Misteri Bilik Air Kolej

Assalamualaikum admin. Terima kasih sudi approve cerita aku ni. Okay , lets start. Aku nak cerita pengalaman aku sepanjang berada di kolej sebuah universiti awam. Cerita ni panjang tau, hehe.

Masa sem 1 , aku duduk bilik berdua dengan roommate aku di tingkat 3. Bilik kami betul2 depan tandas. Sebelah tandas tu tangga, then tangga bilik kami menghadap ke kolej yang tak berpenghuni dah dekat setahun sebab tengah renovate. Belakang2 tu kebun getah so bila waktu malam macam2 bunyi lah ada.

Cerita dia start bila aku nak mandi pagi. Dalam pukul 6 macam tu, aku dengar bunyi paip air mencurah laju macam ada orang tengah mandi. So aku pun bangun pi toilet dah alang2 ada orang tengah mandi kan. Tapi bila aku masuk je toilet, air je terbuka tapi orang tak ada. Masa mula2, aku husnudzon mungkin ada org yang guna masa awal tu tapi terlupa nak tutup air dan terus keluar. So aku abaikan je lah.

Floor aku bilik ada dalam 10, semua bilik penghuni hanya 2 orang. Majoriti floor aku satu kelas, and kelas dorang pulak selalunya pukul 10 pagi. Aku je kelas hari2 pukul 8. Memang kena mandi awal lah kan. Roommate aku pun sama, kelas pukul 10 pagi tapi dengan kerja kursus yang banyak selalunya balik pukul 12-2 pagi, buat kerja kt bilik kawan. Aku ni duduk lah sorang2 dalam bilik. Malam2 pun selalu jugak dengar bunyi paip air terbuka, tapi yg peliknya bila aku masuk mesti tak ada orang.

Then masa sem 2, roommate aku kena pindah bilik. Majoriti floor aku ramai yang kena pindah. Daripada 10 bilik, tinggal lah dalam 6 bilik je yg berpenghuni tapi semua tinggal sorang2, tak ada roommate . Dah la tingkat 3, tingkat 4 memang kosong terus . Mula2 cuak jugak, 3 bulan beb kau nak hidup sorang2. Classmates majoriti duduk blok lain (actually kami ada 4 blok, setiap blok 4 tingkat).

So bermula lah lagi rutin nak mandi pagi. Setiap kali nak mandi aku akan tunggu bunyi air. Bila bunyi air aku syak ada orang tengah mandi so ada lah teman nak mandi kan, tapi hampa beb! Setiap kali aku dengar bunyi air, aku masuk toilet mesti tak ada sesiapa. Air je terbukak! Kadang2 air kt jamban, kadang2 kat sinki, aku pun gagahkan diri tutup air then mandi. Hati kena sado beb! Nak keluar balik takut lain pulak jadi, alang2 dah masuk toilet kan. Tapi memang boleh dikatakan selalunya aku akan dengar bunyi air then kena tolong tutup air hampir setiap pagi. Dalam 10 minit macam tu baru akan full toilet pakat2 nak mandi .

Aku ada cerita ni kisah ni kt pakcik aku. Pakcik aku ni ustaz dan dia mmg duk berubat orang. Dia kata ” benda tu saja la nak suruh kakak mandi awal, dah kakak set kt otak, ada org mandi baru kakak nak pi mandi so dia buka la air acah macam ada org kt toilet “. Lama-kelamaan dah jadi satu kebiasaan, kadang2 pukul 3-4 petang pun jadi, aku lah yang kena tolong tutup air. Alhamdulillah, aku boleh survive 3 bulan sorang2 tanpa roommate .

Masuk sem 3 , kena pindah bilik. Kali ni satu bilik 4 orang. Blok yang kami duduk ni blok yg setahun dah x berpenghuni tu, dah siap direnovate . Malangnya bilik aku ni hujung daripada toilet, selang 4 bilik. Bilik pulak memang betul2 menghadap ke hutan terus. Tingkat 3 jugak, dan floor paling hujung .

Benda sama jadi adalah paip air selalu terbuka . Bila aku sampai je toilet mesti tak ada orang . Tapi alhamdulillah, sekalipun aku tak pernah terjumpa “dia” , nauzubillah mintak dijauhkan. Tapi pernah la terperasan macam ada bayang hitam melintas kt depan pintu toilet. Aku ni tiap2 minggu balik. So adalah satu malam tu, aku balik tapi roommate aku cerita yang bilik hujung tu ternampak benda tu bertenggek kt atas sinki.

Then, benda tu asyik muncul sampai ramai jugak yang nampak & histeria. Tapi salah dorang jugak, makan megi sisa makanan buang dalam sinki dan mangkuk 3 hari tak basuh biar je dlm sinki tu, mentang2 bilik dorang kat depan toilet kan. Mungkin benda tu nak tunjuk dan ajar dorang supaya jadi pembersih sikit kot. Kesian makcik cleaner hari2 kerja keras kena cuci sisa makanan dorang buang dlm sinki tu. Lepas daripada kes tu, aku perhati toilet pun dah bersih sikit dan bebas daripada sisa makanan, hehehe.

Btw nak pesan lah pada semua yang baca , jangan lupa jaga kebersihan dan masuk toilet jangan lupa baca doa. Toilet kan tempat dia! So, pandai2 lah jaga diri. Aku pernah sakit perut pukul 3 pagi. Dengan hujan lebat, roommate 3 orang semua balik, aku sorang2 kt bilik tak menahan sangat, dengan terpaksa beranikan diri tawakkal je pergi ke toilet. Lepas buang hajat terus sambung tido . Esok pagi dengar cerita yang semalam ada orang nampak nenek kebayan kat toilet bawah. Uish seram sejuk haih! Hehe , btw thank you guys sudi baca sampai habeh ?

Dibo.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

2 thoughts on “Misteri Bilik Air Kolej”

  1. 3 bulan xde roomate..peh giler r…aq dok sorg pon da bosan..ni kan sorg plus de gangguan..mmg terbaik

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.