#MissT: Rupa-rupanya kau yang…(3)

Assalamualaikum warga FS. Alhamdulillah perkongsian cerita aku diterima baik oleh pembaca dan peminat FS. Cerita tentang siapa yang menyihir aku dan orang-orang yang terlibat dah habis sebenarnya. Boleh aku ringkaskan, orang yang terlibat ialah Syed, bapa Syed dan Ika. Tapi aku akan sambung beberapa kisah lagi di sebalik konspirasi perbuatan sihir ni.

Okay, aku mengaku aku skip part bot di Pulau Perhentian. Memang tak la aku naik kereta terbang tu semua. Cuma aku tak terfikir isu itu akan dibangkitkan dan ada yang minta lebih details dalam penceritaan aku. Sorry memang aku skip-skip je keluar surau terus pergi kereta. Sebelum tu of course la naik bot. Berbalik semula ke part bot tu, kami naik bot (biasa) ke pulau dalam pukul 3 lebih sebab kami sampai pun dah lepas zohor.

Part aku keluarkan phone konon-konon nak selfie tu, part Syed bercakap-cakap dengan Ika semua berlaku dekat parking di jeti sebelum kami ke pulau. Yang bot luar biasanya masa aku lepas solat di surau dan pergi ke kereta untuk cari Ika lepas maghrib tu. Dah nama pun plan, mesti la aku usahakan something supaya kami tak stay kat pulau malam tu (maaf aku tak dapat terangkan details sebab melibatkan peiuk nasi orang).

Tapi kenapa korang tak pelik macam mana pulak Syed dengan Ika dapat bot pergi ke jeti malam tu? kalau ikut plan aku, kami bertiga akan balik ke jeti lepas dinner, naik bot (yang aku dah usahakan). Macam mana pulak Syed dengan Ika boleh ke jeti tanpa aku? Eh, aku pulak yang tanya. Sebab aku pun tak tahu. Aku lupa nak tanya Ika. Ada yang pening lagi tak? Please jangan pening. Takut ada sambungan lagi kang! Hahahaha.

Ada juga yang kurang faham part aku tendang Syed tu. Aku explain semula, ingat tak aku cakap aku dalam kereta baca yasin? Lepas tu ada benda bukak pintu kereta aku? Itu syaitan Syed. Yang rangkul leher aku sampai aku hentak kepala dekat stereng tu pun syaitan Syed. Yang pegang tangan aku masa aku nak hidupkan enjin nak lari tu barulah tangan Syed Syaitan.

Nampak tak bezanya? Situasinya macam ni, aku dekat tempat driver, Syed dekat sebelah aku (luar kereta). Masa tu Syed dah rentap kepala aku. Masa aku keluarkan ayat “jangan disebabkan kelemahan dan kebaculan ko, ko buat orang macam ni setan!”, Syed lepaskan kepala aku then dia tunduk macam rasa serba salah tau. Masa tu la aku tendang dia. Lepas tendang aku terus lari sebab aku memang dah dalam kereta. Maaf kalau masih ada yang belum faham. Aku cuba explain sehabis baik dah situasi malam tu.

2015

#warded
#takambikexam
#extendlajawabnya
#redha
#kurangajarkauSyed

Aku trauma. Sampai nurse pegang pun aku tepis-tepis sebab aku trauma dengan Syed. Masa aku dekat wad, jujur aku cakap aku selalu terbayang Syed. Emosi aku tak stabil. Kadang-kadang aku marah, kadang-kadang aku sedih, kadang-kadang aku takut. Tapi aku tetap menyesal tendang Syed. Entah kenapa aku rasa bersalah. Aku rasa aku tak patut buat kawan aku macam tu walaupun Syed sebenarnya yang tak patut buat aku macam ni. Entah la. Aku Cuma keliru.

