Merungkai Misteri – Kisah 3 Beradik (Bhg. 2 & 3)

#Part2

“Shamsuri… Rahman… Kau kat mana ni?” Aku jerit perlahan je. Time ni aku dah cuak. Suara aku seolah2 berbisik dengan jalan menunduk2 konon2 mcm perompak dalam rumah ni.

Aku meraba2 sewaktu nak berjalan. Hanya berpandukan cahaya bulan yang terang untuk melihat keadaan dalam rumah. Yela. Rumah ni atap pun berlubang sebab ada satu pokok besar dah menjalar keluar dari atap ni.

Haih. Kenapa laa setiap kali aku join pengembaraan dorang ni mesti bulan mengambang… Seram pulak tiba2. Even aku memang tak percaya benda2 ni, tapi cuak tetap cuak!

.

Elok aku tengah mencari2 sekeliling rumah, tiba2 angin menderu2 masuk. Perhh. Sejuk yakmat! Bukan sejuk biasa2 ni. Sejuk mencacak.

Zreeettt…. zroottt…. zreeettt… zroottt…

Tiba2 pintu utama ni terbuka, tertutup. Terbuka, tertutup. Pintu ni tinggal sebelah je. Sebelah lagi dah tercabut. Rumah uzur katakan.

Tappp… tapp…. tappp… tappp…

Tingkap pulak tinggal rangka. Pun sama syok join sekaki nak memeriahkan bunyi2 kat sekeliling aku.

Daun2 dalam rumah habis berterbangan.

Aduhhh. Mana dorang ni! Dorang tinggalkan aku ke ape ni!

.

Aku menapak perlahan ke bahagian dapur belakang. Satu2 pintu aku tolak nak cari dorang. (Bapak aku kan berani. Kalau aku, aku prefer pengsan sampai pagi daripada nak mencari dorang tu.)

Aku tengok setiap kali aku jalan, daun2 ni mengikut.

Aku pusing.

Eh elok pulak dia bertempiaran. Aku teruskan mencari. Tapi aku rasa belakang aku macam ada mengikut. Daun2 seolah2 bergerak ke arah aku.

Aduhh. Time2 mcmni pulak lutut dah ketar. Bila aku pusing je, elok pulak daun2 ni. Aku jalan balik, dia macam mengikut. Takkan aku nak jalan pandang belakang?

Eh tak boleh jadi ni! Aku kena lari cepat2.

Aku terus lari ke belakang dan tolak pintu bilik air.

“Eh Shamsuri! Kenapa kau tidur di sini? Bangun2. Rumah apa kau suruh kita tidur ni? Habis semua berpecah! Ini semua idea kau lah ni Suri!” Marah aku. (Actually, bapak aku dah start takut ni. Acah2 je marah orang lain.)

Shamsuri terpinga2.

“Eh. Kenapa saya dalam tandas? Mana Rahman? Kan saya sudah bilang pada tuan, rumah ini berhantu!!!” Jerit si Shamsuri.

“Diamlah mulut kau ni! Tak habis2 hantu saja kau fikirkan. Kalau ada perompak? Tak kah sia2 kita m**i disini ?” Marah aku.

“Rahman mana? Mari kita cari Rahman segera. “Benda” ini yang alih2kan kita. Ayuh cepat tuan!”

Kelam kabut aku dan Shamsuri berlari keluar. (Aku syak bapak aku jalan pimpin2 tangan. Mustahil lari gitu je.)

.

“Rahman!! Kau di mana??!” Jerit Shamsuri.

“Perlahankan suara kau tu! Kita cari saja. Ini tempat, kita taktau ada harimau ke atau binatang buas yang lain. Kau buat bising, lain pula yang datang!”

“Tuan takut ya?” Shamsuri sempat mengenakan aku.

“Mana ada! Kau yang buat hal! Elok2 kita ada rumah yang selesa untuk tidur, tapi kau ajak tidur disini. Menyesal aku ikut idea kau. Sekarang, Rahman tak jumpa2 lagi!”

Shamsuri cuma menunduk. Aku kalau marah, memang semua orang takut sikit. (Kan aku dah cakap. Suara bapak aku macam pakai speaker bila tengking orang)

Elok kami nak melangkah longkang, kami lihat sekujur tubuh di dalam longkang.

“Eh Rahman!” Jerit aku.

“Rahman! Bangun2. Apalah nasib kau kena alih dalam longkang. Kat luar pulak tu. Muat2 size kau. ” kata Shamsuri.

“Allahuakbar! Mcm mana aku boleh lena dalam longkang ni? Kau semua pedajalkan aku ya?” Marah si Rahman.

“Sudah2. Kau berdua jangan bergaduh. Sekarang ni, rumah ni aku rasa mcm ada masalah. Masing2 tak sedar kenapa kita ada kat tempat lain2. Aku tak mahu tahu itu semua kerja siapa. Aku cuma mahu pulang saja sekarang ini.”

Shamsuri dan Rahman terdiam. Masing2 lihat hutan belukar di luar sana.

“Tuan, masih gelap lagi ni. Apa kata, kita tunggu lagi sekejap sahaja disini sehingga langit cerah?” Tanya Rahman.

Aku mula fikir2. Betul juga. Bahaya. Aku dah la ketua. Apa2 jadi kat budak 2 ekor ni, naya aku.

“Baiklah. Sekarang baru pukul 2 pagi. Lagi 4 jam sahaja kita bertahan sebelum jam 6 pagi. Kita berkumpul di ruang tamu. Tp tiada siapa boleh tidur!” Arah aku.

Takut juga kalau tidur lagi sekali, semua hilang entah ke mana.

.

Kami berkumpul di ruangan tamu. Masing2 duduk diam membisu. Aku hanya tenung muka Shamsuri dgn wajah tak puas hati. Geram! Bengang!

Aku ambil tali di lantai. Lalu aku ikat sebelah kaki aku dan sambung di kaki Shamsuri. Kemudian, sambung pula di kaki Rahman.

“Tuan buat apa ini?” Tanya Rahman.

“Ini langkah berjaga2. Takut2 salah seorang daripada kita tertidur. Jadi bila dia bergerak yang lain boleh rasa.” Jawab aku.

Aku fikirkan 4 jam itu sekejap. Tapi tidak. 4 jam itu umpama 4 tahun bagi kami!

.

“Tuan, saya mahu buang air besar ni. Sudah tak tahan !” Kata Shamsuri

“Haih kau ni Suri. Ada saja masalah kau. Kau buang saja di penjuru sana . Jangan pergi jauh2!” Bengang betul aku dengan Shamsuri ni. Ada je problem dia. Lalu aku pun kuakkan sedikit kaki aku supaya dia boleh melabur jauh sikit . Tali masih berikat.

