aku ngan Mia ni.Bile aku sampai tengok muka Mia dah lain macam padahal tengahari buta masa tu tak kan nampak hantu kot.Mia pun ceritalah lah apa yang anak dia cakap tu, boleh pulak dia mintak aku pergi tengok Ayen lepas tu ajak Ayen keluar jangan main dalam bilik tu lagi.

Aku pun perlahan melangkah pergi mengintai tepi pintu kot dia ada bercakap sorang-sorang ke tapi lama aku tunggu tengok Ayen main sorang2 je tak da pun gaya macam ada berteman.Aku pun masuk bilik tu cakap “Ayen jom main kat luar Che Long (aku) bawak Fiji mari”.Si Ayen ni memang dia suka sangat main ngan Fiji berbanding adik sendiri padahal Fiji dengan Fika ni sebaya, mungkin sama-sama lelaki kot.

Bila dia keluar aku dengan Mia pun soal siasat lah.”Ayen main apa dalam bilik tu”, tanye Mia, Ayen cakap dia main ngan kawan dia lah,kata Ayen kawan dia sama besar dengan dia tapi kepala botak tak ada rambut.

Mia pun mesej mak saudara (Mak Lang) kitaorang suruh tanya kawan dia yang boleh nampak benda mistik macam ni dengan buat solat hajat.Malam tu Mak Lang telefon cakap ‘kawan’ Ayen tu satu keluarga ada mak ngan ayah.  Memang rumah benda tu dalam bilik tu.

Kawan Mak Lang cakap Ayen ni jenis budak berani dia boleh nampak semua perkara mistik ni sebab Ayen tak tahu pasal hantu-hantu ni fikiran Ayen ni suci lagi tapi lama-lama menda ni akan hilang dengan sendiri.Lagi lah bertambah takut si Mia bile tahu ada penghuni lain dalam rumah tu.Mia pesan dekat Ayen jangan main lagi dalam bilik tu dan jangan nak kawan lagi sebab kawan Ayen tu jahat.

Sebenarnye dulu mase aku mengandung aku memang selalu pergi tido rumah Mia sebab mak aku tak bagi aku tido sorang kat rumah aku.Kan suami aku tak ada jadi risau lah takut jadi apa-apa sebab dah sarat jugak mase tu.

Pernah lah aku tumpang solat dalam bilik ketiga tu, macam tak khusyuk jugak lah solat sebab rasa macam ada orang je tengah tengok dan satu perangai buruk aku selagi aku tak pandang atau tak pergi periksa ape2 je bunyi yang aku dengar selagi tu aku akan ada rase takut dan tak tenteram.

Mase tengah solat tu tiba-tiba mari rase nak muntah, siap bagi salam tak sempat doa bangun tengok keliling tapi tak da apa pun. Aku ni ada dua orang adik lelaki yang memang hantu main game diorang memang selalu datang main game kat rumah Mia ni kadang sampai kul 3,4 pagi tak tido dok bantai main game, lepas dapat tau pasal Ayen ada kawan baru diorang cakap kadang tengah main game rase macam ramai sangat dalam bilik tu.Lepas pada masing-masing dah tau tak berani dah nak pegi main game lagi.

“Benda” tu pukul Ayen…

Lepas seminggu Mia tak bagi Ayen main dalam bilik tu tiba-tiba satu hari tu Ayen cakap dekat Mia, “Mama kawan Ayen marah Ayen sebab Ayen cakap mama tak bagi Ayen kawan dengan dia lagi, kawan Ayen pukul Ayen macam ni” sambil dia tunjuk cara kawan dia tu pukul dia.Mia tanye Ayen sakit tak kawan dia pukul, Ayen cakap tak sakit tapi muke dia tiba-tiba jadi buruk ada ulat.