Ibu: Anim, ada orang datang tu. Bangun sekejap. Ibu tak kenal.
Aku: Ohhhh…tu la Kak Mik, bu. Dia felo kolej. Ibu jangan tanya suami dia mana tau sebab dia janda.
Ibu: Ohhh faham2. (ibu aku bukan boleh caya. Satgi dia tanya somi keje mana? Hahaha)
Aku: Ibu, bagi Anim cakap dengan Kak Mik kejap boleh?
Ibu: Alaaaa…ada rahsia ke?
Aku: Nanti Anim cerita ya.
Ibu: Okay.
……………………

Aku: Akakkkk…Assalamualaikum kak!
Kak Mik: Waalaikumusalam Tasnim. Ceria je kamu? Sakit ke tak ni? kalau dah tak sakit, pergi jawab exam sana.
Aku: Ishh akak ni. Fizikal saya memang tak sakit kak. Tapi mental saya…
Kak Mik: Iye, iye akak faham. Akak gurau jela. Kamu okay tak nak sembang ni? Akak ada benda nak tunjuk ni.
Aku: Tunjuk apa kak?
Kak Mik: Kamu baca ni. Mesej ni akak dapat lepas kamu call Yuni pakai phone akak. Yuni yang mesej ni. Akak nak bagi kamu baca tapi kamu pulak dah tidur. Masa kamu pinjam lagi sekali phone akak, akak tak teringat langsung pasal mesej ni.
Aku: Meh jap saya baca.

(Mesej Yuni)

Tasnim, betul ke awak tak balik kampung? Kalau saya tau, saya balik bilik malam ni. Ika yang suruh saya jangan balik sebab dia kata bilik kosong. Tasnim, alang-alang nak exam ni kan, saya nak minta maaf dengan Tasnim kalau saya ada buat salah dengan Tasnim. Saya ada jugak mengumpat Tasnim belakang-belakang. lepas apa yang Ika cerita, saya jadi takut dengan Tasnim. Tapi saya pun tak tahu apa yang Ika cerita tu betul ke tak. Cuma, Tasnim ubah la perangai ye. Tak baik main-mainkan lelaki. Tak baik mensyirikkan Tuhan. Takut makan diri sendiri. Maaf la Yuni cakap macam ni mungkin jatuhkan mood Tasnim nak study. Yuni mintak maaf ye. Mungkin kita tak jumpa dah lepas exam ni sebab Yuni stay rumah sewa kawan Yuni. Take Care roommate~~~~~

Aku: Kak, kenapa Yuni cakap macam ni? Apa yang Ika cerita dekat dia kak?
Kak Mik: Tasnim, saya sebagai felo, saya berhak ambil tahu masalah penghuni-penghuni kolej. Tapi kalau awak taknak bagitau, saya tak boleh paksa. Lagipun hal peribadi ni tak melibatkan kolej. Akak tak tahu apa masalah korang satu bilik tu. Tapi akak dapat rasa ada orang tak puas hati dengan kamu.
Aku: Akak rasa, patut tak saya contact Yuni?

Kak Mik: Patut. Itulah yang sepatutnya. Kamu kena tahu kenapa Yuni cakap macam tu. Kamu rehat la dulu. Akak ada meeting kejap lagi. Student baru nak masuk nanti banyak fail nak kena tukar. Kalau ada apa-apa, kamu call akak ye.
Aku: Terima kasih Kak. Ohh ye akak, kalau akak dapat mesej apa-apa atau call ke, akak bagitau saya ye. Tapi akak jangan reply cakap tu no akak. Just pretend like your number is my number. Boleh kak?
Kak Mik: Eh, suka hati kamu je.
Aku: heheheheh.

Aku serabut fikirkan kata-kata Yuni. Patutla Yuni macam mengelakkan diri daripada aku. Diorang jarang balik bilik. Kalau Yuni ada pun, dia tak bercakap dengan aku. Dia lebih suka bersembang dengan Ika. Yang paling aku marah sekali, kenapa Yuni sebut pasal Syirik? So, aku decide untuk tanya Yuni apa yang Ika cakap dengan dia.

(mesej aku dengan Yuni)

Aku: Salam Yuni. Hye busy ke?
Yuni: Hye roommate. Acah-acah busy je. Hehehe.
Aku: Hehehe. Untung laaaa exam.
Yuni: Elehhh…macam la dia tak exam. Satu uni tengah exam.
Aku: Tak, saya tak ambik exam.
Yuni: Hah? Kenapa Pulak?

