Mimpi #lesungpipit

Assalammualaikum readers FS. Sebenarnya ini kali ke 2 aku submit cerita kat FS. Tapi nampaknya admin tak publishkan entry pertama mengenai ‘benda’ yang menyerupai anak aku. Disebabkan aku dah terdelete entry yang dulu, kalau ada kesempatan atau cerita yang kali ini admin publishkan baru aku tulis semula entry yang pertama tu. Kali ni aku nak cerita pengalaman seram aku yang lain. Diingatkan entry ini agak panjang. Harap para readers tak bosan.

Sebelum aku mulakan cerita, izinkan aku perkenalkan diri dulu. Nama aku NN, berumur awal 30an. Berasal dari negeri selatan tanah air dan menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan 2 orang anak, H (lelaki) berumur 4 tahun dan N (perempuan) berumur 1 tahun lebih.

Kisah yang aku nak kongsikan ni adalah dari pengalaman aku sendiri ketika aku masih belasan tahun. Sebelum tu aku nak bertanya, pernahkah readers semua mengalami situasi sedang bermimpi tapi dalam mimpi tu kita seperti di alam nyata? Kalau pernah kita geng! Haha. Itu lah yang sering aku alami dulu. Sewaktu aku masih bersekolah menengah, aku sering mengalami mimpi-mimpi seram dan pelik. Sebelum mendapat mimpi-mimpi tersebut, mesti aku akan mendengar seperti bunyi guli atau duit syiling dibaling, bunyi macam orang bermain brickgame dan bunyi macam budak mengayuh basikal roda tiga. Bunyi yang berulang-ulang. Selain tu aku mesti mengantuk yang amat sangat. Peliknya mimpi-mimpi tersebut semuanya lebih kurang sama. Aku ceritakan dalam bentuk point supaya lebih senang untuk readers fahamkan.

Pengalaman 1.

Mimpi kali ini aku skalakan tahap keseramannya pada skala 2 dari 10. Maknanya tak seram sangat lah. Hahaha. Masa tu aku dalam lingkungan 13 tahun. Aku berkongsi bilik dengan kakak aku. Memandangkan kakak aku bekerja shif malam pada hari tu, jadi aku tidur keseorangan. Aku memang tidur dalam keadaan terang bila tinggal seorang. Takut wooo nak tidur matikan lampu. Keadaan bilik aku adalah katil di tepi dinding bersebelahan dengan pintu (pintu bilik di kaki aku).

Waktu tu lebih kurang 9.00 malam. Aku baring di katil sambil layan novel. Entah bila aku terlelap, tiba-tiba aku dengar bunyi macam duit syiling bergolek. Kemudian aku bermimpi aku sedang tidur. Yang pelik keadaannya seperti aku berada dalam situasi alam nyata. Maksudnya di sini dalam mimpi tu aku sedang tidur atas katil dalam bilik aku, memakai pakaian yang sama, keadaan bilik yang sama dengan lampu terang benderang. Faham ke?

Kemudian, ada seorang budak perempuan berdiri di pintu bilik dan sedang merenung aku. Dia datang duduk dengan kaki bersimpuh di sebelah aku. Aku nampak dia memakai selipar jepun Tat Seng (ala selipar jepun warna putih tali biru tu. Yang ni bila ingat balik memang kelakar) mengejutkan aku dari tidur, “Bangun, bangun. Cuba tengok siapa yang datang tu.” Tangannya menunjukkan ke arah pintu. Aku di dalam mimpi tu pun tersedar dan melihat ke arah yang ditunjuk. Kamu semua tahu apa yang dia tunjuk? Satu lembaga besar yang memakai jubah hitam sedang memegang sabit berdiri di tepi pintu. Di sebelahnya lembaga putih yang berikat tak lain tak bukan si Encik Po. Nak tahu lagi siapa sebenarnya perempuan yang sedang mengejutkan aku dari tidur tu? Perempuan tu adalah AKU sendiri. Dia memakai pakaian yang sama dengan aku waktu tu. Selepas tu aku terus tersedar dari tidur. Itulah permulaan kepada siri kejadian mimpi-mimpi seram aku.

Pengalaman 2.

Sejak aku mengalami mimpi-mimpi seram ni, aku jadi takut nak tidur. Jadi aku ambil keputusan untuk tidur sebelah kakak aku. Walaupun aku amalkan ayat Kursi, 3 Qul, Alfatihah dan doa tidur sebelum masuk tidur, kadang-kadang aku masih dapat mimpi yang sama. Baiklah, dalam point ni aku rasa elok aku rangkumkan sekali mimpi-mimpi seram yang aku alami. Sebab mimpi-mimpi nya lebih kurang sama.

Di atas aku ada cerita sebelum dapat mimpi seram mesti aku akan mendengar bunyi-bunyi yang berulang kan? Biasanya aku mesti rasa mengantuk yang amat sangat. Tapi aku boleh dapat rasa mimpi tu akan datang. Dalam keadaan mamai, aku dengar bunyi-bunyi orang main game atau bunyi macam budak mengayuh basikal. Bunyi tu mesti berlegar-legar di sekeliling aku. Tak lama lepas tu mesti ada sesuatu yang mencuit kaki atau main-main tarik selimut. Kemudian benda tu akan menyusup masuk dalam selimut. Tapi benda tu tak menunjukkan diri. Cuma aku rasa pergerakannya sahaja. Dalam mimpi tu aku cuba untuk sedarkan diri aku yang sedang tidur. Aku tepuk-tepuk pipi sendiri supaya sedar dari tidur. Sampai aku menjerit, “bangunnnnnn!!! Kau tengah mimpi ni. Bangunlahhhh!!!”. Dalam mimpi tu aku baca segala ayat yang aku ingat. Walaupun tunggang langgang. Hihi. Dalam beberapa minit lepas tu aku mesti tersedar. Tapi mata aku macam tak boleh nak celik. Mengantuknya macam penat kerja berat seharian. Lepas tu aku tertidur balik. Mimpi tu boleh bersambung semula. Aduiiii!!

