Mereka Juga Berdoa

MEREKA JUGA BERDOA

Salam admin. Sekali saya Ariff Budiman mengharapkan agarnya ianya dapat diterbitkan. Aku mendapat panggilan talipon dari seorang wanita. Sudah seminggu dia tidak cukup tidur. Kadang-kadang dia terasa seperti ada benda yang memerhatikannya. Anak gadisnya turut merasa tempias. Badannya turut merasa kesakitan. Makan tidak lalu. Asyik marah saja tak tentu pasal. Aku mengajak isteriku menemaniku ke rumah mereka sebelum aku membawa perawat.

“Tak pa kita ke sana bang”, Tanya isteriku.
“InsyaAllah. Nah talipon wanita tu dan kata kita nak ke sana”, Isteriku terus menalipon. Setelah mendapat keizinan wanita berkenaaan, aku dan isteriku menaiki motosikal menuju ke rumah wanita tersebut. Keadaan rumah yang redup dan dikelilingi oleh pokok yang besar membuatkan rumah tersebut kelihatan uzur dan tidak ceria. Aku sendiri dapat merasakannya. Isteriku memberi salam lalu dibuka oleh tuan rumah dan menjemput kami masuk. Terkejut dengan pandangan pertama aku. Terdapat 4 ekor di dalam rumah mereka. Seekor berada disisi wanita tersebut. Aku dapat agak yang sebelahnya merupakan jin asyik. Dia kelihatan marah memandang aku.

Setelah mendengar cerita dari wanita tersebut, aku berjanji akan membawa seorang perawat untuk membantunya. Pernah isteriku bersungut apa hasilnya aku membantu mereka sedangkan aku juga diserang. Setelah aku menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi kepadaku ketika mana arwah isteriku merintih kesakitan manakala suaminya tidak tentu arah, tenggelam punca mencari orang yang boleh merawat isterinya. Bila sudah berjumpa tidak mahu merawat atas sebab belum tiba hari merawat. Akhirnya isteriku mengalah dan membenarkan aku membantu mereka yang memerlukannya.

Aku menghubungi ustaz yang boleh merawat lalu menetapkan tarikh dan bahan-bahan yang diperlukan semasa rawatan. Kadang-kadang aku sendiri yang mencari bahan-bahan bila ada pesakit yang tidak mampu mencarinya. Tiba waktunya aku menanti ustaz ditepi jalan dan membawanya ke rumah pesakit. Semasa dalam perjalanan sempat ustaz bertanya apa-apa yang perlu.

” Pak Anjang dah tengok dalam rumah?”, Tanya ustaz

” Dah. Ada 4 ekor. Yang sekor tu duduk sebelah. Nampak marah benar dia “, Kataku

” Dia dapat rasa nak dipisahkan hari ini “, Kata ustaz tersenyum.

Kami tiba di rumah lalu memberi salam. Jin asyik sudah mencekak pinggangnya. Mungkin sudah dapat merasai akan perpisahan.

” Pak Jang kata ada 4 ekor. Di mana depa?”, Tanya ustaz

” Satu dihujung penjuru kanan. Satu lagi di hujung kiri. Satu lagi berada di ruang dapur “, Kataku

” Aikk, lagi sekor di mana? Pak Jang kata 4 ekor “, Tanya ustaz

” Lagi sekor sebelah ustaz, kih kih “. Aku tertawa gelihati ketika beritahu kepada ustaz. Terkejut ustaz tapi dia buat tak kisah saja. Ustaz pun memulakan sesi rawatan.

” Yang ni jin asyik. Dia dah declare ini kekasih dia. Orang lain tak boleh ganggu “. Lalu menarik jin dan dimasukkan ke dalam balang. Aku melihat saja jin itu dimasukkan.

” Pak Jang nampak tak?”, Tanya ustaz

” Nampak. Rambut panjang “. Tersenyum ustaz sambil mengangguk kepalanya.

Ditariknya sekor lagi lalu dimasukkan kedalam balang khas. Nampak kepenatan ustaz.

” Kita rehat dulu. Lenguh Pak Jang nak tarik buang “. Aku tersenyum dan aku tahu ini masa untuk ustaz mencerita pengalamannya. Aku cukup suka dengan pengalamannya.

“Pak Jang. Baru-baru ni ada perawat talipon saya. Depa minta tolong saya sebab depa cuba b***h saka tapi tak boleh. Depa bawa pula yang handal-handal dalam bab rawatan tapi masih tak boleh menyembelih saka. Saya pun ke sana dan saya tengok ada 4 orang perawat sedang bergelut untuk membuang saka “. Aku mendengar dengan penuh minat.

“Akhirnya saya minta izin untuk berkomunikasi dengan saka tersebut. Saya tanya saka mengapa dia tak boleh d sembelih. Kata saka dia berdoa kepada Allah. Tuannya telah berlaku kejam padanya, ketika diperlukan dia dijaga dengan elok dan baik. Bila tidak diperlukan lagi tuannya terus nak b***h dia. Dia berkecil hati terhadap tuannya dan berdoa kepada Allah dan Allah mendengarnya. Subhanallah Pak Jang. Allah tidak sewenang-wenangnya berlaku zalim “. Aku juga begitu terharu mendengarnya. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Allah tidak pernah berlaku zalim.

“Akhirnya saya membuat perjanjian dengan saka tersebut. Kalau dia mahu memeluk islam dia akan dihantar ke Madinah iaitu sebuah perkampungan jin. Akhirnya saka tersebut bersetuju dan memeluk islam. Saka bertanya saya adakah dia perlu bekerja semasa berada di madinah sebab dia sudah tua. Saya kata dia hanya perlu beribadat kepada Allah. Saka meminta izin kepada saya untuk melihat rupa Madinah lalu saya berdoa kepada Allah agar ditunjukkan madinah. Saka cukup gembira dan tidak sabar untuk dihantar ke sana “. Cerita ustaz. Aku benar-benar terhibur mendengarnya.

Ustaz meneruskan tugas merawat pesakit. Ditariknya lagi seekor lalu ditunjuknya kepadaku. Aku mengangguk kepala. Ustaz memasukkannya ke dalam balang. Kemudian menarik lagi yang terakhir.

” Ini jin asyik Pakjang. Dia marah sangat nak pisahkan dia “. Aku melihat di dalam balang.

” Dia masih tak puas hati ustaz “. Kataku sambil melihat jin asyik begitu marah di dalam balang dan sekejap lagi akan dibuang. Bila selesai kesemua jin dimasukkan ke dalam balang maka ustaz pun membuang ke satu tempat khas untuk jin yang suka mengganggu.

” Baru-baru ni saya pergi merawat seorang kanak-kanak. Dia asyik main playstation. Emak dan ayah tak boleh tegur. Tegur saja mengamuk. Saya pun ke sana. Rupanya jin yang asyik main playstation. Bila saya pujuk jin tu supaya meninggalkan kanak-kanak tersebut, dia buat permintaan. Dia nak playstation sebagai syarat untuk dia keluar dari badan budak tu. Saya terpaksa berdoa kepada Allah agar diberi playstation dan Allah beri jin tersebut sebuah playstation tapi bukan macam playstation seperti yang kita nampak tapi playstation di alam jin “. Aku dan isteri tertawa gelihati mendengar cerita ustaz tentang playstation.

” Kalau anak kita terlalu asyik atau leka dengan sesuatu benda tu, awas mungkin ada gangguan “. Kata ustaz.

Isteriku mengadu kepadaku mengatakan yang tangannya terasa begitu lenguh. Dia minta aku bertanya ustaz.

” Ustaz, isteri saya rasa lenguh lengan dia. Boleh ustaz tolong scan?”. Ustaz menaikkan keningnya…

” Ish. Pakjang pun boleh buat aih…”. Kata ustaz tersenyum

” Saya tak pandai ustaz “. Kataku

” Tak pandai ke tak mau tunjuk…”. Kata ustaz. Aku hanya tersenyum dan akhirnya ustaz scan isteriku dan alhamdulillah tiada gangguan pada isteriku.

” Alhamdulillah. Isteri Pakjang tak apa apa-apa. Lenguh biasa saja “. Kata ustaz

” Itu la. Saya tengok pun tak ada apa “. Kataku

” Ha, tu boleh buat “. Kata ustaz tersenyum dan aku malu-malu sebab berhadapan dengan orang yang mempunyai ilmu yang cukup tinggi tetapi tidak sombong. Moga-moga ada pengajarannya buat pembaca semua. In Sya Allah nanti akan ada kisah yang lain.
#warnanostalgia

Ariff Budiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

11 thoughts on “Mereka Juga Berdoa”

  1. Boleh tengok fb nama arif budiman zainal abidin..ada gak blog beliau tulih. Dia diberi kelebihan. Melihat jin .. tapi berubat x pasti.
    .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.