Misteri Phone Hilang Part 2

Assalamualaikum, terima kasih admin sebab postkan cerita aku sebelum ni. Minta maaf kalau cerita aku bersambung. Sebab rasa haritu tulis macam dah panjang sangat. Kepada yang kecam kata cerita budak baru nak up. Hmm aku dah 22 tahun sekarang tak ada masa nak buat cerita untuk nak up kan populariti. Cewahhh, gurau je, tapi aku memang sangat nakal. Hahaha. Cerita tuh dah lama, aku just menceritakan balik apa yang berlaku, maybe tak jadi depan mata korang sebab tuh tak rasa apa sangat. Its okayyyyy.

Kisahnya aku pindah rumah tuh masa aku darjah 4. Perumahan flat baru betul-betul berhadapan dengan lombong. Rumah flat biasalah ada 3 buah bilik. Bilik hujung sekali paling kecil. Kitaorang buatkan dia jadi stor. Bilik kedua bilik aku, bilik ketiga paling besar bilik parents aku. Tapi masa baru pindah tuh. Kitaorang adik-beradik semua tidur dengan parents. So bilik kedua tuh memang kosong. Just digunakan oleh pakcik aku bila dia datang rumah aku hujung minggu. Masa tuh dia belum kahwin. Btw, pakcik aku ni cikgu silat. And dia memang boleh nampak benda-benda ni.

So dijadikan cerita, aku memang tak boleh masuk bilik aku ni. Aku akan rasa bulu roma meremang and aku rasa ada someone yang tengah usha tajam pandang aku and even kalau dulu ada bola ke permainan apa-apa yang tercampak masuk dalam bilik tuh memang aku takkan berani masuk ambik. Bila aku balik sekolah kan duduk sorang, so memang aku akan cepat-cepat masuk and tutup pintu bilik tuh dulu. Baru tutup pintu depan. Sebab aku memang dapat rasa ada something tengah perhatikan aku. Sampai aku darjah 6 baru aku berani masuk and tidur bilik tuh.

Then, sampailah one day tuh. Pakcik aku bukak cerita masa ni dia dah berkahwin. Dia cerita, dulu masa dia selalu balik hujung minggu ke rumah aku. Dia selalu baca al-quran dalam bilik tuh. And dia kata apa yang aku rasa selama ni dalam bilik tuh memang betul. Memang betul bilik tuh ada ‘benda’ tuh. Selama ni aku cerita dekat parents aku diorang taknak percayakan aku. Hm so, pakcik aku selalu baca al-quran, zikir dalam bilik tuh setiap kali dia datang rumah aku.

Sampai tiba satu malam tuh. Benda tuh mengamuk masuk dalam mimpi pakcik aku. Benda tuh menyerupai aku. Tapi dengan rambut yang kusut menggerbang marah-marah dengan bahasa yang tak faham langsung. Dia mengamuk then dia angkat kaki pakcik aku tarik and baling ke tepi. Benda tuh dalam mimpi tapi memang terjadi dalam realiti. Badan pakcik aku memang terpelanting ke tepi hampir jatuh katil. Badan pakcik aku besar kot (masa tuh dia gemuk and sampai sekarang pun actually). Dia marah sebab pakcik aku baca al-quran dalam bilik tuh.

Pakcik aku terus terjaga and benda tuh memang ada dekat penjuru bilik hujung katil tengah menyeringai pandang pakcik aku. Then pakcik aku pun lawan dia dengan baca-baca ayat al-quran. Dia memang pandai lah jugak bab-bab benda ni. Dia dapat halau benda tuh. Tapi kemungkinan dia akan datang balik pakcik aku tak sure. Sebab dia tak adalah pro lagi. Hmm so sejak dari tuh yang aku baru berani masuk and tidur bilik tuh. Hm, misteri tentang phone aku hilang aku percaya memang berkait rapat dengan ‘benda’ yang menyerupai aku tuh. In fact, aku percaya dia still ada dalam rumah tuh lagi. Kalau bukan dia pun maybe kawan-kawan dia. Hahaha

Sebab setiap kali aku duduk sorang, aku dapat rasa ada seekor lagi makhluk yg selalu tengok aku tengah kemas katil, aku tengah basuh pinggan pun dia nak usha juga. Just sebab macam dah biasa and malas nak ambik kesah sangat. Aku buat tak tahu. Selagi dia tak muncul depan mata lah. Pernah sekali tuh aku basuh pinggan. And rutin adik aku yang angkat semua pinggan ke meja makan. Aku memang nampak ada orang datang and berdiri belakang aku.

Aku siap bagi ruang and cakap lagi dekat dia haa letak lah cepat pinggan akak nak basuh. Bila aku pusing tak ada org pun actually. Hmm, aku pernah baca, kalau kita rasa macam ada orang tengah kita tuh, thats mean memang ada yang tengah tengok kita. Maybe kita je yang tak nampak dia. So kalau korang tengah baca ni rasa macam ada perhatikan korang maybe dia pun ada sebelah or belakang kau tengah baca sekali post ni. Hahaha.

