Mimpi ular & Masuk ke Alam Bunian.

Bukan semua orang dapat mimpi masuk ke alam bunian. Tetapi bagi saya yang sudah mengalaminya kalau ingin saya tidak mahu ‘masuk’ ke sana lagi. Untuk first time saya bermimpi aneh macam ni dan saya pun tak tau apa sebabnya.

Ok. Saya mulakan seperti ini. Sebelum mimpi masuk ke alam bunian tu, saya pernah banyak kali mimpi pasal ular. Pernah skali mak saya cakap kalau mimpi ular memang ianya perkara yang tidak baik. Tapi saya hiraukan saja sebab anggap benda tu kolot saja kan.

Dalam mimpi saya tu banyak jenis ular yang saya jumpa. Dari anak ular bapa ular mak ular, yang gemuk dan yang skecil ibu jari, yang besar mcm anakonda dalam filem tu pun ada! Dan ular2 yang banyak tu kejar saya & macam hendak menggigit. Ada juga yg melingkar dekat akar pokok seperti hendak menerkam mangsanya. Semenjak mimpi ular tu tidur saya jadi tidak tenang.Selalu juga tjaga tengah malam sebab mostly mimpi yang pelik-pelik.

The next night sama juga mimpi ular cuma kali ni ularnya tidak banyak seperti dalam mimpi yang sebelumnya. Dan mimpi itu pun di lokasi yang sama. Tapi mimpi untuk malam yang sterusnya tiba2 berubah apabila saya tidak lagi bermimpi ular, tetapi saya bermimpi saya berada di sesuatu tempat yang aneh tetapi mcm familiar. Korang paham kan maksud saya?

Tempat tu memang familiar cuma dalam keadaan yg berbeza. Ada sedikit berkabus & macam saya sedang berada dalam satu perkampungan kecil. Yang saya ingat seolah2 saya tersedar daripada tidur & saya mendapati saya berbaring dalam pondok yg dperbuat dengan buluh. Macam dalam mimpi tapi seolah2 bukan mimpi. Lepas tu, saya bangun dan keluar dari pondok tu dan ada seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang bdiri di luar seperti menunggu saya. Lepas tu macam dia ada cakap something tapi agak blur sebab dalam reality life masa saya tidur tu nak bangun tapi rasa macam mata taknak terbuka. Badan pun rasa berat tidak boleh diangkat. Seolah2 roh saya masih berada dalam alam bunian itu. pernah tengok crita avatar?? Haa mcm tu la situasi saya antara sedar dan tak sedar.

Saya cuma ingat apabila saya masuk kembali dalam mimpi tu orang tua tu cakap anak lelaki dia berkenan dengan saya dan ingin menjodohkan saya dengan anak dia. Saya assume lelaki tua tu ialah ‘ketua kampung’ dekat sana sebab dia pakai topi yang ada bulu ayam dekat atas kepala. Lepas saya dengar dia cakap macam tu, apalagi terkejut la juga sebab saya masih waras. Kenapa pula saya nak kahwin dengan lelaki orang bunian sedangkan saya ada teman lelaki dalam dunia nyata hahahaha.

Sebab saya taknak saya terus lari dari sana. Apa yang saya fikirkan saya cuma nak keluar dari tempat tu saja. Dan saya rasa mungkin dalam dunia bunian hari berlalu dengan cepat sebab macam baru waktu pagi tadi je saya baru bangun tidur tengok2 sudah beranjak ke senja (dalam mimpi saya tu lah). Masa saya berlari escape tu saya tengok macam spasukan tentera bunian kejar saya dari belakang sambil pegang kayu yang dinyalakan dengan api. eh macam orang dulu2 tu.

Sebab terlalu letih berlari saya pun menyorokkan diri di sebalik buluh2 tebal. Pada masa itu la saya ternampak malap2 api dari jauh & terdengar orang ramai memanggil nama saya. Saya mengintai dari celah2 buluh & betapa happynya saya bila nampak nenek datuk & banyak orang kampung datang untuk mcari saya (mungkin tersedar saya hilang dalam hutan). Saya terus keluar dari sebalik buluh tu dan menjerit memanggil mereka tapi yang peliknya mereka langsung tidak mendengar & tidak ada respond.

Saya cuba lagi skali tapi kali ini saya cuba melompat dan melambai tangan berharap mreka dapat mengesan tempat saya. Tapi sayang juga tidak ada respond. Saya cuba keluar & ingin berlari mendekati mereka tapi seolah2 ada dinding tebal yang menghalang di tengah2 kami. Seolah2 saya masih berada di dunia bunian & bukan di dunia saya yang sebenar.

Dan masa itu lah saya menangis dgn kuat sebab tidak dapat lagi balik ke dunia saya. Saya berteriak memanggil nama datuk dan nenek sambil menangis tapi mereka hanya melintasi saya seolah2 mereka tidak tahu kwujudan saya di sana. Saya terus menangis berteriak bagai org gila dan sterusnya saya tidak ingat apa2 lagi selepas itu.

