Misteri Anak Diganggu

Assalam..saya tak reti nak bermukadimah..terus masuk jalan cerita la yea..

Cerita dari pengalaman sendiri..cerita ni berlaku masa anak lelaki saya yang kedua masih baby..x ingat baby da brape bulan, tapi msih blum pandai berjalan..pada hari yang tersebut saya ade janji  pada adik kepada member untuk pass tiket perlawanan bola sepak (kalau tak silap friendly game selangor vs singapore).

so saya angkut satu family untuk temankan sebab on d way balik nya, plan nk singgah rumah mak saya yang bersebelahan dengan kg tu.so kami gerak selepas maghrib.oleh kerana kami gerak awal, tak sangka la pula adik member ni dah menunggu di area kampung mak saya.so kami bgitau yang kami pun dah gerak, so kami tunggu saja di hadapan skolah kampung adik member ni (sebab memang kebetulan da smpai situ).nak tak nak, adik member ni tadi terpaksa la berpatah semula sebab tiket free punye pasal..mereka ni menunggang motosikal, so mereka ikut jalan blakang sekolah.

utk pengetahuan semua, jalan belakang sekolah ni kena ikut jalan kubur.bila tiket bertukar tangan, kami pun beredar..kami pun gerak ke rumah mak saya..sampai di rumah mak, anak saya yang baby tadi tiba tiba menangis.puas saya dukung keliling dalam rumah, tapi tak berjaya menenangkan nya.

saya cuba untuk susukan baby tapi baby menolak.then saya bawa dukung dan berdiri tepi tingkap kat living hall betul betul menghadap kreta kami parking.baby diam jap tengok luar tingkap kemudian sambung menangis.

menangis yg sesungguhnya menangis.siap pejam mata lagi..tak pernah kami tengok dia menangis gitu..masa tu kami belum suspek apa apa..ingatkan baby kembung perut jea..so kami minta izin mak nak gerak balik.

mase masuk dalam kereta asben senyap jea..tiba tiba dia capai handphone pasang ayat bacaan al quran..tak smpai 50 meter kereta gerak, suami berpatah balik smula ke rumah mak..then kami masuk smula ke rumah mak.

asben bagitau yang dia tak sedap hati..time pasang ayat kursi dalam kereta tadi dia da meremang bulu roma..bila bawa kereta pun berat lain mcam..baby pun still tak berenti nangis..so mak pun cepat cepat telefon saudara untuk cari penawar..kami pun start enjin dan pi bawa baby ke rumah saudara tersebut.

alhamdulillah selepas di beri air penawar baby berenti menangis dan mula nak menyusu..kesian baby smpai tertidur keletihan (penat menangis kot!)..ustaz pesan, kalau bole jangan bawa baby kecil jalan mlam malam..dalam hati mmg rasa menyesal keluar malam..lepas dari kejadian tu, memang sentiasa pasangkan bacaan al quran dalam kereta dan tawakkal..

Cerita yg kedua ni pula berlaku masa anak yang kedua umur dalam dua tahun..time tu dia dah pndai cakap, tapi vocab masih terhad..kami stay dalam kawasan sekolah..then malam tu asben nak menonton bola kat tv..so dia amik keputusan untuk menonton tv di sekolah jea smbil buat kerja sekolah..kira mcam 2 in 1 lah.

kebetulan dia ada pinjam kunci satu bilik kecil di tingkat 2 sekolah..asben bawa anak yang kedua jadikan peneman..masa tengah menonton tv tu, asben mmg biarkan pintu bilik tu terbuka..entah macamana tiba tiba anak ni cakap, “Abah, tu mommy..”..siap tunjuk lagi kat muka pintu yg terbuka tu..then anak saya siap panggil panggil lagi.. “mommy tunggu..”..asben pun terus ambil anak dan peluk rapat rapat..bila anak dah tak tunjuk kat koridor luar, barulah asben dukung bawa anak balik ke rumah dan cerita kat sya..persoalan nya siapa ‘mommy’ yang di maksudkan anak saya tu.

– hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Gie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]

1 thought on “Misteri Anak Diganggu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.