Misteri Lubang Atas Siling Rumah (Seram)

Aku ada satu kisah yang berlaku masa aku belajar di JB dulu. Nak terangkan pun susah apa sebenarnya yang berlaku. Hmm. Aku duduk menyewa dekat sebuah taman perumahan yang jauh sikit dari bandar JB. Siling dalam bilik rumah sewa aku tu ada lubang. Takdelah besar mana. Muat-muat sebiji bola sepak jer kot. Memang dah ada dekat situ sejak hari pertama aku pindah masuk awal semester tahun sebelum tu. Pernah juga aku tanya dekat member-member bilik lain. Kata diorang, biarkan jer lubang tu. Bukan menyusahkan aku pun. Senanglah diorang cakap macam tu. Yang tak dapat tidur malamnya aku.

Aku bukannya seorang yang penakut. Biasa-biasa jer. Kalau setakat nak tengok cerita Annabelle dekat laptop tu kalau volume-nya 50%, aku tengok selamba jer.

Tapi memang ada sesuatu yang tak kena kot dengan lubang dekat siling bilik tidur aku tu. Aku tak 100% pasti dengan apa yang aku nampak, tapi aku agak yakin yang kadang-kadang bila aku terjaga dari tidur pagi-pagi alam (2 – 3 pagi) dah beberapa kali aku nampak seseorang yang wajahnya mirip dengan… macam mana aku nak terangkan eh? … mirip dengan wajah patung ‘jesus’ yang selalunya ada dekat gereja-gereja tu. Faham kan?

(maaf sekiranya ada penganut agama Kristian yang membaca. Sudah tentu benda yang saya nampak tu hanyalah jelmaan makhluk lain. Bukannya jesus. Saya orang Islam. Saya pun percaya kepada nabi Isa)

Dia hanya jengukkan kepala keluar dari lubang tu, dengan rambut yang agak panjang dan berjanggut. Dia tak tengok aku pun. Dia pandang lantai jer.

Tapi aku takdelah risau sangat sebab sepanjang setahun lebih aku duduk dekat bilik tu, bila jadi adegan ‘tinjauan’ tu, aku akan gerak-gerakkan sikit badan aku (menandakan yang aku dah sedar) dan kepala tu akan masuk semula ke dalam lubang tadi. Macam tu jer.

Lama-lama aku mula belajar biasakan diri dengan tinjauan tu. Kalau dia tak kacau aku, aku pun tak kacau dia.

Tapi aku tak ceritakan benda tu dekat rakan-rakan serumah. Bukannya apa. Kitorang pun tak rapat sangat. Selalu jer aku dipulaukan. Sebabnya aku tidak bercampur dengan diorang. Diorang pergi main lucky ball, aku akan terperap dalam bilik. Diorang pergi tengok midnight movie, aku terperap dalam bilik. Diorang pergi mengurat awek dekat Danga Bay pun aku akan terperap dalam bilik juga.

Pada suatu malam Sabtu, macam biasa, rakan-rakan serumah entah ke mana (mungkin ke pusat karaoke Neway City Square), aku dilawati lagi oleh ‘benda’ itu. Kepalanya langsung tak bergerak. Tenung lantai jer. Aku yang terjaga dek kerana nak terkencing, buka mata kecik jer. Aku perhatikan benda tu. Aku nak tahu sebenarnya apa yang dia buat. Tiba-tiba kepala tu menoleh ke aku. Dia macam pandang tepat dalam mata aku. Dia macam tahu aku dah bangun, tapi saja tak bergerak-gerak macam selalu. Aku tersentak terkejut. Bulu roma aku tak payah cakaplah. Macam nak tercabut. Aku pejamkan mata serapat mungkin. Cuba nak tidur balik. Tapi masa tu pundi kencing aku memang dah rasa macam nak meletup dah.

Aku gagahkan juga, bangun tapi tak buka mata, jalan slow-slow pergi tandas.

Sebaik pulang dari tandas, perlahan-lahan aku tengok lubang tu. Takde dah kepala tu dekat situ. Nasib baik. Aku pun tidur balik.

Sampailah malam esoknya, hati aku jadi berdebar-debar. Bukan apa. Sebab sebelum tu tak pernah kot dia tengok ke aku. Semalam tu first time. Housemate aku semua keluar sejak dari siang. Tak silap aku diorang pergi tidur dekat Desaru. Aku pun redha jer.

Siap buat report sikit, aku pun siap-siap nak tidur. Perihal lubang tu aku tolak ke tepi. Kepala aku rasa berat dari petang. Nasib baiklah aku ni jenis yang senang jugaklah nak lelap.

Malam tu aku terdengar bunyi bergeser-geser dekat siling bilik. Bunyi geseran yang macam kalau kucing tengah meronta-ronta nak keluar dari kotak kadbod. Tapi lagi kuat. Macam tu lah. Ah, sudah! Takkanlah di nak turun dari lubang tu? Jangan buat hal!

Slow-slow aku buka mata. Gila! Aku nampak seorang berjanggut yang tak pakai baju. Badan macam bercalar-calar… korang bayangkan rupa patung tu jer lah senang. Saling tak tumpah!

Kepala dia melentok ke bahu, tangan didepangkan. Macam cross tu. Langsung tak buat apa-apa. Dia berdiri tegak jer dekat tengah bilik aku dengan mulut ternganga sikit. Mata buntang gila pandang aku.

Tak gila aku waktu tu? Sehabis kuat aku tujah kaki melompat dari atas katil ke atas lantai. Macam askar aku bertiarap masuk bawah katil. Aku nampak kaki benda tu dari bawah katil. Dia jalan perlahan jer macam kaki kena ikat.

Dalam hati aku masa tu cuma mampu berdoa jer. Satu badan aku dah terketar-ketar macam terkena parkinson. Semakin lama semakin dekat benda tu dengan katil aku. Aku pejam mata rapat-rapat. Lepas tu aku terdengar bunyi spring katil berkeriut. Macam ada orang baring atas tu. Tilam siap melendut ke bawah.

Sampailah ke pagi aku duduk tertiarap dekat bawah katil tu. Aku pun tak pasti aku terlelap ker tak masa tu. Aku dongak tengok katil tu tak melendut dah. Slow-slow aku merangkak keluar dari bawah katil. Katil aku kosong. Yang ada cuma bantal, selimut tampal dengan handphone.

Apalah nasib aku kena kacau dengan hantu muka alim berjanggut. Buat hal lah. Menyamar lah jadi benda lain. Langsuir ke. Hantu raya ke.

Hari tu, aku berlagak macam biasa. Keluar tapau makanan, tengok movie dekat laptop, siapkan assignment, sampailah tiba malam. Waktu ni, housemate semua dah balik. Lega betul aku rasa. Walaupun hubungan aku dengan diorang tak berapa baik, at least diorang manusia.

Sekali lagi hatiku berdebar masa nak tidur. Sepanjang aku baring atas katil aku tenung jer lubang itu. Tunggu kalau-kalau ada pergerakan dekat dalam lubang tu. Kemudian, mindaku menangkap sesuatu. Lepas tu aku terfikir balik, bukan ke malam tu bunyi berkersak-kersuk dekat lubang tu. Tapi kenapa tak rosak? Macam biasa jer.

Aku pun bangun pergi check betul-betul. Memang tak ada rosak sikit pun melainkan lubang tu sendiri yang memanglah satu kerosakan dah dekat siling tu. Tapi lubang tu sama jer macam sebelum-sebelum ni. Tak bertambah besar pun. Kalau fikir pun tak mungkin ada jawapan. Jadi aku pun tidur macam biasa. Malam itu aku tak terjaga. Lena jer.

