Hai korang! Aku nak cerita sikit dengan korang pasal gangguan2 yang terjadi dekat aku. Gangguan yang jadi dekat aku mulanya biasa-biasa je tapi makin lama makin teruk. Semua benda ni start jadi waktu sekolah menengah. Mulanya aku dengar kawan2 je cerita pasal diorang kena tindih waktu tido. Waktu tu aku macam pandang lekeh la. Ye ye je diorang ni. Saje la tu nak takutkan orang. Lepas tu waktu aku tingkatan 2 atau 3, benda macam tu start jadi pada aku.
First time kena tindih, tersedar je dari tido aku terus rasa cuak. Takut sangat sangat sebenarnya. Tapi aku ignore je la. Tak bagitau mak ayah aku pun. Dan sejak dari tu, aku selalu kena tindih. Pastu ada satu malam tu aku tak tau lah kenapa aku buang tebiat, tapi waktu aku nak tido, aku capai jam tangan pakai dan tido. Pastu, sedap-sedap tido, tetiba aku tersedar sebab aku dengar orang kejut aku. Dia cakap “bangunlah! Dah pukul 3.15 ni” dia cakap macam tu. Suara dia slow dan sayup sayup je. Terus aku tersedar. Aku ingat mak aku kejut kot kot la ada kecemasan ke apa kan.
Pastu aku pandang lah sekeliling bilik aku, tapi takde orang pun waktu tu. so, bila tengok takde sape sapa dlm bilik aku, aku sambung lah tido. Pagi esoknya, aku bangun, aku tengok jam tangan aku, jam aku dah berhenti dekat pukul 3.15 pagi. Masa tu terus teringat pasal ada ‘orang’ kejut tu terus rasa seram sejuk. Aku pun cite lah dekat parents aku, tapi diorang buat tak tau je. Sobsss.
Lepas pada kejadian ni, aku macam start takut dah. Aku pun memulakan habit baru. Sebelum tido, aku sumbat earphone dekat telinga, aku pasang radio dekat walkman aku. Kiranya setiap malam aku akan tido ditemani lagu-lagu. Pastu tetiba satu malam tu, aku terjaga lagi, waktu tu aku tengah mamai jugak la dan tetiba aku dengar dalam radio tu. Aku tak ingat lah ayat panjang dia, tapi yang aku ingat sampai sekarang dia cakap “aku akan menghantui kau seumur hidup” terus meremang bulu roma aku dengar.
Nak kata lagu bukan. Sebab takde muzik, nak kata dj tu tak tau la. Tapi suara dia berlagu dan seram. Aku terus tarik earphone dan bukak lampu tido aku. Berpeluh-peluh aku waktu tu. Lepas hari tu. Aku dah tak bukak radio kalau nak tido. Aku paw kaset greenday abang aku dan pasang. Biar lah repeat sampai nak muntah pun asalkan aku boleh tido dengan aman tanpa gangguan suara asing lagi.
Lepas tu habis sekolah aku masuk matrik pulak. Aku ni sebagai student yang tak berapa pandai, aku dapat tawaran untuk program dua tahun (PDT). Program matrik biasa tu dipanggil program setahun (PST). Sape budak matrik dia tahu la istilah2 ni. Kitorang dekat matrik duduk sebilik 4 orang. Pastu tahun pertama dekat matrik, aku tinggal sebilik dengan dua budak pst dan dua budak pdt (aku dan hafa). Budak pdt dan pst ni, cuti sem kitorang lain lain dan kami pdt ni berapa k***t sangat lah. Dalam 200 je kot. Pastu bila pst cuti, asrama kitorang jadi sunyi sepi lah. Pastu dekat aras aku ada beberapa bilik je yang ada budak pdt.
Pastu satu malam tu aku ngn hafa sembahyang isyak. Dia sembahyang dulu, aku sembahyang lambat sikit. (Kiblat kitorang mengadap katil). Bawah katil tu memang takde apa apa barang pun. Kosong je. Pastu waktu aku sujud, aku tetiba ternampak sesuatu bawah katil. Berwarna putih, terikat dan bergerak gerak. Waktu tu memang rasa nak jerit je. Walaupun tak jelas sebab tengah sujud aku nampak sipi-sipi je, tapi aku tahu dan yakin menatang apa bawah tu. Korang boleh agak kan amende menatang tu? Tapi tengah sembahyang kan. Aku pun tahan diri. Habiskan juga sembahyang. Setiap kali sujud je aku pejam mata.
Pastu bila aku rakaat terakhir, aku perasan hafa, lepas je dia siap sembahyang, terus tunduk tengok bawah katil. Tinjau2. Tapi lepas tu kitorang tak cita apa apa pun. sebab berdua je. Aku tggu budak pst balik cuti, terus aku tanya hafa pasal hari tu. And guess what? Dia pun nampak jugak benda tu.
