Misteri Itik

Hi alls. Bulan puasa ni i lemau sikit nak buat kerja. Sebab I kena review papers. Memang mengantuk la kan. So I cuba lah nak menulis, bercerita tentang pengalaman i ketika belajar dinegeri orang. Cerita ni taklah seram sangat tapi i demam jugak lah.

I belajar di UK, 3 jam dari kota London. Rumah yang i duduk ialah rumah flat 2 bilik yang dah lebih 50 tahun (rumah2 sana semuanya rumah lama, zaman world war 2) tapi cantik luar dan dalam sebab dah refurbished dan maintenance bagus. Kalau rumah i ni kat Malaysia, standard condo kot, Cuma kawasan kawasan rumah di sini takda pagar, takda pak guard, takda swimming pool, gym etc. Rumah i tingkat 8 dan satu tingkat hanya ada 4 rumah. Taka da orang boleh masuk flat tu sesuka hati sebab kena ada chip utk access ke dalam building. I tinggal berdua sahaja. Housemate i orang kita juga tapi university lain dalam bandar ni juga.

Di UK, summer break adalah cuti panjang dimana international student akan ambil peluang untuk travel ke negara2 eropah lain termasuklah housemate i ni, Aminah. Tapi pada cuti summer ni i tak kemana mana kerana tengah final year dan perlu menyiapkan thesis i yang tak siap siap. Tinggallah i seorang selama 16 hari sebab Aminah nak khatamkan pusing Europe before balik for good.
Bermula lah episod tinggal sorang diri.

Masa ni coursemate i, Linda ada la ajak duk dengan dia tapi dengan baiknya i tolak pelawaan dia sebab i tak reti nak buat kerja kalau bukan tempat sendiri, I takleh nak focus. Jadual harian i agak penuh. Ada hari i jumpa supervisor, pergi study kat student centre/ library, ada hari jugak i study dekat park, nak release stress sebab banyak sangat comment dr supervisor i. Dalam kesibukan ni, dalam tak sedar rupanya dah 9 hari i duduk seorang diri. Yes, lagi seminggu je lagi Aminah nak balik. Bosan juga rupanya tinggal sendirian.

I ingat haritu hari kesepuluh i duduk sorang diri. Masa tu otak dah serabut sebab rasa tak sempat nak complete my thesis. Tapi otak macam jammed, beku, takleh nak fikir. I pun keluar rumah turun pergi jogging pusing town belakang rumah. Masa tu dah habis jogging, i singgah park sebelah flat ni, nak keringkan peluh before naik rumah.

I tengok jam dah pukul 7pm, boleh lah naik mandi, solat asar, continue buat kerja. (Disini sini kalau summer pukul 7 pm macam pukul 5pm, sebab maghrib pukul 9pm. Malam pendek, dalam 5-6 jam je). Masa i nak jalan balik, ada itik terbang 3 ekor atas i, nak pergi pond (tasik kecil) kat park tadi kot. I pun jalan, lalu semak sikit, ada bunyi2 datang dari semak tu. I tengok macam ada lubang elok je, macam sarang binatang. Semak tu gerak2 macam ada benda dalam tu. I tak berani pulak nak pergi dekat semak tu sebab i takut dengan binatang2 ni. I pun buat taktau, jalan terus ke flat i.

Flat ni ada dua lif, Lif nombor satu untuk tingkat ganjil, lif nombor dua untuk tingkat yang genap. Dia tak akan pergi tingkat yang sama. I pun naik lif nombor 2 dan tekan lah tingkat 8. Ok, lif naik as usual, singgah tingkat 4 turunkan mat saleh tua. Pintu tutup, pastu tiba tiba lif berenti kat tingkat berapa I’m not sure, then pintu lift i terbuka. Tapi bila buka tu, ada dinding. Terkejut i. Mana pernah lift terbuka kat tingkat ganjil. Tengok screen tulis tingkat 4. I tekan button tutup pintu tu. Pastu tutup, dan sampailah tingkat 8. Istighfar panjang sangat. Baca doa sikit2 sebelum masuk rumah, tinggalkan benda tak elok kat luar.

Masuk rumah as usual, rehat sambal online. Lepastu i rasa lapar, rasa malas nak masak sebab kalau masak, akan ambil banyak masa, baik i study. I pun decide, orderlah pizza online. Dah bagi notes kat situ, delivery pukul 9. Ada sejam setengah lagi untuk i nak mandi, dan solat. Ok, setlle order. I pun pergi mandi, dah siap mandi, tengah ambil wudhu tetiba bell rumah berbunyi. Banyak kali pulak tu bunyi.

Macam jenis orang tak sabar lambat jawab. Dalam hati, awalnya delivery, kan dah bagi notes kata nak delivery pukul 9, ni baru pukul 8.15 pm. Dah la, asar pun belum lagi ni. Memang membebel sorang sorang la. I pun berhenti wudhu separuh jalan, pergi kat intercom bell tu cakap dengan nada yang nak marah. Cerita pasal bell ni, if orang luar, kena tekan button number rumah i dekat level G. kat situ ada intercom untuk cakap dengan tuan rumah bagitau cakap nak masuk.