Tiba2, bunyi harimau. Kemudian, bunyi serigala mendayu2 dari jauh. Ah sudah!

Bau busuk sudah membuak2 masuk ke dalam lubang hidung aku. Aku cuba untuk bertenang.

“Lega sudah Tuan. 3 hari saya tidak boleh berak. Harini pula tiba2 mahu berak.” Kata Shamsuri.

Ah bodoh. Bau taik kau rupanya! Aku fikirkan bau apa tadi! (Padahal bapak aku pulak nak terkencing waktu tu. Tapi acah2 macho je depan member2.)

“Oii Rahman! Kau jangan tidur lah! Elok pulak kau nyenyak ya.” Marah aku.

Dah la bengang dengan Shamsuri. Si Rahman ni pula buat2 releks macam takda apa2. Seolah2 macam dorang kenakan aku pula.

.

Mata aku dah pedih. Mengantuk mula menguasai diri. Aku lihat jam di tangan.

“Sudah pukul 4. Lagi 2 jam ni.” Aku mendengus.

Nak tidur, takut pula jadi lebih teruk. Aku lihat, dua2 kuli aku sudah lelapkan mata. Aku je yang tak boleh nak lelap. Rumah apalah yang dorang bawa ni!

Tiba2 aku nampak mcm ada bayang2 di sebalik sinaran bulan. Aku lihat dulu sebelum kejutkan mereka.

Makin lama, aku lihat bayang2 tersebut seolah2 menghampiri kelompok bulatan kami.

Aku gegar2kan kaki dengan harapan si Shamsuri ni tersedar. Tapi sialan! (Macam dalam sinetron kan? Zoom in, zoom out muka bapak aku). Ah!! Dia tidur m**i pulak!!

Aku menjerit nama dorang. Masih tiada respon!

Bayang2 tersebut makin menghampiri aku. Dan jelas, itu suara harimau!

“Surii!! Rahman!! Bangunn!!!” Terus terkeluar suara aku. Tadi menjerit tak keluar2. Ni terus laju keluar suara jantan aku. (Aku syak tadi jeritan batin je. Bukan terkeluar lg suara bapak aku ni. Kata tak takut….)

Tiba2 bayang2 tersebut seolah2 berkecai jadi abu.

“Kenapa tuan? Ada apa tadi?” Tanya Shamsuri sambil gosok2 mata.

“Aku tak kira! Sekarang juga kita keluar dari rumah ini! Macam mana cara kita masuk, macam itulah kita keluar!!” Jerit aku.

Aku dah tak tahan. Aku nak balik jugak! (Bapak aku ni nak balik sb dia tak tahan nak kencing je ni. Aku syak la sb dia kan trauma kencing merata. )

“Sekarang? Baik2.”

Shamsuri dah mula gelabah. Dia tak berani nak melawan kata2 aku waktu ni sebab aku dah betul2 naik angin! Aku tak peduli. Gelap ke ape ke. Janji keluar dari rumah ni!

.

Kami redah hutan semula ikut cara kami masuk tadi. Kami tawakal sahaja. Harap2 laluan kami ini betul hingga ke jalan utama.

.

Alhamdulillah. Kami berjaya pulang ke rumah masing2 dengan selamat.

Tiba hari Isnin, aku ke pejabat seperti biasa.

Macam biasa, pagi2 aku wajib ambil kehadiran sorang2 untuk check kehadiran pekerja2 aku sekalian.

“Rahman? Shamsuri?” Aku jerit nama si bertuah ni.

“Tak hadir tuan.” Jawab salah seorang pekerja aku.

Aik? Kenapa pulak 2 ekor ni. Aku pun malas nak pusing2 kepala. Mana tau dorang masih takut lagi ke pasal tempoh hari.

Tapi hari berikutnya, dua2 masih tak hadir juga. Pelik!

“Mana pergi 2 umat manusia ini? ” tanya aku.

“Khabarnya sakit teruk tuan. Bukan sakit biasa. Kena berubat kampung.”

Sakit teruk macam mana ni. Aku jadi musykil. Lalu aku putuskan utk ziarah kedua2 sahabat aku ni.

.

“Assalamualaikum.” Aku beri salam.

Shamsuri dan Rahman ni tidur berdua di rumah sewa. Jadi senang la aku ziarah serentak.

Sepi.

Aku kuak pintu yang tak berkunci.

“Rahman! Suri! Aku ni!” (Bapak aku takyah kenal2kan nama. Orang semua tau dah suara dia mcm mana)

Aku lihat Rahman dan Suri terlantar di atas tilam dengan badan terketar2.

“Kau berdua sakit kah?” Tanya aku.

“Iya Tuan. Ini bukan sakit biasa. Ada benda menyucuk2 dalam badan kami. Maafkan kami kerana tidak hadir bekerja. Kami betul2 tidak larat.” Jawab Rahman terketar2.

Banyak jugak selimut yang digunakan. Padahal matahari terik. Tp dorang kata sejuk.

Tiba2 datang ustaz2 masuk ke dalam rumah.

“Tuan ini siapa?” Tanya ustaz tersebut pada aku.

“Saya tuan kepada pekerja sy yang berdua ini.”

“Tuan juga mengikut mereka ke rumah tersebut?” Tanya ustaz tu lagi.

“Ya . Kenapa tuan?”

“Kalian mencari penyakit. Rumah itu memang berhantu. Siapa yang masuk, pasti tiada jalan keluarnya. Rata2 semua ghaib disitu. Tapi kalian masih panjang usia. Allah masih selamatkan kalian.

Jangan diganggu tempat2 mereka. Mereka itu wujud. Kita sahaja tidak nampak.” Panjang berjela ustaz ni tazkirahkan aku. Aku cuma menganguk je.

.

Ustaz tu mula baca2 pada Rahman dan Shamsuri. Alhamdulillah. Tiada pula adegan menyeramkan bulu roma. Takde rasukan atau sampukan.

Tiba2 dorang sembuh seperti biasa. Syukur alhamdulillah. (Aku harap bapak aku tobat lepasni)

.

Kami bertiga makin akrab. Waktu ni, aku sudah jauh terpesong. Aku suka main nombor. (Dasyat gila bapak aku ni lahaii)

Aku enjoy dengan life bersama kawan2 sehingga aku tolak ketepi urusan agama.

