Merantau Ke Kota. Wanita Ini Kongsikan Kejadian Seram di Rumah Sewa Selama Setahun

Assalamualaikum kepada pembaca yang beragama islam,dan salam sejahtera pada pembaca yang bukan islam.Kisah yang ingin saya kongsikan adalah daripada pengalaman saya sendiri ketika berumur 22tahun.

Pada tahun 2011,saya mengambil keputusan untuk merantau jauh dari kampung kerana kesukaran kerja dan faktor gaji yang tidak seberapa.Dengan bantuan kawan saya Jan yang sudah lama bekerja di sebuah kilang memudahkan lagi saya untuk merantau kerana dia sudah mencari rumah sewa lain untuk kami berempat.

Saya bersama dua orang lagi iaitu adik saya zara dan kawan saya irma membawa diri dari kampung dan merantau ke kota dengan harapan dapat bekerja d kilang yang sama kawan saya jan bekerja.Semakin semangat saya merantau kerana mendengar gaji yang lumayan.Bermacam-macam dalam fikiran untuk ‘shoping’ selepas dapat gaji walaupun belum tentu kami memperoleh jawatan ‘operator pengeluaran’ di kilang itu.

Jam 5pg kami tiba di rumah sewa baru kami.Setibanya di sana saya di sambut kawan saya Jan yang menunggu selama 5minit di depan rumah.Jan tidak tidur di situ kerana takut katanya dan dia menumpang tidur d rumah kawannya yang berhampiran dengan taman kami sementara menunggu ketibaan kami.

Setelah sampai,kami amat teruja dengan keadaan rumah yang cantik dan sedikit tidak kosong dengan adanya perabot walaupun tidak banyak.Rumah sewa kami amat besar dan satu tingkat,semua bilik di tingkat atas.Selepas membahagikan bilik masing-masing,saya mengemas baju bersama adik saya zara.Saya mengambil keputusan untuk duduk sebilik manakala kawan saya Jan sebilik dengan Irma.Bilik Jan dan Irma berhadapan bilik saya dan biliknya itu sekali dengan bilik air (bilik ibu).
Manakala bilik saya agak kecil tetapi sesuai dengan saya yang tidak suka dengan keadaan bilik yang besar kerana amat menyeramkan bagi saya.Dengan itu satu bilik yang bersebelahan bilik saya kami jadikan bilik untuk menjemur baju.

Lupa saya nak ceritakan dari awal tadi,semasa kami melihat kawasan dalam rumah,saya terlihat ada seperti daun bersama ranting yang agak kering mungkin sudah lama ditinggalkan di setiap penjuru bilik dalam rumah kami.Saya tidak endahkan dan tidak berkata apa walaupun saya tengok kawan saya dan adik saya juga pelik dengan situasi itu.Tidak dinafikan saya mula meremang kerana memikirkan bukan-bukan.

Keadaan tangga umah membuat kami takut,yelah kan…dengan gelap dan karpet merah gelap lagi ‘mengsensasikan’ keadaan rumah dan sekali lagi saya ingin memberitahu rumah itu amat cantik. Kawasan kejiranan saya amat sunyi,rumah saya di hujung sebelum lorong,sebelah rumah berpenghuni (keluarga),depan dan belakang rumah kami tidak berpenghuni dan amat seram gila bila tertengok rumah tu dengan keadaan yang usang dan gelap..

Hampir seminggu kami tinggal di situ dan 3hari kami bekerja.Alhamdulillah saya,adik dan kawan saya Irma diterima bekerja dan satu syift,hanya Jan syift lain dimana waktu kerja kami bersilih ganti,jika kami bekerja pagi,Jan akan bekerja malam (12jam bekerja),dalam waktu bekerja kami tidak akan bertemu kerana keluar kerja seawal 4pg kalau syift pagi dan jam 4ptg kalau syift malam,hanya cuti yang menyatukan kami 4org.Kadang² terdetik dalam hati saya,macam mana Jan memberanikan diri tinggal seorang diri semasa ketiadaan kami,sedangkan Irma yang sebilik dengannya pun menumpang kami tidur kerana takut katanya.

Bila tibanya cuti,kami akan bersuka ria dan hampir setiap malam kami bermaen daun terup,jangan terkejut walaupun kami perempuan hihi..Pagi pula kami membahagikan kerja rumah..kami mengemas setiap pelusuk rumah dengan niat tidak mahu sesuatu ‘tinggal’ disitu. Kami cuba ‘memeriahkan’ rumah dengan memasak jika ada masa.melepak di ruang tamu walaupun tidak ada tv.