Ada satu malam ni, aku tidur dengan anak saudara aku. Sejak aku mengalami mimpi seram-pelik ni, memang menjadi kebiasaan aku tidur menghadap dinding. Aku akan membelakangkan orang. Buat pengetahuan semua, sebelum kejadian malam ni aku dah lama tak mengalami mimpi seram. Jadi malam tu aku tidur menghadap anak saudara dan membelakangkan dinding. Tiba-tiba aku dengar bunyi macam guli bergolek, tak lama lepas tu ada benda mencuit kaki aku dan main-main tarik selimut. Selepas tu ada sesuatu keluar dari arah dinding yang sedang menyeringai dengan gigi yang tajam. Wallahi aku dengar masa benda tu mengeluarkan bunyi “herghhhh” cuba mengigit leher aku. Dah macam vampire je aku rasa. Hahaha. Sebaik je benda tu cuba mengigit leher, aku terus tersedar. Mengigil-gigil aku masa tu. Sebab selalunya mimpi yang aku alami taklah se-extreme tu. Nampaknya kali ni benda tu dah upgrade jadi vampire pula. Haha.

Sehinggalah masa aku di tingkatan 6, aku melawan dengan benda yang menganggu aku dalam mimpi. Ceritanya macam ni, macam biasa aku mengantuk sangat, lepas tu dengar bunyi-bunyi. Kemudian ada benda main cuit kaki. Tarik-tarik selimut. Selepas tu benda tu menyusup masuk dalam selimut. Aku dapat rasakan benda yang mengacau aku ni macam budak kecil. Aku tepuk-tepuk pipi sendiri. Tapi tak sedar juga dari tidur. Lepas tu sebab aku dah tak tahan sangat asyik mimpi yang sama je, aku jerit pada benda dalam selimut tu, “ apa yang kau nak, ha!!? Aku tak kacau kau. Kau jangan kacau aku. kau pergi dari sini!!!” Selepas tu aku terus tersedar. Seingat aku itulah mimpi seram-pelik yang terakhir aku alami.

Tapiiii… selepas lebih kurang 13 tahun, aku mendapat lagi mimpi yang sama. Mimpi yang berlaku setahun yang lepas. Kali ni benda tu menyerupai anak aku. Cerita tentang mimpi inilah yang aku ingin kongsi di entry yang pertama. Mimpi yang buat aku fobia sampai sekarang. Tapi sayangnya admin tak publish. Kalau ada masa aku tulis semula entry tersebut ya, sebab aku dah delete di PC aku. Di sini juga aku ingin mohon maaf sekiranya ayat dan bahasa aku tunggang langgang. Aku tak pernah mengarang cerita sebelum ni. Akhir kata aku nak ucapkan terima kasih kepada readers FS kerana sudi baca cerita yang tak seberapa ni.

Sekian, wasallam.

NN.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

13 Comments on "Mimpi #lesungpipit"

avatar
Pengkritik FS

Sorry to say.
Cerita pasal mimpi maybe orang tak berminat sangat kot.
Sebab dalam mimpi semua boleh berlaku.
Pembaca lebih berminat keadaan realiti.
Keep it up.teruskan menulis (tapi bukan pasal mimpi)

Nobody

Bosan

Lily

Mmg dlm mimpi mcm2 boleh jadi. Tp gangguan makhluk halus juga boleh dtg dlm bentuk mimpi. Aku sndr suatu ketika dahulu selalu mimpi yg pelik2 & menakutkan. Kdg2 smpai menangis2 & bila terjaga pn masih menangis. Mimpi boleh mempengaruhi emosi keadaan sedar. Hanya mereka yang mengalaminya akan faham

#sicomel

ko lukis je lagi senang.hahahahaha

Beza

Cuba kau try dulu comel hehe

cibai fuck

buto bosan sial

peaches

hi cibai fuck!

Zik

Walaupon mimpi tapi tetap seram sebab kita tetap nampak. Sama macam alam nyata.

Aku pon pernah mimipi seram tapi x seseram pengalaman penulis ni. Tapi tetap seram

Gabancute

Jangan lupa tulis pasal mimpi anak tu. Abaikan pengkritik.

Princess Muhiza

Betul3..abaikan je diorang tu

Shaz

Mimpi2 macamni pun boleh menghantui in real life huhu. So jangan nak kecam sangat la. Bagi org yg xpernah alami or jarang mimpi seram mungkin benda ni xbagi kesan sangat kt korang. Tp bg org yg kerap mimpi seram, bersambung2 n rs mcm betul2. Agak mengganggu emosi. Sy dulu selalu mimpi seram2 kalau tidur xkunci pintu bilik xkira siang or mlm.

Princess Muhiza

Btul tu..mimpi2 cmni blh mempengaruhi real life..sy yg x slalu mimpi seram pun rsa seram bla cuba byngkn mimpi yg dsmpaikn penulis

Shaz

Tu la. Sy pernah sampai tahap xmau tido sbb xsanggup nak hadap mimpi2 tu. Dah bersambung2. Mcm drama bersiri plk huhu. Tp alhamdulillah lpas pindah rumah dah xde dh

wpDiscuz