Elok kami tengah lepak di warung, tiba2 datang seorang lelaki tua terbongkok2 masuk ke dalam warung dan duduk di belakang aku.

“Tuan! Tuan! Itu… ituuu!” Shamsuri mula bersuara sambil tunding2 ke arah belakang aku.

Aku toleh. Aku lihat pakcik tua sedang order air kopi secawan. Di sebelahnya ada tongkat uzur daripada kayu.

“Kenapa?” Tanya aku.

“Tuann… itu orang hebat tuan!!”

“Hebat apa? Sudah tua membongkok . Itu yang dikatakan hebat?” Jawab aku sambil teguk kopi di meja.

“Dia itu pawang hebat! Dia boleh ramal nombor! Dan semua yang jumpa dia pasti menang!” Muka Shamsuri beriya2 menghasut aku.

“Apa kata, kita cuba. Mahu?” (Aku pulak rasa nak teleng si Suri rumah tangga ni. Idea semua mcm setan)

“Betul kah? Ok aku cuba tanya dia.”

.

Aku pusing badan ke belakang. Dan amik tempat di sebelah pakcik tersebut.

“Assalamualaikum pakcik. Sihat?” Tanya aku berbasa basi.

“Apa kau mau?!” Jerkah dia dengan mata merah.

“Tiada apa2. Saya cuma nak belanja pakcik minum kopi sahaja. Ini saya belanja.” (Pandai gila bapak aku ni usha orang. Patut mak aku boleh sangkut kalau cmni punya gaya)

“Kau pasti inginkan sesuatu!”

“Iya. Mereka kata, pakcik boleh ramalkan nombor ekor. Benar?” Bisik aku di telinganya.

“Benar. Jadi kenapa?!”

“Boleh tolong tilikkan nombor kami? Kasihanilah kami. Kami orang susah. Jika kami menang, kami bagi 10% setiap seorang pada pakcik.” (Belum menang dan berjanji? Gila kentang bapak aku ni punya matlamat ke neraka)

“Betul? Boleh. Tapi ada syarat2nya.” Dia mula berbisik.

“Apa syarat2nya?” Aku cuba dekatkan wajah.

“Aku boleh bawa kalian. Tapi kalian perlu berjanji! Jika ada apa2 berlaku, kau jangan lari! Duduk sehingga aku habiskan kerja aku! Kau faham?!”

“Apa yang berlaku?” Tanya aku lagi. Yela. Minta nombor je pun.

“Waktu tu, pakcik sudah tidak sedar. Akan ada yang ambil alih. Pakcik tak dapat tengok apa2 kecuali kalian yang akan nampak siapa disekeliling kalian!”

Aku cuma tergelak. Nampak mende. (Betul lah. Bapak aku ni memang kerek gila muda2.)

“Yelah2. Kami janji! Janji nombor kami menang!” Jawab aku laju.

“Baiklah. Kau wajib bawa 6 helai daun sirih yang sudah diracik2. Sedikit kemenyan. Dan kapur. Kemudian, pukul 11.45 malam, semua sudah berkumpul disini. Malam jumaat, kita naik ke atas gunung sana.” Sambil tunding jari.

Gulp! Mintak nombor sampai panjat gunung?! Ah tak kisah lah. Janji aku menang.

.

Lalu bermulalah pengembaraan seterusnya aku bersama Shamsuri dan Rahman demi menilik nombor ekor.

.

Tepat jam 11.45 malam, masing2 dah berkumpul di warung.

“Semua sudah ada? Barang2 yang aku minta kau bawa? Jika ada, Marilah kita terus naik ke sana.” Kata pakcik tua tersebut.

Malam ni, malam mengambang lagi. Haihh. Macam kena pulak setiap kali aku nak buat jahat, tapi bulan menyeramkan.

“Pakcik naik dengan saya. Shamsuri dengan Rahman.” Arah aku.

Lalu kami mulalah menuju ke hutan gelap di sana. Dan sekali lagi, terpaksalah tinggalkan motor di bawah.

.

“Kau berdua belakang aku.” Arah aku pada Shamsuri dan Rahman.

“Pakcik depan saya. Saya mana tau mana nak pergi.” Aku menyengih.

Pakcik tua tu hanya memberi jelingan tajam. (Dah bapak aku annoying mcm aku. Bengang la orang tua tu nak melayan)

Zupp zappp zupp zapp…

Laju orang tua tu redah hutan.!

“Pakcik! Slow2 lah pakcik. Sudah lah gelap.”

“Kau hati2..situ ada lubang!” Jerit pakcik tua tersebut.

Hebat. Semua benda dia tau. Lubang ular lah, sarang rimau lah. Memang pro habis!

.

Alhamdulillah kami sampai di puncak gunung. Bulan sebesar2 alam terpacak atas kepala kami.

Rupanya atas ni penuh dengan makam2 lama!

Aku lihat , pakcik tua tu terus duduk bersila di atas salah 1 makam disitu. Kemudian, dia bakar kemenyan yang aku bawa itu. Sirih dan kapur tu dia lipat2 dan masuk ke dalam mulut.

“Kau bertiga, wajib mencangkung! Jika ada apa2 bunyi di belakang, jangan toleh. Jika ada bunyi di hadapan, jangan lari! Kau faham tak?! Pakcik dah nak mula. Kejap lagi pakcik pengsan. Pakcik tak sedar dah!” Arah pakcik tua tersebut.

Kami hanya mengangguk sambil cangkung. Aku tengah2 mcm biasa. (Serius waktu bapak aku cerita ni, aku teringat cerita Ngangkung)

“Yaaa mambangggg tanahhh mambangg biru mambanggg kembang semangkukk… aku bawak 3 budak mangkuk lagi sesat datang mintak nombor…” pakcik tua ni mula menyeru dengan bahasa pelik. (Sorry. Aku taktau bahasa apa. So aku translate ikut budaya melayu. Ok ke maksud mcmtu?)

Selang beberapa minit, pakcik ni seolah2 dirasuk dan terus rebah!

.

Tiba2 aku lihat di hujung sana ada 4 biji mata. Seolah2 ada 2 makhluk. Belakang aku pula seperti ada benda menjalar.

Tiba2, pakcik ni bersuara. Suara dia berubah!

“Kau mahu apa??!!!!”

Ah sudah….

.

#Part3

“Kau mahu apa??!!!!”

Aku dah mula gelabah. Kenapa suara pakcik ni berubah?! Aku tak pernah dengar suara seseram suara pakcik ni. Aku bukan takut. Tapi aku cuma pelik kenapa lain pula suaranya. (Bapak aku still pemegang carta manusia paling kerek dan tak nak mengakui langsung kewujudan makhluk ghaib)

Aku lihat, 4 biji mata tu semakin menghampiri aku. Mata bercahaya. Bulat. Seolah2 sedang merenung tajam tepat kat mata aku.