Benarlah kata orang² tua,rumah yang besar dan lama ditinggalkan akan ‘berpenghuni’,dan kita tidak boleh buat sesuka hati mengacau ‘tempat tinggalnya’. kadang² kita orang muda tidak tahu sangat bab² ini..alhamdulillah saya dan rakan² cuba yakinkan diri yang tidak ada apa² akan berlaku..

Sehinggalah satu malam tu,sedang enak saya bermain daun bersama adik saya dan irma,,hanya Jan tidak turut serta kerana baru hsbis syift pagi last sebelum cuti.Kami bermaen sambil menunggu Jan,bantal dan selimut Irma sudah biasa di bilik kami..Irma jarang tidur di biliknya kerana Irma seorang yang amat penakut..kadang² walaupun Jan ada,dia tetap mahu tidur bersama kami,tidak dinafika Jan seorang yang berani.

Sedang enak bermain daun terup,aku terdengar ketukkan pintu bilik kami..semua terdiam dan melihat sesama sendiri ”hoii aku ni” Jan bersuara..erghhh lega rasanya,ku sangkakan ‘misteri’ ,yelah kami ingatkan Jan sudah tidur sebab dia baru habis syift mahunya mengantuk dari kul4 pagi tidak tidur..aku membuka pintu dan agak terkejut melihat Jan ”tadi siapa yg ketuk pintu bilik aku,kau ke irma” tanya Jan sambil melihat ke arah irma dengan muka Jan yg jelas mengatuk..

kami berpandangan lagi sekali,hairan dan agak bingung,mana mungkin salah sorg dr kami mengetuk pintu biliknya sebab kami dari tadi tidak keluar dari bilik.”ishh,kau mengingau ke Jan,mana ada kami ketuk pintu bilik kau ” kata aku kepada Jan,Jan memandang kami seperti kami ingin mengusiknya..”kalau korang xketuk dan pulas tombol pintul xkan aku blh terjage..kau biar betul ni..jangan nak usik aku pulak” kata Jan dan kali ni kami berpandangan 4orang.Kami tahu ini bukan gurauan dan kami meremang bulu roma seketika.

Pada malam itu,buat julung kalinya Jan menumpang tidur di bilik kami.Jan seorang yang amat berani,bila dia takut aku dan yang lain lagilah takut,hanya Jan yang buat kami berani walaupun berani sedikit.

Setelah hampir 5bulan tinggal disitu, Jan cerita pada aku..selepas malam tu..bilik dia seperti ada ‘sesuatu’,ya betul sebab aku pernah tidur di biliknya berdua dengan Jan ketika bergaduh dengan adik aku zara (biasalah kan,gaduh² manja.hihi),Zara pula tidur dengan Irma,nasiblah kami berempat.
Semasa aku tidur di bilik jan,memang sukar lelapkan mata,dan aku selalu ditindih ‘sesuatu’ tapi aku buat tidak endah.Mimpi pun laen macam..mimpi bayi menagis,merangkap buat aku lagi seram.

setelah 6bulan tinggal berempat, tinggallah kami bertiga.Irma terpaksa berhenti kerana berkahwin dan tinggal bersama suaminya.Jan tetap tinggal seorang diri di bilik tu dan aku seperti biasa masih bersama adik aku..Bukan niat aku nak ‘bangga diri’,tapi aku seorang yang cepat merasa ‘sesuatu’ dan jika aku merasa sesuatua yang pelik aku tidak akan paksa diri untuk cuba melihat…aku bukan seorang berani tapii bukanlah penakut sangat.. (ni pun tengah taip seorang diri dan cctv meremuk.hihi)

Irma sudah tiada hampir sebulan,dan aku pula yang dilanda usikkan aneh..Jan sudah terbiasa,dan aku masih belum membiasakan diri..Satu malam,aku dan zara tidur..lupa nak ceritakan kedaaan bilik kami,bilik kami ada satu katil queen yang diletakkan sebelah kiri dari pintu bilik..keluasan dianggarkan dalam 12-14kaki persegi..aku dan zara tidak tidur di atas katil dari awal sebab kami tidak ada tilam.hanya ‘toto’ biasa sahaja..katil tu aku dan zara letak barang sedikit dan susunan pun kemas,yelah anak dara..kenalah kemas kan.hihi

Pelbagai kejadian aneh berlaku,xkira siang dan malam..tempat tidurku sedikit pun tidak boleh berganjak sebab sebelah tempat tidurku mungkin tempat ‘penghuni’ tu.Jika memasuki kawasan ‘dia’ aku akan di tindih..bukan gurauan..dan sains pula mengatakan tiada istilah ‘tindih’ (cuba google) tetapi aku org islam yang percaya bahawa bukan kita sahaja manusia yang tinggal di dunia ni..ada lagi makhluk laen yang tidak dapat kita lihat dengan panca indera kita.

