Misteri Rumah Kampungku Bahagian 2

Assalamualaikum.Terima kasih kepada admin budiman keran menyiarkan kisah aku ini.Kisah kali ini adalah sambungan Misteri Rumah Kampungku.

Aku mulakan dengan apa yang aku alami sendiri. Setiap kali cuti semester, aku akan pulang ke kampung. Menjadi rutin aku untuk pulang dengan menaiki keretapi. Selalunya akan sampai ke bandar Bagan dalam pukul 4 pagi. Seperti biasa abah akan menanti aku. Haritu memang aku tersangat letih. Mengantuk ya amat. Tiba je kat rumah aku terus masuk bilik tidur. Tak sanggup nak tunggu waktu Subuh dah. Mujurlah time tu aku sedang uzur. Aku peratikan, kakak aku sedang nenyak tidur.

Aku terus melelapkan mata. Sedang asyik aku tidur tu tiba-tiba aku rasa ada sesuatu menghimpit aku. Masa tu aku tengah mengiring ke kiri. Kak aku di belakang akulah. Aku rasa dihimpit..lebih kepada kena tindih. Seluruh bahagian kanan aku tu kejung. Aku cuba nak menolak..tapi tak boleh gerak langsung. Paling aku tak boleh lupakan..bunyi. Bunyi nafas merengus-rengus macam bunyi binatang buas! Aku mula terasa pelik. Dah kenapa kak aku ni buat perangai macam-macam ni? Mengingau apa teruk sangat. Aku cuba untuk tolak..makin kuat dia tindih. Makin kuat bunyi merengus.

Last-last..aku biarkan je. Lantaklah..kak aku ni tengah mimpi ngeri kot. Elok je aku nak, lelapkan mata balik..aku terasa dah ringan. Aku boleh gerakkan badan. Aku pun toleh ke kanan. Aku tengok kak aku macam takde apa-apa pun. Sama posisi tidur dia macam aku mula sampai tadi. Memang ada ruang kosong di tengah-tengah katil. Cepat-cepat aku ambik bantal peluk letak tengah-tengah. Aku mula terasa lain macam. Aku cover muka dengan bantal..langsung tak sedar apa dah lepas tu.

Pagi tu aku bangun je terus aku tanya kak aku.”Malam tadi dok mimpi apa la sampai main tindih-tindih, siap buat bunyi merengus lagi?”.Kak aku buat muka pelik,”Bila masanya pulak? Hang balik pun aku tak sedaq. Jangan nak merepek!”.Eh..eh..marah aku pulak. Aku pandang mak, mak diam je tak cakap apa pun. Kepala kau ni dah fikir macam-macam.

Tiba-tiba mak menyampuk,”Lain kali balik cuci muka kaki tangan tu dulu sebelum tidur.Bacalah doa pendinding diri.Ni sampai terus belasah tidur.Tu yang ada berteman tu.” Aku rasa memang tulah silap aku.

Ada satu ketika masa cuti semester, aku ni pernah kerja part time. Kerja kilang yang ada shift. Haritu aku shift petang..tengah malam baru balik. Lepas aku solat Isyak aku terus tidur. Aku tidur memang tak sedar sungguh..tau-tau je aku terasa badan aku berbahang.  Macam rasa suam-suam..perlahan-lahan aku buka mata aku.Allah…terkejut sungguh aku bila aku nampak jelmaan perempuan berambut panjang, kepala dia tertunduk, berbaju putih tengah berdiri di hujung katil aku. Betul-betul depan aku! Aku tergamam. Aku terus terduduk dan tiba-tiba juga benda tu hilang! Aku terus bangun lari laju-laju ke dapur. Mak aku dah nak masak tengahari. Aku bagitau dia apa yang aku nampak tadi.”Hmm..eloklah dia kejut. Kalau tidak sampai ke petang membuta. Mak panggil hang berpuluh kali tak bangun-bangun”.Ahh..sudah. Kenapa asyik aku yang kena ganggu dalam rumah ni.