“CEPAT CAKAP!! KAU MAU APA!!!”

Waktu ni, semua torchlight tertutup. Pakcik tua tu dah cakap, jangan bukak selagi tak selesai. Jadi kami bertiga cangkung dalam keadaan gelap gelita dan hanya diterangi dengan cahaya bulan semata.

Aku dah mula gelisah. Pakcik ni dah tumbang. Depan ni ada 4 bijik mata yang makin dekat. Belakang aku ni pulak bunyi mcm benda menjalar dalam semak samun. Arghh! Amende ni?! Pakcik ni ni tak cakap pun ada benda2 seteruk mcmni?! (Aku syak, bapak aku dah cirit time ni alang2 tengah mencangkung tu. Dia je bising dari tadi.)

“Shamsuri! Kau ni gila lah! Apa benda kat depan tu!! Belakang kita ni pula ada bunyi menjalar. Aku mau balik!” Bisik aku kat Shamsuri.

“Shhh.. Diam tuan. Jangan bising2. Kan dia sudah bilang, jangan bising dan jangan lari.”

“KAU MAU APA!!!!!!” jerit pakcik tua ni seolah2 marah pada kami bertiga yang sedang rancak berbisik. Suaranya garau seperti suara orang tua yg berkahak.

Aku lihat dari jauh, 4 bijik mata makin menghampiri pakcik tersebut. Aku syak harimau! Ya! Aku yakin itu harimau! Seolah2 seperti sepasang. Satu jantan. Satu betina. (Memandai je bapak aku ni. Entah2 kunyit ke dua2 ekor tu)

Semakin benda tu mendekat, semakin jelas suara ngauman harimau. Ini bukaan cobaan dah ni! Ini betul2 rimau!!!

Belakang aku ni, wallahu’alam. Aku tak berani nak pusing. Entahkan ular atau kala jengking pun aku taktau. Tapi kaki aku seolah2 ada benda merayap.

Aku tak kira. Aku nak bukak torchlight jugak! Apa nak jadi, jadi lah! Benda tu dah makin dekat. Yang kat bawah ni pulak, dah start meraba! Pakcik ni pulak tak guna sebab dah pengsan. Dok tanya “apa kau mau, apa kau mau”. Aku lesing juga orang tua ni!

.

Tangan aku laju bukak torchlight. Aku terus suluh ke arah pakcik tua tu.

Dia terbaring dengan mulut berbuih2 d***h! Allahuakbar! Aku mintak nombor, kau minum racun dah kenapa?! Aku tak kira! Aku nak balikkkkk!! (Confirm time ni bapak aku dah rabak menangis)

Aku suluh pada 4 bijik mata tersebut. Ya! Itu harimau! Gila!!! Tempat apa ni!

“Shamsuri, Rahman!!! Kau lihat tu!!” Aku terlompat dan menjerit sekuat hati.

“Aku tak kira. Aku kira sampai 3, masing2 semua lari!!”

“Satuuu.. Dua… tiga… Lariii!!!”

Kalau waktu pergi tadi, aku di hadapan sebab penakut. Kali ni, aku juga di hadapan berlari nak selamatkan diri pun kerana “takut”. Aku tak kisah kawan2 aku kat belakang nak ikut ke tak. Yang penting, aku selamat! (Tagune punya kawan.)

Lalu, berlari lah aku sepantas kilat. Aku rasa aku pulak lagi laju dari kilat sebab sekejapan aku dah sampai ke bawah! Tadi rasa mcm berjam2 nak naik ke atas gunung ni. Tp, ni baru berapa saat aku dah berada di parking motor.

.

Rahman dan Shamsuri masih berpandangan sedangkan aku dah start enjin motor kat bawah. Harimau tu dah makin jelas di mata dorang. Makin lama, makin hampir dan dorang masih lagi statik kerana takut dengan pesanan pakcik tua tu. (Lariii weh!! Lari!! Tuan Syed dah lariii tu. Sempat pulak kau acah2 mcm sinetron. Bongok! ini mesti korang yg cakap kan)

Tanpa fikir panjang, si budak 2 ekor ni pun sama lari tinggalkan pakcik tua tu di atas makam lama. Mungkin dorang dah nampak memang betul2 harimau kat depan mata kami bertiga tu!

.

Aku terus start motor dan tinggalkan dorang semua. Aku taubat! Aku betul2 taubat! Aku taknak m**i dalam keadaan mcmni.

YA ALLAH!! JANGAN KAU JADIKAN PENGAKHIRAN HIDUP AKU DALAM KEADAAN BEGINI!! AKU BENAR2 BERTAUBAT YA ALLAH. SELAMATKANLAH AKU!! (Alhamdulillah. Bapak aku dah dapat hidayah waktu ni.)

.

Sampai sahaja di rumah, aku terus taubat nasuha. Aku sujud lama menangis teresak2 mengenang dosa2 aku. Allahu.. Jahilnya aku.

Sedangkan bapak saudara aku membesarkan aku dengan penuh keagamaan. Aku sahaja yang terlalu ikutkan rentak muda aku waktu itu. Aku sudah terlalu jauh terpesong kerana terlalu seronok dengan kebebasan dunia sedangkan aku lupa ini semua sementara!

“Ya Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu. Aku berjanji, aku tidak akan menduakanMu dengan sesuatu. Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku semata2 keranaMu, ya Allah!”

Aku menekup wajah aku dengan bahu terhinjut2. Aku rindukan belaian mak dan bapak aku. Kalau mereka tahu, aku begini, pasti mereka terseksa di sana. Maafkan aku! Aku jahil!!

Lalu, aku terlena dengan tangisan keinsafan pada malam tersebut. Yang pasti, aku benar2 insaf. Dan tidak akan mengulanginya lagi.

.

Keesokan harinya, macam biasa aku melepak di warung bersama Rahman dan Shamsuri pada jam 6 pagi. Zaman ni 6 pagi dah terang. Orang dah pergi kerja.

“Tuan! Kata tidak takut! Tapi kenapa tinggalkan kami berdua? Jika berlaku apa2 semalam bagaimana?” Marah betul si Shamsuri kali ni. Selalunya dia yang aku tengking. Tapi harini dia pulak tengking aku.

“Iya lah Tuan Syed. Kami sudah tak cukup nafas nak kejar tuan. Saya fikirkan, tuan sudah dimakan harimau!” Jawab di Rahman pula.

