Mereka Juga Penghuni Dunia

Actually aku bukanlah seorang yang berani. Tapi tak jugak lah penakut. Sedang-sedang aja. Tapi kadang2 kalau aku baca or tengok cerita seram, bolea naik jugaklah bulu roma aku nih aih. Haha.
Bolea dikatakan sejak kecik aku dimomokkan dengan cerita2 seram oleh mak-mak sedara aku. Biaselah budak kecik kan mana tahu apa, yang tahu takod je.
Sepanjang tumbesaran aku, bolea dikatakan macam2 cerita aku dengar. Kalau korang rajin nak baca, bacalah. Kalau rasa bermanfaat, ambillah pengajaran ok!

Ni kisah sebelum jalanraya depan rumah aku diselenggara. Rumah aku tepi jalan. Dan bolea dikatakan jalan ni kerap berlaku kemalangan. Sebab jalan agak gelap kalau malam2. Pastu ada hutan sikit even ada rumah kat tepi2 tu. Depan sikit ada selekoh tapi serius takdelah tajam. Cuma selekoh yang sangattt kerap berlaku kemalangan. Ramai jugak yg kembali pada Allah. Mostly yg hidup depa kata, depa nampak lintasan. Nampak kucing hitam lintas. Nampak benda terbang. Nampak itu nampak ini. Ada yg cakap jalan ni banyak darah sbb ramai eksiden then mati di tempat kejadian.

Makngah aku pernah cerita, dulu adalah orang eksiden kat depan rumah aku ni ada pokok pisang tapi sekarang dah ditebang lah. Mati kat tempat tu. Sebelum mati biasalah tinggal nyawa2 ikan. Pastu sejak hari kejadian, sesapa yang kurang bernasib baik. Depa akan dengar bunyi suara orang mengerang kesakitan.

Ayah aku pn pernah cerita, dulu2 masa mak aku keja kilang. Ayah aku selalu lah tunggu mak aku nak naik bas, isterikan. Sapa tak sayang. Kat area2 depan uma aku ni pun ada macam tembok lah. Tapi bolea duduk sementara nk tunggu bas.

Ayah aku cakap dia pernah nampak perempuan rambut panjang baju putih macam tunggu seseorang kat situ. Fuhh nasib lah mak aku dah naik bas! Lagi..

Kat area kampung aku ni ada rumah tinggalan sebab owner dia dah meninggal dunia. Kitorang panggil nekca. Rumah dia agak scary lah jugak dulu sbb rumah papan then macam gelap sikit.
Nak dijadikan cerita abg sedara aku ni baru balik lepak dengan member dia, lalu depan rumah Nekca dia. Masa tu dah tengah malam jugaklah.

Dia nampak perempuan rambut panjang tengah dukung baby.
Kau rasa? Dia dengan keberanian tahap kelelakian dia pun p berdiri macam kalau orang tua2 kata tengok antara dua kaki. Apa entah nama tu. Dia pun bantai berdiri kat ats motor nak make sure itu orang ka atau ehem2. Pastu bila dah buat macamtu, dia nampak kaki cikPonti tu tak jejak gaiss. Dia sempat lah jugak terpandang baby tu. Tapi actually itu hanyalah batu nisan. Dia pun apa lagi. Vrommm tekan minyak lelaju. Nasib baik lah tak ditumpangkan cikPonti tu. Huhu.

Aku cerita sebab aku nak bagitau. Bukan kita jea menumpang atas mukabumi Allah ni.
Depa pun sama.

So, beringatlah sebelum terkena. Jangan cakap besar. Walaupun aku tak ada pengalaman, daripada pengalaman oranglah aku belajar.
In shaa Allah. Allah itu Maha Melihat Maha Mengetahui.
Banyakkan doa untuk keselamatan diri dan keluarga serta terhindar daripada cerita2 gini. Aamiin. Thanks sudi baca gais ☺

::Hantar kisah anda di fiksyenshasha.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *