Misteri Di Jalan Lurus

Assalamualaikum pada para pembaca sekelian. Hari nie sy ingin menceritakan sebuah kisah benar yg pernah sy lalui satu ketika dulu. Mungkin kisah ini agak biasa kita dengar, namun apa yg sy akan ceritakan ini bagi sy terlalu misteri hinggakan sy masih rasa trauma dan teringat2 tentang cerita ini saat melalui jalan lurus tersebut.

Kisah ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu dimana sy masih bersekolah tingkatan 4 waktu tu. Masa tu masih belum ada gadget canggih lagi dan zaman remaja sy banyak habis kan dengan berkunjung ke pusat cyber cafe utk berhibur dengan kawan2 sambil main game online dan melayari laman sosial seperti myspace dan friendster. Masa tu boleh dikatakan setiap kali cuti sekolah hujung minggu malam sabtu dan ahad, sy dan dua orang sepupu sy akan ke cyber cafe yg terletak kira-kira 5km dari rumah. Bukan tiada cyber cafe yg dekat cuma kami lebih suka yg jauh2 sikit boleh jalan2 sambil2 menikmati angin malam.

Biasa nya kami akan bermotosikal utk ke cyber cafe yg agak jauh itu. Ala2 konvoi gitu. Dan mcm biasa la, umur-umur belasan tahun nie terlalu banyak benda yg selalu kami bualkan sampai tak pernah habis. Tak kira waktu kami bertiga akan selalu berbual pasal macam2 perkara. Dari game oline, sampai lah ke perancangan masa depan. Tak habis2 sembang nya tu kadang-kadang sambil mandi pon masih nak bercerita sorang kat luar sorang kat dalam bilik mandi pun masih nak berbual. Sembang je kerja kitorang bertiga ni.

Masa hari kejadian, kalau tak salah jumaat malam sabtu. Jam telah menunjukkan hampir 12 malam. Kebetulan kawan pada sepupu sy nie nak ikut sekali kitorang pergi cyber cafe malam tu. So kami ber empat masa tu. Jadi mcm biase la kami akan bermotosikal sorang sebijik. Tapi masa tu kebetulan motor sepupu sy yg sorang tu bocor, jadi dia tumpang la motor sy. Jadi 3 bijik motor yg pergi ke cyber cafe malam tu. Macam biase la kitorang naik je motor bawak mcm org makan angin sambil mulut pot pet pot pet sembang benda yg tah hapa-hapa entah sambil gelak-gelak.

Tak tau kenapa malam tu kami betul-betul happy sampaikan gelak tak berhenti-henti dari mula naik motor sepanjang jalan tu kami gelak walaupun bende yg remeh temeh macam side mirror senget la lampu malap, tu pun boleh jadi bahan lawak kami sepanjang perjalanan ke cyber cafe malam tu. Semua gelak tak ingat dunia. Sampai lah kat satu jalan ni. Jalan yg memang kami gunakan utk ke cyber cafe memang satu tu je. Kami tak takut lalu jalan tu malam-malam sebab dah biasa dan sepanjang jalan tu memang terang ada lampu jalan. Tapi tah kenapa susasana kat jalan tu agak berlainan sikit dari kebiasaan nya. Mana tak nya biasa nya lampu jalan situ memang jarang sekali rosak dan kalau tak menyala pun mungkin sebab black out dan sepanjang jalan tu akan gelap gelita. Tapi malam tu pelik sikit sebab lampu jalan hanya menyala di permulaan jalan tapi bahagian tengah gelap dan terang semula kat bahgian hujung jalan.

Jalan tu memang sangat lurus, tak begitu panjang hanya lebih kurang 1km lebih sikit je mcm tu, so kalau kita kat hujung sini memang boleh nampak penghujung jalan tu ada 1 traffic light yg memang boleh lihat dengan jelas warna lampu merah tu dari hujung jalan sebab jalan tu lurus je. Jadi kami pun jalan perlahan-lahan sambil berbual bual atas motor dengan kelajuan tak smpai 30km/h pun. Bila masuk je simpang jalan lurus tu, sy yg membawa motor terperasan, ada satu lembaga di hujung jalan sana seakan-akan mirip perempuan tua yg terbongkok-bongkok sambil memegang tongkat berada di lorong paling kanan sekali. Rambut nya putih dan baju putih lusuh sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke arah kami. Namun wajah nya tidak begitu jelas kerana jarak yg masih jauh antara kami dan ‘lembaga’ tersebut.Jalan tersebut memang ada dua lane utk pergi dua lane untuk balik. Tapi jalan tu hanya sibuk waktu siang dan akan sunyi sepi pada waktu malam.Jadi bila dah sunyi mcm tu memang kami buat jalan tu mcm bapak kami yg punya.