Aku: Saya dekat hospital ni. Warded.
Yuni: Ya Allah Tasnimmmmm…awak accident ke? Kenapa tak bagitau? Ika tau tak? Semalam ada nampak dia dekat dewan exam. Tapi tak sempat sembang.
Aku: Aaa bukan accident. Cuma tak sihat je. Btw, saya nak tanya pasal mesej yang Yuni send dekat saya lepas saya call Yuni malam yang kolej blackout tu.
Yuni: Ohhhh that one. Yuni mintak maaf. Takde niat nak kecikkan hati Tasnim. Tapi yelah, kita ni roommate. Yang salah Yuni tegur. Maaf.

Aku: No no no. Its okay. Cuma, kenapa Yuni sebut pasal syirik? I mean, mana Yuni tau saya buat benda-benda syirik?
Yuni: Ika yang cakap. Ika ada tunjuk mesej-mesej Tasnim ugut dia pada Yuni.
Aku: WHAT? Mesej ugut? Bila masa saya ugut dia.
Aku: Ada. Tasnim cakap jangan bagitau Yuni pasal perbuatan Tasnim. Kalau tak, Tasnim nak bomohkan Ika. Ada jugak mesej Tasnim cakap “Seronok tak kena kejar pocong?”. Tasnim cakap kalau Ika bukak mulut, Tasnim nak kacau Yuni pulak. Sebab tu Yuni takut dengan Tasnim. Yuni dah tau sebenarnya. Yuni takut Tasnim kacau Yuni. Sebab tu Yuni diam je.

Aku: Habis tu, Yuni cakap sekarang ni, Yuni tak takut kena kejar pocong? Yuni tak takut Tasnim bomohkan Yuni pulak? Yuni look, SAYA SUMPAH SAYA TAK BUAT BENDA-BENDA MACAM TU!
Yuni: Mesej-mesej tu? Tasnim sendiri yang hantar.
Aku: Ya Allah Yuniiiii…mesej macam tu boleh tipu. Yuni percaya mesej-mesej tu sebab nama “Tasnim” yang hantar? Yuni pernah terfikir tak kalau kita save nombor sape-sape dekat phone, kita boleh letak nama apa-apa pun? Tak mustahil Ika save 2nd number dia dengan nama “Tasnim”. Then dia hantar mesej ke 1st number dia yang kita ada. Dia bagi Yuni baca. Lagipun Yuni cek tak contact number tu? betul ke nombor saya?

Yuni: Yuni tak cek nombor tu sama tak dengan nombor Tasnim. Actually Yuni memang tak terfikir langsung.
Aku: See. Yuni percaya bulat-bulat je. Sedih saya orang tuduh saya macam ni sekali.
Yuni: Tapi ada satu malam tu…aaaa takde apa-apa la Tasnim. Yuni salah kot.
Aku: Malam apa? What happened? Yuni angkat call. Saya nak tau apa yang jadi malam tu.

(cerita Yuni)

Ada satu malam tu Yuni demam. Tak larat sangat nak bangun. Tasnim belum balik. Ika offer nak turun koperasi belikan panadol. Masa Ika turun, Yuni nampak Tasnim balik. Tapi muka Tasnim pucat je. Macam yang Yuni cakap sebelum ni, Yuni takut dengan Tasnim. So, Yuni pura-pura tidur masa tu. Masa Yuni tengah pura-pura tu, Yuni dengar Tasnim marah-marah. Tasnim sebut siap kau! siap kau!. Yuni takut sangat masa tu. Tiba-tiba suara Tasnim senyap. Yuni beranikan diri bukak mata. Tapi gelap.

Bilik kita gelap dan suara Tasnim pun senyap. Yuni bangun nak hidupkan lampu. Tiba-tiba Yuni nampak Tasnim duduk sambil pegang lilin dekat katil atas. Tasnim senyum dekat Yuni. Bila Yuni tanya bila masa Tasnim panjat katil sebab Yuni tak rasa pun katil bergoyang, Tasnim makin tersenyum. Bila Yuni nak on lampu, Tasnim mendengus macam marah. So, Yuni tak jadi hidupkan lampu. Yuni decide nak baring balik sebab Yuni dah takut sangat masa tu. Masa Yuni nak baring balik tu, Yuni rasa ada something dekat tilam Yuni.