If ok, kita akan tekan button bagi pintu kat bawah tu terbuka bagi orang masuk naik lif untuk ke atas. Dah habis cerita bell sambung part tadi semula yang part i nak pergi cakap kat intercom tu, i pun cakap “Hello, pizza delivery right?”.

Pastu i tunggu, keluar signal merah kat intercom indicate dia tgh cakap kat bawah. Tau tak bunyi apa yg keluar, bunyi macam cerita Ju-on tu ! Yang “Aaak Aak Aak” tu. Tak reti nak buat ! tapi tahu lah kan. I pun terlompat kebelakang, sebab telinga i tadi mmg tala kat intercom tu, kuat pulak tu. Istighfar, mungkin intercom rosak, tak clear.

Pastu i cakap balik “Sorry, can’t hear you, say it again?”. Sekali lagi signal merah keluar, kali ni i jarakkan telinga. Dengar pulak bunyi lain, bunyi macam perempuan cakap tapi jauh, i lega. I dekat kan telinga sebab tak jelas, bunyi balik “Aaak, aak ,akk” tuu. Eh nak main main pulak. I malas nak kena kali ketiga, i masuk toilet ambil wudhu, solat asar. Sebab dah 8.30 dah. Baca doa banyak2 minta jauh benda tak elok.

Habis solat je, bell bunyi lagi. I pergi cakap terus “Delivery guy?”. Intercom diam, takda yg jawab dekat bawah. Sakit pulak hati ni. Siapa yang nak mainkan i. Mana ada orang yg kenal i kat flat ni. I decide nak turun tengok ada siapa siapa ke main bell kat bawah. Mana tau, delivery ni nak prank ke kan. I siap siap turun bawah, keluar kat tempat bell, check kat situ.Takda siapa siapa pun, tapi kat park seberang jalan flat i tu, ada 2 ekor itik warna hijau kat situ.

Lepastu itik tu terbang sambal buat bunyi itik yg pelik sikit. I ingat ingat balik, bunyi intercom tadi tu, macam bunyi itik + ju -on tu. Bunyi macam gagak pun ada, tapi kat sini dalam 3 tahun ni tak pernah i jumpa gagak. Ya Allah, dugaan apa ni. Itik tu buat bunyi hampir sama dengan kat intercom tu. I naik balik, siap siap call Linda kata malam ni nak tidur rumah dia. Linda kata ok tapi dia pukul 11 baru balik. Sebab dia pergi Cheshire Oaks dengan housemate dia yg lain, dalam train otw balik. Ahh sudah,

Malaysian yang lain lain i tak rapat, takkan i nak terjah rumah diorang kan. Dah la I ni orang kata kera sumbang. So i decide stay rumah je la. Eh dah pukul 9.30pm, mana pizza i? Tak sampai lagi ni. I tengok phone ada missed call, i call balik. Rupanya delivery inform dia lambat. Ok i pesan siap siap, kalau dah sampai call, biar i turun bawah. Taknak terpedaya dengan intercom tu lagi. Akhirnya pizza sampai, i turun macam biasa, dalam lif takda apa apa kejadian pelik. I naik rumah pun ok.

I solat Magrib, baca Al-Quran, solat Isya dan makan. Dah pukul 1130 pm. Biasa summer, i akan stayup sampai subuh (around 2-3 am) sebab takut terlajak badak. Malam ni terasa panjang sangat, 5 minit macam satu jam. I continue dengan data data i yang tak dapat nak di digest oleh otak. I buat rengangan otot ke kanan dan ke kiri, pusing kiri mata i terpandang pada itik hijau 2 ekor kat tingkap bilik i, menghala tepat pada i. Menggigil i tengok itik ni. Apa dosa i pada itik itik ni. Baca ayat Qursi dan doa.

Sesungguhnya Allah maha mendengar. Itik itik pun terbang. Syukur dia takda buat bunyi pelik tuu. Sebab rumah i kan tingkat 8, mana pernah itik terbang tinggi sampai tingkat 8. Walaupun hari nak siang lagi dua jam i dah tak boleh tahan sangat. This was the first time i rasa takut sangat sangat. I call Linda, minta dia datang rumah i, teman. I tak cerita pun pasal itik pelik ni, i bagitau kata jiran sebelah gaduh, i takut. Walaupun dia letih, dia datang juga rumah i naik taxi, dengan junior kami teman i kat rumah. Esok pagi, i demam panas. Mungkin sebab stress thesis dengan gangguan itik hijau tu. Linda bagitau, i tidur mengigau buat bunyi pelik.

Esok, i packing barang, stay rumah Linda sampai Aminah balik travel. Lepas balik semula ke rumah i, i tak kena dah gangguan itik hijau ni. Dengan Aminah pun i tak cerita. Tapi sampai sekarang i tak tau kenapa i kena ganggu dengan itik tu. Masih tanda soal disitu. Thesis i ? I submit on-time. Dan dah selamat balik tanah air pun. Thank u allss.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Misteri Itik”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.