#Merpati Putih Dendam

Salam admin dan pembaca fiksyen shasha. Terima kasih jika cerita ini di publishkan… Aku Atiqah, pegawai perubatan d41.

Let the story begin…

Hari yang sama, tempat yang sama setahun kemudian

Aku dalam perjalanan menuju unit forensik setelah selesai menghantar satu fail di pejabat pengurusan hospital. Cuma bezanya, kali ni aku menggunakan ruangan staf dari dalam wad bersalin sebelum menuju ke pintu akses staf. Pintu ini perlu dibuka menggunakan kunci pendua yang dibekalkan kepada staf laluan akses bahagian malam.

Aku keluarkan segugus kunci dari uniform biru, rupanya pintu tidak berkunci. Buka sahaja pintu menderu angin aircond dari kawasan fail data pesakit yang tersimpan sejak hospital ini dibuka. Dikawasan rak fail ni ada satu meja untuk senior staff. Aku lihat ada Dr izah, takpelah ada jugak kawan malam ni.

” Akak nak milo tak? Saya buatkan. Penat betul jalan dari tadi hahahahaha “. Senyap ~ tiada sebarang jawapan dari Doktor izah. Takpelah buat je extra manatau tetiba nak ke nanti. Bisik hati tanpa mengesyaki apa apa.

Aku berlalu ke pantri, semasa sedang membasuh gelas aku dengar Doktor izah *humming* lagu yang aku rasa berpuluh tahun dulu. Sekejap mendayu sekejap serius. Entahlah mungkin lagu tu memang macamtu ke?

Selesai buat air aku berlalu ke meja yang menempatkan staf lain menggunakan akses wing barat. Tengah borak borak dengar peralatan post mortem berterabur atas lantai. Aku terpaksalah bawak sorang nurse dan sorang practical student bersama. Yelah tiba tiba je tak ke kecut perut aku.

Jenguk je aku tengok Doktor izah tengah kutip barang tu semua. Dah selesai kutip, dia tunduk je. Tiba tiba tingkap akses wing barat tu terbukak, aku pun palinglah nak pergi tutup tingkap tu balik. Doktor izah gelak mengekek. No bukan mengekek tapi mengilai!

” Apa kau ingat lagi aku? Harini aku datang hahahaha ” Aku kenal suara tu! Tu ssssuuuaaaraaa. Aku sudah mulai berpeluh. Taksangka dia tampil mengotakan janji.
” Hahahahahaha. Ya ini aku sayang. Aku datang ingin mengambil nyawa kau! ”

Aku cuba berlari keluar tapi kaki ku seolah telah dipaku dan hanya mampu menunggu serangan dari makhluk hina. Sekarang rupanya tidak menggentarkan aku. Aku mulai dengan bismillahirahmanirahim kemudian membaca ayat qursi. Ternyata dia seperti dahulu, mengejek bacaan dan menggagalkan bacaan ini. Bacaan aku mulai goyah tatkala dia ketawa dan mengatakan bahawa bacaanku tidak ampuh.

Dia mulai beransur kepadaku sambil menyeringai dan memberikan ekspresi bahawa dia akan menang. Ketika itulah ada satu suara seolah membaca ayat ruqyah. Hanya berbaki 5langkah, makhluk itu berundur kembali seakan ada satu dinding dihadapan sana.

” Hahahahaha kau minta bantuan dia. Aku takkan lepaskan kau! Aku mesti b***h kau ” jerit makhluk itu nyaring sekali. Mungkin kemarahan dia sudah meluap. Dia cuba menghampiri aku sekali lagi sambil membaca mantera dalam bahasa melayu kuno berulang ulang. Matanya mencerlung tajam kepadaku.

” doktor tumpang tanya dekat mana bilik mayat ”

Aku terperanjat. ” ha apadia makcik ”

” bilik mayat ” jawab makcik yang berpakaian baju kebarung dan tudung sedikit sugul. Walaupun dengan berbekal lampu di lobi wad bersalin aku masih dapat melihat senyumannya.

