Assalammualaikum dan salam sejahtera . Aku pembaca setia FS.Banyak dah cerita dekat FS ni yang dah aku baca sampai buat aku tertarik untuk menulis kisah seram disini.Kisah yang hendak aku ceritakan disini bukan kisah aku tetapi kisah arwah datuk aku nenek aku dan beberapa orang kampung yang terlibat secara langsung.
Ceritanya sudah lama lebih kurang 30 tahun yang lepas disebuah perkampungan di tepi sungai{tidak perlu aku sebut apa nama kampung dan di daerah mana}.Datuk aku sangat minat bermain catur dengan kawan kawan di kampung,di mana aktiviti bermain catur tersebut dilakukan di malam hari .Arwah datuk aku Din (bukan nama sebenar)dan kawan kawannya Imran,Joe,Sulaiman dan Zaidi.Selalu bermain mengikut giliran dirumah masing masing.
Di takdirkan pada suatu hari arwah daruk aku dan rakan rakannya mendapat berita bahawa Zaidi meninggal dunia secara mengejut.Pengebumian Zaidi berjalan dengan lancar .
Maka bermulalah cerita menyeramkan ceritanya begini pada malam hari setelah pengebumian Zaidi seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai pak ngah mengambil air sungai yang terletak di hadapan rumahnya,orang kampung menggunakan air sungai sebagai sumber air seharian kerena masa itu tiada lagi air paip di kampung tersebut.Alangkah terperanjatnya pak ngan apabila dia berpaling untuk menuju ke rumahnya setelah mengambil air dia ternampak sesosok tubuh yang cukup dikenalinya iaitu Zaidi tengan menyeringai memandang pak ngah tanpa berkelip wajahnya pucat dengan kain putih yang bertanah.Dengan menggeletar dan air di tangannya terlepas pak ngan berlari tidak cukup tanah masuk ke dalam rumah.Maka keesokkan paginya heboh satu kampung yang pak ngah ternampak hantu Zaidi .Semenjak dari kejadian pak ngah ternampak hantu Zaidi maka setiap malam juga lah orang kampung ternampak kelibat hantu zaidi .
Setiap rumah sahabatnya bermain catur di datangi oleh hantu Zaidi mula mula rumah Imran di datangi zaidi berdiri tegak di luar rumah kemudian mencakar cakar tingkap di rumah tersebut.Malam seterusnya rumah Joe kedengaran bumbung rumah joe seperti bunyi sesuatu bergolek.Sehingga tiba giliran rumah datuk aku.Pada malam kejadian arwah datuk aku dan nenek aku tidur dengan nyenyak arwah datuk aku dan nenek aku terjaga dari tidur kerana tombol pintu bilik diaorang seperti ada yang memulas dari luar dengan tidak semena mena maka terhidulah bau kapur barus yang sangat kuat menyusuk hidung.
Tanpa berlengah arwah datuk aku dan nenek aku membaca ayat ayat suci Al Quran.Setelah berapa lama membaca barulah bau kapur barus tesebut hilang.Dan pada malam itu juga sebelum bunyi pintu bilik arwah datuk aku dan nenk aku dipulas dari luar, nenek saudara aku ternampak kelibat hantu zaidi sedang duduk di atas kerusi di ruang menonton tv sewaktu dia hendak pergi ke tandas.
Kerana penduduk kampung tidak tahan dengan gangguan yang diterima setiap malam maka mereka sepakat untuk mengadakan bacaan Yaasin dan solat hajat memohon agar gangguan tersebut segera hilang.Setelah bacaan Yaasin dan solat hajat di buat selama beberapa hari akhirnya gangguan pun tiada lagi.Untuk pengetahuan semua zaidi ialah pendatang yang baharu 1hingga2 tahun yang menetap di kampung tersebut jadi orang kampung dan rakan rakannya yang bermain catur tidak tahu latar belakang Zaidi dan kenpa dia boleh bangkit kembali setelah meninggal dunia.
p/s: Maaf jika tidak seram dan tulisan aku tunggan langgan kerana aku hanya seorang budak lelaki yang baru berusia 14 tahun cerita ini dicerita kan kembali oleh ibu aku dari nenek aku.wassalam #MHI
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
sikit2 bukan nama sebenarnya kalau tulis tulis nama betul pun org kenal….
alamak tertekan send plak hehehe…. .
sikit2 bukan nama sebenar kalau tulis nama betul pun bukan ada org kenal….watak dalam penulisan tu.
nama din,dol berlambak kat malaysia.
tu la..penulis2 FS ni ingat diorg artis kot…nama tempat pn nak rahsia..cite je la yg betul baru la namanya kisah benar.
X pa lah nk guna nama x betul pun… Nk rsa secure kot…depa x nak bagi org yg kenal depa tahu depa tulis dlm ni kot.
Dik… letak la noktah kat tempat sepatutnya. ni satu2 ayat berjela2. jangan buat ayat ikut penceritaan secara lisan. lisan ada intonasi.
ramainya cikgu. lol. ok je cite dak ni. baru 14 kot. dari penulis lain sy intro pon dah berjela. yg ‘bkn nama sebenar’ tu pon mostly digunakan penulis dlm fs ni.
diorang power2 ..
Poyo kn korang?? Dak tu cite psl aku,korang pla yg dok sebok itu ini x kne.. Xpe.. Mlm kang aku dtg g rmh korg yee..
hahahaha
Abang Zaidi! dah pndai main tenet dah sekarang ea…
Wifi kuat tu..hihi
Mamak mane Abg Zaidi lepak ade line wifi power nih…
Heheheheheh…
Guna Data je.. Digi kan hadoooo
byk2 name..hantu zaidi jugak yg keluar..haha..mcm xseram lak..bg la name hantu leman ke..haha..kipidap..
sempat lagi korang membahan tulisan budak nie.. kasi chance la wei.. sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk menghiburkan kita dengan kisah seram dia.. syabas dik.. keep it up.. ikhlas dari Abg Zaidi (nie nama betul aku tau.. hihihi)
haha. nma hntu pun nk jdi isu ehh