Pastu masuk tahun kedua aku dekat matrik ni. Di akhir2 sem, aku selalu sangat kena tindih. Dan ditindih yang teruk. Mimpi teruk. Ada skali tu aku ponteng program mentor mentee sebab nak balik tido dekat bilik asrama. Program ni sejam je (tiap minggu ke tiap dua minggu skali aku tak ingat dah). So sebab aku masih ada kelas, aku tido tak bukak tudung pun. Senang. Nanti bngun tido je amek beg terus g basuh muka dekat bilik air pastu g kelas.
Pastu waktu tido aku kena tindih dan mimpi sekali gus. Aku mimpi ada lelaki ketuk pintu nak masuk bilik. Tapi aku tak bagi. Aku terus tutup pintu dan g kat katil nak sambung tido. Tapi tetiba aku tengok aku tengah tido atas katil tu. Waktu tu otak aku dah sedar. Aku nak bangun tapi tak boleh. Mata tak boleh bukak, badan tak boleh gerak. Aku fikir mcm mana aku nak masuk balik dalam badan aku atas katil tu. Tapi lepas berhempas pulas baca ayat kursi, cuba gerakkan tangan. Akhirnya aku sedar.
Terus aku amek beg dan blah dari bilik aku g kelas. Tak basuh muka pun waktu tu sebab dah takut. Rasa menyesal ponteng program demi nafsu tido. Lepas tu aku start mimpi binatang buas. Sangat kerap dan menakutkan setiap kali. Yang paling banyak mimpi ular la. Benda ni berlarutan sampai aku masuk universiti.
Dekat universiti pulak episod ditindih dan mimpi seram sangat lah banyak. Bertambah pulak lagi aku mimpi aku jaga baby. Mimpi susukan baby (terjadi sekali). Pastu mimpi tengok diri sendiri tengah tido. Dan satu mimpi ni paling takleh blah. Aku mimpi aku kawin. Waktu tu nak akad nikah. Aku tengok laki tu depan tok kadi tengah salam. Tapi aku tak nampak muka dia. Nampak belakang dia je. Waktu tu aku nak bangun tapi tak boleh. Kaku atas katil kena hempap. Bila dah boleh bangun tu. Terus menangis macam orang gila pastu call mak aku. Cite pasal mimpi aku. Rumate aku yang tengah study tu tetiba pucat tengok aku macam tu. Dia ingat aku kena rasuk dah.
Tapi bila masuk third year gangguan tu dah makin kurang dah. Takdelah mimpi kena tindih sekerap dulu. Dalam 2 bulan ada la sekali dua kena. Aku pun tak tahu kenapa dia stop dengan sendiri. Tak pegi jumpa ustaz nak berubat pun. Tapi mimpi ular tu still menghantui aku sampai 4th year. Pastu nak jadi cerita, waktu tu, aku dpat anak sedara sulung. Tapi budak tu kena sawan nangis. Asal malam je menangis je keje. Pastu mak aku suruh hantar budak tu balik kampung dia nak jaga sampai besar sikit. So duduk la dia dekat kampung. Waktu malam dia akan nangis paastu tengok syiling, kipas semua.
Dah tak tau nak buat apa. Mak ayah aku bawak jumpa ustaz. Pastu waktu ni la baru kitorang tahu, dekat mak aku rupanya ada saka melekat yang mak aku sendiri tak tahu datang dari mana sebab dia tak pernah ambil dan setuju. Saka tu saka ular. Dia turun dekat mak aku (kiranya anak sulung sebab 5 orang yang lain semua m**i waktu baby@ kecik @ gugur) kemudian abang aku yang kawin tu(abang sulung), dan anak dia yang kena sawan nangis tu (anak sulung jugak). Dia turun macam mana kami tak tahu lah. Tapi mak aku kata, dia kalau dengar je muzik yang dimainkan waktu orang bersilat, dia rasa macam tak boleh nak kawal badan dia.
Kaki dia ‘bergedik’ (ada ke istilah ni dalam kamus melayu?) dan dia rasa nak bersilat sekali. Dan aku pun buat andaian sendiri yang aku ni terkena tempias saka tu sebab tu lah aku asyik mimpi pasal ular. Sampai sekarang aku tak pernah jumpa ustaz untuk check pasal benda yang jadi dekat aku selama ni. Okay lah, sekian cerita panjang aku. Kepada yang masih baca, aku ucapkan terima kasih banyak banyak sebab baca cerita aku sampai habis. Kalau tak faham, aku mintak maaf. Sebab aku ni bukan reti sangat nak mengarang ni. Thanks!
