Meroyan

Sejak kebelakangan ni kita asyik la dengar cerita pasal meroyan kan? Ibu yang baru lepas bersalin b***h diri la, ibu k***r leher anak sampai m**i la dan ada juga ibu yang meroyan sampai jadi tak betul atau gila. Kadang-kadang aku rajin juga scroll komen mengenai isu-isu ini, banyak juga ibu-ibu yang berkongsi pengalaman mereka tentang meroyan. So, aku pon nak berkongsi pengalaman meroyan yang pernah aku alami. Dan untuk pengetahuan korang, aku still lagi dalam pemulihan untuk masalah meroyan aku ni.

Nama aku Azie, aku sudah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki. Aku melahirkan anak aku pada januari 2014 di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur. Dipendekkan cerita, semasa aku bersalin, aku dan anak aku ditahan wad untuk beberapa hari disebabkan anak aku kurang berat & alami masalah demam kuning yang tinggi. Pada malam pertama dan kedua di hospital tiada apa-apa masalah, cuma stail aku ni kalau tidur di tempat lain selain dari rumah, aku memang tak dapat tidur dengan lena dan selalu terjaga. Lagi satu bila dah lama-lama di hospital aku mula jadi tension dan bosan, asyik teringat nak balik rumah je. Katil kiri, kanan dan depan aku pula bertukar-tukar orang, so memang tak sempat la nak berkenalan dan dibuat kawan. Oh ya, wad di hospital ni cuma pakai langsir tirai tu saja, so memang nampak la katil yang mana bertukar tukar orang.

Kisah seram aku bermula pada malam ketiga. Malam tu sederet katil depan aku semua kosong, memang tak ada sorang pon patient yang ada masa tu. Lebih kurang pukul 2 pagi, aku terjaga sebab dengar anak aku merengek, mungkin dia haus so aku pun susukan la dia. Tengah-tengah aku susukan anak aku, tiba-tiba aku terdengar ada orang main tarik-tarik tirai langsir depan katil aku, dia tarik macam main lawan-lawan. Masa tu aku memang dah mengigil sebab terfikir siapa yang nak main tarik tirai malam-malam macam ni. Masa tu Allah jela yang tahu perasaan takut aku. Selepas dalam 20 minit ‘dia’ main Tarik-tarik tirai, tiba-tiba tirai langsir katil aku ada orang selak! Terkejut juga la aku masa tu, jantung bagai nak pecah sebab terlalu terkejut.

Kemudian, muncul seorang mak cik tua dalam usia lingkungan 60an. Mak cik tu pakai baju patient sama macam aku pakai, dia tanya aku, “nak, tahu tak katil mak cik dekat mana?”. Aku pon jawab la, “saya tak tahu la mak cik”. Lepas tu dia terus blah macam tu je. Masa tu aku dok terfikir, ehhh.. ini kan wad orang bersalin, macam mana boleh ada patient orang tua dekat sini? Ahhh sudah…. Masa tu aku tak boleh nk fikir dah. Rasa nak menangis pon ada. Memang sepanjang malam tu aku dah tak boleh nak tidur langsung sebab memikir siapa mak cik tu. Esoknya, semasa suami dan mak aku datang melawat, aku ceritakan pada diorang apa yang jadi malam tadi sampai menangis juga la aku. Aku cakap aku tak nak tidur situ lagi dah malam ni. Aku nak balik juga. Hahah.

Suami aku tak sampai hati tengok aku dah ketakutan macam tu, suami pon mintak izin dari doctor untuk admitted haritu juga. Aku bagi alasan dekat doctor aku tension duduk lama-lama dekat situ. So doctor pon benarkan la aku balik. Lepas je keluar dari hospital, kami pun siap-siap la untuk balik kampung. Sebab memang kami dah plan dari awal untuk aku berpantang dekat kampung. Dalam dua hari dekat kampong, aku dah mula rasa ada benda je yang tak kena. Anak aku tiap malam menangis tak henti-henti. Sampai kadang-kadang aku rasa macam nak campak je anak aku. Lepas tu, kadang-kadang aku menangis macam orang gila atau ketawa tak tentu pasal. Family aku jadi heran la kenapa perangai aku macam tu. Tapi bila diaorang tanya aku macam blur tak tahu sebab apa aku rasa macam tu. So, mak ayah aku panggil la seorang ustaz untuk tengokkan apa sebenarnya yang jadi.