Pernah sekali dulu..waktu awal pagi dalam pukul 2 pagi. Masa tu orang lain semua sah tidur. Tinggal aku je dok layan tengok tv. Tengah syok tengok tu tiba-tiba ada bunyi orang ketuk pintu kat bawah. Aku slowkan volume..aku dengar memang betul ada orang macam berjalan-jalan di bawah rumah dan ketuk pintu lagi sekali. Aku memang ingat ada orang datang. Jadi, aku pun terus turun bawah,bukak lampu bawah rumah.Aku pearsan pintu tu macam renggang sikit seolah-olah ditolak dari luar. Aku terus buka pintu. Aku siap keluar jengah kereta abah. Aku tekap muka dekat cermin kereta abah nak tengok kot lah orang tu masuk dalam kereta.. Tapi takde sapa pun. Tiba-tiba aku rasa macam ada yang perhatikan aku. Aku mula terasa seram. Kat luar tu memang gelap gelita. Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah. Kali ni aku tak cerita kat sesapa pun.

Lepas aku dan adik beradik lain kahwin, rumah aku ni memang sunyi sebab yang tinggal cuma abah dan mak baru. Mak aku dah lama meninggal. Setiap kali aku balik kampung..aku peratikan pintu rumah nak ke atas mak selalu tutup. Siap tingkap rumah atas pun mak tak bukak. Bila aku balik, barulah rumah atas tu aku sapu-sapu dan buka semua tingkap. Sebab bilik tidur aku dia atas. Bahagian atas rumah aku ada dua bilik tidur je. Satu bilik tu memang bilik untuk simpan tilam-tilam dan bantal je. Jadi, bilik tu tidak berpenghuni dan gelap. Bilik tu lain macam sikit. Aku pernah tanya kat mak kenapa dia tak buka pintu dan tingkap rumah atas. Berdebu aku tengok rumah atas tu. Mak cakap dia sakit lutut. Tak larat nak naik. Oklah..aku terima je alasan tu.

Kadangkala anak-anak buah aku yang bujang rajin balik kampung tidur kat sana. Ada satu ketika, anak-anak buah aku ni mengadu dekat aku. Katanya everytime diaorang tidur..malam-malam akan ada bunyi orang berjalan-jalan di rumah atas. Dan ada masanya boleh dengar bunyi orang main congkak. Seram. Sebab tu diaorang tak berani tidur lambat. Diaorang pun tidur di bilik bawah je.

Suatu malam, kata anak sedara aku dia tengah tengok tv. Tiba-tiba dia rasa ada orang berdiri di belakang dia. Bila dia toleh dia tengok mak aku. Dia pun tanya lah “Tak tidur lagi Tok?”.Mak aku cakap dia nak ke tandas. Tapi anak buah aku kata Tok malam tu lain macam sikit. Berkemban dan rambut mengerbang. Tapi dia buat tak kisah je lah. Setahu aku mak tak pernah macam tu. Selalunya mesti dia berkain batik pakai baju kurung kedah dan pakai anak tudung. Tak kisah le malam ke siang.

Kata anak buah aku lagi..dia tak sedar bila mak aku keluar dari tandas, padahal tandas dekat je dengan dia. Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi tin di dapur. Anak buah aku pun bangun ke dapur. Dalam keadaan gelap tu..anak buah aku nampak mak aku tengah buka tin biskut. Dia duduk mencangkung atas kerusi. Anak buah aku tanya,”Tok buat apa dalam gelap ni? Kenapa tak bukak lampu?”.Terus dia jawab, “Aku lapar, nak makan.”Anak buah aku tiba-tiba rasa lain macam. Rasa macam bukan mak aku yang dia tegur tu.Langsung dia masuk dalam bilik. Tak jadi nak lepak tengok tv dah.

Sampailah suatu masa, aku telah kehilangan abah tercinta. Masa hari urusan jenazah , abang ipar aku bawa kakak dia datang menziarah. Kakak abang ipar aku ni seorang yang ada sixth senses. Dia seorang yang kuat amal ibadat dan menghabiskan masa menuntut ilmu agama di sekolah pondok. Sepanjang dia ada di rumah, aku peratikan dia asyik duduk di rumah atas.Dan dia banyak kali keluar masuk dalam bilik gelap tu. Selesai urusan pengebumian abah. Kakak tu panggil abang ipar aku dan adik beradik aku. Katanya..dia terperanjat bila masuk rumah aku. Dia dapat rasa aura kuat dari rumah atas. Dan dia terperanjat bila masuk ke bilik gelap..ada banyak jin di situ. Jin-jin tu sudah beranak pinak. Ada besar dan ada yang kecil. Mereka dah berumah di dalam bilik tu. Dia tanya kami semua ada pengalaman apa-apa tak. Anak buah aku pun buka cerita, ada satu malam, semasa buat tahlil dan bacaan yassin. Dia duduk menghadap pintu atas rumah tu. Masa baru nak mula bacaan yassin, dia nampak ada seseorang merah matanya sedang mengintai di sebalik pintu atas. Bila benda tu terperasan anak buah aku tengah tengok, benda tu hilang.