“Sudahlah kau berdua. Aku sudah taubat. Aku tidak mahu mendengar atau mengikuti kata2 kalian lagi. Kalian banyak mengajak aku ke tempat yang tidak elok. Aku benar2 sudah taubat pada Allah. Aku tidak akan sesekali mengikuti kalian utk bermain nombor. Aku tidak mahu m**i dalam keadaan begitu. Kita sudahlah anak yatim. Tiada bapa. Tiada ibu. Tapi kita sudah susahkan mereka di akhirat sana dengan perangai tak senonoh kita ni!” Jawab aku lemah.

Semua diam membisu. Masing2 menundukkan pandangan.

Tengah syok melayan perasaan, tiba2 aku terdengar bunyi detakan kayu di belakang dengan suara termengah2. Aku menoleh.

“Eh pakcik? Saya fikirkan pakcik sudah dimakan harimau!” Laju je mulut aku cakap.

“Sial kau bertiga! Nasib baik kau bertiga selamat! Sepatutnya kau bertiga sudah mampos! Aku turun dari atas gunung sana sampai ke bawah dengan berjalan kaki! Kau bertiga sudah berjanji tidak akan lari jika apa2 berlaku. Tapi kenapa kau lari?! Kau tak takut m**i?!” Jerkah pakcik tua ni kat aku. Melenjis segala air liur dan air peluh ketiak dia kat aku. Gila lah. Dari atas sampai ke sini dia jalan. Kuat juga orang tua ni!

“Maafkan kami pakcik. Pakcik tidak beritahu pada kami yang suara pakcik akan berubah.” Aku cuba pertahankan diri.

“Kan aku sudah bilang! Aku tidak sedar diri! Aku sedang “menurun”!! Kau tahu tidak “menurun” itu apa?! Saat aku menyeru roh di makam tersebut, roh itu akan masuk ke dalam badanku menggantikan diri aku. Saat dia bertanya, kau wajib jawab!”

“Tapi di belakang pakcik ada 2 ekor harimau! Belakang kami seperti ada benda menjalar. Entahkan ular sawa pun kami tidak tahu!”

“Aku sudah kata!! Apa yang kau nampak, apa yang kau dengar, jangan peduli. Jangan lari! Tetap mencangkung sehingga dia berikan apa yang kau minta!

Ah sudah lah kau bertiga! Aku bersumpah pada hari ini, tiga2 muka ini aku cam sampai m**i dan tak akan bawa lagi kau di gunung sana!”

Elok pakcik ni nak beredar, aku rentap tangan dia.

“Jadi, harimau itu bukan harimau sebenar?” Tanya aku.

“Itu harimau jadian! Kau bertiga memang panjang usia. Tak pernah lagi aku jumpa manusia bertiga seperti kau yang lari waktu aku sedang “menurun”.

Jika lari, bahananya “m**i”! Kau patut bersyukur, saat kau lari bersama motor2 kalian, 2 harimau ini tidak halang dan terkam kau di tengah2 jalan! Aku pun tidak tahu bagaimana kau masih hidup pagi ini! Aku sumpah! Tak akan bawa kau bertiga lagi!”

Pakcik ni laju terhincut2 keluar dari warung. Kami bertiga terdiam. Ya salah kami kerana mengingkari janji. Tapi syukur alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan buatku utk bertaubat. Jika benar apa dikatakan pakcik tua itu, pasti pengakhiran hidup aku ini dalam keadaan yang saat2 teruk dan menyeksakan. Terima kasih ya Allah!

.

Hari demi hari. Bulan demi bulan. Tahun demi tahun. Aku dinaikkan pangkat kerana prestasi kerja aku semakin bagus.

Ketua jabatan aku pernah tegur aku. Kerana pernah satu hari, aku tumbuk salah seorang pegawai atasan dalam bilik mesyuarat kerana waktu tu, kesemuanya India. Jadi dorang syok cakap menggunakan bahasa India. Bukan English. Aku bengang sebab tak faham, so aku debikkan sekali. (Cayalah bapak aku. Mcm hero Tamil kot)

“Syed, you are a very nice boy. Unfortunately, you’re badly brought up! (Syed, awak budak yang sangat baik. Malangnya, awak dibesarkan dlm keadaan yang teruk)” kata Ketua Jabatan aku.

Ya. Aku teruk. Aku akui aku memang kerja bersungguh2. Cuma jangan cari pasal. Aku mudah melenting. (Bapak aku ni ada d***h pahlawan Hang Tuah waktu tu. Tapi kalau hang percaya, hang bodoh la.)

.

Aku dah mula rasa senang dengan prestasi aku. Syok la kuli2 bawahan aku makin ramai. Dan pada masa yang sama, aku makin dekat pada Allah. Aku dah tak pergi ke tempat bukan2. Semua rezeki ini datang dariNya.

.

“Tuan Syed, tuan percaya makhluk ghaib?” Tanya salah seorang kuli aku.

“Tidak. Aku tak percaya.” Jawab aku angkuh.

“Tapi makhluk itu wujud tuan. Anak saya sakit. Saya tidak tahu mahu berubat di mana.”

“Lagi sekali kau bagi alasan ni, aku tumbuk muka kau!”

Aku masih tak percaya dan tak pernah nak percaya! Jika orang tu berada di tepi gaung , aku pasti tolak dia. Jika di tepi sungai, pasti aku humban ke dalam sungai itu. Mengarut! Ada saja alasan tidak mahu ke tempat kerja.

Aku tak suka nak melayan kisah2 mistik di pejabat. Bila aku dengar, pasti aku tengking mereka semua. Sudah2 la tu membongak je kerja!

.

Satu hari, aku ternampak ada sebuah kuarters kerajaan yang tersergam indah. Banglo 3 tingkat berkonsepkan English. Mewah! Orang kata, rumah ini sudah ditinggalkan 30 tahun sewaktu dibawah jajahan English. Tiada siapa yang duduk di sana.

“Tuan, berapa kah sewa kuarters banglo di atas bukit itu?” Tanya aku pada ketua jabatan.

“Kau mahu kah Syed?” Ketua Jabatan menyoal aku kembali.

“Jika murah dari rumah kampung yang saya sewa ini, ingin juga saya mencuba.”

“Berapa rumah sewa kau sekarang?”

“RM30 sebulan, Tuan.”

“Baiklah. Amik kunci ini. Kuarters banglo itu hanya RM5 sahaja sebulan (waktu zaman bapak aku la. Zaman ni Rm5 pun cukup2 untuk kau makan nasi ayam sepinggan. Bukan sebanglo). Kau cubalah dahulu.” Laju ketua jabatan aku menghulurkan kunci.