” jom lah makcik. saya ni staf unit forensik bolehlah sekali jalan dengan saya “. Aku masih cuba menenangkan diri yang sedikit janggal dengan perlakuan perempuan tua dalam lingkungan 70tahun ni. Ah biarlah kenapa aku nak takut.

Unit forensik tempat aku berkerja, perlu menuruni sedikit bukit untuk sampai. Sedikit penghujung blok hospital. Namun masih bercahaya berikutan terdapat laluan ke kediaman kakitangan hospital. Dari jauh, aku lihat ada beberapa waris menunggu di depan pintu masuk.

” eh ? ada post mortem ke sekarang? setahu aku, cuma aku sahaja pegawai perubatan yang berkerja malamni ” bisik aku dalam hati. Aku seolah tidak menghiraukan lagi kedatangan seseorang bersamaku sedari tadi. Sampai sahaja di unit forensik, aku bertanya perihal kedatangan mereka disini kepada salah seorang waris.

” tadi doktor azam minta kami tuntut jenazah Marina Bt yusuf. ni suratnya ” lantas beliau menghulurkan sekeping surat. MARINA BT YUSUF. 78TAHUN. KEMATIAN MENGEJUT DAN DIKLASIFIKASIKAN “CHOKING”. PETI MAYAT 14.

Hm. Aku mengeluarkan kad identiti kakitangan aku lalu menyentuh ke permukaan papan elektronik itu. Beep beep! Menandakan pintu telah terbuka. Aku meletakkan beg laptop di meja. Aku bertugas bersama 2orang jururawat dan seorang MA. Tanpa menegur mereka yang kelihatan tekun menyiapkan laporan, aku menuju ke kawasan peti mayat.

Langkah ku disusun ke peti mayat bernombor 14. Setelah meneliti tag di pintu peti tersebut, aku menarik perlahan lahan pemegang tersebut. Kelihatan sekujur tubuh diliputi kain putih. Aku menyelak sedikit kain di tubuh itu untuk melihat.

” Eh ? Ini mak..makcik..tttadi “. Menggigil tanganku menutup kembali kain tersebut.

Gedegang! Bunyi pintu tertutup. Lampu bilik mayat tertutup dengan sendiri dan aku lihat ada susuk tubuh wanita berjalan menghampiri aku…

Susuk tubuh itu makin menghampiri aku yang sudah pun tersandar di peti mayat tersebut. Lampu bilik mayat kelihatan berbalam balam namun masih aku tidak dapat mengenalpasti siapakah wanita tersebut.

” aku akan b***h kau! berani beraninya kau melihat jasadku! Hahahahahahaha ” suara nyaring diikuti gelak separa mengilai kedengaran sehinggakan aku terpaksa menutup telinga. Gelak tersebut masih kedengaran. Sesekali bunyi esak tangis mendayu dayu, sesekali bunyi seolah barang dihempas ke lantai dan aku dapat menangkap suara beberapa orang manusia menyuruh aku keluar dengan kadar segera.

Aku lantas bangun untuk menuju pintu keluar malangnya pintu tersebut masih gagal dibuka. Ya Allah bantulah hambamu ini bisik aku sambil membaca ayat qursi. Peluh peluh mula menunjukkan diri seolah faham situasi gawat sekarang.

” allahu la ila ha ila huwal hayul qayyum.. ” suara aku tenggelam dengan suara seseorang seperti mengejek ku. Beberapa kali tersasul meranapkan sedikit demi sedikit semangatku.

” hahahahaha manusia bodoh. bacalah lagi aku nak ikut hahahah ” suara tu seolah berada dibelakangku. Masih ketawa dengan bacaan aku yang tunggang langgang.

” aku tak kacau kau wahai makhluk celaka. apa yang kau mahu! ”
” aku mahu kau sebagai galang ganti si bodoh tu! ”
” tidak. aku takkan tunduk pada kau ”
” baik. kau cabar aku ya hahahahaha ”

Situasi didalam bilik mayat sangat tegang. Aku dapat merasakan badanku panas dan seolah olah ada yang berpusu pusu masuk kedalam badan. Aku lihat makhluk itu menyeringai kepadaku tanda aku bakal tertewas.