Bila ustaz tu masuk je rumah, dia tanya mak dan ayah aku, “siapa yang sakit?”. Kami pon macam pelik la, cuma aku sorang je yang terbaring kat situ masa tu. Mak aku pun tunjuk la aku. Selesai sesi perubatan dengan ustaz tu, ayah aku pun tanya la kenapa dengan aku. Ustaz tu pon cerita la, yang sebenarnya ‘benda’ yang ada kat hospital masa aku bersalin dah bertapak dalam badan aku. ‘Benda’ tu la yang buatkan aku macam orang tak betul. Yang silapnya aku pergi jawab pulak soalan ‘benda’ tu. Mana la aku tau kan? Ustaz tu cerita, masa dia masuk rumah dia nampak ada dua orang yang tengah terbaring. So, korang faham-faham jela siapa yang ‘sorang’ lagi tu kan?

Kalau korang nak tahu, ‘benda’ ni memang sangat mengganggu rutin harian aku. Contohnya, aku dan suami tak boleh tengok muka langsung, mesti nak bertekak je. Sampaikan satu tahap kami nak bercerai. Bukan tu saja, aku nyaris dibuang kerja kerana prestasi kerja aku sangat teruk. Hati pula selalu berdebar debar tanpa sebab, resah gelisah tanpa sebab. Solat selalu tak khusyuk ada saja gangguan yang datang, kadang-kadang al fatihah pun tersalah baca. Anak aku pula, kadang-kadang bila pandang muka aku dia selalu menangis kuat tanpa sebab. Memang dia tak nak dengan aku. Menyusu badan pun sampai umur 3 bulan saja, selepas tu dia langsung tak nak dekat aku.

Ada pernah sekali, aku sampai terfikir nak terjun dari rumah (aku duduk rumah flat tingkat 15) sebab otak terlampau serabut. Tapi, aku tak tahu serabut sebab apa. Hubungan aku dan suami pula semakin renggang. Dah tak macam kami mula-mula kahwin dulu. Boleh dikatakan hari-hari kami bertengkar.
Sehingga la umur anak aku setahun 5 bulan, aku berubat dengan ustaz lain pula di Johor Bahru. Ustaz tu pun cakap benda yang sama mengganggu aku. Tapi ustaz tu cakap meroyan aku dah tahap meroyan api. Dan alhamdulillah, start jumpa ustaz tu, hati aku dah mula tenang sedikit. Tapi aku still rasa tak pulih sepenuhnya. Dan sekarang aku cuba berubat dengan bidan. Sebab orang cakap penyakit meroyan ni sepatutnya bidan yang ubatkan.

Itulah pengalaman meroyan aku, aku harap korang semua doakan semoga penyakit aku cepat sembuh ya? Pada ibu-ibu di luar sana, bila kita bersalin jangan la pandang ringan terhadap masalah ini. Ia sangat-sangat la menganggu korang bila terkena. Yang penting jangan jadi lemah semangat macam aku. Disebabkan aku lemah semangat la ‘benda’ tu bersarang dalam badan aku sampai sekarang.

azie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Meroyan”

  1. fhm sgt2…geram n sedih bile baca komen yg menyalahkn si ibu sbb x de iman la ape la…masa dlm pntang, sy prnh letakkan kpla baby sy atas bantal secara kasar smpai juling kejap mata baby mgkin trsentak sy buat camtu…stress sbb baby asyik nak beriba je…sy lak asyik demam je…sedih n rase brslh pd anak??

    Reply
  2. Adoilah dik…
    Kate xnak dok ospital lelame, tp kenapa mtk ADMITTED plak…
    Hehehehehe…kang 2x check in ospital tambah pening awak…
    Discharge atau bhsa kampongnye discaj utk check out…

    Penah ade kwn mse sek ren dlu…
    Muke die banyaaaak sgt kesan parut bergarit2…
    Mcm pelik sesgt sbb klu parut kudis sllu tompok2 bulat kan…
    Ghupenyer dluuuu mak die meroyan terok…
    Suke cakar2 muke die mse baby…
    Kesian sgt…

    Reply
  3. Puan berubat dimana? Adik saya mengalami masalah yang sama. Ttp beliau x meroyan .. cuma anak beliau akan menangis bermula 12 mlm sampai sebelum subuh..rata dah bwk berubat. Adik pulak 3mlm lepas midnite ajak saya keluar lam keadaan tidak stabil sbb stress dgn baby n husband(beliau berpantang dirumah mak saya).

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.