Assalamualaikum FS dan peminat FS. Nama aku sya . Aku sekarang sem 3. Sebelum ni aku pernah share cerita bertajuk Bilik Kuliah 4. Cerita Bilik Kuliah 4 ni terjadi masa aku sem 1. FYI , toilet tu sekarang dah bersih. Dan makin ramai orang masuk daripada dulu. Dan sekarang aku nak cerita masa aku sem 2 pulak.
Kisahnya bermula pada seminggu sebelum final exam. Pagi tu aku dengan Izza p kolej macan biasa. 8.20 am. Lecture kami ni jenis dia takkan start kelas kalau semua x datang lagi. Lagipun subjek ni x ramai.
Sementara nak tunggu kawan2 yg lain datang . Kami tunggu dekat kerusi batu depan pejabat tu. Time ni dengar dua orang kak cleaner duk bercerita.
Cerita dia macam ni. Masa tu , kebetulan En Riduan lalu depan kami . Dua orang kak cleaner tu tanya En Riduan ada nampak budak sekolah tak kat kwasan kolej ni . Encik Riduan cakap tak nampak pun. Encik Riduan tanya dia lalu kat mana? Pakai baju apa, laki ke pompuan? . Kak tu cakap laki , lengkap berpakaian seragam sekolah, segak , duk melilau kawasan belakang kolej. Dari depan nak ke surau. Untuk pengetahuan korang , surau di hujung blok.
Tapi dia lalu jalan blakang blok . Memang pelik lah kan. Mana ada orang lalu belakang blok. Tanya pak cik guard yg jaga pagar tu . Katanya tak dak pun pelajar sekolah masuk kolej. Bergilir- gilir dua orang kak tu bercerita. Sebab kedua-dua orang nampak. Salah sorang kak tu , dia cakap dia sempat tanya kat pelajar tu. “Cari sapa dik? Nak ke mana?” Tapi budak tu buat tak endah ja soalan kak tu, jalan terus ja. Time ni kak tu dah rasa pelik. Lepas tu datang plak pakcik pekebun dia cakap dia nampak jugak . Tapi tak tegur pun la budak tu. Masa pakcik ni crita aku tak berapa nak dengar sangat.
Nak sedapkan hati , kak tu cakap ” insyaAllah manusiaa..” Lepas tu kak tu tanya kami pulak ada nampak tak budak sekolah tu. “Kami tak nmpak.” Sebab kami datang lewat dah. Masa kak tu nampak dalam pkul 8 macam tu la.
Lepas pakcik dgn En Riduan dah pegi dari situ. Kak tu pesan . “HAMPA NI NAK P SURAU TU HATI-HATI LA. HAMPA PENAH DENGAR APA2 TAK KAT SURAU? Hah sudah. Sebab muka2 kami ja kat surau. Kami cakap lah setakat ni tak pernah lagi lah jadi apa2 , dengar apa2 kat surau tu. “Haa takpalah”
Kenapa kak? ada kes apa pulak kat surau? . Lepas pujuk2 kak tu pun buka crita pengalaman dia bekerja kat situ.
Kat surau tu macam2 benda pelik jadi . Dengar orang mengaji , dengar orang ON kipas lah. Pernah sekali, kak tu terdengar bunyi kipas kat dalam, bila masuk ke surau nak OFF kipas tapi kipas x ON pun.
Aku pun pernah dengar jugak kat surau ni. Dengar je lah. Masa ni ramai yg dah balik . Sebenarnya kami dah habis kelas awal lagi. Tapi teringat, air dalam plastik tu kami sangkut dekat tingkap dalam surau. (Tak kotor pun, x kena tempat solat pun.) Kami terpaksa patah balik ke kolej semata-mata nak buang air plastik tu.
Sebab esok tu cuti umum. Nanti kalau tak buang busuk pulak surau tu . (Mintak maaf FS . Sya ingat nk sangkut sat ja. Huhu terlupa) Lepas tu kawan aku terus berhenti motor dia kat surau . Aku naik dengan Izza. Aku orang belakang , so aku lah yg kena turun dan masuk p buang. Kawan aku cakap p la masuk aku nak check minyak motor sat.
Aku pun p la, baru pegang tombol pintu , aku dengar budak menjerit. Gaya dia menjerit sakit pun ada, nak kata menangis pun ada. Aku pusing belakang tadak sapa. Duk kelip kelip mata dekat izza. Izza cakap , p jela masuk, nak aku teman ka..? Duk perli aku. Aku terus masuk dalam surau , aku tak pandang langsung cermin.
Cermin pulak boleh nampak belakang . Belakang surau kan hutan . Yg aku cerita sebelum ni. Masa tu aku punya tangan hanya Allah ja tau betapa ketarnya aku time nak ambik air plastik tu . Air tu disangkut ja pun . Tapi masa tu susah gila nak tarik buang. Lepas aku dah berjaya buang tu . Aku cepat2 naik motor. Aku dah tak dengar izza cakap apa masa tu. Yg aku ingat aku gesa izza suruh cepat sikit. Lepas seminggu kejadian tu baru aku cerita kat izza.
24/10/2016
Hari first kami exam kat BK1 (Bilik Kuliah 1) . Bilik kuliah kolej kami ni jenis boleh camtum dengan BK1, BK2 , BK3 smpai BK4.
Exam habis awal , nak balik tapi hujan . So kami tunggulah sampai hujan berhenti. Sementara nak tunggu hujan berhenti , seorang lecture kami ajak main stompers . Muzik ketuk ketuk tu. Masa tu tinggal aku , izza , mona , dan jimah ja.