Entah angin apa yang ditiupkan disusuli mantera yang dibaca dalam bahasa kuno. Setiap kali ada sesuatu seperti melanggar badan ini, setiap kali itulah aku terasa seperti dihiris hiris.

” Allah aku tidak kuat ”

Bam! Pintu dibuka. Aku cuba merintih meminta tolong kepada seorang lelaki yang meluru masuk. Namun, rintihan ku hanya bergema didalam badan. Hanya bahasa bahasa kesat yang keluar dari mulut. Aku semakin tidak berdaya.

Aku dapat dengar dengan jelas lelaki tersebut membacakan beberapa potongan ayat dari surah al jin. Setiap patah perkataan yang dituturkan itu, aku merasakan aku seolah dibakar dengan api. Aku semakin hilang kewarasan.

” hey manusia sial. berhenti baca aku panas. argh celaka kau ”
” keluar kau dari badan anak cucu adam ini segera ”
” hahahaha untuk apa aku keluar. ini hak aku. aku akan buat dia m**i baru aku keluar. hahahahaha ”
” baik. kau cabar aku. rasakan yang lagi hebat. ”

Mereka berdua saling berlawan batin. Terasa setiap inci tubuhku direntap, disiat kulitku. Aku lantas bangun, mengambil gunting di meja berhampiran denganku dan menuju kepada lelaki tersebut. Setiap kali genggamanku cuba diarahkan ke badannya setiap kali itu terasa seperti ada satu kekuatan 10lelaki menarik tanganku kebelakang.

Aku semakin berang dengan bacaan suci al-quran itu. Aku berlari ke arah tingkap dan memecahkan salah satu tingkap disitu. Entah dari mana datangnya kekuatan sebegini. Aku berpaling ke arah lelaki yang masih tenang mengawal keadaan.

Dengan tidak semena mena, aku mengambil serpihan tingkap yang pecah tadi dan m******r pergelangan tangan kiriku.

” hahahahaha sekarang aku berjaya mencederakan perempuan ini. tapi jangan ingat aku pergi. aku akan muncul bagi melunaskan dendamku ” suara itu makin perlahan.

Terasa seperti satu beban telah bebas dari badanku. Aku sudah mampu mengawal pergerakan namun kecederaan yang dialami membataskan semuanya. Aku lihat 2orang jururawat meluru kepadaku. Aku rebah.

Ya, dia sudah pergi. Tapi dia telah meninggalkan satu lubang yang membolehkan sekutu sekutunya bebas masuk di badan ini dan membuka hijabku. Lelaki yang menolongku juga entah hilang kemana.

” bersiap sedialah kerana di ulangtahun kelahiranmu aku tiba membawa dendam kesumat ”

Masih lagi suara itu terngiang dalam kepalaku sebelum aku rebah. Penat beradu tenaga. Ya rabb, jadikanlah aku hambamu yang selalu mendapat bantuanmu.

Selepas peristiwa pertama kali dia muncul, aku semakin berhati hati dengan setiap perlakuan, percakapan dan interaksi dengan orang sekeliling. Aku jadi takut dengan setiap manusia ni semua. Seolah mereka lah punca aku nyaris m**i.

Hari demi hari aku lalui dengan ketakutan sampailah aku nekad cari lelaki yang tolong aku 2bulan yang lepas. Aku nak kepastian apa sebenarnya yang jadi dan kenapa dia berkeras nak kan aku sebagai galang ganti. Aku kena tahu secepat mungkin sebab ini je jalan nak buang prasangka buruk dekat orang. Mencari dan mencari tanpa sebarang petunjuk. Hari hari aku paksa atau mungkin psiko jururawat dan MA yang tahu pasal kejadian tu. Petunjuk aku mereka tapi mereka tetap berkeras taknak bagitahu atas permintaan lelaki tu. Kenapa? Dek kerana jawapan yang aku tak dapat aku jadi kuat melenting, jadi marah.

