Ini kisah aku. Kesan daripada tempias selalu tolong ustaz / ustazah pegang orang untuk diruqyahkan / berubat orang. Kadang-kadang alpa nak dinding diri sendiri. Ustaz selalu pesan yang nak tolong kena kuat kena selalu jaga amalan jugak. Bukan orang yang sakit je. Pokok pangkal amalan kita. Dan, orang hebat memang diuji dengan dugaan yang hebat-hebat.
Alhamdulillah. Mari, aku kongsikan pengalaman aku.
Benda ni terjadi masa aku dalam Semester 5 atau 6 pengajian di universiti. Masa ni dah banyak kali aku tolong / kebetulan aku berada di tempat kejadian budak-budak kena rasuk. Setiap kali tolong setiap kali tu ustaz pesan pada kami (group ni adalah dalam 5, 6 orang) untuk tak tinggal zikir baca ayatul qursi dan ayat-ayat pendinding. Kadang-kadang bukan setakat kes rasuk / histeria, kes-kes saka / belaan dalam keluarga pelajar tu sendiri pun ada. Biasanya, selepas tolong, kami sesame sendiri pun akan tepuk-tepuk badan / tangan kami seraya membaca, “waiza batasytum batasytum jabbarin” sebanyak 3 kali.
Okay, berbalik pada cerita utama. Aku tak ingat malam tu ada kes ke tak. Tapi, malam tu aku tidur awal dari roommate-rommateku yang lain. Penat. Dalam pukul 10 ke 11 macam tu aku dah tidur. Tapi lampu dalam bilik masih terbukak sebab Mira dengan Sara tengah buat kerja lagi. Katil aku time ni dekat tepi tingkap. Belakang bilik aku hutan + dusun orang kampung. So, setiap kali musim buah-buahan, terutamanya musim durian, perghhhhh memang hampir tiap malam la ‘gedebuk gedebuk’ durian gugur. Hihi.
Okay, seingat aku, malam tu aku tidur macam biasa, walaupun lampu masih terbukak aku cover mata dengan selimut. Lelap la aku tido. Dan, tak seperti malam sebelumnya, malam tu aku bermimpi sesuatu dan bagi aku ianya agak menyeramkan. Aku ceritakan situasi aku masa dalam mimpi tu.
Aku bermimpi aku di sebuah kawasan tinggalan. Tak berapa pasti, tapi macam tempat penuh dengan runtuhan bangunan. Aku berjalan meneroka kawasan tersebut tanpa arah tuju. Dipendekkan cerita, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki berjubah dan berserban. Aku hairan. Aku cuba untuk tegur pak cik tersebut, namun hampa dia hanya mendiamkan diri. Aku mengambil keputusan untuk pergi dari kawasan tersebut. Tiba-tiba pak cik tersebut (aku tak berapa ingat detail dia) menghulurkan sesuatu kepadaku. Disuruhnya aku untuk menerima bungkusan / benda tersebut. Namun, aku berjaya mengawal minda separuh sedar aku. Aku membaca ayat 3 qul, ayat kursi serta beberapa lagi ayat pendinding.
Dan, guess what, pak cik tersebut marah..! Ye, dia marah. Sambil cuba dipaksanya aku terima bungkusan tersebut, sambil dia cuba menyerang aku, namun aku teruskan membaca ayat-ayat tersebut. Dapat aku rasakan jantung aku berdegup laju dan takut. Aku terfikir apa akan jadi kalau aku setuju untuk terima bungkusan tersebut. Dalam sedar tak sedar aku terkumat kamit membaca segala ayat pendinding tu, tiba-tiba keadaan tenang. Tak ada dah pak cik tu. Ghaib (masa ni aku masih tidur) tapi, aku rasa dalam mimpi tu, macam keadaan mimpi dalam mimpi. Nak tahu kenapa?
Sebab aku nampak Sara berdiri tepi katil aku dan dia tengok aku yang tengah tidur tu sambil tanya kepada Mira.
“Eh, kenapa dengan Liza ni? Resah semacam je dia ni tido? Nak kejut ke?”
Okay, tu je yang aku ingat untuk scene tu.
Kemudian, aku rasa macam aku di divert ke lokasi lain (jangan tanya macam mana tapi itu yang aku rasa dan aku pun tak faham sequence mimpi aku malam tu). Lokasi kali ni dekat satu apartment, normal apartment. Dalam mimpi tu, kami 3 orang baru balik jalan-jalan. Lepas tu, nak dijadikan cerita kami pun rehat-rehatkan diri la. Tiba-tiba, rumah kami diketuk. Aku bukak pintu. Waaaahhhhhhhhh crush aku la yang ketuk. Dia datang nak bagi makanan khas untuk aku (masa tu mestilah hati ada bunga-bunga, iyelah, crush kau datang rumah bagi makanan sebab takut kau lapar) hahahaha.
Jemput dia lepak dekat kerusi depan rumah, bukak makanan nak makan macam biasa la baca doa makan apa semua. Tapi , kau pelik. Kau tengok crush kau tengok makanan. Kau perasan muka crush kau lain macam. Kau tak jadi nak makan. Malah, kau baca lagi 3 qul, ayat kursi ulang kali dan kau perasan crush kau mcm gelisah.
“Kau baca apa lagi tu, makan je la. Penat aku belikan” – lebih kurang macam tu la ayat dia.