Benda tu panjang berbungkus. Yuni tengok rapat-rapat benda tu dan teraba-raba sebab samar-samar je dengan cahaya lilin yang Tasnim pegang. Masa Yuni raba-raba badan benda tu, benda tu tak bergerak. Masa Yuni raba muka dia, dia bukak mata. Allahuakbar! ada pocong tengah baring dekat katil Yuni! Lepas tu benda tu bangun dan duduk tegak. Yuni lari pergi katil Ika. Dari katil Ika, Yuni nampak Tasnim senyum je dan masih pegang lilin. Pocong tu masih duduk tegak. Bila Yuni jerit ALLAHUAKBAR tiga kali baru benda tu hilang. Tapi yang Yuni pelik…Tasnim pun hilang!

Lepas tu Ika masuk bukak lampu. Yuni terus cerita dekat Ika. Ika peluk Yuni. Dia cakap pocong tu Tasnim bela. Tasnim sengaja nak takut-takutkan Yuni. Sejak kejadian tu, Yuni memang percaya yang Tasnim ada membela.

Aku: Habis tu, benda yang merangkak atas syiling masa Tasnim temankan Yuni pergi tandas hari tu, Tasnim bela jugak? Kalau Tasnim bela, kenapa Tasnim takut?
Yuni: Yang tu…Yuni tak tahu. Entah la. Yuni tak tahu. Apa yang Tasnim nak bagitau sebenarnya?

Aku: Yuni, saya memang bukan perempuan yang baik. Mungkin awak nampak saya berkawan dengan lelaki, awk fikir saya guna ilmu hitam supaya lelaki suka saya. Tapi, saya nak Yuni tahu yang saya tak pernah sama sekali buat macam tu. Ika dah tipu Yuni. Ika nak buruk-burukkan saya. Dia yang buat semua tu. Saya tak tahu macam mana dia buat, tapi yang saya tahu dia boleh duplicate orang guna ilmu hitam jugak.

Yuni: kenapa Ika nak buat macam tu?
Aku: Saya pun tak tahu. Saya masih siasat. Saya harap Yuni lupakan semua ni. Study macam biasa and let me settle this with Ika.
Yuni: Kalau betul Ika tipu, maksudnya Syed tipu Ika la.
Aku: SYED? Yuni kenal Syed?

Yuni: aaaaa tak kenal pun. Ika je yang cerita pasal dia. Ika cakap Syed tu kawan baik Tasnim. Syed yang bagitau Ika Tasnim guna ilmu hitam nak dekat dengan lelaki.
Aku: Astaghfirulahalazim. Kenapa baru sekarang Yuni bagitau? Macam mana pulak Ika boleh kenal Syed?

Yuni: Yuni mintak maaf. Yuni takut. Yuni tak tahu Ika kenal Syed macam mana. Kalau semua ni tipu, Yuni mintak maaf sangat-sangat dengan Tasnim.
Aku: Takpelah Yuni, saya faham. Good luck for your upcoming paper.
Yuni: Thanks roommate.

Aku send satu mesej ringkas dekat Ika. Aku cakap tolong datang jumpa aku lepas dia habis exam. Kalau betul dia termakan dengan kata-kata Syed, aku kena betulkan keadaan aku dengan Ika. Hari yang aku tunggu pun sampai. Ika datang jumpa aku sehari sebelum aku discharged. Waktu Ika datang, muka ibu mencuka habis. Dia tak bagi aku bercakap dengan Ika. Tapi lepas aku pujuk dia, dia benarkan jugak. Aku kalau boleh pandang muka Ika pun aku taknak. Tapi aku tahu Ika ada alasan dia sendiri. Memang itu yang aku nak tahu.

Ika: Tasnim.
Aku: Hmmmm. Terima kasih kasih datang.
Ika: Nim, huuuuuuu…huuuuuuu…huuuuuuuuuuu
Aku: Ika, Ika. Relax. Semua orang pandang nanti. Relax. Saya Cuma nak tahu beberapa benda je. Lepas tu Ika boleh balik.
Ika: Nim, aku bedoso denge mu Nim. Aku tau mu baek Nim. Aku sokmo jelous denge mu. Aku sokmo caghi saloh mu. Aku hasuk Yuni benci ko mu. Aku subahak denge Syek bio mu punoh.