Siang malam silih berganti,kadang² takut dan jarang sekali berani tapi terpaksa buat² berani.Satu malam selepas balik dari kerja syift pagi..dan Jan bekerja syift malam,aku dan zara tertidur dengan baju kerja akibat keletihan teramat dan itu bukan perkara biasa..

Kami tertidur anggaran jam 9mlm,memang letih bekerja walaupun kerja tidak berat tetapi masa yang diambil amat panjang,byangkan bngun seawal 3.30 pagi dan turun menunggu bas jam 4pg.

Jarak ke tempat kerja dari rumah dalam 45mnit kalu tidak sesak..kalau sesak lebih dari 2jam. Kami memilih rumah sewa yang agak jauh dari tempat kerja kerana kos rumah lebih rendah..bayangkan rumah satu tingkat..halaman muat 2buah kereta dan rumah amat besar dan cantik hanya rm400.

Sedang enak tidur di ulit mimpi..tiba² aku terdengar zara memanggil aku ”Angah² tolong..” zara meminta tolong aku mengeluarkannya dari bawa katil,separuh badannya di bawah katil tanpa dia sedar.
”Camner kau leh duk bawah katil ni”aku hairan..walaupun kami mmg tidur di atas lantai tetapi xpernah pulak zara mengigau sampai kebawah katil..zara hanya terdiam dsn tidak menjawab pertanyaan aku,kami menyambung tidur dan tidak mempedulikan hal itu.

Pagi selepas peristiwa itu,zara membuka mulut menceritakan pada aku bagaimana dia boleh ‘di tarik’ ke bawah katil.”aku sedar tak sedar semalam,tapi aku berasa ade ‘benda’ menarik dan bermain rambut aku,last aku celik mate aku tengok jaring² katil,(katil stail lame yang besi)tu aku terkejut dan panggil kau angah..mase tu memang aku meremang bulu roma ” ceritannya zara kepada aku..dan aku mula meremang..ya Allah,jauhilah kami dari perkara seperti itu lagi,niat kami bukan nak menganggu ‘mereka’.

Selepas pada peristiwa itu,kami tidur amat rapat kerana takut,,kena tindih tu perkara biasa bagi kami jika tersilap ‘tempat’ tidur,dan kami berjanji tidak akan membiarkan salah seorang dari kami tidur seorang diri..kami elakkan diri dari membuat OT berasingan,ape² pun kami pasti memujuk supervisor untuk memberi kami OT pada hari yang sama.

Pada satu malam,selepas maghrib sekitar jam 7.45ptg.Aku dan Zara pulang ke rumah setelah penat bekerja,Jan seperti biasa,kami jarang berjumpa jika hari bekerja,hanya hari cuti kami berjumpa dan berkongsi cerita sepanjang ketidak jumpaan kami.Kembali pada cerita asal,selepas sampai di pagar rumah.

.aku lega seperti biasa kerana Jan telah membuka suis lampu di dalam dan luar rumah,itu perjanjian kami kerana tidak mahu keadaan seram mengnggu kami.Setelah masuk dalam pagar rumah,aku kunci pagar seperti biasa kerana langkah² keselamatan,zara tidak sabar menunggu aku membuka pintu rumah,,setibanya di dalam rumah,aku terkejut melihat kerkatu penuh satu ruang tamu berterbangan mengelilingi lampu..keadaan ini memang agak pelik sebab lampu di luar menyala tetapi tidak ada satu ekor pun kerkatu,hanya di dalam rumah kami!! Memang agak ganjil bagi aku,bukan aku xpernah melihat kerkatu,tetapi semasa di kampung,kalau lampu luar rumah sudah di buka,hanya sedikit jumlah kerkatu yang masuk ke dalam rumah…peristiwa ini kami abaikan..

Setelah hampir setahun kami bekerja..aku dan zara amat bersyukur kerana diberikan ot pada hari yang sama,tibalah satu hari….. ”angah,aku kene buat Ot malam ni”ujar zara perlahan seakan akan tahu yang dia melanggar perjanjian kami..aku akur,sampai bila kami akan bersama,satu masa aku kenalah bersedia hidup sendiri.Jan pulak mase tu teman kawannya balik kampung mengambil barang.Ohh ujian..Terpaksa aku bermalam sendirian..!!!!!!!!