Lepas tu, aku baca-baca lagi, aku hembus dekat muka dia. Waaaarrghhhhhhh muka dia terus berubah jadi muka perempuan hodoh dan makanan tu berulat-ulat. Terus aku campak kat muka dia. Hahahahah lawak pulak bila ingat balik. Terus makhluk yang menyerupai tadi tu mengamuk. Mengilai-ngilai. Dalam mimpi tu aku teruskan membaca azan semualah yang terlintas. Paling banyak kali aku ulang seingat aku, surah al ikhlas.
Tiba-tiba, aku kembali pada keadaan mimpi dalam mimpi aku tu, aku dikejutkan oleh alarm phone aku. Tapi yang betul-betul buat aku tersentak, alarm tu berbunyi tepat pukul 3.30 pagi..!! Dalam mimpi tu aku dapat rasa aku tersentak terjaga dari tidur, paaaaappppp..!!! Ye, aku memang terjaga dan terus aku meluru bukak suis lampu bilik aku dan guess what, tepat pukul 3.30 pagi time tu.
Terjaga Mira dengan Sara bila aku bukak lampu. Aku terus duduk dekat birai katil Mira.
“Liza, kenapa? Mengigil ni.” Tanya Mira.
“Tak tau la weh, aku mimpi teruk. Esok je la aku cerita. Tapi aku dah takut nak tutup lampu”.
“Tak pe la, meh tidur dengan aku. Nah, minum air sikit. Bagi tenang” – ajak Sara.
Dalam kegelisahan tu, aku tak sedar macam mana aku tertidur. Terjaga subuh terus tidur balik (jangan tiru aksi ini) sebab aku rasa letih gila terjaga 3.30 pagi tu. Dalam pukul 9 ke 10 mandi-mandi, nak pergi makan. Kebetulan kelas petang hari tu. Lepas makan-makan tu, haaa mula la sesi bercerita dengan Mira dan Sara.
Selesai cerita,
“hurmmmmmm Liza, memang aku ada diri tepi katil kau sebab kau duk berbunyi-bunyi macam resah la time tidur semalam. Tapi aku tengok je tak de cakap apa-apa” – kata Sara
“itulah, kau duk bunyii eerrrkkk la uuuukkk la apa la. Kitorang biarkan je” – jelas Mira.
“dahla, jomla siap-siap g kelas. “
Petang tu, lepak dengan budak-budak kelas termasuk la crush aku. Yang aku mimpi dia bagi makanan tu. Hahaha. Borak punya borak, Mira bukak cerita pasal mimpi aku semalam. Haa dia pulak la jadi tukang cerita termasuk la detail aku mimpi ke crush aku ni. Haha. Pandai jugak eh benda tu orang yang aku crush la kau menyerupai.
“Weh, aku punya alarm memang aku set 3.30 pagi pun. Tapi semalam tak berbunyi” – kata crush aku. Maka, kami pun berhuhuhu.
“tapi, sejak 2 menjak ni aku memang rasa dan bau pelik-pelik sikit. Bau wangi la apa la. Dia datang dan pergi. Mimpi pun ada mimpi pelik-pelik” – jelas crush aku lagi.
Jadiiii, kesimpulannya, cerita mimpi dalam mimpi aku ni memang agak pelik. Pada pendapat aku, mungkin ada yang berniat tak baik pada aku ke macam mana aku tak tau la. Ataupun, hanya tempias-tempias benda yang tak elok aku selalu jadi minah menyibuk kalau ada yang kena sakit-sakit mistik ni. Hihi. Tapi, berbekalkan peringatan dan nasihat dari ustaz, dengan izin NYA, dalam mimpi pun kita mampu untuk jaga diri kita. Aku tak tau apa akan jadi kalau aku makan atau terima bungkusan tu.
Bagi mereka yang kemungkinan keluarga ada saka/pendamping atau apa-apa, sebelum nak tidur selalu la ingatkan diri sendiri supaya jangan terima apa-apa dari mimpi. Nauzubillah Nanti, minda separuh sedar kita pun akan alert tindakan kita dalam mimpi tu.. Semoga kita semua berada di dalam lindungan NYA sentiasa. Terima kasih sudi baca kisah aku. ?
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
“bukan mimpi dalam mimpi”
actually kau pon macam aku, aku pernah sekali tido.. tapi boleh tengok keadaan sekeliling, meja, roomate tengah makan. then time tu aku ada problem, aku macam stuck! tak boleh bangun2.. aku struggle gila masa tu. macam roh tersekat.. then aku push bangun, sekali dapat bangun mmg betol. aku roomate aku tengah makan meggi kat sebelah.. tah2 kau pon “ASTRAL PROJECTION”
ASTRAL PROJECTION tu apa? Kuih ke? Projektor band aku tau la.
Roh kluar dari bdn la tu tp msih brnafas bkn mcm org m**i psl roh ada bbrp jnis..keadaan dia mcm mimpi tp bkn mimpi..keadaan di antara lena dan sedar..nk kata sedar pn tak,nk kata lena pn tak jgk..tu la alam jin
assalamualaikum, I dont have any experience in handling stuff that u just mention above. well, maybe one, but time sch dulu. 2-3 years ago. but, about mimpi dalam mimpi ni.. dah banyak tahun dah this things happen and it still happening right now. this morning, I got the same type of dream but with no food and meals. maybe sbb sekarang bulan puasa. hehe, idk. apa yang risau sekarang ni, ada satu mimpi dalam mimpi ni.. I accepted the offer to drink some water. and the dream is quite weird and scary.