Assalamualaikum semua, aku memang suka baca cerita dalam FS ni kire orang baru la sebab baru follow. Aku macam terasa pulak masa admin cakap ade new follower yang asyik bace cerita dalam ni. Sebab aq bace sekali banyak dan aku terus like semua hahaha
Ok berbalik pada cerita yang aku nak ceritakan ni, seingat aku kejadian masa tu semasa aku sekolah rendah. Aku ni jenis kulit elergik lagi2 bila kena gigit dengan nyamok, nak pasang ubat nyamok aku ade asma. So ayah aku pasangkan kelambu, tapi ni bukan kelambu biasa. Ni kelambu askar sebab ayah bekas tentera. (kelambu color hijau ikat satu tali bahagian atas dan hujungnya jatuh kebawah). Aku anak last, sejak kecik memang tidur dengan parents. Mak ayah suruh aku tidur sendiri masa aku darjah 6. Aku pon bagi la syarat kalau nak aku tido sorang boleh, tapi belikan aku meja belajar dan katil. Esoknya jugak mak ayah aku pegi keluar beli hahaha So, malam tu aku teruja la tido dengan katil baru dan ayah pasangkan kelambu askar.
Masa nk tido tu aku da masuk dalam kelambu, tapi lupa nak off lampu. Jadi sebelum tido mak aku masuk bilik aku dan tutupkan lampu, tapi die tak tutup pintu rapat. Aku cuma nengok dari sisi mate je sebab dah ngantuk sangat. Katil aku memanjang sebelah tingkap bilik, entah macam mana aku terjaga dalam pukul 1 atau 2 lebih pagi.
Aku nampak tingkap terang sangat diterangi cahaya bulan kat luar. Dalam hati aku cakap mungkin bulan mengambang, sebab dalam bilik aku pon terang. Tengah elok2 perati tingkap sebelah kanan, aku terpandang 3 cahaya bulat sebesar tapak tangan dekat rak buku bdekatan dengan pintu bilik di sisi belah kiri aku. Die sekelompok 2 atas 1 bawah, aku cuba gosok2 mata mane tau aku mimpi. Tapi memang betul aku tak mmpi. Aku cubit pipi memang sakit, mase tu aku dah berpeloh dalam kelambu tu. Cahaya tu tak bergerak, mustahil cahaya bulan bertompok 3 macam tu.
Tibe2 aku rasa tak sedap hati, aku mengiring kekiri bangunkan badan tahan guna siku sebab nak nengok bawah katil. Bederau d***h aku bila nampak benda putih sebesar kucing keluar dari bawah katil menuju ke pintu, slow motion je die keluar tak macam kucing bejalan. Aku memang ade kucing, tapi tak ada kucing color puteh dan kucing semua duduk kat sangkar luar. Macam2 rasa dah masa tu, memang nak terkucil sangat sebab takut punya pasal.
Time2 tu tangki nak penoh, dalam berpeloh2 tu aku pon x perasan bila aku terlelap sampai pagi. Esoknya aku cerita dekat mak ayah, dan diorg pon betulkan kedudukan katil aku. Maaflah kalau tak seram, tapi mase tu aku sekolah rendah kire dah seram giler la kejadian ni hahaha sekian.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
3 cahaya ape tu..misteri ni