“Biar betul? Murahnya! Terima kasih Tuan!!”

.

Seronoknya aku saat memegang kunci banglo tersebut. Menyanyi2 sakan aku.

“Shamsuri! Rahman! Aku sudah jadi orang kaya! Aku sekarang tidak tinggal di rumah sewa di kampung sana. Rumah aku sekarang di banglo atas bukit itu.”

Aku bersiul2 keseronokan. Tapi kuli2 aku cuma mendiamkan diri.

“Biar benar Tuan? Rumah itu tiada siapa pernah duduk di sana! Katanya, ada penunggu!” Kata Shamsuri.

“Sudah lah kau Suri! Kau ni otak mcm dalam tempurung!” Bidas aku.

Lalu aku pun mulakan misi untuk berpindah ke dalam rumah tersebut.

.

Wahh! Lengkapnya dengan perabot antik! Mewah! Ada 5 bilik. Hebat!!

“Tuan. Tuan serius?” Tanya Shamsuri lagi selepas siap mengemas habuk2 di rumah ini.

“Apa yang tak serius? RM5 sahaja Suri rumah ini sebulan. Banyak dah aku berjimat utk simpanan kahwin aku nanti. Lihatlah! Penuh dengan perabot. Aku tak perlu rungsing apa2 lagi.” Jawab aku.

“Baiklah Tuan. Jika ada apa2, segerakanlah keluar dari rumah ini.”.

Aku hanya buat2 tak dengar. Malas! Muak! Jemu! (Tunggu la kejap lagi bapak aku confirm mendapat)

.

Malam pertama aku tidur, ok sahaja. Tiada apa2 yang pelik.

Aku ke ofis seperti biasa. Setiap kali aku sampai di muka pintu, pasti kuli2 aku sudah tercegat di luar.

“Tuan! Tuan sihat? Bagaimana dengan rumah itu? Ok kah? Ceritakanlah pada kami apa yang berlaku.” Habis semua kerumun aku.

“Kalian ni! Tak habis2 dengan cerita lapuk. Hantu lah. Setan lah. Ada saja nak takutkan aku. Lihat, aku ok saja datang ke ofis.”

Hari2 aku kena hadap soalan sama. Genap seminggu, dorang tanya lagi soalan yang sama. Aku dah penat nak menjawab.

“Kalau kau tak percaya rumah itu ok, marilah tidur di rumah aku!” Aku cabar mereka pula.

Masing2 terdiam.

“Benarkah? Tiada apa2 berlaku? Pelik! Baiklah. Malam ni, kami ikut tuan dan bermalam di rumah tersebut.” Jawab Shamsuri.

Maka, selepas habis waktu bekerja, kami bertiga terus berkemas utk pulang ke kuarters banglo.

.

“Inilah rumah aku. Masih sama saja kan macam kau datang dulu? Ada apa2 perubahan?” Kata aku sebaik melangkah masuk.

“Seramlah Tuan. Tiba2 kami meremang.” Jawab si Shamsuri.

“Kau punya perasaan sahaja! Sudah lah. Aku nak mandi di tingkat atas. Kau pilih la mana2 bilik.”

Lalu aku naik tinggalkan mereka berdua.

Tengah syok mandi, elok aku keluar, aku lihat dua2 terpacak depan bilik air aku. Omakkaugreencolor! (Ok aku tipu je. Bapak aku mana ada kuat melatah)

“Tuan!! Sekarang juga kami mahu pulang! Kami tidak mahu tidur di sini. Maafkan kami. Kami tidak sekuat tuan!” Terketar2 si Shamsuri bercakap dengan wajah ketakutan dan lencun aku lihat baju dan seluar dia. Peluhkah?

Belum sempat aku berkata apa2, terus dorang lari mcm tak ingat dunia.

“Sukahati kau berdualah. Terlalu taksub percaya sampaikan begini cara kau takut.” Aku terus masuk ke bilik utama.

Elok aku tengah sibuk mencari2 baju dalam almari, tiba2 bau wangi sekuat2nya di dalam bilik. Selama ni tak pernah pula.

“Tak kan Shamsuri pecahkan minyak botol dalam bilik aku? Kuat sungguh bau. Tapi bau macam minyak wangi wanita.” Aku cuba mengagak. Tapi waktu ni, tiba2 aku rasa meremang.

Aku buat2 taktau. Aku terus menongeng cari seluar kecik di dalam laci.

Tiba2, lampu mula berkelip2.

“Lampu dah nak terbakar? Hari sudah gelap. Time ni pula kau terkelip2!” Bentak hati aku.

Tiba2, air bilik air aku mandi terpasang sendirinya. Deras! Seolah2 orang sedang mandi.

Gulp! Aku masih statik.

Bilik air di tingkat bawah pula bunyi. Dan begitu juga di atas. Kesemua lampu2 rumah aku seolah2 sedang rancak berkelip2. Bau wangi masih menyucuk2 dalam lubang hidung aku.

Selang 15 minit, keadaan menjadi reda. (Keadaan je reda. Tp jantung bapak aku tengah remix lagi tu)

.

Aku solat magrib dan isyak seperti biasa. Selepas solat isyak, aku turun ke bawah utk menonton televisyen.

Tengah syok2 layan movie Fast Furios -3 (acah je. Bapak aku tengah layan Saloma tu), tiba2 ada sesuatu berguling2 bawah kaki aku.

Aku menundukkan kepala. Ada batu2 kecil di bawah kaki aku. Betul2 tepat kt kaki.

“Aik. Mana datang?” Masa ni aku tak takut lagi. Sebab ingatkan batu biasa.

Aku dengar , ada bunyi berguling lagi. Aku lihat ke bawah, kuantiti batu2 kecil itu semakin bertambah. Gila! Mana datang ni?!!

Aku kekalkan posisi menunduk untuk lihat batu ini datang dari mana. Selang 10 saat, batu2 kecil itu berpusing2 ibarat di atas angin, kemudian jatuh tepat bawah kaki aku. (Confirm bapak aku ni dah cuak ni. Aku yakin)

Tapi tak. Aku tak cuak mcm si KS ni sangkakan. Tp aku excited!

“Gilalah! Batu boleh terbang! Hahahah! Baling lagi! ” (aku rasa bapak aku ni terlebih overdose berani. Taktau d***h apa. D***h B- mungkin. B-erani)

Batu2 ni makin rancak berguling2 dan aku kumpulkan dalam mangkuk. Syok. Terasa mcm terhibur.

