#MissIB – Siapa?

Ini adalah perkongsian beberapa cerita yang terjadi sepanjang 25 tahun aku hidup di atas muka bumi ni. Banyak kejadian dan peristiwa yang jadi dekat aku, tapi aku shortlistkan beberapa cerita sahaja.

P/s: Nama-nama watak bukanlah nama sebenar.

ZAMAN KANAK-KANAK

2001 – Masa ni umur aku 9 tahun, seperti kanak-kanak lain aku jugak turut terjebak dengan kenakalan. Bab main tak ingat dunia sampai ke maghrib, merayap satu kampung, ponteng mengaji tu adalah perkara biasa bagi kanak-kanak seusia aku. Syu, Lia, Fiza, Poji dan Naufal adalah rakan seperjuangan aku. Kisahnya bermula pada malam tu, seperti hari-hari biasa, aku ada kelas mengaji tapi memandangkan hari itu aku rasa tersangat la malas, aku dan rakan-rakan seperjuanganku ambil keputusan untuk ponteng. Kami setuju untuk sembunyi di dalam terowong gelongsor kat padang sampai la habis masa kelas mengaji.

Tengah rancak bersembang, tiba-tiba kami terdengar bunyi suara-suara bising kat tengah padang. Aku duduk yang paling hujung masa tu terus mengintai dari celah terowong untuk tengok kalau-kalau ada orang dan YA!! Memang ada manusia tapi manusia yang aku nampak adalah Syu, Lia, Fiza, Poji, Naufal dan DIRI AKU SENDIRI dengan muka pucat lesu dan hanya mata putih saja kat tengah padang tengah main tuju kasut, SAMA macam apa yang kami main petang tadi!! Aku apalagi terus capai kasut dan beg mengaji,lari balik rumah!! Kawan-kawan aku tinggalkan macam tu ja.. Dah la kena rotan dengan ibu sebab kantoi tak pergi mengaji, demam pulak seminggu sebab nampak benda tu.
ZAMAN SEKOLAH

2007 – Kejadian ni berlaku masa aku sekolah menengah. Aku sekolah sesi pagi, memandangkan abah aku driver van kilang dan abah akan drop aku kat sekolah masa nak ambik pekerja-pekerja kilang shift pagi. Selalunya dalam 6.20 aku akan sampai kat sekolah. Pak guard pun sampai dah kenal aku dan selalunya dia akan suruh aku tunggu kat depan guard house sampai hari cerah atau ada pelajar lain dah datang tapi aku selalu menolak memandangkan kelas aku hanya di blok B belakang guard house tu ja. Blok aku cuma 1 tingkat tetapi paling hujung sebelah surau,kalau bukak tingkap kelas aku akan mengadap tempat ambik wudhu’ surau. (Ada sebab kenapa aku explain kedudukan kelas aku).

Satu hari tu macam biasa aku terus ke kelas, aku ingat masa tu hujan tengah renyai-renyai. Lepas letak beg,macam biasa aku sapu sampah,susun meja. Masa tengah menyapu, aku nampak ada bayang-bayang kat tingkap. Aku terus bukak tingkap. Yalah, masa tu tak fikir apa pun. Aku nampak ada sorang perempuan berbaju kurung putih dan selendang berselempang kat leher tengah tunduk ambik wudhu’. Aku macam terpukau dan terus memerhati sampai la dia selesai dan berjalan hingga ke pintu masuk bahagian perempuan tapi yang pastinya aku nampak dia TIDAK BERKAKI!! Aku terus lari keluar sampai ke guard house dan mintak pak guard telefonkan abah suruh mai ambik. Dan esoknya aku MC.

2009 – Masih di sekolah yang sama, cuma kali nie kelas aku di blok E tingkat 2. Setiap tangga akan ada pintu pagar bermangga dan pengawas akan buka 10-15 minit awal sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Selalunya pelajar akan duduk di kantin, dataran perhimpunan atau tepi padang sementara menunggu pintu pagar tangga dibuka. Dan port aku adalah kantin.

Kisahnya, masa aku sampai ke sekolah dan untuk menuju ke kantin, aku selalu jalan ikut kaki lima blok-blok. Masa tu pun masih awal, lebih kurang 6:45 – 6:50 macam tu. Pelajar pun ramai belum sampau lagi masa ni. Sampai di blok C, baru aku nampak ada sorang pengawas tengah berjalan di depan aku lebih kurang 10 meter camtu jarak kami. Mungkin dia ni pun datang awal, fikir aku. Sampai saja di blok E, aku nampak pengawas tu terus naik tangga. Mungkin dia nak letak beg dalam kelas dulu kot. Tapi tiba-tiba aku terfikir, “awal pulak pagar tangga bukak? Bolehlah aku naik ke kelas terus. Tak payah pergi kantin.” Tapi bila aku sampai ja kat tangga tu, aku tengok pagar tu masih tutup dan BERMANGGA!! Habis, siapa pengawas tadi tu? Sambil mulut aku baca surah apa yang ingat, aku terus ke kantin. Aku rasa muka aku pucat tak berdarah. Seharian aku tak bercakap dengan siapa-siapa.

ZAMAN POLITEKNIK

2011 – Aku belajar di sebuah politeknik di utara semenanjung. Masa ni aku semester tiga. Satu malam tu, kami (aku, Noor, Nab, Haz, Umi, Atie, Ira) ada group discussion. So, kami plan nak lepak bilik Haz memandangkan roomate dia tak ada. Biasalah, awal-awal saja nama discussion. Lepas tu mulalah menyembang bab lain, bergelak bagai. Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan Noor bangun untuk buka pintu. Bagi kami student yang dok kat kamsis dah biasa, kadang-kadang ada student lain yang datang menjual dari bilik ke bilik, nak cari duit lebih.

Di sebalik pintu, Noor menjengah kepala sambil tanya, “hampa nak beli apa-apa tak? Ada kuih dengan nasi lemak.” Kami masing-masing menggelengkan kepala.Yalah, dah kenyang baru lepas makan maggie berjemaah. Lepas tutup pintu, Noor bersuara, “kesian makcik tu, jalan pun dah tak larat masih nak berniaga.” Terus Nab buka pintu dan tengok sekeliling. Bila tengok, makcik tu dah hilang. Nab masuk semula bilik dan terus tutup pintu, sambil pandang muka kami yang masing-masing dah cuak kecuali Noor yang terpinga-pinga (Noor sebenarnya baru ditukarkan ke poli ni. Kira dia baru nak membiasakan dirilah dekat sini). “Awat hampa semua tiba-tiba diam? Muka lain ja,” tegur Noor.

Nab yang sedikit berani dari kami semua cakap, “Noor, mana ada orang luaq yang boleh masuk kawasan kamsis ni. Apatah lagi nak berniaga…”

Aku pun menyampuk, “betoi tu. Sedangkan student yang nak berniaga pun kena dapatkan kebenaran dari warden dulu. Peraturan kamsis ni ketat. Mustahillah…”

Noor pun terus terdiam, dia masih terbayang wajah makcik tua yang sedikit bongkok berbaju kurung membawa raga jualan tu. Malam tu kami masing-masing tidur berhimpit di bilik Haz. Tidak lagi bergelak ketawa.

2013 – Semester enam, aku masih tinggal di kamsis. Berdua dengan roomate aku yang juga merangkap rakan sekelas aku. Roomate aku ni jenis bangun lagi awal dari aku sebab dia ni akan breakfast dulu. Bancuh air bagai. Dia bersiap pun lambat.

Pagi tu macam biasalah, aku tersedar masa roomate aku keluar nak pergi mandi. Aku tengok jam baru pukul 6:00, so aku sambung tidur balik.Tidur-tidur ayam saja sebab aku still sedar lagi bila dengar roomate aku masuk bilik, buka almari, jerang air dalam kettle, lepas tu dia akan solat subuh. Bila dia solat subuh tulah, baru aku bangun nak mandi. Aku tengok jam dah pukul 6:30. Masa aku nak masuk pintu tandas tu and GUESS WHAT? Roomate aku baru habis mandi. So, memang aku selisih dengan dia. Dia siap cakap lagi, “hari ni ramai pulak orang mandi awai. Kena ikut turn.” Terus meremang bulu roma aku. Habis, siapa dekat bilik tadi, siap aku nampak tengah solat lagi?