-JIE
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cerita kau ni ada sama sikit mcm kisah hiup.. Aku sebelum ni bertahun2 mimpi ular. kerap kali mimpi bkaitan ular. binatang buas lain pun ada juga, anjing hitam mta merah, kucing hitam garang, kala jengking, dgn harimau. lagi aku kadang2 mimpi bersetubuh dgn lelaki yang aku tak kenal. Pernah mimpi kahwin, tapi suami dalam mimpi m**i kat dalam hutan lepas aku kahwin dgn lelaki tu. 3 tahun lepas ank buah pertama aku lahir, kena sawan tangis juga.. start maghrib sampai 2-4 pagi still nangis. Bawa jumpa ustaz pun, sekejap je diam. Lepas tu menanggis semula. Sekarang dh 3 tahun, dah boleh bercakap asyik cakap dia nampak hantu je. paling banyak dia cerita pasal hantu ikat2 (pocong). Tindih pun aku pernah kena, macam nak m**i rasanya tak boleh nak bernafas kena hempap. Aku sarankan ko, pergi berubat. Aku dulu kerap dapat mimpi ular, rupanya mimpi ular tu petanda ada orang sihir aku. Bertahun2 aku mimpi ular. Rupanya ex bf yg sihir aku. Yang lain2 sebab ada gangguan saka tak tau yang belah mana ganggu aku. Kisah aku panjang yg ni. Sebab aku lalui ni lebih dari 10 tahun baru aku pergi berubat sebab aku tak tau masa tu aku dah sakit. Benda macam ni compilcated. Nak cerita pun susah. Hanya orang yang lalui je yang faham. Tapi aku nasihatkan kau pergi berubat jumpa ustaz/ustazah yang pandai mengubati orang.
Tu semua simptom gangguan saka.
Pergi la berubah kat ustaz norazman albanjari tgk fb ustaz tu
Better pergi berubat . Bendaa camni takleh pandang sebelah mataa . Bahayaa .
Aku rasa kau kene pergi berubat.. lagi2 sebelum kau kahwin..sebab aku sendiri dah penah kena masa umur aku 15 tahun..aku tak tau family aku mewarisi saka. simptom2 yang kau kene, macam mimpi ular, susukan budak kecik, kene tindih banyak kali masa tidur, nampak makhluk2 halus tanpa aku sedar, dengar orang bisik kat telinga dalam bilik padahal sorang2 masa tu,.. habis spm aku dpt sambung belajar kat uitm. masa aku belajar mmg byk gangguan aku kena..dugaan kan.. tapi alhamdulillah aku graduate jugak tahun 2014. aku mula tau pasal saka ni bila nenek aku meninggal, masa ni mak aku sakit, bapak aku bawak pergi berubat, lepas mak aku sihat, ustaz tu kata bawak semua keturunan arwah nenek aku..(anak+cucu).. masa diorang berubat aku tak pergi..tak tau la hati rasa berat je nak pergi…lepas sebulan baru pergi, so aku cucu yang paling last pergi berubat sebab masa tu aku busy sgt kerja dan aku risau pasal aku dah lama tak dtg bulan(aku tak pergi hospital sebab takut dengan jawapan doktor..haha..sbb terlampau lama kot..huhu)..lepas jumpa ustaz, ustaz ubat..dan benda tu dah jadi penghuni tetap kat rahim aku.. ustaz tu kata, kalau awak tak buang, awak susah nak kahwin, akan ada je masalah yang menyekat jodoh aku dan kalau aku kahwin dan ada anak sekali pun, aku dengan anak aku akan ‘panas’..keluarga berpecah belah.. kalau dah tua pulak, awak yg akan susahkan keturunan awak.. so lepas aku berubat, alhamdulillah semua okay… walaupun sakit giler, lagi2 masa dia tarik keluar dan sembelih tu, hampir 10 hari jugak ambil masa sembuh dari luka dalaman tu. sekarang aku pun da mula sihat, dtg bulan pun dah normal tiap2 bulan.. memang aku bersukur sangat sebab Allah bukak hati aku nak berubat..aku cuma nak pesan, jgn selesa kalau dia kurg ganggu dah skrg, sebab dia pun dah mula selesa dalam setiap aliran d***h dalam badan kita tu 🙂 yang penting masa kau berubat, kau kena redha dan yakin Allah tolong, kau tak boleh takut, kita makhluk paling sempurna Allah cipta, Saka ni Jin.. keturunan iblis yang dah janji dengan Allah untuk sesatkan kita.. aku harap kau pergi berubat, sementara kau masih sihat ..nanti lepas kau berubat, kau akan rasa ringan je..nak buat ibadat pun hati ringan..dan buatkan keikhlasan kau beribadat tu berlipat kali ganda..okay tu je.terpanjang pulak..haha..okbai..:)
Blh tau awk berubat kat mana?
better awak pergi berubat kalau tknk benda ni jadi lebih parah, inshaAllah dipermudahkan.