Aku: Kenapa sampai macam tu Ika? Apa salah saya dekat Ika?
Ika: Aku suko Aiman (Aiman: baca kisah 1)
Aku: Aiman? Ya Allah. Sebab jelous je Ika? Sanggup Ika buat benda syirik sebab jelous?
Ika: Tok tok. Aku tok buak benda syirik gitu. Syek yang buak. Aku tulung dio ja. Sejak mu ghapak denge Aiman, aku jelous ko mu. Aku pakak denge Syek sihir mu. Aku nok mu putuh nge Aiman.

Aku: Macam mana Ika kenal Syed? (haaaa ni soalan yang paling aku tunggu nak tanya)
Ika: Mu lupo Nim. Muka ado ghoyak kek aku pasa Syek. Mu ghoyak dio kawan baik mu. Mu penoh pinje phone aku call Syek. Aku save nombo dio. Mulo-mulo, aku mesej Syek sebak aku nok tau pasa laki-laki hok suko mu dulu. Aku nok ghoyak ko Aiman yang mu ni miye (miang). Ghamei jate. Tapi Syek dapak tau niak aku ko mu.

Syek cito kek aku yang dio pun dende denge mu. Aku mulo plan denge Syek sihir mu. Tapi buke aku yang sihir mu. Aku dok gheti bende-bende gitu. Syek denge bapok dio yang hantar benda-benda kaco mu. Aku sendiri tok pernoh napok bende yang Syek hantar ko mu sampa la male kito kek pula perhentiye ghitu…
Aku: Ika nampak apa?

(Cerita Ika)

Sejujurnya, aku cuma tahu bila waktu Syed hantar benda kacau Tasnim. Tapi aku tak pernah tau benda itu apa dan rupanya macam mana. Setiap kali Syed plan nak kacau Tasnim, aku akan cari alasan untuk ajak Yuni keluar bilik dan tinggalkan Tasnim dalam bilik sorang-sorang. Tapi ada jugak beberapa kali yang Syed buat kerja tu sorang-sorang tanpa pengetahuan aku. Syed buat semua tu sebab nak Tasnim sakit dan pergi dekat dia. Bila Tasnim sakit, takde lelaki suka dekat Tasnim dan Syed boleh dapat Tasnim. Itu plan Syed. Aku pulak, bila Tasnim sakit, aku akan dapat Aiman.

Berbalik kepada benda yang kacau Tasnim, malam itu merupakan kali pertama aku nampak benda tu. Ya, malam masa dekat parking kereta di jeti. Syed suruh aku menyorok dan pastikan Tasnim tak nampak aku. Aku menyorok dekat celah-celah kereta. Aku mengintai Tasnim dengan seorang lelaki dekat jeti. Mungkin orang tu yang hantar Tasnim ke jeti. Bila Tasnim pergi dekat kereta, aku tundukkan kepala.

Bila aku dengar suara Tasnim menjerit, aku sambung mengintai. Aku nampak Tasnim jatuh terhantuk dekat rim tayar. Aku nampak Tasnim masuk kereta tapi aku tak nampak dia buat apa. Dalam aku terjengah-jengah, aku rasa ada something yang rapat ke badan aku. Tiba-tiba bulu roma aku meremang seremang-remangnya. Ada bau busuk. Aku toleh, tapi tak ada apa-apa. Aku sambung mengintai. Benda tu datang lagi dan merapatkan badan dia ke sebelah aku. Bila aku toleh, aku nampak kain putih.

Bila aku mendongak, aku nampak muka dia! muka dia bengis menggerutu dan berdarah. Mata dia tepat tenung aku. Itu pertama kali aku nampak makhluk bernama pocong. Tinggi, berbungkus, busuk, dan hodoh. Aku menggigil. Mulut aku terkunci. Aku cuba lari tapi kaki aku terpaku. Last-last aku pengsan. Aku sedar aku dah ada dalam kereta dengan Syed. Waktu tu dah nak dekat subuh. Syed hantar aku balik kolej. Syed cakap “lepas ni aku tak kenal kau. Kau nak cerita apa-apa dekat Tasnim, aku tak heran. Jangan cari aku”.