Kakak tu kata, memang rumah yang tidak dihuni, jin-jin akan bertandang. Dia tanya mak aku, mak cik tahu ke tak hal ni? Mak aku kata dia tahu di atas tu ada sesuatu. Dia takut nak naik atas. Setiap kali dia naik atas, meremang bulu roma dia. Kadang tu ada terasa angin sejuk di atas dan seolah-olah ada orang memerhatikan pergerakan mak aku. Sebab tulah rumah atas tu terbiar. Lagipun kata mak aku..dia lemah semangat. Dia sendiri banyak kali dengar bunyi orang berjalan dan bunyi guli. Nampak kelibat pun banyak kali. Cuma dia tak bagitau kami adik beradik sebab dia tak nak kami semua takut pulak nak balik kampung. Allah…kenapalah mak tak bagitahu awal-awal.

Lepas dengar cerita mak, kakak tu pun minta air satu jag. Dia ambil sembahyang dan solat sunat sebelum dia mula membaca Al-Quran di rumah atas. Lama..lebih satu jam ia begitu. Selesai saja, dia bawa air satu jag tu dan serahkan dekat abang ipar aku. Katanya..lepas Maghrib dia minta abang aku tu pagarkan bilik tu. Renjis air tu di setiap ceruk bilik.

Malam tu abang aku pun buat sebagaimana yang disuruh. Kami juga buat tahlil untuk arwah dan abcaan yassin.Suasana tenang seketika.Pagi esoknya, aku kemas-emas rumah atas. Aku masuk ke dalam bilik gelap nak menyapu.Fuhh…kuat lagia ura benda tu. Sebab bila aku melangkah masuk je..terus meremang bulu roma dan tersasaseram sejuk. Aku capai air yang kakak tu tinggal dan renjis di seluruh bilik sambil mrmbaca ayat Kursi dan 4 Qul. Kata kakak tu..benda tu ambil masa untuk keluar dari rumah kami.Sebab diaorang dah lama di situ.

Aku tak tahu macam mana rumah kampung aku tu sekarang. Sebab dah tak berpenghuni. Semenjak arwah abah meninggal, mak pindah semula ke rumah lamanya. Aku pun jarang balik ke kampung. Begitu juga adik beradik yang lain sebab masing-masing tinggal jauh dan sibuk. Cuma kakak ipar dan anaknya yang rajin singgah ke rumah setiap hari untuk buka lampu dan kemas apa yang patut.

Katanya dia selalu solat dan mengaji di rumah tu. Kebetulan dia tinggal paling dekat dengn rumah kampung. Aku cuma harapkan tiada lagi ‘benda’ yang menumpang di rumah aku tu. Pesan aku, janganlah kita leka sebab ada mahluk lain yang selalu ambil peluang untuk memperdayakan kita. Rumah seelok-eloknya hendaklah ‘bersih’ dengan solat dan bacaan Al-Quran. Yang penting..jangan biarkan bilik kosong lama-lama.Rajin-rajin lah solat di bilik tu.

Sekian dulu cerita aku kali ini.Maaflah kalau panjang sangat.Terima kasih sebab sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Ini Aku

5 thoughts on “Misteri Rumah Kampungku Bahagian 2”

  1. ruginya rumah pusaka dibiarkan kosong macam tu je. Confirm jin makin banyak bertandang kat rumah. Aku rasa orang adik beradik kena lah panggil pak ustaz yang pandai halau benda2 mcm tu lps tu pagar rumah tu. Rumah tu pulak kalau tk nak duduk, buat lah homestay ke sewa ke. baru benda tu tak datang balik.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.