BEKERJA
2014 – Sementara nak dapat kerja tetap, aku kerja part-time sebagai cashier di sebuah pusat bowling dan karaoke keluarga. Pagi tu ada first customer. Lepas settle key in details dan payment dalam sistem, aku terus roger Abg Mat (technician yang bertugas pagi tu) dengan menggunakan walkie talkie untuk minta dia bukakan lampu lane. Tapi tak ada jawapan. Aku try berkali-kali akhirnya berjawab tapi dengan bunyi yang bising dan dengar suara Abg Mat cakap okey dengan nada tersangkut-sangkut. Selagi tak buka lampu, mesin pin bowling tu takkan aktif. Dari kaunter aku nampak lampu dah on, rasa lega sebab customer dah tunggu lama. Tak lama lepas tu, aku nampak Abg Mat baru keluar dari tandas. Ehh, kalau dia ke tandas, siapa yang jawab walkie talkie dan buka lampu tu? Untuk ke tandas memang kena lalu kaunter, tapi aku tak nampak dia lalu pun. Aku terus panggil dia, aku bagitau apa yang jadi, muka dia cuak sambil cakap “walkie talkie ada dekat belakang, abg Mat tak on lampu pun… hmm…” Abg Mat tak berani pi belakang sampailah ada technician (shift tengahari masuk).

Lain-lain benda dekat sini yang terjadi, kadang-kadang aku ternampak ada kelibat masuk bilik karaooke dan ada orang tengah karaoke lagu mandarin dalam tu. Padahal pagi-pagi mana ada customer. Kadang-aku aku shift petang tapi Abg Mat kata nampak aku pagi-pagi masuk stor kira stok. Ada juga time break aku lepak dalam pantri, dengar suara supervisor aku tapi bila tengok tak ada sesiapa. Yang paling seram aku pernah nampak perempuan cina pakai cheongsam dalam bilik karoeke masa nak buat closing dan tutup sound system. Aku lari keluar dan mintak bangla yang jaga tu tolong tutupkan. Bangla tu pernah cakap, “you nampak itu pompuan cina ka? Hihihi…” Apa pasal bangla tu gelak macam tu aku pun tak tahulah.

2016 – Aku dah kerjaa tetap, sebagai kerani hampir dua tahun. Ada sorang kakak ni, aku panggil kak Una. Dalam ofis nie kami berdua ja perempuan, yang lain lelaki kebanyakan kerja kat site. Hari tu kak Una sampai ofis dulu, selalunya aku yang awal. Aku tegur kak Una, “awai sampai”, dia hanya tengok aku dan senyum. Lepas letak beg, on PC aku terus ke tandas. Keluar ja dari tandas aku tengok kak Una takda kat tempat dia. “Mungkin kat pantri kot”, fikir aku. Macam biasalah, pagi-pagi ambik mood, nak buka fb, ig semua dulu. Tiba-tiba ada whatsapp masuk, “Kak Una MC hari nie, tak berapa sihat. Nanti tolong bagitau bos ya?”

Aku? Gulp…

**Aku bukanlah sejenis manusia yang terbuka hijabnya, apatah lagi dapat tengok benda-benda yang tak boleh nampak dengan mata kasar. Walaupun aku tak pernah nampak makhluk-makhluk dengan wajah yang buruk dan menakutkan tapi aku tetap tertanya-tanya, kenapa benda-benda macam ni selalu kena dekat aku? Siapa dia dan siapa mereka?

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “#MissIB – Siapa?”

  1. Bangla tu gelak sbb amoi cheongsam tu skandal die koottt…
    Kantoi sudaaa…
    Heheheehehe…

    *haaa…jgn tanye plak nape akk gelak heheheeee camtu…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.