Apalagi Mia capai kunci rumah dukung Fika ajak Ayen lepak rumah aku, mase tu nk magrib,Mia cakap nak tumpang sekejap sementara Ejo sampai, kebetulan suami Mia dapat cuti satu minggu.Sementara tunggu Ejo sampai Ayen ni dok main ngan Fizi.

Rumah aku ni belum renovated lagi cume ada 3 bilik kire nye boleh nampak lah dapur kalau intai dari ruang tamu, budak-budak ni pergi ke dapur dekat ngan bilik belakang, bilik tu aku buat stor je.

Dalam 10 minit tu Ayen datang kat aku cakap “Che Long ada beruk besar tengah bergayut dekat tingkap dapur” spontan terus aku pandang tingkap tu tapi tak ada ape pun.Aku pun cakap lah “mane ada apa-apa pun pandai-pandai je Ayen ni” sebenar nya nak sedap kan hati sendiri. “Ada Che Long, tu tengah tengok kite, merahnya mata dia, panjang nya gigi dia”.

Eh Ayen ni boleh pulak cakap gitu.Anak aku pun pandang siap sengeh-sengeh pulak.Fika tiba-tiba menangis macam takut peluk mamanye. Kalau tengok muke Mia dah pucat lesi toreh tak berdarah rasenya.Aku tak nak lah tunjuk aku takut jugak kan haru biru.Aku cakap dah lah tak payah main sana kite tengok tv.

Mia Bergaduh dengan Suami

Dalam pukul 10 lebih gitu Ejo sampai dari Melaka dan Mia pun beransur balik rumah dia.Keesokan hari nye aku dengar bunyi bising dari rumah aku, dengar Mia bergaduh dengan Ejo, lantak lah hal laki bini malas campur.Tengahari aku gerak pergi rumah mak aku,sampai sane tengok Mia dah ada dengan anak-anak dia.

Dia tanya aku kerete Ejo ada tak dekat rumah, memang ada lah masa aku nak keluar tadi,dia cakap dia bergaduh ngan Ejo tapi macam pelik je macam bukan Ejo je kata Mia.Mia cakap dia rase takut tu dia lari balik rumah mak.

Tak lame Ejo sampai tengok elok je tak macam orang gaduh pun gayenya.Lepas magrib aku dengan Mia gerak balik rumah masing-masing lepas sejam dengar pulak Mia ni dok gaduh ngan Ejo.Apahal diorang ni tak pernah-pernah pulak gaduh macam ni.

Pergaduhan diorang ni berlarutan setiap hari sampai hari ke 5, tak kira masa bunyi ke gaduh tu dan setiap kali gaduh Ejo akan keluar dari rumah dan bila Ejo balik dia macam tak ingat pun pasal dia gaduh ngan Mia.

Family aku macam pelik pulak rasa, bila diorang datang rumah mak aku tak ada pulak nak bergaduh..bahagia je nampak.Aku pun tanye Mia sebenarnya apa yang jadi ke gaduh sampai hari-hari,Mia cakap dia sendiri pun tak tau kadang menda kecik je contohnye Mia lupe tutup suis lampu bilik air lepas tu Ejo bising dan menda tu akan jadi punca pergaduhan dan Mia cakap dia jadi rasa benci tengok muke Ejo.Ishh pelik bin ajaib ni.

Ejo Mengamuk Terajang

Suatu hari aku tengah dok lepak rumah mak aku tiba-tiba Mia sampai sambil menangis dukung Fika dan jatuh terduduk depan pintu kaca cakap Ejo mengamuk terajang dia dekat pinggang kes nya Mia terlupa jemur baju uniform kerja dia sebab esok dia kene balik Melaka.Mengamuk lah ayah ngan mak aku, Mia dah tak nak balik rumah lagi dia takut sangat-sangat.Lepas magrib aku gerak balik rumah aku sampai kat simpang kedai aku nampak kerete Ejo parking tidur dalam kerete dekat situ.Kenapa tak balik rumah nak tidur tepi jalan, aku call bagitahu mak aku.