Aku taknak pergi kerja, aku taknak bergaul dengan orang. Aku taknak solat dan mengaji. Hari demi hari perlakuan aku makin pelik. Setiap kali aku datang bulan, aku kumpul semua pad aku yang berdarah tu. Tuang d***h tu dalam satu bekas akuarium ikan. D***h tu aku simpan, pad tu aku cium. Kewarasan aku hilang sampaikan aku sanggup teguk d***h period aku sendiri. Gilakah ? Perkara berlanjutan selama 4bulan tanpa pengetahuan ibu bapa aku. Aku tahu dorang dah perasan perubahan diri aku. Semua orang takut nak dekat dengan aku. Aku kena gantung kerja. Kereta kena tarik. Aku tak rasa sedih tapi aku rasa puas hati.

Satu hari tu masa aku tengah cakap sorang sorang ada satu panggilan masuk. Aku biar je sampai kali ke-7 berdering aku angkat dengan satu perasaan meluap luap…

” Assalamualaikum iqa, iqa sihat? Iqa apa khabar sekarang? ”
” Eh si bodoh manalah call call ni. Kau siapa? ”
” Ini Adam, lelaki yang iqa cari selama ni. Maafkan Adam sebab terlambat cari iqa “. Ada nada kekesalan pada suara tu. Entah kenapa ada perasaan halus menerpa dalam hati.

Seminggu kemudian.
Satu janji temu diaturkan bagi menyelesaikan semua masalah ni.

Seperti dijanjikan, Adam muncul. Memperkenalkan diri sebagai gerangan yang menelefonku sebelum ini. Riak wajah dia tenang.
” Jangan risau Adam ada. Ceritalah masalah yang terbuku di hati tu dengan perlahan lahan. ”
” Hm. Saya taktahu nak mulakan dari mana ” .
” Semenjak kejadian tu saya dah jadi orang lain. Setiap hari saya cari jawapan tapi hampa. Saya usaha dan mencari awak adalah usaha saya yang terakhir. Saya jadi panas baran, tak suka solat sampailah saya.. ” Aku mula menangis. Sungguh terlalu berat permasalah ini.
” Saya tahu semua jadi cuma saya nak tengok sekuat mana awak mampu lawan. Sebenarnya, benda yang kacau awak tu jin belaan. Dia menggunakan tubuh arwah sebagai perantaraan. Tuan dia hantar dia sebab tak puas hati dengan awak. Dia tak puas hati selagi awak tak m**i. Kebetulan malam tu saya ada hantar kawan. Saya rasa macam ada benda nak jadi, tu yang saya ada malam tu. Allah gerakkan hati saya untuk tolong awak. ” Dia bercerita kejadian yang berlaku seperti mana entri aku sebelum ni. Dia cari aku untuk mempersiapkan aku masa benda tu muncul.

Proses persiapan aku dimulakan dengan ruqyah bagi membersihkan sisa sisa dibadan aku. Ya, selepas kejadian tu aku tak jumpa mana mana ustaz/ustazah. Walaupun hanya sisa aku masih rasa sakit. Rasa ada sesuatu yang menghalang aku meneruskan proses rawatan tu. Dengan semangat dan bantuan allah, proses aku berjalan lancar. Aku mula solat dan mengaji seperti biasa.
Sepanjang proses rawatan, aku diajar ayat ayat pelindung diri. Diajar mengawal baran aku. Satu hari aku didatangi seorang ustazah bagi keluarkan d***h kotor yang akuaku minum dulu. Seksa. Aku sendiri geli bila tengok balik kotoran tu. Taktahulah macamana aku boleh teguk.

Membersihkan kotoran dalam badan adalah proses paling menyakitkan aku. Seksa. Setiap kali rawatan aku menangis. Sakit yang terlalu sukar untuk aku jelaskan. Semangat aku makin lama makin menurun. Aku penat.

Petang Sabtu-
Aku baru balik dari syif pagi. Sejak subuh tadi aku dah rasa macam lain macam. Aku kerap termenung. Satu persatu vision b***h diri aku dapat. Lebih kurang lepas asar, aku termenung duduk dekat tepi tingkap.

” Hoi. Sini kat bawah. Meh kejap. ” ada suara dari basement apartment aku duduk. Padahal aku duduk tingkat 5 tapi aku dengar dengan jelas! Aku tersentak. Aku pandang bawah. Aku nampak aku dekat bawah tengah panggil aku. Ada satu suara suruh aku terjun tapi ibu gagalkan usaha b***h diri yang pertama.

Sejak hari tu, aku nampak diri aku dekat mana mana. Percubaan b***h diri aku kali kedua jadi depan mata ibu ayah. Masa tu ibu baru lepas baru lepas letak pewangi almari dekat dalam bilik aku. Ibu keluar je aku capai ubat gegat nak telan. Aku ada angin sejuk lalu depan muka aku terus aku letak balik.

” Hahahahaha kau patut m**i ditangan aku sayang ” berulang sampailah azan maghrib. Aku call Adam bagitahu yang aku kena kacau. Dia macam biasa tenangkan aku dan ajarkan aku ayat pelindung diri.

Malamtu aku tidur dengan ibu. Dalam mimpi aku jumpa satu lembaga besar berbulu, mata dia merah gigi dia tajam. Dia ingatkan aku dengan hari tu. Aku terjaga.

3minggu dari sekarang…
Sepanjang berminggu tu aku normal. Aku perkuatkan ibadah aku sampailah hari tu tiba. Aku dalam perjalanan ke unit forensik macam kejadian yang lepas.

Aku juga membaca ayat qursi secara berterusan dan memohon pertolongan allah swt. Setiap langkah makhluk itu maju kehadapan setiap kali itulah terasa seakan ada jarum mencucuk dadaku. Bacaanku makin lemah. Aku rasakan badanku seperti ingin rebah.

Aku buntu untuk lakukan apa lagi. Ikhtiar terakhir aku cuba bertakbir sekuat yang boleh. Aku lihat sedikit demi sedikit daging makhluk tersebut terkopek dan tertanggal. Dia menjerit kesakitan, meminta maaf dan berjanji akan pergi. Aku bertempik kalimah Allah kemudian pandanganku menjadi kabur. Aku jatuh dan tidak sedarkan diri.

Didalam mimpi, ada sesusuk tubuh yang aku kenal datang melutut meminta maaf. Dia suka aku tapi perlakuan dia salah. Aku tersedar kembali setelah merasakan namaku dipanggil berulangkali. Aku lihat Doktor izah telahpun diampu oleh beberapa orang dan dibawa ke unit kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

” Sesungguhnya jika kita berserah diri kepada allah, nescaya perlindunganNya bersama kita. Tahniah berjaya lawan ketakutan tu. ” kata seorang pemuda yang telah banyak membantu.

Sebulan dari peristiwa perhitungan ni, aku bertunang dengan beliau dan cuma bertahan sebulan kerana dia telah dijemput ilahi dalam perjalanan pergi kursus kawen. Terimakasih Fateh adam B Nazri. Allah tarik adam si cinta pertama dan digantikan dengan khalifah kecil, Ahmad aiman B Amirul

Ps: story ni kawan aku yang suh anta. Dia cakap story betul. Cita ni bersambung tapi aku jadikan satu, kang korang mengamok pulak. Ada aku ubah sikit nama. Klau cita ni tak best jangan kecam aku korang kecam dia…

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 thoughts on “#Merpati Putih Dendam”

  1. Not bad citer ni..cuma yg ni sambungan ehh..sblm ni ada pengenalan x ngan benda (saka) yg serang dia ? kot2 ada ter skip bc citer lam ni hehe
    bab minum d***h ‘h’ tu huhu…bc pn dh geli tekak…ini kan plak org yg alaminya.

    Reply
    • Macam merepek je citer. D***h tu kalau dah minum dah hadam, takdenyer keluar semula. Pastu main pass2 citer plak. D41 tak pandai email sendiri ke? Nampak benor fiksyen nyer

      Reply
  2. Kau yang present cerita tu dari kisah benar orang lain so kau yang patut susun cerita kasi nice. Takkan la kau tak check sebelum submit kat admin? Advice aku kau patut go thru dulu the whole story yg kau nak kluarkan under penulisan kau. Sebab pembaca ni kalau dia kecam dia akan attack kau dulu bukan mangsa sebenar. So kau kena la ada inspection sikit utk cerita kau sendiri. Dengar-susun balik penceritaan kau- kemaskan jalan cerita-submit. Sorry la aku suggest je.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.