Esoknya kecoh satu rumah. Salah seorang dari housemat aku kata dia nampak orang berjanggut dekat dalam bilik dia semalam. Dia kata, dia ingat dia mimpi. Tapi bila benda tu jalan slow-slow makin dekat dengan dia macam nak serang dia. Dia pun bangun berlari keluar bilik. Masa tu lah dia sedar yang tu bukan mimpi. Sampailah pagi dia tidur dekat ruang tamu. Pagi tu pintu bilik dia still tertutup lagi. Dia tak berani bukak. Dia tunggu sampai kitorang bangun.

Aku pun ceritalah dekat diorang tentang apa aku nampak dekat lubang dalam bilik tu kadang-kadang. Diorang bantai marah aku pulak. Diorang kata aku tak bagitahu diorang. Aku dah bagitahu kot tentang lubang tu. Tapi yang tentang nampak benda tu aku tak bagitahulah. Karang diorang kata aku tipu pulak.

Kitorang pun pergilah beranikan diri bukak pintu tu. Bila bukak, tak ada apa-apa pun. Cuma ada satu bau pelik. Macam bau tanah basah. Macam mana nak terangkan eh? Dia bau macam tanah basah yang busuk tu.

Petang tu member kepada housemate aku datang. Dia ni macam ustaz-ustaz sikitlah. Kopiah jer tak pakai. Tapi sekali pandang korang dah tahu lah dia ni alim. Dia suruh siapa yang tak mandi wajib, mandi dulu. Lepas tu dia suruh semua pakai baju bersih-bersih, lepas tu dia ajak solat hajat. Dia bagitahulah cara-cara dan apa nak doa. Kitorang dia supaya apa yang asing yang ada dalam rumah tu semua keluar. Kiblat rumah kitorang tu menghadap dinding. Macam membelakangi pintu masuk. Masa tengah sembahyang tu, kitorang dengar bunyi lolongan dari belakang. Dari bilik-bilik tu. Suara tu macam bergerak dari belakang ke depan, lepas tu pintu rumah macam bergegar. Aku masa tengah sembahyang tu siap fikirlah, patut kitorang kena bukak pintu rumah ker eh kalau benda tu nak keluar? Lepas sembahyang aku pun tanyalah brader ustaz tu tentang pintu tu. Masing-masing masa tu muka pucat gila! Tiba-tiba semua macam insaf sekejap. Brader ustaz tu pun terangkanlah. Dia kata benda tu tak payah tunggu pintu bukak pun kalau nak keluar. Tapi dengan syarat dia kena keluar ikut tingkap atau pintu. Sama macam kalau haiwan nak keluar atau masuklah.

Dia terangkan lagi, benda-benda tu boleh menyamar jadi apa-apa jer kecuali muka nabi Muhammad S.A.W. Dia kata lagi, jangan pulak kita percaya muka nabi Isa macam tu. Pendapat brader ustaz tu, benda tu meniru apa yang dia selalu nampak jer. Kalau dia selalu nampak patung tu, dia akan menyamar jadi patung tu. Benda-benda ni ada yang bijak, ada yang tak. Kadang-kadang dia tak kacau pun. Dia macam saja minat nak duduk dengan manusia. Dia perhati jer.

Aku pun tak faham macam manalah dalam banyak-banyak bentuk dia boleh tiru, dia pergi tiru rupa patung tu. Haih.

Itu jerlah cerita aku. Aku tahu mungkin korang tak seram. Tapi bagi aku gila seram kot. Lepas kejadian tu aku rasa sebulan jugaklah aku tidur tak lena. Kadang-kadang macam bau tanah basah tu. Tapi bila hidu-hidu balik, takde pulak. Entahlah.

Okay, terima kasih kalau korang baca sampai habis. Terima kasih jugak kalau admin publish kisah aku ni. Salam.