“Eh. Cuba kau try baling kemenyan. Nak tengok sikit.” Cabar aku.

Selang 15 saat, 3 biji kemenyan berguling2 ke arah aku.

Waktu ni, aku bukan excited dah. Aku dah nak terkencing! Ini bukan benda sembarangan ni!!
kawan2 korang yang acah2 berani tu

.

Nanti aku tepek last. Takut panjang sangat korang baca dalam 1 post. Sorry ye. Jangan marah2. Sayang ketat2 kat semua followers KS dan haters KS yg banyak support naikkan rating kisah ni. Muah!

Yang Ikhlas menceritakan;
#TuanSyed a.k.a bapak aku.

Yang lelah, semput dan tenat menulis;
#KakakSado a.k.a sado luaran, lembut dalaman

#MerungkaiMisteri
#MerungkaiMisteri_Part2
#MerungkaiMisteri_Part3
#Kisah3Beradik

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Kakak Sado (KS)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

94 thoughts on “Merungkai Misteri – Kisah 3 Beradik (Bhg. 2 & 3)”

  1. Finally!
    Thank you #kakakSado.
    Im going to read this balik dari office nanti, kena focus.
    Lama tunggu sambungan dari #TuanSyed.

    Thank you! ;*

    Reply
      • Haha nama writer ni kakak sado la cikbambam.

        Btw, pe jd kisah u bdua.. Hahaha mcm hilang dr radar terus je singkong tuh..

        #dramasiang,keepcontinuepliss
        #tilljannahkan

        Reply
        • Haaa..kisah cinta kami terpaksa berhenti seketika..sume gara2 tiara..hahaha..

          **andai abang singkong baca komen cikbambam ni..nk bgtau 1 je..aku merindui mu..kakahkah?

          **background music (sungguh ku xmampu menanggung rindu ahh..ahh..)

          Reply
          • Hahaha abang baca je.. Tadi abang singkong bz latihan sukan lari dalam karung..

            **background music (ku terima semua ini.. Sudah kehendak takdir ilahi)

          • hahaha..ade abang singkong..harap2 tiara xde kt sini..fuhhh

            cikbambam bz jgk arini..ade latihan ballet..huhu

            **background music (berakhirlah semua ini..episod cinta ini)

          • Hahaha tu saje je tuh nak tarik tiara kann singkong.. Ltk pic lagi..

            Xserik2 lagi dia ni..

            To cikbam, bertabah la ye…

          • Adele.. Aku pelik je.. Orang lain ltk pic n tuka pic awat dia x kecam.. Aku punya pic pula dia nak hadap.. Hahaha

          • Sesame bz rupanya kita ye cikbambam..

            **diri kat luar bilik sambil tgk bulan(bulan x de sbb ari nak hujan tp sje je diri situ nak ambk feel)

            **background music (malam kau bawalah rinduku untuk dirinya yang jauh dariku)

            Ciaciacia

          • Hahaha ko ni kan.. Bt2 xtaw ke mmg xtaw..

            Tiara..oo tiaraa.. Dtg laaa… Abg keju mung ni ltk balik gmbr…

            Hahaha..
            Btw, plh 1 antara dua ye singkong.. Byk btl drama dlm ni..

          • sebab ko taste dia beb. sebab tu dia main kejar2 dgn ko. ?????

            wei, mcm mana nk letak gmbar. hahaha

          • Jangan d seru adele oii.. Hahaha biar la dia.. Nnt dia da penat dia diam la..

            Tetibe pula taste dia idup.. Haha Adik rashid oii.. Click avatar tu dulu.. Lepas tu register mail kau.. Lepastu update la apa yg patut..

          • hahaha..bizi tp masih menanti komen abang singkong..
            igt kan da puasa komen..

            apehal aku semakin jiwang ni..choiii..

            **selak langsir sambil mengira bintang..

            **background music (ku menyaksikan..dedaun kekeringan..)

          • Tapi an,
            Dok nmpak cam dia xkan give up tu… Untung la ad peminat, fanatik la tu… Org len yg writer xpelaa kann ad pminat, tp ko lg power… Tulis komen je pon.. Hahaha

          • Ok cikbambam.. I still support u dr blkg(belakang skali taw). Hahaha jgn diseru2 dah, nt muncul kat sni..

          • Itu yang aku pelik bin ajaib.. Orang lain yg tulis cerita knpa yg tulis komen yg di aniaya.. Haha

          • Sangkut pemikiran abang singkong tadi memikirkan lagu apakah yg cikbambam guna utk background music..

            **background music (engkau laksana bulan tinggi di atas kayangan.. Hatiku da kau tawan hidopku x karuan)

          • Tu lagu ct nurhaliza la abang singkong..
            hahaha..adui..kelaka btl..x jadik nk beromantik da..

            **senyum sorang2 depan laptop sambil lipat kain

            **background music (Malam ku bermimpi..Hai dengan satu bintang..Berkata-kata ku di jendela..Ku lihat kanda tersenyum memandang..Asmara bergelora..Meresap ke dada)

          • Lagu ct eh.. Arini cikbambam msak ape?..abang singkong dah makan mekdi tadi.. Hahaha

            **background music (tanya sama pokok apa sebab goyang nnt jawab pokok angin yg goncang)

          • arini cikbambam masak nasi goreng je..
            tinggal kan utk abg sikit..tp abg singkong da mkn mekdi plk..

            **background music (tanya sama angin..ape sebab goncang..nnt jawab angin tanya la awan..)

            ciaciacia

          • Wah cikbambam dah up gambar dia laaa…

            Btw, tiara da muncul tuu tp kt cerita len laaa.. Dia da aware kot ko tkr gmbr..

            Cikbambam ade fb dak, bole kawan.. Haha

          • adele..perasan jgk td..tiara da perasan gmbr baru singkong..
            punah la singkong pasni..hahahaha

            ade fb..tp camne nak bg?xkan nk bg kt sini..hahahaha

          • Wow cikbambam.. Merenung jauh nampak..

            **background music (Spanish romance acoustic version)

            Aku nampak dia komen tmpt lain.. Sje x balas.. Nnt kelaut lagi.. Hahha

          • hahaha..temenung la..tunggu jodoh den x kunjung tiba..hahaha

            **background music (oh..mama..saya mahu kawen..kawen dengan sapa)

          • hahaha..ade pm tepi ke sini?
            cam xde je..hahaha..bg adele pny fb la..
            nnt cikbambam add..