Aku: Ika pengsan? Habis yang saya nampak berdiri tegak masa saya drive tinggalkan tempat parking tu sape?
Ika: Aku tok tau Nim. Mungke hantu Syek la tu.
Aku: Hmmmm…benda tu memang suka menyerupai Ika.
Ika: Menyerupai aku? Maksuk mu?

Aku: Dah banyak kali saya nampak benda tu menyerupai Ika. Tak terfikir pulak malam tu saya nampak lagi sekali. Patut la berdiri tegak je.
Ika: Sebak tu aku date caghi mu Nim. Aku nok mintak maah denge mu. Aku sumpoh aku tok dende lai denge mu. Mu nok dende denge aku, aku pahe Nim.

Aku: Betul Ika tak tahu apa-apa pasal sihir dan benda-benda yang kacau saya?
Ika: Hok tu aku sumpoh.
Aku: Dah la. Ika balik la. Saya akan cuba maafkan Ika. Tolong jangan cari saya lagi.
Ika: Aku pahe mu tok buleh maahke aku Nim. Aku pahe. Maahke aku.

……………………………….

Ibu: Anim okay?
Aku: Okay ibu.
Ibu: Yang datang dengan dia tu, Yuni ke?
Aku: Hah? Mana ada Yuni. Dia datang sorang la.
Ibu: Laaaaaa… ibu, nampak dia masuk dengan sorang budak perempuan. Cantik budaknya. Anim tak nampak ke?

Aku: Ya Allah. Kejap ibu. Budak ni ke? (aku tunjuk gambar Yuni)
Ibu: Eh, bukan. Budak tu tadi kurus je. Si Yuni gempal sikit.
Aku: Kurus, rendah-rendah ke ibu? Putih rambut lepas pinggang? Muka dia bujur sirih?
Ibu: Haaaa..lebih kurang macam tu.

Aku: Damn. Itu Atikah, ibu. Arwah adik Syed yang meninggal masa kitorang form5 dulu. Ibu takkan tak cam? Ibu tak ingat ke macam mana arwah adik dia mati? Ibu lupa mak Syed buat apa? Kan sampai sekarang kes tu macam misteri je.
Ibu: Astaghfirullahalazim. Baru ibu teringat. Ya Allah meremang bulu roma ibu ni Animmmmmmmmmmmmmmm.

2009 (SPM)

Kecoh satu kampung kes kematian mengejut Atikah. Atikah gadis cantik tingkatan 2. Adik bongsu Syed. Kematian Atikah sangat menyayat hati. Betul kata orang, kalau dah ajal, dekat mana-mana pun boleh berlaku. Atikah meninggal di tanah perkuburan di kampung kami. Saksi kejadian waktu tu satu-satunya kawan baik Atikah merangkap jiran Atikah dengan Syed, Nani.

(Cerita Nani)

Pada Jun 2009, Atikah mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang menyenangkan aku. Dia selalu tanya apa akan jadi kalau dia mati, jadi hantu dan kacau aku? Selamba aku jawab “kalau ko jadi hantu, jangan jadi yang lompat-lompat tu ye”. Atikah pandang aku sinis. Dia ada cakap “nanti tolong dia”. Masa tu aku pun tak faham apa maksud dia.

Tapi yang pasti, dia macam dah tahu ada benda buruk nak jadi dekat dia. Selang beberapa hari lepas perbualan tu, dia tunjukkan something dekat aku. Aku terkejut tengok bungkusan tu. Dalam bungkusan tu ada kain putih berlipat dengan nota “kalau kamu degil, mak bungkus dengan kain ni”. Patut la Atikah ni senyap je dekat sekolah. Boleh kata budak baik la. Rupa-rupanya, dia kena ugut. Apa motif mak dia buat macam tu?

16 Ogos 2009. Tarikh yang takkan aku lupa. Itu kali terakhir aku bercakap dengan Atikah. Aku dengan Atikah ni baru balik dari sekolah agama petang tu. Kami kayuh basikal masing-masing. Si Atikah ni kayuhnya alahai lembab sikit.

Aku: Wei, Tikah. Cepat laa. Aku dah nak terkencing ni.
Atikah: Takpe. Ko jalan dulu.
Aku: Hishh budak ni. Tengah-tengah kubur pun nak bawak slow-slow.