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

Budak Pahang

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

37 thoughts on “Misteri Lubang Atas Siling Rumah (Seram)”

  1. kejap lagi nak p meeting, tp sempat layan cerita ni haha. baca seorang2 dalam bilik, hujan, lampu tak terang sangat sebab rosak, & waktu maghrib. serammm. tiba2 teringat zaman matrik dulu. siling bilik atas katil saya tu pun berlubang >,<

    Reply
  2. Seraaaammmm. Aku paling tak suka bila siling berlubang. Siling bilik kat rumah nenek aku pun berlubang gak. mula-mula takut tikus jatuh ke apa ke, lepas baca cerita ni….. hmmmm lain pulak pikiran aku jadinye.

    Reply
  3. Ok mmg seram. Dulu aku pun penah dgr bunyi2 kat silingrumah. Ade 1 bucu plaster siling terkopak sket. Kdg2 dgr bunyi lari2, bunyi mcm buah kelapa jatuh bergolek (pdhl xde buah kelape tepi rumah lol). Masuk rumah jer mesti tertengok lubang kat siling tu. Nasib baik dh pindah

    Reply
  4. 9/10
    Lega betul aku rasa. Walaupun hubungan aku dengan diorang tak berapa baik, at least diorang manusia.
    ini win hahaha

    Reply
  5. Seram..wpun ‘die’ x tunjuk kn wajah sbnr..sblm tido aku akn pasti kn setiap bnd yg belubang dlm bilik aku kene bertutup..almari..pintu..langsir..cermin pun aku ttp..baru tenang aku nk tido..haha

    Hakak bg ko 7.8/10..

    Reply
  6. Okay baek punya seram sebab kau pandai olah cerita kau. Susunan ayat, kronologi cerita senang nak follow. Aku serious dup dap dup dap baca sebab imiginasi aku selari dengan cara penceritaan.
    And cerita lain dari yg lain.
    Nice one!

    Reply
  7. Haha lepas ni bawak-bawak bergaul ngan manusia yer bang.. tapi serius cekal toll menghadapi situasi sebegini.. kalau adek laa maaplaa first time nengok dah berterabur lari.. esok pindah terus…

    Reply
  8. terbaca kisah siling belubang ni teringat lak dekat office aku ni toilet dia siling berlubang, setiap kali aku nak pipis mesti aku tenung ke arah lubang tu sampai habis hahaha,risau gak kalau-kalau dia ajak main chak-chak pulak ke dekat lubang tu 😛

    Reply
    • Aduhhhh knapa sya terbaca komen ni bru sya terfikir tadi rasa nya xde siling yg terbukak bila ingat balik toilet office sya ade siling yg terbukak😂

      Reply
  9. Sebelum ni saye just baca kisah2 kt sini n then baca komen tp kali ni nk komen gak. Dlu kt belah dapur umah mmg ade 1 lubang kt syiling tp bukan syiling rosak ke ape. Mmg org yg buat umah tu tggalkn 1 kotak x pasang syiling. Dlu kecik2 seram tgk. Mama slalu ugut budak degil nnt kena tgkp dgn momok yg tinggal atas syiling tu. Dia kuar ikut lubang tu. Punye la percaya smpaikn g skola pun terbawak2. Kebetulan kelas saye pun ade lubang kt syiling. Sama dgn kt umah bkn berlubang sbb pecah ke hape tp mmg ade bentuk 4 segi tu mmg x dipasang syiling. Ckp dgn kwn2 dlm tu ade momok. Lawak betoi bila ingat balik ?.

    Tp pastu mula la dgr ade bnde lari2 atas syiling umah. Rupenye kucing saye suke main kejar2 tikus kt atas syiling. Bikin saspen ini kucing. Pastu sbb bising sgt dia main kejar2 tikus kt atas tu, abah tutup lubang tu.

    X lama pastu bunyi lari2 tu ade ag pdhal kucing xley masuk dah. Bila ayah intai ayah ckp ade musang pandan beranak pinak kt atas tu. Ade la kdg tu menitik air cm hujan ikut syiling. Mula2 ingat sbb syiling or atap bocor. Rupanye si musang anak beranak pegi kencing. Mak oi, air kencing dia sebijik bau daun pandan. Patut la nama dia musang pandan. Mmg la x hancing tp still najis kn. Ayah ckp musang masuk ikut atap. Sabo je la tp lama2 anak beranak musang tu berhijrah ke tempat lain kot sbb dah xde kencing dia or bunyi bising kt atas syiling.

    Skrg ni rumah semua dah totally ayah tukar jd rumah batu n pasang syiling baru. Alhamdulillah xde sebarang kejadian menyeramkn kt umah tu sejak mula famili saye duduk. Dah 28 tahun dah keluarga kami duduk rumah tu. Abg2 pun ckp x pnah ase takut kt umah tu sbb mmg sejak kecik x pnah jd pape mistik kt umah tu. Saye je jenis yg penakut sejak kecik. Bnde takde pun saye pikir ade. Kalau dtg penyakit takut tu, mmg g tido dgn mama la walaupun dah umur 22tahun ?. Buat malu kt adik. Haha. Abah terpaksa mengalah tido kt lain.

    Mungkin sebab sejak awal masuk umah tu lagi mama dok jd tok guru mengaji. Mulanye ajar anak2 sendiri then makin ramai dtg belajar. Smpaikn kwn2 mama yg dah berusia tp x pndai mengaji pun dtg belajar ngaji. Skrg ni dah berapa generasi yg dtg mengaji kt umah. Dr kwn mama, anak2 diorg n skrg cucu2 diorg pun ade dtg blaja ngaji.

    Mama ckp Allah lindung rumah kami. Kalau ade yg berdengki pun x mampu nk tanam pape kt dlm kawasan rumah. Abis2 pun kt luar pagar. Tu yg kdg2 saye ade gak terkena sbb guna laluan dpn pagar utk keluar masuk kn. Mungkin nk anta kt mama, abah or abg2 sbb dengki tgk diorg berjaya agaknye. Biasa la manusia yg jenis xley tgk org lain lebih tp sbb diorg kuat, saye yg bdn lemah ni la slalu kena. Tp xde level teruk kena rasuk or pape la. Dia main tumpang2 bdn je or kacau tido suh jgn tido tp saye sendiri xtau cmne benda tu buat sbb saye x dgr pape bisikan or nmpk pape pun. Mimpi pun indah je tp tiba2 sedar n xley tido. Tp sejak dah buang bnde tumpang tu tido lena balik smpai xnk bangun ?.

    Alhamdulillah kami sekeluarga Allah tutup hijab supaya x nmpk bnde2 gtu or dgr. Kdg tu je mama kena tegur sbb mama ni slalu bangun awal pagi buat solat sunat pastu buat kuih utk hantar ke kedai. Abah je ade blaja sikit dgn arwah atuk ilmu Islam so dia slalu dpt rasa something x kena n bley la buang sikit2 bnde cmtu. Kdg tu dia nmpk sekilas bayang or samar2. Along pun ade la pnah nmpk jugak tp x pnah kena ganggu or pape. Maaf la terpanjang pulak cerita. Saye kagum siapa baca smpai abis.

    Reply
  10. Ni seram bkn sbb muke buruk ke apa…ni seram sbb mke patung tu….klu tgk muke patung tu lek je…tp klu da bergerak pandang mcm tu spe x takut…

    Reply
  11. Ok mlm ni xjdi la nk mandi ? sbb siling bilik air aq belubang sbb biawak haiss . Paling best lampu tebako so mlm2 mndi dlm gelap ler smbil merenung siling tu . Haiss ??

    Reply
  12. Walaupun hubungan aku dengan diorang tak berapa baik, at least diorang manusia.*

    aduh rse lawak pun ade penulis ckp macam ni.

    well, kau mmg berani lah

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.