Memang sukar aku lelapkan mata, tambahan memikirkan aku seorang diri di dalam rumah yang besar dengan bermacam macam kejadian dan bunyi pelik selama ini…
Aku hanya mampu berdoa..semua lampu di dalam rumah termasuk tandas aku biarkan menyala dengan harapan kurang sedikit perasaan seram dan takut.

Dengan hati yang tidak tenteram dan mata yang tidak mahu terlelap menyukarkan aku lena tetapi…akhirnya aku tertidur juga..alhamdulillah..sehinggalah…
‘ktokkk ktokkk ktokkk’

bunyi ketukkan pintu bilik aku! Aku tidak berdaya bangunkan diri kerana ada ‘sesuatu’ menindih aku..ya Allah..mungkin zara balik kerja dan ingin masuk bilik.Bermacam ayat aku baca,berharap ‘benda’ tu beredar..tetapi tidak..agak lama kejadian ni..lama dari biasa..jelas aku dengar ketukkan pintu dan semakin kuat serta tombol pintu dipulas²..mungkin zara marah kerana aku mngunci pintu.Kunci pintu bilik kami rosak,’kunci’ yang aku maksudkan adalah menyendal kayu yang aku jumpa di dalam stor bawah tangga..kayu yang panjang aku sendal di tombol pintu sehingga di lantai,memang kukuh ‘kunci’ buatan kami kerana lantai kami karpet mengesatkan lagi kayu supaya tidak bergerak,sudah terbukti kukuh kerana kami telah menguji,tapi hanya kudrat kami kaum wanita.

”Ya Allah,tolong..” hanya ini yang mampu aku katakan dalam kedaan yang tidak boleh bergerak dan ketukkan pintu serta bunyi tombol yang semakin kuat seolah -olah marah.. ”mesti zara mara..aduh”bermain dalam fikiranku..ada sedikit sesalan kerana gatal tangan ‘mengunci’ pintu bilik.

Selepas penat berperang dengan ‘benda’ tu..aku akhirnya berjaya bangunkan diri dan saat itu juga bunyi ketukkan dan tombol pintu terhenti ”mungkin zara letih mengetuk”hatiku berbisik dengan alasan yang logik..lega teramat,tanpa melengahkan masa dan memikir panjang aku membuka pintu dan memanggil zara dengan hati yang gembira kerana tempoh sendirian tamat!!!

Aku tergamam,terpaku dan terkesima,tiada zara di depan pintu bilik aku,aku positifkan diri walaupun aku merasa ‘sesuatu’ …”Zara..oo zara” jerit aku sambil menjenguk luar pintu..tiada jawapan atau² suara zara..”kau kat bawah ke zara,,sorylah aku tak dengar tadi,woii..naiklah.aku silap ‘kunci’ pintu bilik semalam” jerit aku perlahan dengan harapan zara muncul dan janganlah muncul ‘benda’ dan ‘sesuatu’ yang aku fikirkan selama ini….aku beranikan diri keluar dari bilik dan menuruni tangga…semakin meremang..dan aku tidak dapat bersuara..
Kerana tidak ada zara mahupun Jan,hanya tuhan yang tahu perasaan aku..bertapa besarnya kepala aku,,dengann langkah kaki semakin berat..bulu dan liang roma semua main peranannya dengan amat baik!!!

Aku menghampiri pintu rumah..mustahil zara ataupun Jan bergurau seperti ini..mustahil!! Mereka juga takut mana mungkin mereka mainkan aku..aku melihat jam dinding..6.30pagi…yaaaa….memang lagi tak masuk akal..mustahil zara sampai rumah waktu begini..Mana mungkin Jan,Jan sudah bagitau dia balik rumah pukul 8pg..kalau betul Jan,mesti Jan sudah jelmakan diri dari tadi..Lantass aku membuka pintu rumah dan melihat ke dalam pasu depan pintu rumah..masih ada dan tidak berganjak anak kunci pintu rumah dari tempat simpanan kami bertiga.!!!!! ”Ya Allah apakah….siapakah….” hanya hati bersuara..mulutku terkunci dan aku tidak menoleh kebelakang.Sudah semestinya aku mengambil keputusan yang bijak..aku tidak mahu masuk ke dalam rumah dan sanggup menunggu di luar rumah.Menunggu kepulangan zara dan Jan..dan selepas mereka sampai aku ceritakan semua kejadian tadi..Mereka juga meremang….
Meremangg dan meremangg…

Sehinggalah hari ini..setiap kali aku teringat mesti seriau..Pernah satu malam, kawan aku linda menumpang tidur bersama kami.selepas dia balik ke rumahnya.. kejadian pelik berlaku di rumahnya yang selama ini tidak pernah berlaku..mesen basuh bergerak sendiri sehingga keluarga mereka terpaksa meminta pertolongan ‘pakar’

Hampir dua tahun kami tinggal di rumah itu..kami telah menjumpai rumah lain dan berpindah..kali terakhir,kami berjumpa dengan tuan rumah Encik Zaki.Kami tidak memberitahu apa² kejadian yang menimpa kami dan kami menyerahkan kunci rumah.Tiba² Encik Zaki bersuara sambil tersenyum pada kami bertiga..
”Kamu lah orang yang paling lama tinggal di rumah saya ni,sebelum ni ada penyewa laen tetapi hanya seminggu yang bertahan,, saya telah usahakan bermacam macam untuk ‘membersihkan’ rumah ini tetapi tetap tidak berjaya..berani jugak kamu bertiga ni ya” sambil encik Zaki melihat kawasan luar rumah dan menyampai buah mata kucing dari pokok yang rendang di depan rumah kami.

Kami menunggu cerita dari Encik Zaki,,untuk mengetahui lebih lanjut.. ”Saya sangkakan kamu bertiga akan bertahan selama seminggu je..mesti kamu nampak daun dan ranting kan?? Tetapi kamu tidak bertanya pada saya..hehehe..dan satu lagi kamu tidak persoalkan kenapa harga sewa rumah ni amat murah” katanya lagi sambil memakan buah mata kucing..kami bertiga melihat sesama sendiri.betul juga kata Encik Zaki,selama ni aku tidak memikirkan semua tu..Encik Zaki juga tidak tahan tinggal di rumah tu,sebab itulah dia tinggal di rumah sewa walaupun dia sudah memiliki rumah,anak² Encik Zaki selalu melihat ‘sesuatu’ katanya…Dan dia terpaksa membawa anak² dan isterinya keluar dari rumah tu kerana gagal ‘membersihkan’ rumah tu..Ya Allah..macam mana kami selama ni boleh tinggal di situ..tergamammmm…

Encik Zaki juga memberitahu kami.. ‘benda’ itu memilih siapa yang boleh tinggal di situ..tidak semua orang yang boleh tinggal di rumah itu..Jika ‘benda’ tu tidak berkenan dia akan mengusik dengan amat teruk..”bawah pokok ni pn tempat dia” ceritanya lagi sambil menunjuk bawah pokok mata kucing..

Itulah pengalaman seram saya..walaupun bagi anda tidak seram..cukup seram bagi saya yang mengalaminya..syukur kerana ‘benda’ tu tidak menunjukkan diri..dan sampai hari ini saya memikirkan..mcm mana kalau kayu ‘kunci ‘ bilik saya tu patah…ok Wasslam.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sunflower(wanita)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 3.9]

14 thoughts on “Merantau Ke Kota. Wanita Ini Kongsikan Kejadian Seram di Rumah Sewa Selama Setahun”

  1. Kne tindih masa tidur x semestinya berkait dgn makhluk halus, Dlm istilah sains disebut sleep paralys.. You can search at google to further more information about sleep paralys..

    Reply
  2. Hashtag #gadiskilang …

    Ape fungsi ranting kering kt setiap penjuru tu…???
    X explain poonnn…
    Pastu byk kali mention umah SATU TINGKAT, tapi ade tangga, tingkat bawah atas bagai…
    Tu namo eiii duo tingkek, hehehehe…
    Tapi baguslah korg leh kebalkan hati stay umh tu lelame…

    Reply
    • tp betul jugak sebenarnya kalau dia guna istilah satu tingkat, satu sahaja tingkat di atas. which kita biasanya panggil 2 tingkat. mak sy pun panggil rumah “dua tingkat” mcm tu sbg rumah “setingkat” hehe

      Reply
  3. silap tulis nie…patut 2 tingkat..sbb da di mention de tingkat atas…so means 2 tingkat la…tp..ape2 pon korg hati kental…duduk 2 tahun kat rumah tu

    Reply
  4. Tuan rumah tu pun x patot..sorok kn ape yg ada kt rumah tu sbb da duit sewa punya psl.nasib la peyewa aty cekal hadap sume tu.hampeh btl tuan rumah macam ni org da nk pindah baru ckp tu pun tanpa rasa bersalah.hakpuihhh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.