Aku berenti dekat tepi sementara tunggu Atikah dekat sikit. Aku toleh belakang. Atikah kayuh macam tak berdaya je. Tiba-tiba…Krakkkkkkkkkkk! Bunyi dahan patah. Elok je Atikah lalu bawah pokok durian tu, paaaappppppp! Dahan yang patah tu jatuh hempap Atikah. Masa tu jugak dua pasang mata ni terbeliak tengok darah tersembur dari kepala Atikah. Longlai kaki aku nak dekat dengan Atikah. Rasa tulang kaki ni hilang. Aku menjerit sekuat hati panggil orang kampung selamatkan Atikah. Sikit pun aku tak berganjak sebab aku takut tengok badan Atikah yang terkulai dengan darah meleleh-leleh. Bila orang kampung sampai je, Atikah dah meninggal.

Seingat aku. Atikah dibedah siasat sebelum mayat dia family dia bawak balik ke rumah. Orang kampung kebumikan mayat Atikah keesokan harinya. Aku tak pergi pun jenguk Atikah sebab aku ni jenis takut dengan kain kafan. Aku Cuma tunggu dekat rumah je. Rumah Atikah betul-betul sebelah rumah aku. Dekat rumah, aku asyik terfikir apa yang ada kaitan dengan Atikah. Satu, kalau dia nakal, nanti kena bungkus. Hmmm sekarang dia dah dibungkus. Dua, kalau dia jadi hantu……..

Petang tu ada kenduri tahlil arwah. Aku ikut mak pergi rumah Atikah. Tapi aku perasan satu benda. Mak Atikah takde. Aku fikir mungkin mak dia dalam bilik kot. Sedih anak meninggal sampai tak jumpa orang yang datang bertahlil dekat rumah. Masa tu, abang Syed dengan ayah Atikah ada. Siap semua tolong-tolong basuh pinggan, aku balik dengan mak. Aku tidur dengan mak macam biasa malam tu (ayah dah arwah jugak).

Tolonnggggg onggg ongggg… tOOOOOloooongggggg….huuuuuu..uuuuuu…huuuuuuuuuuuu…

Aku: Mak, bangun mak. Dengar x?
Mak: Sshhhhhhh. Diam buat tak dengar.

Dua tiga minit lepas tu. Tolonggggggg pedih…pedihhh…tolongggggggg……………huuuuuuu uuuuuuu….

Aku: Mak, bunyi apa tu mak.
Mak: Jangan tegur. Tutup mata.
Aku: Suara Atikah, mak.
Mak: (Tekup mulut aku, tarik selimut)

Esoknya, jiran-jiran pakat bermeeting dekat rumah aku. Topiknya, dengar tak suara menangis semalam. Mak aku pun cerita la apa yang kami dengar malam tu. Nak dipendekkan cerita, ada la orang kampung terserempak dengan arwah Atikah ni tengah-tengah malam. Tempat biasa orang nampak, dekat laluan kubur tu la. Kecoh jugak sampai kampung sebelah arwah Atikah balik rumah. Bila kes tu dah viral sangat, ketua kampung datang rumah Atikah. Masa tu aku dengan mak ada.

Tok Jusoh: Kami datang ni bukan nak cakap benda tak elok. Tapi kamu tau ke cerita pasal arwah anak kamu?
Mak Atikah: Cerita apa?
Tok Jusoh: Ishhh. Kita datang nak selesaikan. Jangan dalih2. (ketua kampung aku garang orangnya. Nak mintak cop dia sebab nak mohon biasiswa pun aku tak berani).
Mak Atikah: Anak saya dah selamat kebumi dah. Apa masalahnya? Yang korang nampak tu bukan dia. Syaitan.

Tok Jusoh: Mesti ada yang tak kena ni. Baju dia masa kejadian hari tu kamu letak mana? Basuh? Bakar?
Mak Atikah: Basuh.
Tok Jusoh: Dengan apa? Kan aku cakap bakar je.
Mak Atikah: dengan air limau nipis.