(Aku letak nama samaran takut nnti kengkawan lain tau heboh pulak nnti) . So , kami ikut lah lecturer tu sebab kami pun teringin jugak nak main. Time main happy gila lah. Lecturer pulak jenis masuk ayaq. Memang kami terrrlajak happy time tu.
Lepas tu, lecturer tu masuk pejabat kejap. Tinggal kami yg main. K. Lepas dah penat main2 gelak2 tu. Kami pun bagitau lah kat lecturer kata kami nak balik dah. Time tu lecturer tu kan ada kat pejabat. Yg ada kt situ Encik R , Ustaz dan Encik Shah. Tengah busy buat keja apa entah kat satu komputer tu.
Lepas dah keluar dari pintu pejabat . Jimah ajak p library kat atas. Library tu tingkat 2 ja. Tangga dengan pintu pejabat berdepan ja , x sampai satu meter pun. Pintu pejabat tu jenis pintu yg tutup rapat. Sebab pakai aircond kan.
Lepas tu kami naik lah atas, masa kat tangga tu kami dengar suara En Shah. Sorang kawan kami cakap lah “ishh riuh sungguh En Shah ni” . Lepas tu jimah tegur bukannya En Shah duk kat bawah ka? Nak kata dia naik tangga sebelah sana memang pelik lah. Jauh kot. Masa jimah tegur kawan aku tu. En Shah tu dah berhenti riuh dah. Nak kan kepastian kami p tengok sendiri. Tadak sapa. Kat library tadak sapa. Mona pulak p tanya kat bilik depan library tu En Shah ada masuk sini x? Jawapannye tak .
Ok , time tu memang tak puas hati. Nakkan kepastian. Kami discuss nak turun bawah balik tanya En Shah. Lepas kami masuk pejabat . Encik Shah still tak berubah tempat duduk tadi. Dengna En Reza dan ustaz. Terkedu kami.
Bermula lah perbualan.
Mona : Encik Shah naik atas tak tadi ?
En Shah : Tak pun.
Lecturer lain yg dengar pun terkedu.
En R : Awat hampa nampak kat mana? (Kat BK (Bilik kuliah) kaa?) Ulang 2X
Aku : Eh tak , ni dekat depan library.
En Shah : Eh tak lah, saya tak naik pun. Lecturer lain pun dah senyum2 dah kat kami, tambah pulak ustaz . Dahla senyum manih. Haha.
Perbualan tu hanya tamat di situ. Waallahhuallam ..
25/10/2016
Hari kedua exam ptg. Kami exam kat BK2 . Kedudukan kami time tu sebaris. Depan sekali Ani , belakang Ani , lisya , aku , jimah , mona , dan belakang sekali izza.
Bermula lah kisahnya. Time nak jawab exam tu aku dengar ada orang menjerit , gaya dia menjerit macam orang kena histeria ramai2 tu.Walaupun aku ni seorang yg penakut. Tapi alhamdulillah time ni aku tak rasa apa2. Sebab time exam kan. Ramai, so tadak la rasa takut sangat, yg aku takutnya tak boleh nak jawab exam ni.
Lepas dah selesai jawab tu . Time balik kawan aku izza tanya aku , ko ada dengar macam orang menjerit tak tadi kat BK2. Aku ni dalam hati ‘takkanlah izza dengar jugak’ aku jawab la . “Yee aku dengar jugak , ingatkan aku sorang je yg dengar.”
PERBUALAN
Izza : Sya.. ko tau tak, aku dengar ‘dia’ jerit kuat sebelah telinga aku ja kot, masa tu meremang gila bulu roma aku. Beberapa minit lepas aku dengar tu Mona ada pusing ke belakang , pusing macam dia nak tanya aku something. Tapi bila dia pusing , mata Mona x tengok aku pun , Mona tengok belakang aku . Dan masa tu , aku macam nampak something dalam mata Mona. Lepas tu tetiba Mona suruh aku baca ayat kursi. Dia paksa aku baca ayat kursi tapi aku x baca pun.
Aku dengan izza tanya Mona . Ko dengar tak tadi kat BK2.
Mona : Aku dengar .. tapi aku buat tak tahu je masa tu. Haa! Izza ni arr , aku suruh izza baca ayat kursi tak nak baca . Ko tahu tak izza kenapa aku suruh ko baca ayat kusri time tu . Masa aku pusing kat ko tu , aku nampak benda tu ada kat sebelah ko . Rupa dia ya rabbiiiiii aku tak boleh nak bayang , aku tak tahu lah nk cerita kat korang macam mana, tapi yg aku nampak tu rambut panjang , pakaian buruk, mata merah tengah pandang izza. Sebab tu lah aku paksa ko bacaa.
Izza : patut lah aku nampak sesuatu dalam mata ko tadi. Entahlah aku pun tak tahu kenapa aku tak nak baca. Sebenarnya dari awal aku rasa x sedap hati dah. Hm
Hari-hari yg seterusnya , tak jadi apa2 dah sebab kami exam kat Bilik lain . Bukan bilik kuliah 1 ,2,3,4.
Kesimpulannya janganlah terrlajak happy. Benda tu tujuan dia satu ja , nak menyesatkan manusia. Nanti kalau aku ada cerita baru aku sambung.
-sya
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
“Ramai, so tadak la rasa takut sangat, yg aku takutnya tak boleh nak jawab exam ni.”
Haaaa tang ni mmg takot banget niiihhh…
Horror ar kolej ko ni dik…
Bykkan beringat yer…
Gila seram…sambung2…
Gila meremang…….
tak best dan rasa fiksyen. Kesimpulan pun entah apa2
fiksyen pon fiksyen la janji best
ok la citenye..seram
Ceritanya seram