Kisah aku pasal silat pulak. Hmm banyak tapi aku cerita mana yang penting je lah. Hmm aku dah sampai tali pinggang merah. Kalau tali pinggang merah kiranya kau ni dah boleh main senjata. Tempat silat aku deakt Damansara, kawasan perumahan pangsa 4 tingkat. Tapi tepi padang and ada kabin. Sebelah tempat kitaorg silat tuh ada ada dua pokok besar. Satu belakang kabin and satu tepi tempat kitaorang berlatih. Pada satu malam, tengah aku dengan kawan aku berdua berlatih main pisau or keris entah masa tuh. Tiba-tiba cikgu (pakcik aku tadi tuh) suruh ubah tempat kitaorang bermain.

Dia suruh kitaorang main dekat tengah-tengah antara pelatih lain. Kalau tak dia yang bukan main marah kalau ada orang lain yang datang dekat kalau time keris bagai ni. Selalunya dia akan asingkan. Tapi ni dia suruh kiraorang main dekat tengah kiranya diapit oleh kelompok pelatih silat lain. Harap korang dapat faham apa aku cuba sampaikan. Mula-mula pelik jugak. Tapi takut nak tanya banyak nanti kena marah. And aku tahu mesti ada something sebab aku nampak dia duduk tengok kitaorang berlatih tapi mulut terkumat kamit baca sesuatu.

So, lepas balik latihan tuh. Masuk dalam kereta otw balik. Aku pun tanya kenapa pakcik suruh saya dengan Atiqah tukar tempat tadi. Then dia cerita, masa kitaorang tengah main tadi, ada sorang ‘perempuan’ nak kacau. Dia nak kitaorang tertikam or saja nak bagi kitaorg cedera tapi just sebab dia tak boleh masuk je sebab dah kawasan tuh dah kena pagar so dia tunggu je masa kitaorang tergolek keluar dari kawasan tuh utk kitaorang tercedera. Lepas pakcik aku baca ayat-ayat. Dia hilangkan diri ke dalam pokok tuh.

Pasal pokok belakang kabin pula. Ada satu malam tuh. Masa kitaorang tgh berlatih silat. Tiba-tiba angin kuat gila-gila. Macam nak tercabut bumbung. Then dengar macam hujan tapi bukan hujan tapi pasir and batu batu kecik bertaburan atas bumbung kuat gila. Then ada sorang cikgu silat ni dia asyik nak marah-marah.Tapi pakcik aku cool je. Malam tuh berlatih macam tak berlatih je sebab angin kuat gila macam ribut sampai bergoyang pokok tapi tak hujan. Rupanya ada orang dengki kitaorang silat setiap jumaat malam dekat situ. So dia hantar hantu dia bergayut belakang kabin tuh kacau kitaorang.

Banyak lagi kisah. Pasal anak buah aku aka anak pakcik aku berumur 6 tahun nampak kambing hitam dekat kawasan silat tuh and then tunjuk pulak dekat aku. Aku memang nampak dia tengah berjalan betul-betul tepi tempat silat tuh menuju ke belakang kabin. Aku dah pandang pakcik aku pucat dah, tapi pakcik aku just suruh aku diamkan je jangan kecoh dekat orang lain. Kalau ikut logik akal kau lah kan. Ada ke tengah damansara orang bela kambing? Hm benda tuh dihantar maybe niat tuan dia nak usha-usha lah kesah kitaorg buat malam tuh lah kot. Entahlah we never know 🙂

So sekian, cerita dari aku. Terima kasih sebab sudi membaca. Maaf kalau ada yang tak puas hati or tak mencapai piawaian. Hihi assalamualaikum 🙂

E

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Misteri Phone Hilang Part 2”

  1. Haaa….
    Ini mcm baru sempat seraaaammmm…
    Lelagi part ko psycho kate ade org sebelah tgh join bace fs ni…
    Mmg hakak rase segan2 je nk menoleh jadinye dek…

    Reply
    • Ekau pon tormakan psycho tu gak ke…???
      Soram plak aannn…
      Akk mlm ni menjahit manik kt blk sensorg mmg buat2 khusyuk dan tawadhuk xdo noleh2 doo…
      Tunduk yooo gayo mcm serius bonar jahit manik tu…
      Hahahahahah…

      Reply
      • Hahha yola dah baco pastu gatal plak toleh kiri kanan ikut apa dia kata… kak cubo byg an tongah jahit manik ado org tegur..cantik jahitan hahahahha

        Reply
      • Kuajaaaqqq ko ekkk…
        Kot tegur cantek jahitan ampun lagi…
        Kot kobar eii “mtk jahitkan baju boleh…yg ade ni dh lusuuuuhhh…”
        Aduuuiii…ketaq cek dek non…

        Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.