Mak call Ejo suh datang rumah dan malam tu mak aku tak bagi diorang balik suruh tido kat rumah mak aku sebab mak aku cakap macam panas sangat dah rumah tu.Ejo pulak macam tak ingat pun pasal dia dah terajang adik aku pagi tadi.

Mia Kerasukan

Keesokan pagi nya masa aku dok jemur kain Mia ngan Ejo balik rumah tapi tak bawak anak-anak tinggal dekat rumah mak sekejap dan Mia cakap dia nak datang ambik baju dan packing barang Ejo sebab petang karang dah kene balik Melaka.

Dalam setengah jam aku dengar bunyi bising menjerit-jerit tambah mengilai, mase tu tengahari dalam pukul 12 pelik jugak rasa dengar bunyi dari rumah Mia, kalau bergaduh kenape tak dengar suara Ejo.Aku kuar pergi luar rumah aku dan aku nampak Ejo tengah dukung Mia angkat bawak masuk kereta masa tu Mia cume pakai t-shirt ngan kain tuala kat pinggang.Atas dukung kejap Mia menangis kejap mengilai.Ejo panggil aku ajak pergi rumah mak.Aku suh dia pergi dulu dan aku follow dari belakang.Sampai rumah mak je aku tengok Mia duduk dalam kereta peluk lutut menangis.Ayah suruh adik bongsu aku bawak anak-anak aku dengan Mia pergi masuk dalam bilik solat duduk diam-diam dalam tu.

Puas kitaorang panggil Mia ajak turun tapi dia tak nak, Mia dah kene rasuk. Mak aku cakap dengan Mia “Kalau kau anak aku jom ikut aku masuk dalam rumah kalau bukan anak aku kau duduk dekat situ” lepas tu Mia pun jawab “Mia anak mak” sayu je bunyi tapi bukan suara Mia dah pastu Mia bantai mengilai.Ayah aku pergi panggil ustaz untuk tengok kan Mia.Lepas ustaz sampai ustaz tu mintak angkat Mia bawak masuk dalam rumah. Bile Ejo pergi nak angkat Mia mengamuk macam nak terkam.Lastly ayah aku pergi angkat Mia tapi tak melawan pun siap paut leher ayah aku masa ayah aku dukung dia.Mia ni kurus je berat dalam 43kg je tapi tengok ke cara ayah aku angkat tu memang berat gila lah.Dah masuk dalam rumah Mia diam je, ustaz tu baca ayat al-quran pun dia senyap je sampai dia tertido.Lepas Mia tido ustaz tu bagitahu suruh kitaorg cari orang ubat kan Mia dan bersihkan rumah tu, ustaz cakap dia tak mampu ilmu dia tak tinggi menda tu kuat sangat dari thailand.Oo kawan Ayen tu warga thailand lah rupanya.

Ejo tak jadi balik dia call bos dia mintak tambah cuti dan dia cerita kan pada bos dia, lepas dia citer bos dia mintak Ejo bawak Mia pergi rumah dia kat Melaka nak tolong tengok kan Mia.Rupanya bos Ejo ni boleh ubat kan orang.

Dan aku rasa sampai sini lah dulu aku cerita, kan aku cerita panjang-panjang tapi tak keluar cerita ni kan penat saje menaip and kalau cerita ni keluar dan dapat feedback okay aku akan sambung lagi sebab panjang lagi sebenarnya.Punca Mia tiba-tiba kena rasuk, masa nak ubatkan Mia, nak bersih kan rumah tu lagi dan punca dari mana semua ni.Sorrylah kalau tak seram mane.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Jaroh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 43 Average: 4.6]

14 thoughts on ““Merahnya mata dia, panjangnya gigi dia””

  1. Saya setuju dengan makcik bawang. Dah cerita menarik seram semua cukup elok dah dia boleh pi berenti . Aduhmakkkk. Ibarat seperti taik dah hujung hujung nak keluar tapi masuk balik. Hmm ..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.