Tok Jusoh: Astaghfirulahalazim…. Darah orang mati jangan dibasuh dengan asam limau! Dibakar je! Patut la budak tu mengadu pedih! Otak takde.
Abang Syed: Maaf tok. Maaf semua. Mak saya tak tahu.
Tok Jusoh: Aku nak kamu satu keluarga selesaikan masalah ni. Panggil orang tolong. Jangan pandai-pandai.
Abang Syed: Ye ye.

………………………………………….

Aku: Habis la Ika. Anim dah agak. Syed takkan lepaskan kitorg macam ni je ibu. Ibu dah bagitau Ustaz Ghani kita nak datang esok?
Ibu: Dah dah. Tapi Ibu ada benda nak cakap dengan Anim.
Aku: Apa dia ibu?
Ibu: Ibu harap Anim faham kenapa ibu buat macam ni ye. Lepas Anim masuk sini, ibu pergi tarik barik laporan polis yang Anim buat tu. Bukan sebab ibu menangkan Syed. Tapi ibu risau keselamatan Anim. Ibu takut kalau Syed kena tangkap, dia makin berdendam dengan Anim. Ibu mintak maaf.

Aku: Hmm…Anim faham, ibu. Patut la Syed boleh hantar benda menyerupai arwah adik dia ikut Ika. Ibu rasa Syed akan kacau Anim lagi tak?
Ibu: Ibu harap tak. Kita cuba buangkan segala sihir yang dia hantar ye. Nanti Ustaz Ghani tolong. Yang penting kita balik rumah dulu. Ibu takut Syed tahu Anim masih kat Terengganu.

……………………………

Alhamdulillah. Dah setahun lebih kejadian tu berlaku. Ustaz Ghani tolong ubatkan aku dan pulihkan semangat aku sebelum aku sambung pengajian sampai sekarang. Aku masuk lewat sikit sebab belum ada kekuatan masa awal tahun 2016 tu. Jenuh jugak nak explain dekat dekan masalah ghaib aku ni. Gangguan-gangguan sihir tu dah takde dah. Syed dah berenti kot. Aku doakan dia balik ke pangkal jalan. Jafni? Dia dari awal dah surrender dengan masalah aku. Lepas kena tahan lokap, dia Cuma hantar satu mesej cakap taknak ada kena-mengena dengan masalah aku. Takpelah. Aku faham.

Sorry kalau ada yang kurang dalam cerita kali ni. Maaf jugak pada ore klate kalau loghat yang aku tulis tak betul. Ika cakap laju. Sikit-sikit bunyi loghat tu aku dapat la jugak tangkap. Nasihat aku, jangan percaya kawan seratus peratus. Girls, jaga diri baik-baik. Jangan lembik. Berpada-padalah berkawan dengan lelaki ye. Lagi satu, delete mesej-mesej or contact number orang dekat mana-mana phone yang korang pernah pinjam. Takut ada yang salah guna. Okay semua, Assalamualaikum.

……………………………

(dalam kereta masa nak balik rumah lepas discharged)

Aku: Eh, ibu. Apa bau busuk ni.
Ibu: Jangan tegur.
Aku: Ibu… Kenapa bulu roma Anim meremang ni ibuuuuuu…
Ibu: Mana ada apa-apa lah! Dah diam je.
Aku: Ibu, masa dekat hospital, ibu kata ibu nampak Ika masuk dengan budak macam muka arwah adik

Syed kan? Ibu ada nampak tak dia ikut Ika keluar masa Ika balik?
Ibu: Tak. Ibu tak nampak dia ikut Ika keluar.
Aku: Maksudnya…di di di di a I I I I I kut ki ki ki ki ki ta ke ke ke i I I bu?
Ibu: Diam Anim. Dia ada dekat belakang.
Aku: Allahuakbar.

28 comments

  1. Mmg best citer akak ni.. sye suke sgt .. hope nnt akak leh kongsi kan bnyk lg citer yg mnarik… aiii.. naik mremang mse akhir2 tu… btw smoge akak n kluarge slamat dilindungi allah s.w.t amin….

  2. Boleh tak sambung lagi part 4. Tapi cerita lanjut pasal arwah Atikah tu. Kenapa mak dia ugut macam tu. Kenapa Atikah tu nampak macam dianak tirikan. Kenapa nampak macam parents Syed lebihkan syed dari adik dia. kenapa kenapa kenapaaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *