#MerpatiPutih Dia suka bermanja

Salam pembaca fiksyen shasha. Terima kasih jika story saya dipublishkan. Fakta dan nama ada sikit saya ubah. Saya uteh..

Let the story begin …

Nenek saya mempunyai seorang adik. Yang kami panggil sebagai Tokteh. Tokteh tak ada keluarga. Dia merupakan seorang bidan. Dia berkulit putih dan cantik.

Semasa dia sakit sepupu aku yang jaga dia sampailah ke nafas dia yang terakhir. Apa yang aku perasan tentang tokteh ni dia selalu bawak satu beg hitam silang tepi kehulu kelihir dan agak sukakan perhatian. Asyik nak berkepik dengan orang je. Dia suka bermanja maklumlah dia tiada keluarga.

Beberapa bulan selepas dia meninggal. Ayah aku dapat satu mimpi. Mimpi tokteh datang nak berikan sesuatu pada kakak aku. Tapi ayah aku tolak. Riuh jugak la rumah mase tu dengar dia ngigau.

Dalam masa yang sama ade sedikit perubahan yang berlaku pada peragai paklang aku. Paklang aku ni duda. Duduk kat kampung sorang2 tak ada anak. Aku selalu jugaklah temankan ayah balik ke kampung. Jadi memang perasan la dengan perubahan peragai dia.

Paklang aku ni jenis tak cara hal aku. Apa aku nak buat suke hati aku la. Tapi sejak2 ni dia asyik nak bertepek ngan aku je, dah la bertepek dgn org kije nak marah je plk tu. Ajak aku kuar makan la. Pengang2 lagi. Aduh rimas takyah nak cakap la. Badan pom da susut. Paklang cakap dia nak solat pom malas. Baca tahiyat akhir salah. Bila diingatkan balik memang sebijik dengan peragai arwah. Ada sekali tu aku duduk rumah paklang sorang2 masa magrib sebab ayah and paklang memang akan pergi masjid. Korang mesti pernah tengok cite seram yang part hantu makan daging mentah tu kan? Bunyi dia kan pelik. Haa macam tu la bunyi aku dengar. Bunyi tu datang dari bilik paklang makin lame makin dekat. Takot takyah cakap la. Dah la rumah paklang ni depan belakang kiri kanan kebun getah. So aku pom bukak pintu duduk kat beranda. Lantak la kat luar lagi banyak hantu pom. Asal tak kacau aku sudahlah sampai ayah balik.

Beberapa hari lepas tu sepupu aku yang jaga arwah telepon ayah. Dia cakap dia ada tinggalkan beg kat bilik paklang paklang (Dia memang ada kunci). Dia cakap husband dia takleh tido kalau beg tu ade kat rumah dia. Beg tu berbunyi macam berdegus gitu. Beg tu beg hitam silang yang aku ceritakan tadi. Kiranya sakit husband dia dah berpindah pada paklang.

So ayah pom mintak bantuan anak saudara dia yang pandai berubat untuk tolong tengokkan. Biasalah limau semua tu disediakan. So mase dok cek beg hitam tu kat dalam dia ada satu batu yang persis telur berwarna putih. Setelah diselidik rupanya tokteh ada belajar ilmu. Ilmu kecantikan. Disebabkan natang tu tiada waris. Mungkin dia nak cari waris yang baru. Batu tu anak sedara ayah yang handle kan. Buang dalam sungai yang mengalir. Sejak tu paklang pom dah beransur pulih. Dah tak cara hal aku dan dah tanak manja2 dah. The end.

Ps: Dulu aku tolong hantarkan story orang. Ni story aku sendiri. Kalau tak best kecamlah aku. ?

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “#MerpatiPutih Dia suka bermanja”

  1. Aku penah dgar citer, ada sorang ni masuk hutan, pastu bawak balik batu sungai. konon nak buat kenangan. kena kacau. Entah2 batu yg dibuang tu tak? Patutnya sebelum buang, tulis la guna marker – amaran-batu ni berpenunggu.

    Reply
    • Hahahahahah…
      Kaannn…akk pon penah ckp cmtu…
      mcm sllu org buang botol kat sungai tu…
      Bahaya kot klu org yg tau menau jmpe pastu bukak…
      Kan lbh selamat klu ade taging..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.