(Masih dalam mimpi)
Saya terbangun dari tidur dan terdengar ada org menangis teresak2 di sebelah saya. Bila saya buka mata saya tengok nenek saya menangis sambil mengusap2 tangan saya. saya tanya dia saya ada di mana.
Nenek: “Kamu sudah balik cu. Nasib kami jumpa kamu”
Jawab nenek sambil menangis.

Saya pun bangun dari baringan dan nampak banyak orang mengelilingi saya rata2nya ialah jiran dan orang kampung saya sendiri. Lepas tu nenek pun tanya saya macam mana saya boleh hilang begitu saja dari hutan. Saya pun crita la dari A sampai Z.

Yang part mereka tidak “nampak” saya tu pun saya cerita. Nenek saya pun seperti terkejut & dia memanggil datuk saya supaya berjumpa bomoh untuk mengubati saya. Dan yang paling penting untuk menutup ‘mata ketiga’ saya. Nenek cakap kita buat macam itu supaya “kamu tak nampak dia lagi dan mereka pun tidak nampak kamu lagi”. Hmmm mungkin ada betul juga apa yg nenek cakap tu. Walaupun itu smua dalam mimpi tapi saya merasakan ianya seolah2 benar.

Masih dalam mimpi yang sama, datuk dan nenek hantar saya ke satu kampung (nama kampung disembunyikan sebab kebetulan kampung ni memang wujud dan ada bomoh yang mengubati orang sakit di situ) untuk berubat cara tradisional. Sesampai di kampung tersebut, saya tengok banyak orang kampung itu yang mengikuti belakang kenderaan kami sebab mungkin cerita saya masuk ke alam bunian sudah tersebar di kalangan penduduk kg sana.

Saya di bawa ke balai raya kg tersebut untuk acara pemulihan. Bomoh itu ialah seorang lelaki berjambang dan dalam lingkungan 60an macam tu. Dia memakai baju dan seluar panjang lusuh bwarna hitam dan di tangannya ada sebuah kemenyan yang masih berasap. Pada mulanya saya di suruh duduk di sudut balai raya tersebut sementara dia berjalan dalam bentuk bulatan di setiap penjuru balai raya itu sambil terkumat-kamit membaca menteranya.

Dan semasa dia sedang melakukan upacara itu, saya terperasan ada satu cermin besar di satu sudut sebelah kiri balai raya itu. Masa ni la saya rasa bulu roma saya naik apabila bomoh itu melintas cermin tersebut dan dalam pantulan cermin tu kelihatan banyak orang mengikuti dia dari belakang! Dan apa yg saya lihat mereka seperti dari orang dulu2. Pakaian yg mereka pakai smua berwarna kuning emas. Sedangkan dengan mata kasar bomoh itu hanya berjalan seorang saja apabila dia berjalan di setiap sudut membaca manteranya.Dan yang peliknya hanya saya seorang saja yg dapat melihat “mereka yg bpakaian kuning emas” itu!

Selepas mengasapi seluruh sudut balai raya itu bomoh tsebut pun memanggil saya supaya duduk di tengah2 balai raya itu. Saya duduk besila sahaja dan dia berdiri di hadapan saya. Selepas tu dia menekan dahi saya dengan ibu jari dia sambil berkata “kita tutup mata ketiga kamu” dan menyuruh saya menutup mata lalu membacakan mantera dia dalam bahasa yang tidak pernah saya dengar. Saya sendiri pula membacakan sembahyang mengikut agama saya sendiri dalam al-kitab sebab saya adalah seorang penganut kristian.

Dalam masa tu saya dapat rasakan saya dalam keadaan separuh sedar sebab saya dapat rasakan badan saya seolah2 terapung di udara. Seperti roh dikembalikan ke badan asal saya, saya terus terkejut dari tidur. Rasa sperti baru terjatuh dari “atas” sana. Tak dapat saya terangkan unless korang sendiri yg experience.

Lepas bangun tidur tu (sudah di alam nyata) badan rasa sakit2, berpeluh satu badan. Saya assume dalam mimpi saya tu lepas kena ‘ubat’ tu saya pengsan dan tidak sedar apa2 lagi. Thats why baru dapat bangun dengan pantas. Cek jam dekat skrin hp pukup 12 tgh hari! Bayangkan korang seingat saya start mimpi dari pukul 4 pagi sampai pukul 12 tgh hari.

So lepas dah berubat & tutup “mata ketiga” dalam mimpi saya tu takda lagi dah mimpi pasal ular. Mimpi jumpa “mereka orang” lagi tapi sekali sekala memang ada mimpi yang pelik2 juga. Jadi pembaca rasa apa? Adakah mimpi saya ni hanya mimpi buruk smata2 ataupun kebetulan sahaja ataupun memang berlaku di alam lain?

p/s. thank you admin sebab sudi sharekan cerita saya ni. based on my true dream. dan fyi mimpi saya ni baru berlaku 2 minggu lepas.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Mimpi ular & Masuk ke Alam Bunian.”

  1. saya baru sekali mimpi pasal ular beberapa tahun lepas.dan saya ade mimpi kelibat seorang lelaki misteri.dan baru ii ni,saya mendapat mimpi melawat ke alam lain.what should i do??

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.