Kawan pada sepupu sy nie berada di lorong paling kiri. Sepupu sy yg naik motor single jalan kat tengah2 garisan dan sy yg naik berdua dengan sepupu sorang lagi ikut lane paling kanan sekali. Bila sy dah terperasan mcm ada kelibat orang di hujung jalan sana, sebab memang nampak jelas dari lampu merah yg menyuluh ke arah ‘beliau’ saya pon secara tak lansung tanya lah sepupu sy yg bonceng motor sy nie. Sy pun tanya lah dia “eh, apa orang tua tu buat kat tengah-jalan pada waktu macam ni”? Lalu dia pun mengintai kedepan, ” ha’ah laa, pastu da la jalan kaki sorang2 tengah2 jalan pulak tu. Mana anak2 dia”? Tanya sepupu sy yg dibelakang. Sy pun hanya geleng kepala dan katakan “entahlah”. Hanya itu saja jawapan yg mampu sy beri. Mungkin dia juga nampak apa yg sy lihat tadi tapi kami tak mengendahkan “lembaga” tersebut kerana jarak nya masih jauh lagi, jadi kami teruskan berbual sesama sendiri sambil ketawa-ketawa.

Bila dah sampai kat tengah-tengah jalan iaitu di kawasan gelap yg lampu jalan nya tidak menyala tu, sy pandang lagi kehadapan lalu sy rasa sangat terkejut apabila mendapati, dihadapan kami lengang selengang nya. Antara kami dan lampu isyarat sudah tak begitu jauh lebih kurang 200 meter saja lagi. Namun tiada tanda2 manusia atau kelibat orang yg lalu kawasan tersebut pada masa itu. D***h mula berderau, dan seram sejuk mula terasa. Suasana yg tadi nya happy, tiba-tiba bertukar sunyi saat mata sy masih liar mencari sesuatu dihadapan dan di kiri dan kanan jalan. Lantas dgan cepat sy bertanya pada sepupu di belakang, “ehh, mana pergi orang tua kat tengah jalan ni tadi? Cepat nya dia jalan? Tapi tak nampak pula kita ada p****g dia tadi?? Engko ade nampak tak kita p****g dia tadi? Takde rasa nya kan”?? Sempat sy tengok muka sepupu sy kat belakang muka memang dah lain lepas tu pucat giler da, dia pun cakap benda yang sama ” betul la, takkan tiba2 je makcik tu hilang rasanya kita belum sampai lagi kat dia tiba2 da takde. Pelik ni” sambil menoleh kebelakang dan kedepan untuk meninjau kalau2 ternampak kelibat orang di kawasan situ. Tapi memang keadaan sangat lengang tanpa ada manusia kecuali kami berempat.

Sampai di simpang lampu isyarat kami berdua terdiam. Memandangkan lampu masih merah, kami tetap berhenti walaupun jalan lengang pada waktu tu untuk melengahkan masa. Sambil menunggu lampu hijau,tiba2 sepupu sy yang di sebelah kiri yang menaiki motor seorang diri bersuara “korang dua nie dah kenapa? Tiba2 je senyap, tadi bukan main happy lagi.” sy pon tanya dia balik, “ehh, kau ada nampak tak masa mula2 kita nak masuk jalan ni tadi ade orang tua pakai tongkat kat tengah2 jalan kat area traffic light ni? Dia jalan menghala ke arah kita, korang ada perasan tak?” sepupu sy pandang kawan di sebelah kiri, dengan muka pelik. “Entah, kitorang dua tak nampak apa pon, clear je jalan nie dari mula sampai hujung nie. Ehh korang dua nie biar betul, tak payah reka cerita boleh tak, dah pukul 12 nie.” ahh sudah, diorang boleh kata tak nampak pula. Sy dan sepupu di belakang berpandangan satu sama lain, dengan muka yg dah lain sangat2. Lalu sy pun cakap “takde apa2 lah” dan teruskan perjalanan bila lampu bertukar hijau.

Lalu kami pun terus online macam biasa seperti tiada apa yg berlaku waktu tu. Kebiasaannya kami main pc tak lama lebih kurang 2 atau 3 jam mcm tu. Lepas tu kami akan ke kedai mamak berhampiran dan melepak sampai subuh baru kami balik kerumah masing2. Masa kami lepak kat mamak tu masa tu lah yg sepupu sy yg bonceng belakang sy ni buka cerita. Yang kami berdua memang nampak “lembaga” tua di hujung jalan semasa perjalanan ke cyber cafe tadi. Bersungguh2 kami berdua cerita pada mereka berdua tu sampai muka pon da berubah. Tapi mereka tetap tak nak percaya kata kami berdua reka2 cerita. Tak mungkin reka sebab yg nampak bukan sorang tapi berdua yg nampak bende tu ade kat hujung jalan sana. Yg menjadi persoalan nya kenapa kami berdua saja yg nampak? Sedangkan kami ber empat masa tu? Kenapa tak empat-empat sekali nampak? Pelik kan.
Sejak tu kami sepakat nak tukar tempat main cyber yg lebih dekat dgan rumah jalan kaki pun boleh sampai. Alasan jimat minyak motor esok boleh pakai bawak pegi sekolah. Hehehehe3

Itu lah cerita nya dan samapi sekarang sy masih trauma bila lalu jalan lurus tersebut walaupun kawasan tu dah di majukan terdapat banyak bangunan baru dan kawasan perumahan kiri dan kanan jalan, namun sy masih lagi tetap teringat akan peristiwa tersebut dari dulu, kini, dan selamanya… 🙂

Fizzie

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Misteri Di Jalan Lurus”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.