            **nampak x cikbambam punye permainan..hahahaha

  2. “Kau bertiga, wajib mencangkung! Jika ada apa2 bunyi di belakang, jangan toleh…”

    Mase part ni akk dh teros bygkan citer Ngangkong, ghupenyer mmg kena nyangkung mse amik nombor ekkk…

    Akk suke ko translate mantera tu…
    “Aku bawak 3 Budak mangkok lagi sesat bla bla bla…”
    Haahahahah mangkok ayun punye anak…
    Berdekah akk gelak tau tak…

    Citer psl banglo haunted tu, akk ni idop setahun skali pindah umah…
    Dok umh estet lelameee…
    Ade satu umh ni gardener pn x berani msk sensorg sbb ade penunggunye kate die…
    Org2 sebelum yg dok situ sume dh kena kacau…
    ALHAMDULILLAH…
    Kami stay situ dengan amannya…

    Reply
    • Hantu punye singkong, kuajaaaqqqqq…

      Tp ramai yg dok soksek soksek psl rumah tu…
      Psl cik ponti yg suke tawaf keliling rumah, psl tuan puteri yg suke dok dlm keta, psl peringatan dlm mimpi ttg sebuah blk kt rumah tu…

      Soo bile ktorg dok situ tanpa ade cerita mistik muncul, memsg mcm x caye…
      Abis tu nk buat guane…
      Xkan nk buat kad jemputan plak kaaannn…

      Akk sllu ckp sendiri dgn tegas bile ade unsur gangguan nk dtg
      “Ko buat hal ko, kami buat hal kami…aku tak kacau ko, ko jgn kacau kami…”
      Bajet garang tp sbnrnye nk ilangkan rase takot dlm diri…

      Reply
      • Benda2 mistik ni kalau kita takut drng akan lg kacau…berani sangat pun drng try juga.. So kita ambk tgh yo la.. Mcm yg kak long kawasan buat tu la.. Tu yg drng x kacau..

        Lagi satu.. “Cerita dari cerita” ni bukan bole pakai sangat kak.. Bnyk prencah da dlm tu..

        Reply
      • Yg kes tuan puteri tumpang keta ngan mmpi tu gardener akk sdri yg alami…

        Tp yg mmpi tu mmg akn dialami setiap org yg penah stay kat umah tu…
        Soo akk xtau smda akk dan asben x dpt mmpi tu atau ktorg mmg tdo tahap unta padang pasir…
        Haahahha…

        Reply
        • Mungkin dia ada nak bg mimpi juga kat kak yulie.. Tapi x dpt masuk kot.. Mcm den standard la sblm tido ada mmg akan baca doa2..

          **muka den yo nmpk mcm hanat tp den mmg baik.

          Reply
        • Xtaulah nk kate cemane…
          Muke bonzer sgt kot, die nk berdepan mmg x berani, nk msk dlm mmpi pn x lalu gamaknye…
          Hahahahah sadiissss…

          Aiisshhh…
          Idokler hanat sgt…
          Elok cukup sifatnye tu…
          Molek gak perangainye…
          Bak kate org Jawa Jerman mcm akk ni, JUST NICE gituuu…

          Reply
    • rezeki kak yulie ni .. dpt duduk dgn amannya di rumah baru.. hehe
      sebenarnya sebok mngomen sini sbb nmpk singkong tukar pic. amboiiiiii dari smalam aku nmpk kau mnukar gmbr, bru dan nak ngomen hahahaha

      Reply
  3. Cerita kak sado tak pernah tak best. Dulu rasa mcm melalut je bila dia buat lawak2 kat selingan tu. Tapi bila try hadam jugak cite kak sado, baru paham apa yang dia cuba nak sampaikan. Cara penyampaian cerita dia tu sebenarnya dari isi hati dia. So kena terima je la.

    Reply
  4. sebelum cik gayah baca cerita ni cik gayah baca cerita percintaan singkong dan cikbambam dulu.. ok dua2 menghibukan.. hahaha

    Reply
  5. “Kau bertiga, wajib mencangkung! Jika ada apa2 bunyi di belakang, jangan toleh. Jika ada bunyi di hadapan, jangan lari! Kau faham tak?! Pakcik dah nak mula. Kejap lagi pakcik pengsan. Pakcik tak sedar dah!” Arah pakcik tua tersebut.

    Kami hanya mengangguk sambil cangkung. Aku tengah2 mcm biasa. (Serius waktu bapak aku cerita ni, aku teringat cerita Ngangkung)

    -terus teringat Lan Petpet dalam cerita ngankung..kahhh..

    Reply
    • Hahaha annoying la sangat kan,but i think.. dia saja tu nak tunjukkan kenakalan dia so pembaca tak lah stress sangat to be serious at all time. juri bagi rating je lah ya, be cool~

      Reply
    • aku rasa okey jer kot. Kau nak sgt cte xde iklan, ko tulis cte sendiri.
      (ini adalah cara2 mengecam seseorang. klise sgt hahahaha)

      Reply
    • Ok. Aku terima teguran kau. Thanks babe.

      So boleh aku nak tegur kau pulak?

      Next time mohon baca santai2. Jangan annoying nk judge kisah org lain k. Ini gaya aku. Rentak jiwa aku. Kalau kau takleh terima teguran aku, aku pun takleh nak penuhi hasrat kau. Sb masing2 ada kelemahan. Dan tak sempurna nak ikut flow kepala hotak kau sorang.

      Salam syg,
      KakakSado
      (Jiwa kental. Komen padu)

      Reply
      • Yg atas2 ni, thanks sudi baca dgn hati yg tenang. Aku jemput korang ke rumah aku kat page Kakak Sado.

        Kite member2 kat sana. Sini aku tak aktif sgt. Kat sana, aku gila2 dan confirm layan semua tanpa pilih bulu. Ciaciaciaa~

        Reply
      • okeh aku terima teguran kau..tp aku xmls nk serang bls ! jiwa kental ? hahaha..ni org tego pn nak melantun kental mnde ? perasan. ikut rentak jiwa kau je ? share kt wall sndr la klau nk follow jiwe kau jeeeee

        Reply
        • Sebab kental aku balas nampak educated compare dari cara kau menulis. Pening doh baca takde perenggan ni.

          Jom lepak kat page aku Kakak Sado. Guna real acc. Sana kita borak tepi santai2 daripada hadap nama mengarut kau acah2 berani nak mengomen tapi kecut.?

          Btw, kau dah balas pun komen aku and dah baca kisah aku . Hahaha! Ok jgn lupa follow kite tau. Thanks sudi baca ? i like haters more than followers. Muah!

          Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.